16 April 2009

Krisis Di Perak Berterusan Selagi DUN Tidak DIbubarkan


Krisis Perak, apa akhirnya? Tanya lagi??

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Pilihanraya 2 bukit 1 batang dah seminggu habih, keputusan pun dah tau. Semua kerusi mengekalkan status quo dengan sikit majoriti naik. Yang menang mungkin dok sibuk sambut dengan gembira, yang kalah pulak mungkin dok sibuk cari alasan.

Harap-harap 3 PRK tu bagi banyak pengajaran, pedoman dan semangat untuk ahli dan penyokong parti-parti Pakatan Rakyat terus berjuang.

Aku takmau cerita bab Kedah dan Sarawak pasai aku tek reti, takdak maklumat. Apa kesan 2 PRK tu untuk PAS aku taktau. Yang nyatanya PRK Bukit Selambau dan Batang Ai dua-dua bukan PAS yang bertanding, aku nak komen pun tak reti pasai bukan area aku. Cumanya aku harap PAS boleh gunakan pengalaman yang PAS dapat hasil 2 PRK tu untuk tindakan masa depan.

Yang aku susah hati bab Perak ni. PRK Bukit Gantang sepatutnya dah bagi kita terlalu banyak pengalaman, terlalu banyak pengajaran dan pedoman. Bukan setakat untuk yang macam aku sebagai 'petugas' parti tapi jugak untuk pimpinan PAS.

Ramai yang kata Bukit Gantang mencerminkan keadaan Perak secara umum. Komposisi kaum di bukit gantang macam komposisi kaum di perak. Keadaan Geografi Bukit Gantang pun dekat-dekat nak sama dengan Perak, ada kawasan pekan yang pesat membangun, ada kawasan kampung yang masih ketinggalan, ada kawasan bagan nelayan. Memang sedang elok untuk jagi rujukan.

Berkenaan kes krisis Perak, keadaan nampak makin rumit, berpusing-pusing. Aku tak nampak keadaan boleh selesai dalam masa terdekat ni. Tak kira la di pihak MB Timun ka atau pihak MB Durian. Dua-dua belah pihak nampak tak boleh jadi juara dalam masa terdekat ni.

Kes kat mahkamah pulak belum tentu bila boleh selesai. Takat la ni mahkamah cuma bincang pasai prosedur, boleh ka tak boleh kes dibicarakan. Kes sebenar belum lagi mula dibicarakan. Lepas jatuh keputusan dah tentu pulak akan ada lagi rayuan. Tu tak kira lagi stategi susulan.

Tah bila kes kat mahkamah-mahkamah tu nak boleh selesai takdak sapa boleh bagi dengan tepat. Kalau guna kes Altatuya jadi piawai, makan masa tahun jugak nak selesai tapi kalau guna kes Memali sebagai piawai 5 kali pilihanraya pun belum tentu selesai.

Masalahnya la ni kalau ikut geng Zambry, DUN kena bersidang sebelum 13 Mei kalau tak silap pasai depa tak iktiraf sidang bawah pokok. Kalau tak bersidang DUN akan bubar dengan sendirinya.

Tambah masalah pasai takkan Zambry nak panggil sidang DUN selagi Sivakumar masih jadi Speaker. Nak lantik speaker baru kena buat masa sidang DUN, tapi sebelum berjaya lantik yang baru dah tentu yang lama masih berkuasa, kacau laa, dah tentu dia boleh guna skrip aku kalau dia nak. Naya geng Zambry.

Jadinya keberangkalian kita akan hadapi pilihanraya peringkat negeri tak lama lagi cukup tinggi. Dan memang pun itulah pun yang selama ni kita nak sangat. Frasa "BUBARKAN DUN" selalu sangat kita dengar kalau pun tak kita yang selalu sebut.

Kalau betui PAS Perak bersungguh macam 'resolusi' kat Kediaman MB masa program 'Plan Stratejik PAS Perak' hari tu, kita tak boleh rehat lama. Boleh laa kalau setakat sampai hari Ahad ni, 'berseronok' kenduri tumbang lembu sampai 7 ekor.

Lepas pada Ahad ni kita patut start 'kerja' balik. Kena buat 'review' balik apa resolusi plan strategik tu. Takkan kita nak plan takat tinggai plan, baik tak payah membazir berpuluh ribu nak buat plan hari tu.

Memang la masa plan tu dibuat, Hj Nizar masih jadi MB. Negeri Perak masih lagi Pakatan Rakyat yang pegang. Memang laa la ni kita dah takdak kuasa, kelebihan yang kita ada masa tu dah takdak la ni. Kalau fikir sekali memang la masalah.

Tapinya dah nama masalah, kita kena selesaikan masalah tu. Selagi kita tak cuba selesaikan, takkan kita nak harap masalah selesai sendiri. Kita kena cuba bagi selesai.

Masalahnya ramai yang macam tak sedar apa maksud 'bubar DUN'. Macam tak lebih dari sekadar satu selogan. Nampak macam depa saja suka-suka sebut selogan 'BUBAR DUN' macam PM dulu-dulu seronok dengan selogan "Malaysia Boleh" tah apa yang boleh pun taktau.

Kut tak patut sangat kalau aku kata depa-depa tu sebijik macam burung kakak tua, tah apa yang dicakap dia pun tak paham. Cumanya tak la sampai sama macam burung kakak tua. Depa bukan tak paham cuma mungkin buat-buat tak paham, atau pun mungkin jugak tak berapa nak paham, atau pun mungkin jugak memang depa betui-betui tak paham.

Bagi yang buat-buat tak paham, tak berapa nak paham atau betui-betui tak paham, aku nak cuba susun ayat bagi semua orang mudah paham. Kalau tak paham jugak aku pun tak reti nak buat kata apa. Lantak kat hangpa la.

"Bubar DUN" maksud dia "DAH TAK LAMA DAH, NAK ADA PILIHANRAYA KAT KAWASAN KITA SENDIRI, KAT DUN KITA SENDIRI. Kalau paham, takkan tak paham-paham nak kena mula buat kerja. Jangan tanya pulak kat aku apa kerja nak kena buat.

JANGAN PULAK SATGI LAGI TIGA EMPAT HARI LAGI NAK MENGUNDI PUN CULA MASIH TAK SIAP-SIAP JUGAK!!

http://cenangau.blogspot.com

15 April 2009

Tak perlu Islam Hadhari, contohi Islam yang diamalkan Kelantan - TGNA



Tak perlu Islam Hadhari, contohi Islam yang diamalkan Kelantan

Wataniah: UMNO BN Bakal Mempunyai 600 Ribu Pengundi Tambahan
















D
i blog ini kami telah mendedahkan taktik dan perancangan jahat UMNO/BN untuk mengekalkan kuasa menghadapi pilihanraya akan datang melalui menubuhkan satu batalion Tentera Wataniah di kesemua 222 kawasan Parlimen dalam usaha memantapkan sistem pertahanan bagi seluruh negara

Kami menyatakan: "Mengimbas kembali pilihanraya 1999 Najib hanya menang dengan majoriti 242 undi. Itu pun selepas dibawa masuk tambahan 2,400 undi dalam bentuk undi pos. Apabila konstituensi itu diubah semula, satu kem pasukan tentera darat dan tentera udara telah diselitkan daripada kawasan Mentakab dan Kuantan, sekali gus menokok 4,000 undi dalam lingkungan kawasan pilihan raya Pekan. Pada luaran sahaja Dato Najib pasti mampu menang mudah di sana. Kemenangan Najib bagi tahun 2004 jauh lebih besar."

Hal tersebut amat jelas satu konspirasi yang telah lama diketahui tetapi rakyat tidak mampu mendedahkannya lantaran Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah lama menjadi sebuah badan yang diperkosa oleh UMNO/BN.

Penggunaan askar wataniah sebagai taktik untuk menambahkan undi pos yang berpihak kepada UMNO/BN nanti akan lebih difahami apabila kita melakukan penelitian yang mendalam terhadap konspirasi tersebut.

Sebagai contoh, persoalan samada seorang askar Wataniah itu hanya dibenarkan mengundi sekali.

Gambar di bawah ialah screen shot (imbasan skrin komputer) daftar pemilih untuk Dewan Undangan Negeri N39 Kota Damansara, Selangor, bertarikh Jun 2005. Perhatikan bahawa kesemua 31 nama yang tersenarai mempunyai dua kad pengenalan – satu kad pengenalan awam dan satu kad pengenalan tentera (nombor berpangkal ‘T’ di hujung nama). Dalam kes ini semua penama berdaftar untuk mengundi di ‘Unit Peti Undi (UPU)’ Kem Sungai Buloh.



Diberi pemilih mempunyai dua kad pengenalan, persoalan cepumasnya ialah, beranikah SPR menjamin bahawa pemilih hanya dibenarkan mengundi sekali sahaja dan tidak dibolehkan mengundi dua kali. Yakni, mengundi di UPU X dengan kad pengenalan tentera, dan sekali lagi di UPU Z dengan kad pengenalan awam, sedangkan SPR sendiri yang telribat mengatur dan merencanakan konspirasi itu?

http://greenboc.blogspot.com

Agenda nasional untuk menjatuh pemimpin-pemimpin pro Pak Lah



Agenda jatuhkan pemimpin pro Pak Lah bermula?


KUALA LUMPUR, 15 April (Hrkh)
- Krisis dalaman Umno Terengganu dan Perlis pasca pemerintahan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi seolah-olah wujud unsur dendam dalam era awal pemerintahan perdana menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak, dakwa Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub.

Beliau berpandangan mungkin ada suatu agenda nasional akan dirancang untuk menjatuh pemimpin-pemimpin yang dikatakan pro bekas perdana menteri kelima negara.

Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, mendakwa mereka akan menggunakan mekanisma jahatnya seperti mana dilakukan di Perak sebagai satu pendekatan kepada negeri-negeri lain biarpun ia satu pertembungan sesama dalam Umno.

Malah dakwanya yang dihubungi Harakah Selasa lalu, pertelagahan tersebutmenggambarkan mereka sebenarnya yang menjadi penderhaka.

Cuma katanya, dalam konteks Perak, Umno manipulasi perkataan 'sembah derhaka' yang digunakan Menteri Besar Perak, Dato' Seri Muhamad Nizar Jamaluddin.

"Di segi realiti sejarahnya apa yang mereka cuba buat hari ini menggambarkan dengan jelas dan tepat mereka yang menderhaka kepada institusi raja-raja Melayu," dakwanya.

Sementara itu, krisis dalaman Umno di kedua-dua negeri tersebut dipercayai kerana wujud rasa tidak puas hati terhadap kedua-dua menteri besar di negeri berkenaan.

Di Kuala Terengganu pada 14 April lalu laman web Buletin Online dipetik, seramai 10 Adun Barisan Nasional (BN) negeri Terengganu hadir dalam satu sidang media yang diadakan disebuah hotel.

Sidang media tersebut diadakan ekoran ugutan bunuh yang diterima oleh tiga ADUN, Badul Halim Jusoh (Permaisuri), Zakaria @ Mohd Ariffin Abdullah (Paka) dan Dato Rosol Wahid (Ajil).

Krisis tersebut bermula pada 11 April lalu apabila Menteri Besar, Dato Ahmad Said menegaskan Adun BN yang mengemukakan usul undi tidak percaya boleh dipecat.

Sementara itu, di Perlis, Ketua Penerangan Umno negeri, Dato' Hashim Suboh dipetik berkata, bekas menteri besarnya Dato'Seri Shahidan Kassim sepatutnya menjadi menteri besar kerana beliau dilantik sebagai pengerusi perhubungan Umno Perlis.

Malah beliau dilaporkan oleh satu laman web, menyifatkan Menteri Besar, Dato' Seri Dr Md Isa Sabu sebagai "produk haram".

Dalam pada itu, Salahuddin berkata, persengketaan Umno itu boleh disifatkan sebagai satu bom yang menunggu masa untuk meletup dan sekaligus menghancurkan Umno.

Dakwanya lagi, ini kerana Najib dipercayai menjadi pelengkap kepada keruntuhan Umno.

Apatah lagi dakwanya Najib dilihat sebagai perdana menteri yang dijadikan alat kawalan oleh Tun Mahathir.

Dalam isu tersebut katanya, tidak mungkin Najib akan dapat memfokoskan untuk menyelesaikan isu itu kerana perbalahan dalam pemilihan Umno baru-baru ini pun gagal diselesaikan.

"Mana mungkin dia mempunyai wibawa dan integriti untuk selesaikan isu di Terengganu dan Perlis," dakwanya.

http://www.harakahdaily.net

Ugutan Bunuh! Bila Polis Nak Siasat??



Ekoran 10 ADUN BN Terengganu Diugut Bunuh...

14 April 2009

Saya tak tahu apa-apa, jadi saya tak berani komen- MB Terengganu


SU Sulit MB Terengganu Nafi Hantar SMS Ugutan

Apakah Satu Lagi Pilihanraya Kecil Akan Di Adakan Dalam Masa Terdekat Ini !!




Apakah Satu Lagi Pilihanraya Kecil Akan Di Adakan Dalam Masa Terdekat Ini Agaknya !!

Nampaknya sesuatu yang mengejutkan akan berlaku jika Fairus terus menghilang dan gagal untuk dihubungi. Kejadian yang sama berlaku kepada dua ADUN PKR di Perak dulu sehingga membawa kepada jatuhnya Kerajaan Negeri pimpinan Pakatan Rakyat. Apakah kali ini ia akan berlaku pula di Pulau Pinang?.

Soalnya sekarang, apakah Fairus sanggup belot selepas dirinya teraniaya dan bakal berhadapan dengan kes rasuah sama seperti Jamaluddin Md Razi dan Othman Jailu di Perak itu. Mungkinkah akan ada "deal" untuk Fairus jika beliau sanggup berkompromi dengan UMNO?. Berapa pula wang dan kemewahan yang bakal diterima oleh anak muda itu agaknya?.

Harus diingat, bahawa DUN Penanti bukanlah kawasan selamat buat BN di Pulau Pinang. Anwar menang besar di situ semasa pilihanraya kecil Permatang Pauh tahun lepas. Apakah Fairus ada "value" buat Barisan Nasional atau beliau akan terus setia memperhambakan diri kepada Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat selepas ini.

http://pahangdaily.blogspot.com

Mahkamah: Zambry, 6 Exco gunakan prosedur betul cabar Speaker



Mahkamah: Zambry, 6 Exco gunakan prosedur betul cabar Speaker

Jangan Berbohong!Masakan kerana SMS, semua tak hadir...




Politik Terengganu Pula Bergolak


KEDUDUKAN Ahmad Said sebagai MB Terengganu kini tidak selamat lagi. Tindakan 10 Adun BN yang bertindak memulaukan sidang Dewan hari ini menjelaskan mereka sudah hilang kepercayaan kepada Mat Said. Mat Said harus faham dengan tindakan mereka itu dan tidak payah mencari pentafsir politik untuk membela diri sendiri.

Sepuluh Adun BN yang tidak menghadiri sidang Dewan hari kedua hari ini ialah; Adun Paka, (Zakaria Abdullah), Adun Permaisuri, (Abdul Halim Jusoh), Adun Tepoh, (Muhammad Ramli Noh), Adun Kuala Berang, (Mohd Zawawi Ismail), Adun Bukit Besi, (Din Adam), Adun Alor Limbat, (Alias Abdullah), Adun Jabi, (Ramlan Ali), Adun Kota putera, (Pemihi Yusuf), Adun Jertih, (Idris Jusoh) dan Adun Ajil (Rosol Wahid).

Apabila mereka keluar atau tidak menghadiri Dewan bermakna mereka tidak yakin kepada menteri besar. Mereka tidak menghormati Mat Said lagi. Kalau mereka yakin mereka tidak akan berbuat begitu.

Kata ketua pasukan pemulau itu, Rosol Wahid mereka pulau dewan kerana bimbang dengan keselamatan nyawa mereka. Sebelum itu beberapa orang dari mereka ada menerima satu SMS yang mengancam nyawa mereka, yang berbunyi; baik jangan teruskan niat YB, YB tak sayang nyawa?

Masalannya kalau hanya tiga Adun saja yang hendak dibunuh, tetapi kenapa yang tujuh lagi tidak pergi sama? Apa yang berlaku ini tidak payah berselindung dan susuk sembunyi lagi. Jelas mereka yang tidak hadir dewan itu kerana tidak suka kepada Menteri Besar, bukan sangat kerana bimbangkan keselamatan nyawa mereka.

Kalau mereka suka, senang dengan Mat Said, usahkan diugut kalau dihunus keris sekali pun mereka akan langgar. Bukankah orang-orang Umno ini semuanya berani dan gagah perkasa belaka. Masakan dengan sepotong ayat sebegitu saja semuanya sudah menggeletar.

Mana perginya keberanian wakil rakyat BN itu? Kenapa kalau dengan Pas ada yang berani bergadai nyawa dan melakukan apa saja, tetapi kalau dengan sepotong SMS yang entah betul dan entah tidak mereka sudah kecut perut. Sudah hilang telor?

Kumpulan 10 tidak payah berdolak dalih, cakap saja mereka sudah tidak sebulu dengan Mat Said, habis cerita. Senang orang tidak jadi kalut memikir mencari helah dan sebab musababnya. Jangan mencari alasan dangkal dan melucukan. Kisah pertelagahan dalam BN Terengganu ini bukan baru, ia berlaku sejak setahun lalu lagi. Jadi apalah nak diselindungkan tempayan ikan pekasam busuk lagi.

Kepada kumpulan 10 pula kalau benar-benar berani dan tak nak sokong Mat Said apa fikir panjang lagi usah berpura-pura. Kemukakan saja usul undi tidak percaya ke atas Mat Said, habis crita. Rasanya lapan orang Adun Pas juga akan ikut sama menyokongnya. Kalau Adun Pas sokong jatuh bercelabahlah Mat Said dalam sekelip mata.

Bukan payah sangat kalau nak jatuhkan Mat Said! Lepas itu sapa nak jadi MB bolehlah 10 Adun itu berbincang engan Adun Pas sebanyak lapan orang itu. Disebabkan Adun BN 10 dan Pas lapan, maka eloklah kalau MBnya diberikan kepada BN yang 10 tu. Seeloknya Rosol Wahid jadi MB.

Walaupun Idris Jusoh bersama kumpulan 10 itu beliau tidak boleh jadi MB kerana pemangku raja Terengganu tidak sedia untuk memberi perkenan kepada Idris Jusoh. Kalau Idris dicalonkan lagi nanti upacara angkat sumpah tidak akan dijalankan.

Lagi pun sejarah menjatuhkan menteri besar Terengganu pernah berlaku di negeri berkenaan. Apakah semangat sejarah itu tidak boleh diterima pakai. Bukan saja MB jatuh kerajaan negeri juga bertukar tangan. Apakah kata kalau 10 Adun BN itu bergabung dengan lapan Adun Pas membentuk kerajaan baru. Kerajaan unity government?

Mungkin pelan itu tidak akan berlaku. Tidak mungkin kumpulan 10 itu bersedia bersekongkol dengan Pas. Jadi satu pelan lain boleh dilaksanakan iaitu minta Mat Said bubarkan saja DUN Terengganu dan adakan pilihan raya semula.

Dalam pilihan raya nanti pastikan Mat Said tidak dicalonkan. Rasanya Pas juga suka kalau diadakan pilihan raya semula. Mustafa Ali boleh bertanding sekali lagi dan boleh berangan-angan untuk jadi Menteri Besar Terengganu.

Bukannya payah sangat cuma memerlukan sedikit saja keberanian!

http://msomelayu.blogspot.com

Pemuda UMNOberpecah kepada tiga puak














Pemuda UMNO koyak-rabak kepada tiga puak

P
Pergerakan Pemuda UMNO yang lebih terkenal kerana kesamsengannya telah berpecah kepada tiga kabilah. Kabilah pertama menyokong perasuah yang telah dipilih menjadi ketua. Kabilah kedua masih berpaut kuat kepada lelaki yang menumpang sepihan pengaruh ayahnya yang semakin terkubur. Manakala kabilah ketiga terdiri daripada juak-juak yang rasa terhutang budi kepada pakar botox- Khir Toyo, yang telah mungkin telah merasuah mereka semasa beliau menjadi menteri besar Selangor.

Perpecahan Pergerakan Pemuda UMNO ini dijelaskan lagi melalui kenyataan bekas ketua Pemuda Umno Selangor, Syukur Idrus.

“Khairy Jamaluddin perlu mengambil langkah berjumpa dan berbincang dengan Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo bagaimana untuk menyatukan semua pergerakan Pemuda,” tegasnya.

Syukur berkata, Khairy perlu mengikis keegoannya sebagai ketua Pemuda Umno dan perlu menerima pandangan dari Mukhriz dan Dr Mohd Khir untuk kebaikan pergerakan itu.

Manakala Mukhriz dan Dr Mohd Khir pula, tambahnya, perlu secara terbuka menerima Khairy sebagai ketua Pemuda Umno yang baru.

“Jika perkara ini tidak boleh diselesaikan, maka kekuatan Pemuda Umno akan hilang,” katanya ketika ditemui di Rawang dalam program anjuran Pemuda Umno malam Jumaat lalu.

Sumber yang rapat kepada Mukhriz dan Khir Toyo menyatakan adalah sukar bagi mereka berdua untuk menerima dengan ‘ikhlas’ kemenangan Khairy, justeru menjadikan terlalu sukar untuk ketiga-ketiga kabilah itu berkerjasama.

Mukhriz diberitakan tidak mungkin akan memberi kerjasamanya kepada Khairy selaku ketua Pemuda kerana dipengaruhi oleh dendam kesumat ayahnya terhadap menantu Abdullah Badawi itu masih membara. Khir Toyo pula tidak berapa dihiraukan kerana Khir sendiri telah kehilangan pengikut setia.

Ramai penganalisa politik meramalkan Pemuda UMNO akan menjadi semakin lemah dan beransur pupus kerana generasi muda Melayu tidak lagi percaya kepada ucapan retorik dan propaganda murahan UMNO. Kesan ketara yang dapat dijangka apabila UMNO dan Pemudanya pupus, maka sayap kirinya, pukida akan kembali kepada kerjaya asal mereka- penarik kereta!!! kah kah kah. Kesian pukida..!!!

Tindakan generasi muda Melayu yang memilih untuk menyokong Pakatan Rakyat adalah suatu tindakan yang amat bijaksana dan jelas berwawasan.

http://greenboc.blogspot.com
http://lh3.ggpht.com/_NG2rpR7PL40/Sd7ECBLUWVI/AAAAAAAAAj4/cwlPA3Kc0GA/s720/bersemadi%20UMNO3.JPG


LYRIC

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight




http://lh4.ggpht.com/_NG2rpR7PL40/ScNA7ekrAAI/AAAAAAAAAe4/MnAONBmvtlE/pinkturtle%20video.JPG