18 April 2009

Najib: BN mungkin tidak tanding di Penanti

Najib: BN mungkin tidak tanding di Penanti

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak berkata, Barisan Nasional (BN) berkemungkinan tidak akan meletakkan calon bertanding pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Penanti jika mendapat konsensus semua parti komponen.

"Kami tidak menolak kemungkinan itu (tidak bertanding)," kata beliau di sini hari ini.

Najib yang berada di Kuantan buat pertama kali sejak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri 3 April lalu berkata, perkara tersebut akan dibincangkan pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno minggu depan dan kemudian oleh Dewan Tertinggi BN.

http://www.mstar.com.my

Bagus juga idel najib ni... daripada kalah teruk berterusan,baik tak masuk bertanding terus... sekurang2nya tak lah malu sangat..

Najib Elak Menjawab Laporan Utusan Meloya


NAJIB ELAK JAWAB MELAYU BANGKITLAH

Setelah lantang mecanang konsep Satu Malaysia yang mengajukan perpaduan kaum, Perdana Menteri Najib Razak mengelak pula daripada mengulas laporan Utusan Malaysia yang menyeru orang Melayu "bangkit dan bersatu dalam berhadapan dengan tuntutan kaum lain". Greenboc

17 April 2009

Ajaib...keputusan speaker parlimen dan DUN boleh dicabar didalam mahkamah


Keajaiban Di zaman 1Malaysia Najib Altantuya

Dua keajaiban berlaku dalam Negara sehari dua ni.

Pertama

Mahkamah dah boleh ganggu keputusan speaker DUN. Di perak, YB Sivakumar yang gantung MB belum sah dan EXCO telah dibatalkan oleh mahkamah. Keputusan oleh hakim-hakim yang bersidang. Orang tak tau undang-undang tak boleh komen. Macam ana ini tak reti nak kata apa, tetapi sering juga didalam parlimen diberitahu bahawa keputusan speaker parlimen dan DUN tak boleh dicabar didalam mahkamah.

Kalau tidak apa yang dibuat dalam DUN dan parlimen boleh dicabar dalam mahkamah, maka setiap rang undang—undang yang diluluskan dalam parlimen boleh dibawa didalam mahkamah dan dipertikaikan dalam mahkamah, hakim kata RUU tu tak boleh lulus, maka terpaksa buat RUU lain, begitu juga kalau speaker gantung ahli sama ada DuN atau Parlimen, tiba-tiba ahli tersebut bawa kemahkamah, maka keputusan speaker tu boleh batal dek hakim, maka akan jadi celaru dan haru biru habis dasar yang telah digariskan dalam perlembagaan kita selama ini.

Susah nak komen bab ni pasal nampaknya selama 5 perdana menteri tak pernah belaku pertikaian keputusan speaker sebelum ini sehinggalah Malaysia berperdana menterikan PM keenam tambah 4, ada hantu dibelakang yang menjadi mentor beliau, maka jadi haru biru habis Negara kita sekarang ni.

Segala pemahaman kita pasal pemisahan kuasa antara eksekutif, judiciary dan kehakiman yang termaktub dalam perlembagaan Negara sejak sekian lama tentu akan musnah dalam era kepimpinan yang wujud sekarang ini. Bak kata sahabat ana yang kalah dan tak masuk bertanding jadi menteri, yang menang dan masuk bertanding MT jadi ahli parlimen saja, maka sebagai precedent, lepas ni jangan ada yang bertanding, dah tentu chance untuk jadi menteri akan lebih baik dari yang masuk bertanding.

Juga lepas ni, mungkin YB Puchong boleh ambil tindakan mahkamah terhadap speaker dewan rakyat yang gantung beliau setahun dan ada ketika dimana yang kena gantung sehari dua dari menghadiri siding boleh start ambil tindakan mahkamah kerana di Perak sudah ada precident.

Kedua

Masa 3 ADUN Perak yang serah surat letak jawatan kepada Speaker Perak hari tu, SPR kata mereka nak siasat dulu perletakan jawatan tu, kerana mereka pertikaikan perletakan jawatan tu walaupun disahkan oleh Speaker negeri Perak, tetapi bila Penanti isthar letak jawatan dan disahkan oleh Speaker, adakah SPR akan siasat juga atau terus nak diadakan PRK di Penanti nanti?

Juga kenapa di Batang Air hari tu pengiraan kertas undi tak dibuat ditempat mengundi saperti ditempat lain di PRU 12 atau PRK di Permatang Pauh, KT, Bukit Gantang dan Bukit Selambau dan dikira setelah kertas undi menaikki Helikopter ke tempat penjumlahan, apakah ini tidak menimbulkan andaian bahawa kertas akan ditukar atau dibuang kelaut atau ditambah atau apa-apa penipuan yang boleh dan layak berlaku.

http://mppendang.blogspot.com

Aku tak nampak masalah pun. Yang nampak ialah alasan...



Najib: Not the time for another by-election

...ekonomi? Hang dok la pejabat PM nanti buat kerja. Dok kalut turun kempen buat apa? Bukan tempat Mat Yakob yang nak bertanding ni. Bukan Zeti yang nak jadi calon. Bukannya duit kempen mai dari MARA ataupun kerajaan. Buat la kerja urus ekonomi. Pasaipa nak gelabah marah2 tuduh pilihanraya ni berunsur politik?

Lagipun dengan adanya pilihanraya kecik ni secara tak langsung menggalakkan pelancongan domestik. Merancakkan ekonomi setempat. Dan dapat mempromosikan kawasan2 terpencil kepada dunia luar. Nah, apa yang nak dirisaukan dengan ekonomi?

Menyusahkan rakyat? Sapa yang suruh buat pilihanraya pada masa orang bekerja? Buatla hari cuti. Nak lagi senang, buat 1 Mei nanti - hari pekerja. Sapa pun tak susah nak lari keluaq pejabat pi mengundi. Kalau kata sesak lalulintas sebab dok buat ceramah, bagi la semua parti masuk tivi. Buat debat dalam tu. Bagi permit penyiaran untuk ceramah time tu. Bagi masuk radio. Bagi ruang dalam paper. Kurang la ceramah. Lapang la jalan. Apa masalahnya?

Membazir duit? Kurangkanlah lori dan trak FRU yang mai dok bagi gempaq orang kampung. Lagipun ni cuma ADUN, bukannya Parlimen. Tempat pun besaq kelemboi saja. Bazir banyak mana sangat?

So, apa masalahnya sekarang? Aku tak nampak masalah pun. Yang nampak ialah alasan. Dan orang penakut memang banyak cari alasan untuk tamau lawan.

Penakut ka? Sudah pasti. Sebab kalau berani, takkan mudah2 boleh jadi Perdana Menteri?

http://republikkata.blogspot.com

ISA: 3 terbaru ditahan awal April



ISA: 3 terbaru ditahan awal April

Keputusan Mahkamah Persekutuan Wujudkan Tauladan Merbahaya



Keputusan Mahkamah Persekutuan Wujudkan Tauladan Merbahaya

16 April 2009

Undang-Undang Pelik.. Speaker DUN Perak tiada kuasa halang Zambry, 6 Exco



Speaker DUN Perak tiada kuasa halang Zambry, 6 Exco

"Izinkan saya jalankan tugas dan terus berikan khidmat" - Elizabeth

KEMBALI BERTUGAS..Exco Kerajaan Negeri Selangor Elizabeth Wong yang juga ADUN Bukit Lanjan hari ini kembali bertugas di pejabat SUK setelah bercuti selama dua bulan ekoran tersebarnya video dan gambar separuh bogelnya. Foto THE STAR Oleh K.K SHAM

"Izinkan saya jalankan tugas dan terus berikan khidmat" - Elizabeth

SHAH ALAM: Ketua Penerangan Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Elizabeth Wong hari ini kembali bertugas setelah menerima tawaran untuk kekal sebagai Exco Kerajaan Selangor dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan.

Beliau tiba di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK)kira-kira pukul 9:30 pagi dengan menaiki kenderaan rasmi Toyota Camry dengan nombor pendaftaran BKF 7000.

Ketika ditemui di lobi Wong berkata, beliau sudah bersedia untuk kembali menjalankan tugas seperti biasa.

"Saya sudah menerima nasihat daripad Menteri Besar dan juga Anwar Ibrahim (Datuk Seri).

"Izinkan saya menjalankan tugas dan terus memberikan perkhidmatan kepada rakyat,"katanya.

Dalam pada itu, ketika ditanya sama ada beliau akan mengadakan pertemuan bersama Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim , Wong berkata: "Saya sudah menemui Menteri Besar semalam dan beliau sudah memberikan taklimat berkenaan tugas-tugas saya."

Wong juga memberitahu tugas pertama beliau hari ini ialah untuk menghadiri mesyuarat bersama Lembaga Pelancongan Negeri Selangor.

"Saya harap anda beri saya peluang untuk masuk pejabat untuk buat persediaan,"katanya.

Beliau juga, melahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang menyokongnya selama ini.

Semalam, Wong bersetuju untuk menerima tawaran kerajaan negeri Selangor agar beliau kekal sebagai Exco dan ADUN Bukit Lanjan.

Pejabat Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengesahkan pihaknya sudah menerima persetujuan Wong.

Terdahulu pada sidang media Khalid berkata, keputusan supaya Wong meneruskan khidmat Wong itu dibuat dengan mengambil kira pandangan semua pihak.

Wong menjadi tumpuan ekoran tersebarnya klip video dan gambar separuh bogelnya menerusi internet dua bulan lalu.






Suri rumah mengaku tidak bersalah hina Sultan Perak



Suri rumah mengaku tidak bersalah hina Sultan Perak

Seorang suri rumah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan mengedar komen lucah mengenai Sultan Perak Sultan Azlan Shah menerusi http://books.dreambook.com/duli/duli.... yang mempunyai pautan ke laman web pejabat baginda. Greenboc

Dr Koh Tsu KoonTak Tahu Beza Bangsa India Dengan Tamil


Menteri Perpaduan dan Prestasi, Senator Dr Koh Tsu Koon perlu mengambil kursus intensif mengenai perayaan pelbagai kaum ethnik yang menjadi rakyat negara ini.

Presiden Gerakan yang baru saya mengangkat sumpah sebagai menteri dalam kabinet 1Malaysia Najib Razak nampaknya tidak tahu membezakan antara bangsa India dan masyarakat Tamil.

Dalam perutusannya semalam Dr Tsu Koon mengucapkan selamat menyambut tahun baru kepada masyarakat India di Malaysia tetapi terpaksa menghantar pembetulan kepada pihak media apabila tersilap dalam mensasarkan ucapan tersebut.

Sepatutnya ia adalah sambutan tahun baru bagi masyarakat Tamil yang juga dipanggil Puthaandu.

Beginilah halatuju konsep 1Malaysia yang ingin diwar-warkan oleh Umno dan Barisan Nasional yang berslogankan "rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan".

Hakikatnya ini adalah semata-mata satu lagi projek pembohongan Umno dan BN yang sebenarnya mengabaikan rakyat sejak lebih 50 tahun memerintah sehinggakan tidak tahu membezakan siapakah orang India dan siapa pula orang Tamil.

Hakikatnya juga rakyat kepada Umno dan BN hanyalah batu loncatan untuk mendapatkan kuasa dan mereka akan melakukan apa sahaja untuk terus berkuasa dan merompak hak rakyat.

http://nikhassanazmi.blogspot.com
http://lh3.ggpht.com/_NG2rpR7PL40/Sd7ECBLUWVI/AAAAAAAAAj4/cwlPA3Kc0GA/s720/bersemadi%20UMNO3.JPG


LYRIC

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight




http://lh4.ggpht.com/_NG2rpR7PL40/ScNA7ekrAAI/AAAAAAAAAe4/MnAONBmvtlE/pinkturtle%20video.JPG