03 February 2009

SPRM terlibat dalam kehilangan 2 Exco atas arahan Najib?


SPRM terlibat dalam kehilangan 2 Exco atas arahan Najib?


Ramai dari pemimpin Pakatan tidak berusaha menjejaki Jamal dan Othman, tetapi melakukan satu aksi cepat membawa kepada pendedahan surat akujanji yang dikatakan dilakukan didepan Sultan, lalu saya bertanya, dalam aku janji tersebut andai mereka “Keluar PKR” akan membawa mereka kepada tindakan wajib meletak jawatan.

Kenapa ia dilakukan sebelum mereka mengumumkan akan keluar PKR? Seharusnya MB Perak dan barisannya membuat sidang media mendedahkan kewujudan surat akujanji tersebut kepada umum andai mereka keluar PKR secara automatik kerusi mereka kosong. Tetapi melakukan pengosongan kerusi sebelum mereka mengumumkan keluar PKR.

Surat itu jelas mengatakan “andai keluar PKR”. Maknanya selagi tak keluar surat tersebut tidak valid. Saya andaikan tindakan ini diambil tergea gesa tanpa perbincangan dengan PKR dan Anwar. Bila keputusan dan media sudah menyiarkan kerusi itu kosong ketika itu dikatakan Anwar tidak mampu lakukan apa lagi selain mendiamkan diri. Sehingga petang semalam Pengerusi PKR Perak masih mengangap Jamal dan Osman masih wakil rakyat, ia seolah olah bercanggah dengan kenyataan Kerajaan Perak.

Mengapa kepimpinan Perak tidak beranggapan Osman dan Jamal diculik? Petang 1 febuari saya kira satu sidang media mengatakan Kerajaan Perak akan membuat laporan Polis, tetapi dalam jam 5.45petang secara tergesa gesa satu faks dihantar kepada media menyebut kerusi itu dikosongkan. Dikhabarkan kepada saya tindakan itu disebabkan oleh setia usaha sulit MB?

Sebelum ini saya telah mendedahkan bagaimana konspirasi BPR dan pemimpin Umno termasuk Hamzah Zainuddin menjadi dalang penangkapan rasuah Jamal dan Osman. Mereka juga orang yang sama saya dedahkan memerangkap ketua Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Perak” Hassan Basri” dengan menggunakan modus operandi yang serupa, malah ketika ini keadaan nya sama, Jamal dan Osman ketika itu juga diculik BPR, apakah kita ingat BPR tidak akan melakukannya untuk kali kedua?

Meletakkan wang diatas meja “KluangKafe” yang dilakukan BPR dan menangkapnya beberapa hari tanpa berita, jadi mustahilkah ia dilakukan lagi? itu sebabnya artikel saya sebelum ini meletakkan kemarahan yang amat angat kepada bekas pengarah BPR Shamsiah Abu Bakar dan Imran Abdullah diatas kerja jahat ini.

Sudahkah kita berusaha mencari siapa Imran Abdullah ini? apakah kita pernah melihat wajah barua BPR ini. Mengapa indentiti Imran Abdullah ini dilindungi. Kita sendiri tahu tuduhan ini palsu tetapi dalam keadaan getir ini kita mengatakan seolah olah tuduhan 180juta itu benar. mana pendirian jitu anda?

WAKIL Jamal dan Osman menyerupai wakil Saiful Bukhari “Uncle Pet”

Tidakkah kita perasan kehadiran wakil Jamal dan Osman itu seperti mana kehadiran wakil Saiful Bukhari ,pada awalnya Saiful dikatakan hilang, dia tidak pernah muncul, malah kenyataan hanya datang dari wakil dikenali sebagai Uncle Pet, malah “team Najib” ini menggunakan Blog dan Friendster untuk memberi sebarang respon kepada semua isu, apakah tidak lama lagi ada blog jamal dan Osman. tetapi mereka tidak pernahpun kenal apa itu blog.

Apa yang penting ketika ini kita perlu cari dimana Jamal dan Osman. Satu laporan Polis harus dibuat, dan seharusnya Kerajaan Perak membuat satu laporan dimana Jenayah telah dilakukan diatas kehilangan Jamal dan Osman. Ini satu penculikan. Jangan terkejut selepas ini satu lakonan report polis dibuat Jamal dan Osman yang mereka diugut bunuh oleh penyokong PKR, lalu Jamal dan Osman akan sentiasa diringi Polis seperti mana saiful bukhari yang sentisa dibawah pengawasan Polis.

Jangan Lupa SPRM baru melakukannya keatas Proksi Khairy?
Seorang putri Umno disoal siasat didalam Hotel sebelum ini diKedah dan dipaka membuat pengakuan, malah saksi kes melibatkan rasuah Datuk Norza Zakaria yang terkenal sebagai gandingan Khairy juga pernah disiksa , dibogelkan untuk membuat pengakuan. Dalam kes ini sahaja jelas menunjukkan ia dilakukan oleh team Najib. Jadi apakah ia nya tidak mustahil berlaku terhadap Jamal dan Osman?

Tuduhan liar secara halus cuba dilakukan ketika ini menggambarkan ia satu sandiwara oleh Anwar , jadi berhati hatilah. Serangan kini ketahap perang saraf yang membuatkan perpecahan itu akan bermula didalam Pakatan Rakyat. Najib sudah tidak lagi boleh bersabar untuk menjadi Perdana Menteri, hanya tinggal 1 bulan untuk dia menaiki tahta yang diidamkan. Najib akan lakukan apa sahaja untuk merialiasikan impiannya ke punca kuasa. Jadi yang boleh kita lakukan adalah menyerang Najib bukanyya Jamal dan Osman.

Lawan tetap Lawan

reformis muda

http://perakexpress.com

ADUN Behrang keluar PKR, jadi wakil Bebas


PETALING JAYA [5.45 pm] - Kira-kira enam jam selepas keputusan Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) tidak mengadakan pilihan raya kecil, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang, Jamaluddin Mohd. Radzi menyatakan pendirian keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR). Bagaimanapun Jamaluddin yang menegaskan tidak menerima ganjaran daripada Barisan Nasional (BN) sebagaimana didakwa pemimpin Pakatan Rakyat berkata, beliau akan bertindak sebagai wakil rakyat Bebas. "Saya sudah menandatangani surat keluar parti dan ia akan dikemukakan oleh pembantu saya (kepada pejabat PKR)," kata beliau dihubungi sebentar tadi. Ketika ditanya mengapa bertindak sedemikian sekarang, Jamaluddin memberitahu, "bila orang tidak mahu kita, kita malu nak tinggal di rumah orang.". Tengah hari tadi Jamaluddin berkata, beliau tidak berhasrat untuk menyertai mana-mana parti buat masa sekarang meskipun PKR yang beliau wakili "sudah tidak mahu menerimanya." Sambil menegaskan Parti Keadilan Rakyat sebenarnya yang tidak mahukannya, Jamaluddin juga berkata, beliau akan menentukan parti mana yang ingin diwakili dan kedudukannya kemudian.

Nampaknya kemelut yang melanda politik Perak semakin meruncing pula. Entah apa terjadi agaknya bila SPR tidak menerima surat kekosongan yang dihantar oleh Spekaer Dewan Undangan Negeri Perak dan lebih memihak kepada surat keraguan yang ditandatangani oleh kedua-dua ADUN terbabit. Walhal, SPR sepatutnya menerima mandat dari Speaker untuk mengadakan pilihanraya kecil di kedua-dua kawasan terbabit. Apapun, kami amat yakin yang terdapatnya campurtangan pucuk pimpinan UMNP dan kerajaan dalam isu ini sebenarnya. Jamaluddin juga mendabik dada kononnya beliau keluar PKR kerana parti itu sudah tidak sukannya, padahal mereka sendiri yang telah menghilangkan diri dan mengadakan perundingan dengan pihak UMNO. Maka kami juga yakin mereka akan masuk UMNO dan BN selepas ini.

http://pahangdaily.blogspot.com

SPR bertindak di luar perlembagaan - Pengerusi DAP

SPR telah bertindak di luar perlembagaan dalam keputusannya tidak mahu mengiktiraf notis makluman kekosongan yang disampaikan oleh Sivakumar.

SPR telah bertindak di luar perlembagaan dalam keputusannya tidak mahu mengiktiraf notis makluman kekosongan yang disampaikan oleh Sivakumar.Sebagaimana dijelaskan oleh bekas Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, fungsi SPR ialah bertindak selaras dengan notis pemakluman rasmi Speaker Perak mengenai kekosongan yang wujud dan mengadakan pilihan raya kecil dalam tempoh 60 hari- Lim Kit Siang

Speaker boleh cabar, DAP beri SPR 48 jam

[DIKEMAS KINI] PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengambil pendirian terbuka jika Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak mahu mencabar keputusan SPR yang memutuskan tidak wujud kekosongan bagi kerusi Behrang dan Changkat Jering.

DAP, salah satu komponen Pakatan Rakyat pula menyifatkan keputusan SPR pagi tadi sebagai tidak demokratik dan bertentangan dengan perlembagaan.

Terdahulu, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, Speaker DUN Perak mempunyai hak untuk mencabar keputusan itu jika beliau tidak berpuas hati.

“Kita negara demokrasi. Semua orang ada hak untuk mencabar dan mahkamahlah yang menentukan,” kata beliau selepas selepas mesyuarat khas SPR berhubung isu peletakan jawatan dua ADUN iaitu Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Mohd. Osman Jailu (Changkat Jering).

SPR hari ini memutuskan bahawa kedua-dua ADUN tersebut masih penyandang kerusi DUN terbabit kerana wujud keraguan dalam surat peletakan jawatan yang dikemukakan oleh Speaker DUN Perak, N. Sivakumar pagi semalam.

Sivakumar semalam menghantar surat memaklumkan kekosongan DUN Behrang dan Changkit Jering kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri selepas ADUN bagi kawasan tersebut, Jamaluddin dan Mohd Osman dikatakan telah menyerahkan surat peletakan jawatan mereka sebagai wakil rakyat di rumah beliau pada 5.45 petang Ahad lalu.

Bagaimanapun, kedua-dua ADUN berkenaan pada hari yang sama turut menghantar salinan surat yang menafikan mereka meletak jawatan.

Ditanya sama ada SPR memberatkan mana-mana surat untuk membuat keputusan, Abdul Aziz berkata, pihaknya meneliti kedua-dua surat tersebut secara sama rata.

“Ini bukan soal memberatkan mana-mana. Kita mengambil kandungan kedua-dua surat itu secara sama rata daripada orang yang sama.” katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi DAP, Lim Kit Siang berkata, SPR telah bertindak di luar perlembagaan dalam keputusannya tidak mahu mengiktiraf notis makluman kekosongan yang disampaikan oleh Sivakumar.

“Sebagaimana dijelaskan oleh bekas Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, fungsi SPR ialah bertindak selaras dengan notis pemakluman rasmi Speaker Perak mengenai kekosongan yang wujud dan mengadakan pilihan raya kecil dalam tempoh 60 hari,” kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

Lim yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timor di Perak berkata, bukan urusan untuk SPR bertindak dan merampas jurisdiksi mahkamah dalam mempertikaikan keputusan Speaker DUN negeri itu.

Dalam soal ini, cabaran perundangan seharusnya datang daripada kedua-dua ADUN berkenaan jika mereka mahu mencabar kesahihan surat letak jawatan masing-masing, kata beliau.

Sehubungan itu, kata beliau, semua opsyen akan dipertimbangkan untuk menyelesaikan krisis politik di Perak.

http://www1.mstar.com.my

Ulasan Mutaligat

SPR KINI SUDAH AMBILALIH KUASA SPEAKER DAN MAHKAMAH

SPR dibawah kepimpinan baru iaitu Aziz Yusof nampaknya semakin hebat dengan bertindak ‘merampas’ kuasa yang ada pada Speaker DUN dan mahkamah.

Kalau sebelum ini tugas SPR hanya menjalankan pilihanraya kini SPR sudah ada kuasa menentukan perletakan jawatan seseorang ADUN adalah sah atau tidak.

SPR juga kini sudah boleh menjatuhkan hukuman dan keputusan bahawa surat perletakan jawatan adalah sah atau tidak sah.

Bukti dakwaan diatas terpampang di depan mata kita apabila SPR tanpa segan silu membuat keputusan tidak menghormati kuasa Speaker DUN Perak yang memaklumkan kekosongan di dua buah DUN iaitu DUN Behrang dan Changkat Jering. SPR sebaliknya menyatakan ada keraguan terhadap surat perletakan jawatan tersebut. Persoalannya bila pula SPR boleh campurtangan adalah urusan perletakan jawatan ADUN. Bukankah tugas SPR adalah menjalankan Pilihanraya bila sesuatu kerusi disahkan oleh kosong oleh Speaker.

SPR tidak layak dan tiada kuasa untuk mencabar kesahihan surat perletakan jawatan itu. Orang yang paling layak mencabar keputusan Speaker ialah 2 orang ADUN yang terlibat iaitu Jamaludin Md Radzi dan Osman Md Jailu.

Saya sekali mencadangkan rakyat Malaysia, NGO dan parti-parti politik membuat laporan Polis terhadap tindakan SPR yang jelas bertindak diluar batasan kuasanya sendiri.

http://mutaligat.blogspot.com

02 February 2009

Najib tawar RM50 juta untuk beli ADUN PKR

Selepas itu, saya dibawa berjumpa Najib dikediamanya diPutrajaya, dimana Najib telah memujuk beliau untuk mengusahakan supaya dua ADUN PR melompat kedalam BN. Saya telah dijanjikan RM50 juta untuk khidmat saya dan diberitahu bahawa saya diberikan kebebasan untuk memujuk mana-mana ADUN

Selepas itu, saya dibawa berjumpa Najib dikediamanya diPutrajaya, dimana Najib telah memujuk beliau untuk mengusahakan supaya dua ADUN PR melompat kedalam BN. Saya telah dijanjikan RM50 juta untuk khidmat saya dan diberitahu bahawa saya diberikan kebebasan untuk memujuk mana-mana ADUN - Fauzi

Najib tawar RM50 juta untuk beli ADUN PKR.

Ketua Bahagian PKR Ipoh Barat, Fauzi muda hari ini mendedahkan tentang bagaimana Najib Razak pernah menawarkan RM50 juta kepadanya untuk membantu mendapatkan dua ADUN PKR melompat kedalam BN tahun lepas.


Walaupun mengakui beliau tidak mempunyai bukti kukuh untuk menyokong dakwaannya, beliau mencabar Najib untuk menafikan dakwaan beliau ini.

Perkara ini berlaku, tiga hari selepas pilihanraya yang meruntuhkan BN diPerak. Fauzi memberitahu, seorang rakan beliau, Suleiman Mansor, seorang ahli biasa Umno telah menjemput beliau ke kuala Lumpur pada 11 March 2008 di Plaza Toll Jalan Duta.

Walaubagaimanapun, Suleiman telah membawa Fauzi untuk berjumpa dengan tiga orang, termasuk Timbalan Menteri Pertahanan, Zainal Abidin Zain, diPlaza tol Jalan Duta.

“Selepas itu, saya dibawa berjumpa Najib dikediamanya diPutrajaya, dimana Najib telah memujuk beliau untuk mengusahakan supaya dua ADUN PR melompat kedalam BN. Saya telah dijanjikan RM50 juta untuk khidmat saya dan diberitahu bahawa saya diberikan kebebasan untuk memujuk mana-mana ADUN.” Kata Fauzi.

Walaubagaimanapun, Fauzi enggan memberikan salinan akuan bersumpah ataupun kenyataan media yang dibuatnya.

“Najib berjanji kepada sya sekiranya saya berjaya, perlantikan Menteri besar akan tertangguh. Walaubagaimanapun, saya meninggalkan kediamanya tanpa berjanji apa-apa kerana saya risaukan keselamatan saya.”

Beliau juga mendakwa, Suleiman telah menemuinya sekali lagi tahun lepas, selepas Jamaludin dan Osman ditahan dan didakwa atas tuduhan rasuah.

“Saya diberitahu, sekiranya saya berjaya untuk ‘membeli’ mereka, dakwaan tersebut akan ditarik balik tetapi kali ini, harga yang ditawarkan jatuh kepada RM5 juta. Sekali lagi saya menolak tawaran ini.”

Fauzi juga memberitahu media bahawa dia akan membuat satu laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Apabila ditanya mengapa beliau tidak membuat laporan sebelum ini, Fauzi berkata,” Saya tidak percaya ini akan berlaku sehinggalah Jamaludin dan Osman hilang sejak minggu lepas.”

Fauzi juga mencabar Najib untuk menafikan dakwaan beliau dan beliau juga sanggup berhadapan dengan Najib.

Ketika ditanya mengapa beliau dipilih untuk membuat kerja-kerja melobi ADUN PR untuk melompat, fauzi berkata,”Mungkin mereka ingat saya rapat dengan Jamal dan Osman dan mudah dibeli.”

Didalam sidang media tersebut, Ketua PKR Perak, Hj. Osman Abdul Rahman enggan membuat ulasan tentang isu yang melibatkan Jamaludin dan Osman ataupun tentang kesahihan surat perletakan jawatan mereka.

http://perakexpress.com

UMNO Akan Puspus... Najib Akan Merana

,Najib bakal menghitung hari karier politiknya akan berakhir.Kau kena perangkaplah Najib.Pak Lah dan Khairi sengaja beri tanggungjawab baru kepada kau sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perak.

,Najib bakal menghitung hari karier politiknya akan berakhir.Kau kena perangkaplah Najib.Pak Lah dan Khairi sengaja beri tanggungjawab baru kepada kau sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perak.Kalau BN kalah dua-dua kerusi DUN ini,alamatnya Najib kena letak jawatan sebagai TPM,Menteri Kewangan dan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perak.

Mesyuarat tergempar di Putrajaya

Kali ini Najib terperangkap dan berada di laluan sukar untuk mengejar impiannya menjadi PM setelah kedua exco PKR Perak meletakkan jawatannya.

Ini bermakna kerusi Dun Changkat Jering dan Dun Behrang diisytiharkan kosong dan pilihanraya kecil akan diadakan dalam tempoh 60 hari.

Apakah SPR akan mengadakan pilihanraya kecil untuk kedua-dua kerusi DUN ini serentak?sama-samalah kita tunggu dan lihat.

Mood rakyat ketika ini memihak Pakatan Rakyat dan peluang BN untuk menang boleh dikatakan agak tipis.

Jika congakan ini diambilkira,Najib bakal menghitung hari karier politiknya akan berakhir.Kau kena perangkaplah Najib.Pak Lah dan Khairi sengaja beri tanggungjawab baru kepada kau sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perak.

Kalau BN kalah dua-dua kerusi DUN ini,alamatnya Najib kena letak jawatan sebagai TPM,Menteri Kewangan dan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perak.

Tok nak tengok macamana gandingan Najib dan Zahid berdepan dengan situasi ini.Kedua-duanya dulu bekas orang kanan Anwar tapi bila dah senang bos korang sendiri kau kenakan.Pengakuan bersumpah oleh saiful bukhari yang mengatakan dia diliwat dah sah rancangan licik korang.

Langit tak selalunya cerah dan korang akan berdepan dengan hukuman rakyat sebelum berdepan dengan hukuman Tuhan.

Najib telah memanggil mesyuarat tergempar semua ahli dewan undangan Perak pagi ini di rumah nya di Putrajaya mengenai situasi politikdi Perak. Didapati tiga orang Adun Perak tidak hadir.

Mereka yang gagal hadir di Putrajaya ialah Datuk Ahmad Pakeh Adam (Lintang), Datuk Hamdi Abu Bakar (Pengkalan Baharu) dan Hamidah Osman (Sungai Rapat).

Ketiga-tiga trio ini diberitakan akan melompat ke Pakatan Rakyat.Satu lagi tamparan hebat buat gandingan Najib-Zahid.

Eloklah korang mintak nasihat kat PM pencen tu,Tun Mahathir.Selama ini dialah penasihat korang.

UMNO tentu sudah pening sekarang.Pemilihan UMNO Mac ini dimeriahkan dengan pilihanraya kecil DUN Behrang dan changkat Jering.

Nak kempen untuk jawatan parti atau untuk Pilihanraya Kecil kedua-dua DUN ini.Tak kempen untuk diri sendiri nanti kalah pulak dan peluang nak jadi calon BN untuk PRU13 tipis.Dilema ni.Biar BN kalah asalkan aku menang,demikianlah pendirian kebanyakan pemimpin UMNO yang akan bertanding dalam pemilihan UMNO Mac depan.

Pilihanraya kecil di Behrang dan Changkat Jering akan menjadi mimpi ngeri buat Najib dan Zahid.Khairi menunggu giliran menghukum korang kerana mensabotaj orang-orangnya Wan Farid dan Norza Zakaria.

Tok juga nak cadangkan kepada Pakatan Rakyat Perak agar tidak berebut dan bergaduh ketika menamakan calon untuk kedua-dua kerusi DUN tersebut.Berbincanglah dan berlapang dadalah terhadap calon yang diputuskan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.

Kerajaan Pakatan Rakyat perlu berhati-hati mulai sekarang dan mengawal ketat kesemua ADUN mereka agar tidak diculik Najib sehingga berakhirnya Pilihanraya Kecil Behrang dan Changkat Jering.

Kepada pengundi-pengundi dikedua-dua DUN tersebut,segala pemberian kerajaan BN korang ambiklah.Anggaplah durian runtuh tapi time mengundi nanti korang undilah Pakatan Rakyat.

Kedua-dua exco PKR itu telah hilang kelayakan untuk bertanding selama 5 tahun.UMNO dan BN pecah kepala untuk memikirkan calonnya.Adegan baling kerusi,pulau memulau,bergaduh dan sabotaj akan menjadikan UMNO,parti yang luput tarikh semakin menghampiri zaman kepupusannya.Katakan tidak kepada UMNO dan BN

http://notoumno.blogspot.com

Kerajaan Pakatan Rakyat Di Perak Bertambah Teguh...

Perak: Apa Selepas Ini

Tindakan Speaker yang mengumumkan perletakan jawatan dua orang exco PKR adalah tepat yang dengannya telah menyebabkan kedua-dua exco berkenaan dikeluarkan dari tempat persembunyian mereka oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Kedua-duanya menafikan telah menghantar surat perletakan jawatan tetapi kedua-duanya tidak menafikan pernah menandatangani surat perletakan jawatan tanpa tarikh selepas memenangi pilihanraya umum ke 12 yang lalu.

Semasa menandatangani surat tersebut pada 8 Mac lalu, sepastinya mereka penuh berkesadaran akan implikasinya, dan menerima risiko seandainya berpaling tadah.

Seperti sekeping cek kosong yang ditandatangi sekalipun tanpa tarikh, ia boleh ditunaikan di bank dengan pembawanya menulis tarikhnya bila masa cek itu perlu ditunaikan.

Sewaktu negara sedang sibuk menjejaki mereka, mereka berdua membisu, tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan, malah daripada kenyataan adik salah seorang dari mereka menyatakan abangnya telah keluar dari PKR. Ini diperkuatkan kenyataan Perdana Menteri yang mengiyakan kemungkinan kedua-dua mereka menyertai UMNO/BN.

Justeru apa selepas ini? Perak kusut? Oh tidak. Speaker pada bila-bila masa boleh menarik balik perisytiharannya apatah lagi jika perisytiharan rasmi belum dikemukakan kepada pihak SPR.

Kedua, tindakan kedua-dua exco PKR ini perlu di siasat dan diselidiki dengan teliti. Apakah sebenarnya yang telah berlaku. Tidak cukup untuk menerima alasan mereka menyatakan cuti sakit. Tidak mungkin satu perkara yang “kebetulan” dua-dua yang menghadapi tekanan pertuduhan rasuah tiba-tiba kedua-dua sakit pada hari yang sama dan pulih pada masa yang sama.

Ketiga, mereka perlu dilucutkan jawatan exco kerana gagal untuk melaporkan kepada Ketua Kerajaan, di dalam konteks ini, Menteri Besar Perak, terhdap kehilangan mereka. Surat cuti sakit tidak dihantar ke Menteri Besar tetapi dikatakan diletakkan di pejabatnya. Siapa mengajarnya berbuat begitu? Perlucutan jawatan exco tidak boleh dipertikaikan kerana ia hak mutlak kepimpinan PR dan sekali lagi di dalam konteks ini MB Perak yang mempunyai bidangkuasa itu.

Keempat, mereka perlu dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin Parti Keadilan Rakyat yang telah menyebabkan kekecohan ini sehingga memaksa Speaker mengumumkan perletakan jawatan mereka kerana tidak mungkin sesuatu kawasan terbiar kosong tanpa wakil rakyat apa tah lagi mereka gagal untuk menghubungi pimpinan PKR sewaktu “kehilangan” mereka.

Kelima, mereka perlu bertindak jujur dengan memberitahu apa sebenarnya yang berlaku dan bukan mencipta helah sekadar menyatakan sakit. Apa yang nyata tindakan mereka yang berdiam diri sebelum ini benar-benar merupakan satu penyakit dan mereka perlu meminta maaf kepada rakyat sebelum mereka dihumbankan oleh rakyat sepertimana rakyat telah menghumbankan UMNO/BN sebelum ini!

Kuasa rakyat kuasa keramat!
Video akan menyusul

http://greenboc.blogspot.com

01 February 2009

Terkini!!! Padan Muka Dua Ekor Katak ...

MENTERI Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (tengah) menjawab soalan wartawan selepas mengadakan mesyuarat tergempar dengan Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat di kediamannya hari ini. - foto The Star oleh ZABIDI TUSIN

ADUN PKR: Kami masih wakil rakyat, mahu cabar Speaker

Menafikan ada hantar surat letak jawatan hari ini

[DIKEMAS KINI, 11.15 MALAM] PETALING JAYA: Kerajaan negeri Perak pimpinan Pakatan Rakyat, berusia 11 bulan, kini menuju ketidaktentuan dengan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), yang diisytihar telah melepaskan kerusi masing-masing hari ini, mahu mencabar kesahihan kenyataan Speaker.

Pendirian kedua-dua ADUN itu, dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang menafikan telah menghantar surat letak jawatan, dijangka mengusutkan senario politik Perak.

Kira-kira dua jam selepas kenyataan Speaker Dewan Undangan Negeri, V. Sivakumar, ADUN Behrang, Jamaluddin Mat Radzi dan rakan sejawatannya dari Changkat Jering, Mohd. Osman Jailu berkata, surat letak jawatan yang dimaksudkan beliau itu sebenarnya telah ditandatangani 8 Mac lalu.

"Surat tanpa tarikh itu ditandatangani oleh tujuh ADUN PKR kerana kerajaan negeri bimbang kami akan menyertai Barisan Nasional (BN).

"Nampaknya surat ini telah diguna pakai untuk mengumumkan kononnya kami meletak jawatan.

"Ini satu pembohongan dan saya akan berbincang dengan peguam untuk tindakan selanjutnya," Jamaluddin berkata demikian ketika dihubungi Bernama beberapa jam selepas Speaker mengumumkan mereka meletakkan jawatan.

MASIH ADUN PKR

"Saya dan Mohd. Osman sehingga kini masih ADUN PKR dan belum pernah mengisytiharkan untuk keluar daripada parti, calon Bebas pun tidak, ataupun mengumumkan menyertai Umno," kata Jamaluddin.

Mengenai dakwaan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bahawa mereka hilang sejak Isnin lepas, Jamaluddin berkata, beliau sebenarnya mengambil cuti sakit sejak Rabu.

"Surat MC ada di pejabat saya, jadi saya bukan hilang," katanya.

Bagaimanapun, ketika ditanya di mana beliau berada semasa dikatakan "hilang", Jamaluddin enggan mengulasnya.

Petang tadi, kata Sivakumar, dua ADUN berkenaan yang didakwa "hilang" dan "tidak dapat dihubungi" sejak lima hari lalu, meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat berkuat kuasa hari ini.

mStar Online difahamkan ada wakil rakyat yang menandatangani surat letak jawatan sebagai ADUN, yang tidak bertarikh.

Perkembangan terbaru itu diketahui kira-kira enam jam selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengatakan ada kemungkinan mereka akan sertai BN manakala Menteri Besar Perak pula mencabar kedua-dua ADUN berkenaa keluar dan mengisytiharkan jika benar telah memasuki BN. Perkembangan petang ini membuka laluan kepada pilihan raya kecil - pilihan raya kecil peringkat negeri yang pertama sejak pilihan raya umum ke-12 Mac lalu.

Dua pilihan raya kecil kerusi Parlimen telah diadakan di Permatang Pauh, Pulau Pinang Ogos lalu dan Kuala Terengganu, Terengganu bulan lalu.

Dengan keputusan meletakkan jawatan itu, Jamaluddin dan Mohd. Osman tidak boleh bertanding semula dalam pilihan raya untuk tempoh lima tahun akan datang.

Jamaluddin, 52, adalah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Koperasi, Pertanian dan Perladangan manakala Osman, 57, pula pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Insan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan.

Sebelum ini kedua-dua mereka menghadapi tuduhan rasuah melibatkan kelulusan sebuah projek pembangunan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar dan perbicaraan kes berkenaan akan didengar di Mahkamah Sesyen pada 10 Februari ini.

Pada pilihan raya umum 8 Mac lalu, Jamaluddin menerima 6,771 undi untuk menewaskan calon BN, Datuk M. Ramasamy yang mendapat 5,744 undi.

Mohd. Osman pula menang dengan majoriti 1,102 undi bagi merampas kerusi DUN Changkat Jering. Beliau memperoleh 9,411 mengalahkan penyandang dari BN yang juga Yang Dipertua DUN Perak sebelum itu, Datuk Mat Isa Ismail yang mengumpul 8,309 undi.

DISAH SPEAKER

Ia dinyatakan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V. Sivakumar di Ipoh pukul 5.45 petang tadi.

Kata beliau, kedua-dua mereka menghantar surat menggariskan keputusan itu menerusi faks yang dihantar ke rumahnya.

"Kedua-dua Mohd. Osman dan Jamaluddin meletakkan jawatan sebagai ADUN berkuat kuasa serta-merta dan saya menerima peletakan jawatan mereka di bawah Perkara XXXV Perlembagaan Negeri.

"Sebagai Speaker, saya akan mengumumkan kedua-dua kerusi N14 Changkat Jering dan N59 Behrang kosong secepat yang mungkin," kata beliau dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Speaker akan memaklumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) secara rasmi esok untuk memaklumkan perkembangan tersebut.

Pakatan Rakyat mempunyai 32 anggota di Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk ADUN Bota, Datuk Nasarudin Hashim yang menyertai PKR pada Ahad lalu manakala BN dianggotai 27 wakil dan walaupun dua Adun PKR berkenaan keluar, kerajaan negeri masih mempunyai majoriti satu kerusi.

REAKSI MB PERAK

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin ketika dihubungi mStar Online berkata, pihaknya sudah dimaklumkan mengenai perkara itu dan akan meminta supaya SPR mengadakan pilihan raya kecil.

"Sah kedua-dua mereka (ADUN) letak jawatan... saya telah dimaklumkan mengenainya sebentar tadi," katanya.

Ketika ditanya sama ada kecewa dengan keputusan mereka, pemimpin dari PAS itu memberitahu: "Bukan soal kecewa tapi ini menunjukkan Umno dan BN bertindak jahat memancing orang kami."

SPR TUNGGU NOTIS

Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, pihaknya akan mengambil tindakan susulan termasuk memanggil pilihan raya kecil jika menerima pengesahan rasmi mengenai kekosongan yang wujud.

"(Berdasarkan maklumat media)... maknanya sudah ada kekosongan... SPR apabila menerima surat tentang kekosongan akan mengambil langkah-langkah perlu," katanya.

http://www1.mstar.com.my

http://lh3.ggpht.com/_NG2rpR7PL40/Sd7ECBLUWVI/AAAAAAAAAj4/cwlPA3Kc0GA/s720/bersemadi%20UMNO3.JPG


LYRIC

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight




http://lh4.ggpht.com/_NG2rpR7PL40/ScNA7ekrAAI/AAAAAAAAAe4/MnAONBmvtlE/pinkturtle%20video.JPG