02 June 2009

Benarkah Roslan SMS Memberi maklumat Kepada Utusan Malaysia

50% Kawasan Menolak Ustaz Nasa?

Dari maklumat yang telah didedahkan kepada Sinar Harian (30/05/2009), pencalonan yang diberikan kepada Ust Nasa adalah dalam jumlah 68 pencalonan dari 137 kawasan di seluruh Malaysia. Terdapat lebih 47 kawasan yang tidak menghantar pencalonan mereka.

Sekiranya kita mencongak, kita akan dapati bahawa pencalonan yang diberikan kepada Ustaz Nasa ini tidak sampai 50% dari seluruh pencalonan. Ini bererti bahawa lebih 50% kawasan dalam Malaysia yang menghantar pencalonan tidak mencalonkan Ust Nasaruddin Mat Isa.

Ini adalah satu perkara sangat menghairankan kerana Ustaz Nasaruddin Mat Isa adalah pemegang jawatan Timbalan Presiden yang dipertandingkan itu. Dan lebih 50% kawasan telah menolak beliau.

Dari maklumat yang saya dapati, rata-rata 47 kawasan lain yang tidak menghantar pencalonan sebenarnya telah mencalonkan samada Mat Sabu atau Husam Musa. Tetapi, atas sebab-sebab tertentu mereka tidak sempat atau tidak menghantar pencalonan mereka sebelum tarikh tutup.

Barang diingat, sewaktu Ustaz Nasa mula-mula memenangani jawatan Timbalan Presiden PAS, 80% PAS Kawasan seluruh Malaysia mencalonkan Ustaz Hasan Shukri. Namun, Ustaz Nasaruddin masih mampu memenangi jawatan Timbalan Presiden PAS Pusat pada pemilihan 2005.

Saya juga mendapat tahu bahawa angka “pencalonan 60% kepada Nasaruddin” (http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0515&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htm) seperti yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia dibocorkan oleh Roslan SMS. Saya harap Roslan SMS mennafikan khabar2 ini yang semakin kuat bertiup.

http://www.malaysiawaves.com

..........................................................................................................................................................................

Inilah artikel dari Utusan Malaysia yang dimaksudkan oleh Penulis... iaitu artikel kempen Utusan Malaysia untuk Ustaz Nasharuddin


Nasharuddin Mat Isa terima 60% pencalonan

KUALA LUMPUR 14 Mei - Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa mempunyai peluang yang amat cerah untuk mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti itu bulan depan apabila mendapat pencalonan hampir 60 peratus.

Sementara itu, calon saingannya Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu masing-masing menerima 20 peratus pencalonan dan Datuk Seri Azizan Abdul Razak (kurang 5 peratus).

Menurut sumber, hasil pencalonan yang diperoleh Nasharuddin jelas menunjukkan sebahagian besar perwakilan mahu Pas diterajui oleh kepimpinan ulama.

‘‘Seperti mana yang dijangka kebanyakan kawasan yang membuat pencalonan tidak akan terkeluar daripada tradisi kepimpinan yang diamalkan Pas sejak 1982 iaitu kepimpinan berasaskan ulama.

‘‘Berdasarkan keputusan yang dibuat ketika muktamar pada tahun tersebut, Pas telah membuat ketetapan bahawa jawatan nombor satu dan nombor dua parti adalah di kalangan ulama,’’ kata sumber itu di sini hari ini.

Semalam dalam satu sidang akhbar di Kuala Terengganu, Pengerusi Jawatakuasa Pemilihan, Datuk Mustafa Ali mengumumkan kedudukan Datuk Seri Abdul Hadi Awang kekal sebagai Presiden parti selepas memperoleh 129 pencalonan.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula tidak layak bertanding bagi jawatan itu pada muktamar tahunan Jun ini apabila gagal mendapat dua pencalonan.

Bagaimanapun bagi jawatan tertinggi seperti Timbalan Presiden, Naib pPresiden serta Ahli Jawatankuasa Pusat, Mustafa tidak memberi maklumat secara terperinci dan hanya sekadar memberitahu berlaku saingan sengit pada semua jawatan tersebut.

Dalam pada itu sumber itu berkata, kegagalan Husam menguasai pencalonan bagi jawatan timbalan presiden merupakan petanda awal yang kebanyakan perwakilan menolak kepimpinannya.

Sumber itu berkata, perwakilan telah memberi mesej awal yang mereka tidak mahu Pas diterajui oleh kumpulan lain selain daripada ulama.

‘‘Dengan kata lain mereka tidak mahu puak Erdogan iaitu sekumpulan pemimpin Pas yang mempunyai hubungan rapat dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menerajui parti.

‘‘Tidak dinafikan Husam kelihatan bersungguh-sungguh untuk merebut jawatan Timbalan Presiden tetapi malangnya hanya sebahagian kecil kawasan sahaja yang mencalonkan beliau,’’ kata sumber itu lagi.

Dalam pada itu sumber tersebut berkata, jumlah pencalonan bagi jawatan Timbalan Presiden itu diperolehi daripada kira-kira 130 kawasan yang berjaya menghantar pencalonan mengikut masa ditetapkan.

http://www.utusan.com.my

No comments:

http://lh3.ggpht.com/_NG2rpR7PL40/Sd7ECBLUWVI/AAAAAAAAAj4/cwlPA3Kc0GA/s720/bersemadi%20UMNO3.JPG


LYRIC

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight




http://lh4.ggpht.com/_NG2rpR7PL40/ScNA7ekrAAI/AAAAAAAAAe4/MnAONBmvtlE/pinkturtle%20video.JPG