13 June 2009

SPRM putuskan dakwaan terhadap dua 'Datuk' - Nazri

KUANTAN: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memutuskan dalam tempoh terdekat sama ada untuk mendakwa dua "Datuk" yang dibabitkan dengan kes rasuah berhubung pembinaan projek Lebuh raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

Beliau berkata ketika ini pihak SPRM telah pun selesai melakukan siasatan berhubung kes itu.

"Siasatan telah habis dan SPRM sudah mengumpul bukti dan kemungkinan untuk mendakwa terhadap tertuduh ini, keputusan itu akan dibuat secepat mungkin," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Hari Bersama Pelanggan Jabatan Perdana Menteri, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas desakan Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor semalam yang mahu SPRM mengambil tindakan segera ke atas dua anggota Umno yang bergelar Datuk yang disyaki terbabit dalam kes rasuah berhubung pembinaan MRR2.

Nazri berkata SPRM akan melakukan siasatan secara bebas dan adil tanpa mengira kedudukan pihak yang disabitkan rasuah itu.

"SPRM akan bertindak adil dan bebas tanpa mengira orang yang disiasat atau didakwa itu datang dari parti tertentu, kita tak kira, kalau cukup bukti daripada siasatan dan ada keperluan untuk mendakwa, maka SPRM akan memutuskannya (untuk didakwa)," katanya.

Beliau berkata pihak kerajaan atau Umno juga tidak akan campur tangan dalam siasatan terhadap pemimpin Umno atau ahlinya yang terbabit rasuah.

Ditanya mengenai persepsi pihak tertentu bahawa SPRM kini dilihat lebih "menyerang" pemimpin-pemimpin Umno berhubung kes rasuah, Mohamed Nazri berkata perkara itu adalah tidak benar sama sekali.

"Persepsi itu tidak betul.., mana lebih penting, lawan rasuah atau hendak parti (Umno) membela seorang yang dituduh melakukan rasuah, saya kira ini adalah satu usaha membersihkan parti daripada gejala rasuah, itu lebih penting daripada hendak menjaga nama parti atau cuba melindungi perbuatan itu," katanya.

Mohamed Nazri berkata persepsi berkenaan juga mungkin disebabkan Umno merupakan sebuah parti besar dan berkuasa dan segala tindak tanduk pemimpin dan anggotanya tentulah sentiasa menjadi perhatian rakyat.

"Bagi parti yang berkuasa ini, tentulah macam-macam berlaku, orang tak bercakap pasal parti lain yang tidak berkuasa dan tidak memerintah.

"Kita perlu menyambut baik usaha SPRM ini, ianya tidak mendatangkan malu kepada kita, jika SPRM mengambil tindakan ke atas mereka yang terbabit rasuah, maka kita akan dapat membanteras rasuah dalam Umno, dan rakyat akan kembali yakin kepada Umno," katanya. BERNAMA

http://mstar.com.my/berita

12 June 2009

Rosmah Perempuan Puaka! Part 2



Rosmah Perempuan Puaka! Part 2

Desak Mustafa Ali Letak Jawatan!


TEPUK DADA, TANYA IMAN, LETAKLAH JAWATAN!


BUKAN untuk menuju kepada sesiapa, tetapi bukan pula untuk menuju kepada haiwan-haiwan atau mana-mana makhluk asing. Pertelingkahan yang semakin hebat berlaku di dalam Pas kini adalah hasil daripada tangan-tangan dan mulut-mulut manusia bukan binatang mahupun makhluk halus yang lain. Apabila manusia sudah merasa dirinya hebat dan kumpulannya kuat, maka mulalah merasa orang lain itu kerdil. Orang-orang seperti ini tidak nampak kesilapan dan kesalahan yang telah mereka lakukan, tetapi dengan begitu cepat mencari kesalahan orang lain.

Krisis yang berlaku di dalam Pas sekarang adalah kerana adanya `orang-orang' ini yang masih dipelihara di dalam `sangkar' emas oleh Pas. Saya tidak percaya golongan seperti ini adalah Ulamak kerana seorang Ulamak sudah tentu tidak akan melakukan kerja yang tidak beretika dan beradab kepada ahli jemaah dan partinya sendiri. Tuan Guru Presiden Pas menjadi mangsa `mainan' orang-orang seperti ini. Saya menghormati Tuan Guru Presiden dan sehingga kini seikhlas hati saya masih menganggap Tuan Guru Presiden Pas adalah seorang Ulamak.

Sebagaimana yang sering saya sebutkan dalam tulisan-tulisan saya bahawa Ulamak adalah mereka yang berpengetahuan tinggi di dalam bidang agama, mempunyai akhlak keperibadian yang luhur, mempraktikkan segala ilmu yang ada padanya di samping menyampaikan ilmu-ilmu yang bermunafaat kepada orang lain. Kesemua ciri-ciri ini ada pada Tuan Guru Presiden. Cuma, yang tiada pada pandangan saya ialah strategi politik yang berkesan. Oleh yang demikian, juak-juak yang ingin mengambil kesempatan telah pun mengambil kesempatan demi kepentingan mereka bukan kepentingan jemaah dan parti.

Pas sebenarnya tidak akan mampu dan terdaya untuk memikul masalah dan bebanan seperti yang sedang dihadapi sekarang bagi tempuh yang panjang. Tuan Guru Presiden seolah-olah dibiarkan bersendirian untuk menyelesaikan kemelut yang teruk melanda Pas sekarang. Hampir kesemuanya, apabila ditanya tentang isu kontroversi tersebut akan menjawab segala-galanya akan dijelaskan oleh Presiden. Mudah benar mereka melepaskan kesemuanya kepada Presiden sedangkan mereka tahu siapa punya angkara yang menyebabkan isu ini timbul. Cuba toleh semula ke belakang iaitu selepas Pilihanraya Umum Ke 12 yang lalu, siapakah di antara pimpinan Pas yang memulakan `rentak ' ini? Mula-mula mereka menafikan, kemudian mengaku dan menuding ke merata-rata arah untuk `menghalalkan' apa yang telah mereka lakukan di Selangor. Maka, mencari-carilah mereka mana-mana ayat di dalam Al-Quran yang menyeru kepada `perdamaian' untuk menunjukkan bahawa apa yang mereka lakukan itu `halal' hukumnya.

Apabila situasi kini semakin dilihat tidak terkawal, pimpinan hendaklah berbuat sesuatu dengan segera. Utamakan jemaah dan parti, utamakan juga rakan taulan dalam perjuangan dan jangan bersikap pilih kasih atau melindungi kesalahan mana-mana tokoh atau Ulamak jika ada. Kepada yang masih mempunyai tanggungjawab dan kesedaran diri, tepuklah dada, tanyalah iman. Jika hati kecil berkata, " akulah puncanya terhadap apa yang berlaku," maka berundurlah dengan segera. Jangan ambil kesempatan lagi dengan bergayut di jubah Tuan Guru Presiden disaat parti sedang mengalami kesukaran sekarang. Silalah letak jawatan, kerana rahsia sudah tidak menjadi rahsia lagi.

http://wfauzdin.blogspot.com

11 June 2009

Undang-undang dah berkecamuk - Prof Dr Aziz Bari


Kuliah Haraki - Prof Dr Aziz Bari

10 June 2009

SEGERA TARIK BALIK UCAPAN BERKAITAN KERAJAAN PERPADUAN



SEGERA TARIK BALIK UCAPAN BERKAITAN KERAJAAN PERPADUAN

ISU Kerajaan Perpaduan ini sebenarnya sudah lama didengari dalam Pas iaitu sebelum muktamar lagi. Walau bagaimanapun, isu ini tamat diperkatakan apabila Tuan Guru Presiden Pas di dalam kenyataannya berkata bahawa `Tiada lagi Kerajaan Perpaduan' bersama Umno sejurus Najib mengambil alih jawatan PM menggantikan Pak Lah. Alhamdulillah, isu tersebut dinoktahkan dan semua ahli Pas serta rakan-rakan di dalam PR bergembira dengan keputusan muktamad Tuan Guru Presiden tersebut. PR bersama Pas dilihat lebih bersemangat selepas itu sepertimana yang telah dapat dibuktikan di dalam beberapa pilihanraya kecil selepas itu.

Entah mengapa dan kenapa, tiba-tiba terpacul semula isu ini di dalam Muktamar Pas baru-baru ini. Mungkin, ada beberapa kerat pemimpin yang masih tergila-gila dengan usaha sama Pas dengan Umno ini yang kecewa teramat sangat apabila Tuan Guru Presiden menoktahkan isu tersebut sebelum ini. Maka, isu ini timbul semula di dalam keadaan `versi' yang agak berbeza serta diubahsuai agar kelihatan lebih `Islamik atau Syarie'. Pokoknya, perpaduan itu menyebut nama Umno iaitu satu nama yang teramat jelik di hati rakyat terutamanya di Perak. Muktamar mungkin tidak terasa bagaimana sukarnya Ir Nizar berhadapan dengan Umno di Perak di dalam keadaan wakil Pas di dewan paling kecil jumlahnya daripada wakil DAP dan PKR. Namun, Ir Nizar bersyukur keranadi Perak, PR telah membuktikan bahawa PR mampu senang dan susah bersama, bahkan sanggup mati demi maruah PR sendiri.

Saya suka membezakan sikap dan pengorbanan rakan-rakan di dalam PR di Perak dengan Selangor. Di Selangor, awal mula pertama mula PR menawan Selangor, sudah ada pemimpin yang otaknya tidak keruan kerana gagal mendapat majoriti kerusi partinya bagi membolehkan dilantik sebagai MB Selangor. Tanpa rasa bersalah dan berdosa, pemimpin ini sanggup berjumpa pemimpin Umno sehingga ke peringkat PM ketika itu bagi membincangkan `perpaduan' bersama Umno, kononnya. Tidak menjadi rahsia lagi, pertemuan yang saya anggap `keluar dari kelambu dan masuk kelambu' orang lain itu turut membincangkan sekiranya `perpaduan' bersama Umno di Selangor ini berjaya, pemimpin tertentu ini telah dicadangkan sebagai MB Selangor dan bukannya Tan Sri Khalid. Inilah pengkhianat yang kini masih berada di dalam parti dan lebih berbahaya lagi memegang jawatan penting, dan ironinya pemimpin ini `terselamat' dari sebarang tindakan disiplin parti.

Setelah mereka inigagal di dalam pengkhianatan pertama mereka, usaha terus dijalankan dan digunakan muktamar yang mulia ini sebagai pembawa `virus' mereka. Kini, virus tersebut mula melanda di dalam parti dan dilihat semakin parah. Pemimpin ini sedar bahawa majoriti perwakilan tidak menyokong serta bersubahat dengan usaha khianatnya, maka di`sejukkan' suasana dengan menyeru ahli-ahli dan rakan-rakan dalam PR agar `Lupakan sahaja Isu Kerajaan Perpaduan'. Begitu mudah lidah berbicara untuk menyelamatkan diri masing-masing. `Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya'.

Pada pandangan saya, tiada jalan lain yang dapat dilakukan oleh pimpinan kecuali secara tegas dan muktamad membatalkan segala ucapan berkaitan isu ini. Keputusan muktamar yang lalu diguna pakai semula termasuk kata-kata Tuan Guru Presiden sebelum ini bahawa isu `Kerajaan Perpaduan' bersama Umno dinoktahkan. Jangan kita salahkan rakyat dan ahli yang memperbesarkan isu ini kerana isu ini sememangnya besar, jika tidak masakan disebut di dalam muktamar?

http://wfauzdin.blogspot.com

PAS BELUM TERLAMBAT UNTUK BERUNDUR


PAS BELUM TERLAMBAT UNTUK BERUNDUR


Salam...

Hari ini jari-jemari saya masih mahu menari-nari di papan kekunci untuk meneruskan isu terkini, sama seperti 2 post saya yang terakhir, yakni mengenai parti PAS.

1. Presiden PAS kata isu kerajaan perpaduan ini telahpun dipersetujui oleh PKR dan DAP.

2. Mursyidul AM PAS kata kerajaan perpaduan ni mengarut,

3. DAP dan PKR kata perkara ini tidak pernah dipersetujui oleh mereka,dan mahukan penjelasan lanjut dari Presiden PAS.

Daripada ketiga-tiga perkara di atas, adalah lebih afdal kepada Presiden PAS, ataupun sesiapa sahaja yang pemimpin dan ahli-ahli PAS yang menyokong gesaan kerajaan perpaduan ini supaya fikir kembali, apa yang membuatkan PAS sampai ke tahap ini sekarang? Tahap di mana, kaum bukan Islam memberi sokongan kepada PAS pada 8 Mac 2008 dan juga pada pilihanraya-pilihanraya kecil yang disertai oleh PAS selepas 8 Mac.

Saya pasti, tidak ramai di antara penyokong ataupun ahli-ahli PAS, mahupun pemimpin-pemimpin PAS itu sendiri mengenai kejayaan mereka pada 8 Mac 2008 dan pilihanraya kecil Bukit Gantang khususnya, apabila PAS menerima undi daripada kaum bukan Islam yang besar jumlahnya.

Jadi persoalannya sekarang, mengapa? Jawapannya begitu mudah, pengundi-pengundi ini mengundi parti yang lambangnya selain lambang DACING (BN). Bukti? PAS menang di kawasan-kawasan multiracial seperti di Perak, bukan hanya di kawasan yang hardcore Melayu seperti di Kedah dan Kelantan.

Mungkin ketika 8 Mac 2008, pengundi-pengundi ini tidak mempunyai pilihan lain kerana perasaan amarah, benci dan mual terhadap BN/UMNO. Oleh itu, mereka mengundi parti lain, iaitu PKR,DAP dan termasuklah PAS. Dan sokongan ini diteruskan, malah terus bercambah semasa pilihanraya-pilihanraya kecil selepas 8 Mac 2008.

Sokongan Melayu mungkin boleh disimpulkan terpecah kepada 2, kepada PAS/PKR dan BN/UMNO. Tetapi bagi Cina dan India, sokongan mereka jelas memihak kepada PKR/DAP/PAS. Itu jika kita lihat daripada pecahan mengikut kaum.

Dari segi pecahan umur, rakyat muda belia (seperti saya) juga jelas dan terang-terangan memihak kepada PKR/DAP/PAS. Bukti? Selepas secara rasmi BN kalah di Pulau Pinang, anak-anak muda berbangsa Melayu, samada menaiki motor atau berjalan kaki, berarak dengan mengibar bendera DAP.

Bila dan di mana lagi fenomena ini pernah dilihat atau akan dilihat sekali lagi?

Oleh itu, amatlah mendukacitakan jika para pemimpin PAS dan ahli-ahli PAS terus menokong gesaan kerajaan perpaduan dan berbincang dengan UMNO, kerana sokongan serta kekuatan yang PAS ada sekarang adalah hasil kebencian rakyat kepada UMNO/BN.

Saya berasa sangat gusar, jika pemimpim-pemimpin PAS dan ahli-ahlinya yang menyokong kerjasama dengan UMNO ini diteruskan, PAS akan kehilangan sokongan yang telah diterimanya sebelum ini, dan ini secara tidak langsung akan melemahkan Pakatan Rakyat.

Harus diingat, lembu dipegang dengan talinya, manusia dipegang dengan janjinya. PAS adalah sebahagian daripada Pakatan Rakyat, dan sudah tentu ada perjanjian yang sudah termetrai di antara ketiga-tiga parti ini, janganlah memungkiri janji dan ‘mutual understanding’ yang telah dicapai.

Pintalah persetujuan daripada PKR dan DAP dahulu sebelum meneruskan kerjasama dengan UMNO, hormatilah dan jagalah perasaan rakan-rakan kita, jangan kita mudah lupa apa yang membawa kita ke tahap sekarang.

Saya khuatir, PAS bukan sahaja akan kehilangan sokongan daripada kaum bukan Islam tetapi juga daripada pengundi-pengundi muda.
Masih belum terlambat…

http://bypass308.blogspot.com

09 June 2009

DAP Minta Penjelasan Hadi dan Nasa Mengenai Kerajaan Perpaduan



DAP Minta Penjelasan Hadi Mengenai Kerajaan Perpaduan

07 June 2009

Usul kepimpinan ulama patut didebat - Hasan Ali



Usul kepimpinan ulama patut didebat - Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hasan Ali
http://lh3.ggpht.com/_NG2rpR7PL40/Sd7ECBLUWVI/AAAAAAAAAj4/cwlPA3Kc0GA/s720/bersemadi%20UMNO3.JPG


LYRIC

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight




http://lh4.ggpht.com/_NG2rpR7PL40/ScNA7ekrAAI/AAAAAAAAAe4/MnAONBmvtlE/pinkturtle%20video.JPG