14 March 2009

Gambar Najib ketika umum calon BN Bukit Gantang

Jeritan Najib di tengahari - Kita rampas kerusi P.59, ingat ! undi BN..Hidup BN !

Untuk memberi keadilan kepada pengundi-pengundi di Bukit Gantang, setelah saya berbincang dengan Dato' Zahid Hamidi, mantan MB Perak, Dato' Seri Tajol, dan tokey Negeri yang baru, Zambry, maka dengan ini saya mengumumkan calon BN untuk kerusi Parlimen P.59 ialah Ismail Sapian, anak tempatan. Hidup BN....jerit..jerit ! Hidup BN !

Itulah sedikit mukadimah pengumuman yang dibuat oleh TPM, Najib ketika mengisytiharkan calon sebenar BN pada PRK Bukit Gantang.

Pengumuman yang dibuat tepat pada jam 12.16pm, hari ini di Padang Awam, Simpang Taiping. Dibawah terik matahari, beliau dengan yakin bahawa BN akan merampas kembali kerusi Parlimen daripada PAS, sebagaimana BN merampas kerajaan Perak melalui kelebihan undi ahli DUN, dan perkenan Sultan. Selanjutnya wak akan kemaskini malam nanti. Ini kerana wak kena attend 1 meeting khas di sini bersama pimpinan Negeri..InsyaAllah.

Suasana keriangan PENUH gumbira penyokong apabila Najib selesai menamakan calon BN yang bertanding..Tepuk jangan tak tepuk..kita tunggu 7 April yaa !! Berseronok-seronok dahulu, nak malu-malu kemudian..jangan sombong sgt bro !
Kehadiran penyokong BN yang hampir 10 ribu orang di padang Awam, benar-benar mengembirakan Najib dan Zambry...tapi standardlah..majlis BN kalau tak dak yang kat bawah ni mai angkut..
Puluhan bas dari seluruh Perak yang membawa penyokong BN hadir pada majlis Najib hari ini, dianggarkan bas-bas ini didatangkan sejauh Grik dan Kroh..wow ! 50 ribu pun boleh beb kumpul macam ni beb !

Bendera Umno dan parti serpihan dipacak bagi mengembirakan Najib dan Zambry, dari pengamatan wak, hampir 80% bendera yang dipacak didominasikan oleh bendera BN..belanja sakan Umno-BN kali ini...duit sudah mari..katak pun sudah mari..apa tunggu..orang bagi..ambik..undi tetap undi PAS..yes !!

Saya mahu jadi Naib Presiden Umno Malaysia, bukan Sabah - Shafie

YAKIN MENANG Shafie Apdal wakil tunggal menyaingi kerusi Naib Presiden pada pemilihan kali ini.

Shafie: "Saya mahu jadi Naib Presiden Umno Malaysia, bukan Sabah"

KAJIAN terbaru Merdeka Center baru-baru ini menunjukkan Datuk Seri Shafie Apdal berada di kedudukan ketiga dari segi sokongan populariti khususnya di kalangan responden pengundi berdaftar masyarakat Melayu. Buat julung kali Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan ini bersaing untuk jawatan Naib Presiden yang turut ditanding tujuh calon lain.

Selain muka baru bagi jawatan Naib Presiden beliau juga merupakan wakil tunggal dari Sabah. Sejak awal 1990-an Sabah dilihat sebagai negeri yang mempunyai 'kata putus' dalam menentukan kemenangan seseorang calon.

Bagaimana pula kali ini di mana Sabah menurunkan Shafie sebagai calon bagi jawatan Naib Presiden. Temu bual bersama Shafie yang juga Ahli Parlimen Semporna ini merungkai sedikit sebanyak persiapan serta pendapatnya sebagai calon tunggal Naib Presiden Umno dari Sabah.

Sejauh mana faktor itu akan memihak kepadanya, Shafie berkata: Saya bertanding bukan kerana hakikat dan menjadi wakil peringkat negeri Sabah semata-mata."

"Saya telah berkhidmat lebih daripada lima penggal di peringkat Majlis Tertinggi, dimana pelbagai isu yang telah kita bincangkan termasuklah hasrat rakyat akar umbi.

"Kalau ditakdirkan Allah s.w.t., saya menang kerusi Naib Presiden sekalipun saya tidak akan menjadi Naib Presiden Umno Sabah tapi saya jadi Naib Presiden Umno Malaysia... cuma secara kebetulannya saya di peringkat negeri Sabah," kata beliau.

Berikut adalah temu bual penuh bersama beliau. Klik

http://www1.mstar.com.my

Nyawa UMNO Tinggal Pada Felda dan Undi Pos

http://buletinonline.net/images/stories/berita2/feldaundipos.jpgKemaman - Kepercayaan rakyat semakin terhakis UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (BN) di negara ini sejak Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 lalu.


Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu berkata UMNO/BN hilang beberapa buah negeri dan yang terselamat kerana bergantung nyawa dengan Felda dan undi pos.

“UMNO kini hanya diselamatkan oleh dua tali hayat iaitu pengundi Melayu di Felda dan Undi Pos untuk memenangkan Barisan Nasional dalam pilihan raya,” ujarnya dalam Majlis Ceramah Air Mata Palestin di perkarangan Pasti Mak Cili, Chukai, disini semalam.

Oleh itu, menurutnya PAS perlu mempertingkatkan lagi usaha penerangan dan kempen terutama pengundi Melayu di rancangan tanah Felda.

Menurutnya, tekanan dan sekatan pihak berkuasa Felda menyebabkan PAS dan Pakatan Rakyat sukar menguasai kawasan tanah rancangan Felda.

Beliau turut mendakwa UMNO/BN sengaja tidak mahu menyelesaikan krisis di negeri Perak secara baik dan mudah.

http://buletinonline.net/images/stories/berita2/madsabu.jpgKatanya, masalah yang berlaku di Perak wajar diserahkan kembali kepada rakyat dengan pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun) serta mengadakan pilihan raya semula.

“Serah semula mandat kepada rakyat selesai masalah tetapi Umno-BN sengaja tidak mahu selesai dengan cara yang mudah.

“Kami (PAS) tidak berganjak, Menteri Besar kami (PAS) tetap Dato’ Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin kecuali kamu bubar Dewan Undangan Negeri.

“Kami (PAS) akan tentukan sama ada dia (Nizar) masih calon lagi atau tidak. Selagi tidak bubar Dun itulah Menteri Besar kita (rakyat),” jelasnya ketika mengulas kemelut politik di negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat selepas PRU 12.

Mohamad menegaskan Perak kini mempunyai ‘dua’ Menteri Besar dan barisan Exco Kerajaan Negeri sejak krisis berlaku sebulan lalu.

Di majlis yang sama, PAS Kawasan Kemaman telah menyumbangkan RM106,000 kepada Tabung Rayuan Gaza anjuran Yayasan Amal Malaysia (Amal) hasil dari sumbangan derma orang ramai.

Hadir sama pada majlis tersebut Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan Pengerusi Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat), Mohamad Fauzi Abu Samah.

http://buletinonline.net

Nyawa Umno Kini Hanya Bergantung Pada Istana, Polis, Mahkamah, Spr & Sprm


 Islam adalah agama wahyu dari Allah yang diwahyukan melalui Nabi SAW. Merupakan agama yang memberikan keadilan kepada semua manusia. Tiada manusia yang terlepas dari hukuman dan undang-undang Allah sekiranya mereka melakukan kemungkaran, kezaliman dan maksiat kepada Allah dan sesama manusia. Istilah kebal dari tindakan undang-undang tiada dalam ajaran Islam tetapi ianya wujud dizaman Firaun yang menjadi Raja ketika itu dengan menindas dan menzalimi rakyatnya dengan sesuka hati tanpa siapa pun boleh bertindak atau mengambil tindakan terhadap beliau.

Kini isu kebal kembali muncul. Raja dan Sultan diperundangkan oleh manusia agar terkecuali dari sebarang tindakan mahkamah atau didakwa dimahkamah sekiranya melakukan kesalahan atau kezaliman. Ini secara tidak langsung mereka ini cuba mengambil tugas sebagai Tuhan dan mengembalikan zaman kerajaan Raja Firaun dulu.

Ingatlah, sesiapa sahaja tidak kira Raja, pemimpin dan pemerintah yang menggunakan kuasa agar mereka dikecualikan dari tindakan undang-undang atas alasan punya kuasa, boleh arah jabatan tertentu supaya menutup kes mereka dan tiada siapa yang boleh mengambil tindakan terhadap mereka adalah merupakan jelmaan Firaun masa kini. Golongan seperti boleh bergembira di dunia ini dengan melakukan apa saja yang mereka suka tapi ingatlah dihari kebangkitan nanti, mereka akan dikumpulkan bersama Firaun kerana menjunjung dasar kerajaan dan pemerintahan ala Firaun semasa di dunia ini.

Jika difikirkan kebal, Nabi SAW lebih berhak mendapat kekebalan ini dari Allah kerana baginda adalah kekasih Allah, tetapi ini tidak berlaku malahan baginda sendiri akan memotong tangan puterinya jika puterinya mencuri. Khalifah Saidina Ali pernah dihadapkan ke mahkamah atas kes menuduh seorang Yahudi mencuri baju besinya sedangkan ketika itu sudah turun ayat yang menyatakan bahawa Yahudi dan Nasrani adalah musuh orang Islam dan dilaknat oleh Allah. Mengapa hakim atau Khalifah sendiri ketika itu tidak menghukum atau bertindak terhadap Yahudi itu atas dasar dia adalah musuh umat Islam? Malahan hakim memberikan kemenangan pula kepada Yahudi itu kerana Saidina Ali tidak punya bukti kukuh mengatakan bahawa baju besi adalah miliknya. Khalifah pun masuk mahkamah, kena bicara tapi Raja atau Sultan tak boleh di dakwa di mahkamah? Hebat, mulia dari Nabi dan Khalifah lagi ni.

Tetapi itulah dia keadilan Islam. Islam memberikan keadilan kepada sesiapa sahaja dalam menegakan kebenaran selagi tidak bercanggah dengan syariat Allah. Begitulah halnya apabila kerajaan Pakatan Rakyat perak memberikan hakmilik kekal tanah kepada kaum Cina di negeri itu. Itulah dia keadilan Islam. Malahan sekiranya terdapat orang Yahudi yang menjadi rakyat Perak sekalipun, akan tetap diberikan hakmilik tanah dan lain-lainya. Islam berbeza dengan ajaran agama lain termasuk ajaran Islam Hadhari. Ini adalah kerana dalam ajaran Islam itu pemerintah atau kerajaan wajib berlaku adil terhadap rakyat dibawah pemerintahanya selagi mereka tidak menderhaka atau menentang Islam secara terang-terangan. Kalau setakat menghina Islam, UMNO lebih teruk dan dahsyat dalam kerja mereka menghina Islam.

Tidak peliklah sekiranya dalam isu “ hujah” di TV9 baru-baru ini seorang panel bekas Pengarah Besar Pusat Kerbau Pendek di Bukit Pelanduk, Negeri Sembilan menyamakan persidangan DUN bawah pokok di Perak baru-baru ini sama seperti dalam cerita Laksamana Do Re Mi dimana kerajaan Pasola yang dirampas secara kekerasan dan secara rampsan kuasa. Ini sama berlaku di Perak, akhir ceritanya kerajaan Pasola kembali kepada pemerintahan asal dengan bantuan tiga pendekar itu dan Perak juga akan kembali kepada Pakatan Rakyat dengan bantuan rakyat dalam pilihanraya kelak.

Ketua Gangster UMNO (jaga Potfolio Agama Islam hadhari) di Perak pula yang salah seorang panel dalam “hujah” tersebut mengatakan bahawa orang lain tak faham perlembagaan Perak hanya orang UMNO saja yang faham agaknya. Peguam-peguam, bekas hakim, pensyarah-pensyarah undang-undang tak faham dan jahil undang-undang, katanya. Yang faham hanya dia, Najib, si mamak Zamberi dan orang UMNO saja agaknya. Lagak dan cara angkuh mereka ini sama saja seperti puak Yahudi dan Zionis. Dia ingat rakyat sekarang ini buta huruf dan duduk dibawah tempurong agaknya. Tunggulah masanya, kamu akan jatuh dengan cara hina kelak. Insyallah. Kini Istana, Badan Rasuah, SPR, Polis dan Mahkamah sudah menjadi barua dan mengikut telunjuk UMNO, kemana lagi Rakyat ingin mengadu nasib? Jangan pelik jika rakyat bersuara atau mencadangkan agar system beraja dihapuskan kerana tiada apa manafaat dan faedahnya lagi kepada orang Melayu terutamanya kepada agama Islam. Hanya membazirkan wang rakyat, sedangkan peruntukan itu diperlukan oleh rakyat yang masih miskin dan dhaif.

Kini tidak pelik jika di kedai-kedai kopi, di masjid atau surau, di pejabat-pejabat hatta di sekolah atau dimana saja sekiranya kedengaran suara-suara mengatakan bahawa cara terbaik untuk mengembalikan keamanan dalam Negara dengan cara hantar cara C4 ke PWTC ketika UMNO sedang berhimpun pada penghujung Mac ini supaya biar mampus semua puak-puak UMNO itu, barulah Negara dan rakyat tenang dan aman. Bicara-bicara begitu tiada siapa yang mampu halang kerana kemarahan, kebencian dan kesabaran rakyat sudah sampai kemuncak dan penghujungnya angkara kezaliman UMNO. Walaupun luahan itu hanya sebagai melepas geram terhadap UMNO saja. Kita tunggu dan lihat sajalah nanti.

http://www.tranungkite.net

MB Selangor Mahu KSN Jelaskan....


Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Negeri Selangor menggesa Ketua Setiausaha Negeri (KSN) memberi penjelasan mengapa pegawai kerajaan dibenarkan bersubahat dengan Kerajaan Pusat untuk cuba menjatuhkan Kerajaan PR.

MB Tan Sri Khalid Ibrahim , dalam satu sidang media yang diadakan di Bangunan Annex Dewan Undangan Negeri berkata keadaan itu sekaligus menjatuhkan maruah pegawai-pegawai kerajaan itu sendiri.

Beliau mengulas isu pendedahan penyalahgunaan kuasa oleh Pejabat Pembangunan Negeri Selangor dalam perlaksanaan Program People Centric yang bermatlamat menjatuhkan Kerajaan Negeri Selangor.

Terdahulu, satu usul tergempar telah dibentangkan berhubung tindakan Kerajaan Persekutuan cuba menjatuhkan Kerajaan PR negeri Selangor.

Usul tergempar berkenaan dibentangkan oleh Adun Kg Tunku, Lau Weng San yang mendakwa beliau mempunyai dokumen berhubung satu mesyuarat yang diadakan oleh Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (PPNS) yang memperincikan program- program membabitkan agensi kerajaan.

Menurutnya, dokumen yang bertajuk ' Pelaksanaan Program People Centric di Negeri Selangor' satu mesyuarat telah diadakan 26 februari lalu dan membabitkan Agensi Keselamatan Negara serta SPR.

Lau memberitahu dewan, program berkenaan dilaksanakan bagi menjatuhkan Kerajaan Negeri Selangor untuk memastikan BN menguasai negeri Selangor dan juga meraih kemenangan majoriti dua pertiga di Parlimen bagi pilihanraya akan datang.

Tan Sri Khalid berkata program tersebut juga menjadi tanda tanya tentang kebebasan pegawai kerajaan yang bertindak menyebelahi Kerajaan BN.

"Mereka sepatutnya bersikap bebas dan professional dalam menjalankan tugas...lebih teruk lagi program ini juga cuba memberi kredibiliti kepada Jawatankuasa Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP) sedangkan DYMM Sultan Selangor telahpun bertitah tidak mengkitiraf JKKP di Selangor," katanya lagi.

Beliau juga tertanya adakah program tersebut antara sebabnya Kerajaan PR Negeri Selangor seringkali diserang dengan pelbagai tuduhan serta tohmahan.

Beliau merujuk kepada isu derma lembu korban, penggunaan kereta peribadi MB dan juga yang terbaru dakwaan Adun Kuala Kubu Baru, Wong Koon Mun kononya saudara beliau (Khalid) terlibat dalam aktiviti mencuri pasir dan mempunyai pejabat khas di tingkat 5, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

"Ingin saya nyatakan, tuduhan isu lembu dan kereta serta tuduhan Adun Kuala Kubu Baru adalah tidak benar sama sekali...Tidak ada sebarang aktiviti di Tingkat 5, Bangunan SUK seperti yang digembar gemburkan," tambahnya lagi.

Di samping itu, katanya, arahan juga telah diberikan kepada semua Pihak Berkuasa tempatan (PBT), Pejabat Daerah dan semua anak syarikat Kerajaan Negeri supaya tidak melayan (jika ada) sebarang permintaan ahli keluarga atau rakan serta pihak tertentu untuk mendapatkan sesuatu keistimewaan.

http://ppmas-proreform.blogspot.com

13 March 2009

Gobind tak tuduh, apa yang gobind cakap tu betul... mengapa nak marah?

Usul gantung Gobind isu Najib-Altantuya

kemaskini 8.56pm
Wakil BN bercadang menggantung tugas ahli parlimen DAP Gobind Singh Deo selama setahun kerana dianggap menghina dewan berhubung tuduhannya terhadap timbalan perdana menteri semalam.

Wakil rakyat Puchong semalam digantung sehari dari Dewan Rakyat selepas mendakwa Datuk Seri Najib Razak terlibat dalam pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Usul mengambil tindakan disiplin itu dimuatkan dalam aturan urusan mesyuarat dan usul-usul Parlimen untuk dibahaskan pada Isnin depan.

Jika dikenakan tindakan tersebut, Gobind "tidak akan dibayar kesemua bayaran elaun dan kemudahan sebagai seorang ahli parlimen" sepanjang tempoh tersebut.

Semalam, Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandee mengarahkan Gobind keluar dari dewan selepas enggan berhenti membangkitkan isu pembunuhan wanita Mongolia itu ketika sesi membahaskan bajet mini.

Gobind, anak Pengerusi DAP Karpal Singh, pernah digantung tugas sebanyak dua kali - pada Jun dan November - tahun lalu.

Sebelum dikenakan tindakan itu, beliau bangun untuk bertanya soalan kepada Najib, yang juga menteri kewangan sebaik sahaja pemimpin Umno itu selesai menyampaikan penggulungannya.

Selain isu Altantuya, Gobind juga mempersoalkan tindakan berhubung kematian mengejut A Kugan dalam tahanan polis, Januari lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abd Aziz awal malam ini dilaporkan berkata usul itu akan dibentangkan jam 11.30 pagi menurut peraturan tetap dewan 27 (1).

"Dewan akan mengundi untuk memutuskannya selepas perbahasan itu," beliau dipetik berkata.


Teks lengkap usul seperti berikut:

1. Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan mencadangkan:

Bahawa pada 12 Mac 2009, Yang Berhormat Tuan Gobind Singh Deo, ahli parlimen kawasan Puchong semasa perbahasan peringkat
Jawatankuasa Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2009) 2009 telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mendakwa YAB timbalan perdana menteri, ahli parlimen kawasan Pekan terlibat dalam kes pembunuhan.

Bahawa Yang Berhormat ahli parlimen kawasan Puchong juga telah
mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menghina Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat setelah diperintah keluar Dewan.

Dan bahawa kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Yang Berhormat ahli parlimen kawasan Puchong adalah merupakan satu dakwaan yang sangat serius dan menyalahi hak dan keistimewaan sebagai ahli parlimen serta merupakan satu penghinaan kepada Dewan ini.

Maka inilah dipersetujui bahawa Yang Berhormat ahli parlimen
kawasan Puchong hendaklah digantung tugas dari jawatannya sebagai ahli parlimen selama dua belas (12) bulan dari tarikh keputusan usul ini diluluskan.

Dalam masa penggantungan ini Yang Berhormat ahli parlimen
kawasan Puchong tidak akan dibayar kesemua bayaran elaun dan
kemudahan sebagai seorang Ahli Parlimen.

Malaysiakini

Norza tidak akan lepas jawatan kerana rasuah

KETUA Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Mohamad Norza Zakaria (tengah) diiringi peguamnya Datuk Muhammad Shafee Abdullah (kanan) dan sekumpulan penyokong beredar meninggalkan Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan rasuah bagi memenangi jawatan pada pemilihan parti akhir bulan ini.--fotoBERNAMA

Norza tidak lepas jawatan kerana rasuah

TEMERLOH: Datuk Mohamad Norza Zakaria yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua tuduhan rasuah, berkata beliau tidak akan melepaskan jawatan sebagai Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno hanya disebabkan oleh kes yang dihadapinya itu.

Sebaliknya, kata Mohamad Norza, beliau akan terus bertanding jawatan berkenaan pada pemilihan Umno yang akan diadakan hujung bulan ini dan menyerahkan kepada perwakilan untuk menentukan kedudukannya.

Dua tuduhan rasuah itu didakwa dilakukannya pada 6.30 petang 20 Jan lepas di No 38, Pinggiran Tasik, Taman Bandar Temerloh.

Sambil menitiskan air mata, Mohamad Norza yang ditemui pemberita selepas kesnya disebut di mahkamah, berkata beliau berasa amat sedih terhadap perkara yang berlaku ke atas dirinya hari ini kerana menganggapkan beliau banyak berjasa kepada parti.

Mohamad Norza yang ditenangkan oleh beberapa pengikutnya, berkata beliau akan akur dengan apa jua keputusan mahkamah berhubung kes itu nanti.

http://www.bernama.com

VIDEO PROF AZIZ BARI - PENYELESAIAN ISU PERAK

Apa masalah diPerak dan bagaimana penyelesaianya? Dengar sendiri pendapat Dr. Aziz Bari.


http://perakexpress.com

Hakim Puruskan Sivakumar boleh diwakili peguam peribadi



Mahkamah Rayuan: Sivakumar boleh diwakili peguam peribadi

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar boleh diwakili oleh peguam peribadi.

Panel tiga hakim memutuskan perkara itu selepas mendapati tiada peruntukan yang menyatakan Speaker mesti diwakili oleh penasihat undang-undang negeri kerana di bawah Akta Tatacara Kerajaan, Speaker bukan seorang pegawai kerajaan negeri.

http://www1.mstar.com.my


Rayuan Speaker Perak, Sivakumar dibenarkan

Mahkamah Rayuan sebentar tadi memutuskan bahawa rayuan Speaker Negeri Perak, V.Sivakumar terhadap keputusan Pesuruhjaya Kehakiman di Mahkamah Tinggi Ipoh yang menghalang beliau menggunakan khidmat peguam pilihan sendiri telah dibenarkan.

Ini bermakna V.Sivakumar boleh menggunakan khidmat peguam pilihan beliau sendiri dan bukannya Penasihat Undang-Undang Negeri Perak. Hakim-hakim Mahkamah Rayuan, Raus Shariff, Abdull Hamid Embong dan Ahmad Maarof telah dengan sepakat membuat keputusan yang positif ini.

Susulan daripada keputusan ini, V.Sivakumar juga telah mendapat kebenaran penggantungan sementara (Interim Stay) berkenaan dengan perintah di Mahkamah Tinggi Ipoh yang menghalang beliau daripada mempengerusikan sebarang sidang DUN.

Nampaknya krisis politik negeri Perak semakin panas. Apa tunggu lagi, bubarkan sahaja dewan undangan negeri dan pilihanraya semula.

http://shamsuliskandar.wordpress.com

Ini maruah Malaysia. Menteri Luar kena jawab...


Rais Yatim jangan jadi 'Si Kitul'!

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Hrkh) -
Parti Keadilan Rakyat Negeri Sembilan menyifatkan calon Naib Presiden Umno, Dato' Seri Dr Rais Yatim seperti ' si kitul' yang hanya bercakap lantang kerana mahu bertanding jawatan sahaja.

Sebaliknya, dalam bahagian yang diwakilinya (Umno Jelebu) masalah politik wang begitu membayangi pemilihan bahagian itu baru-baru ini.

"Semua orang politik tahu siapa Rais Yatim. Orang juga tahu tujuan "Si Pembakar Jambatan" ini bercakap. Apabila nak bertanding Naib Presiden, dia mula meracau!," kata kenyataan Biro Penerangan KeADILan Negeri Sembilan.

KeADILan menasihatkan Rais jangan terlalu banyak bercakap soal tohmahan bahawa kononnya Pakatan Rakyat mahu mengurangkan kuasa dan kekebalan raja Melayu.

Sebaliknya Rais perlu menjaga Kementerian Luar yang kini berhadapan dengan persoalan imej Malaysia yang tercalar akibat laporan akhbar "Liberation" dari Perancis berhubung isu pembunuhan Altantuya Shaariibu.

"Akhbar tu tulis tentang berita Dato' Seri Najib makan malam di Paris dengan mendiang Altantuya!

"Ini maruah Malaysia. Menteri Luar kena jawab. Kena jaga nama baik negara. Lebih-lebih lagi nama yang didakwa tu bakal Perdana Menteri," kata kenyataan itu.

"Janganlah Rais sibuk-sibuk nak lagakan rakyat Malaysia-kononnya Pakatan Rakyat nak hapuskan kuasa Raja. Pakatan Rakyat nak raja kita raja kepada orang Malaysia, raja kepada orang Cina, raja kepada orang India dan lain-lain kaum di Malaysia," katanya.

Rais sekali lagi diingatkan agar tidak mengulangi sejarah 'Si Kitul' kerana bagi KeADILan cukuplah sejarah Melaka yang rosak kerana pembesar-pembesar seperti Rais.

"Kalau raja sebagai lambang kedaulatan orang Melayu, kenalah jaga kedaulatannya di kalangan bangsa asing. Janganlah jadi pembodek yang umpama "gula...manis tapi bawa penyakit. Biar pahit tapi jadi ubat." Ingatlah kata-kata dalam Sejarah Melayu, "Raja adil, Raja disembah, Raja zalim Raja disanggah!"," katanya

Video Penerangan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak


Video Penerangan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak

http://perisik-rakyat.com

Norza didakwa hari ini kerana Politik Wang...



Politik wang: Norza didakwa hari ini

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Norza Zakaria dipercayai akan didakwa di mahkamah hari ini oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berikutan dakwaan terlibat dalam politik wang.

Bekas setiausaha politik kepada Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yaacop itu dijangka hadir di Mahkamah Majistret Temerloh.

Norza akan menjawab pertuduhan berhubung dakwaan beliau memberi wang kepada beberapa individu bagi memastikan kemenangannya dalam pemilihan Umno selepas mendapat pencalonan mencukupi untuk bertanding jawatan Majlis Tertinggi.

Norza, 40, ditahan Januari lalu dan dilepaskan dengan ikat jamin sementara siasatan dijalankan.

Beliau bagaimanapun dilaporkan menafikan bahawa beliau sedang disiasat dan mendakwa hanya diminta oleh SPRM untuk membantu siasatan.

Beliau juga dilaporkan berkata, tiada sebab beliau memberi rasuah untuk memastikan kemenangannya kerana berdasarkan pencalonan yang diperolehi, beliau yakin mendapat sokongan kuat dari akar umbi.

The Star sebelum ini melaporkan, SPRM telah menyoal siasat Norza berikutan dakwaan yang beliau telah memberi rasuah antara RM300 dan RM500 kepada beberapa individu untuk memastikan kemenangannya.

Lebih 13 orang ditahan dan disoal siasat oleh SPRM sebelum itukerana didakwa menerima wang daripada ahli politik.

Kebanyakan daripada mereka yang ditahan adalah dari Maran dan Temerloh.

SPRM sebelum ini mendakwa tiga individu di Melaka, Perak dan Wilayah Persekutuan kerana kesalahan yang sama.

http://www1.mstar.com.my

12 March 2009

Apa ni Khir!! Nak marahpun... janganlah sampai tarik janggut orang...

Janggut Saari ditarik Khir Toyo gara-gara pendedahan KDEB

SHAH ALAM, 12 Mac (Hrkh) - Ketua Pembangkang Dun Selangor, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo menarik janggut Adun Hulu Klang, Saari Sungib sambil memberi amaran keras supaya jangan membabitkan isterinya dalam isu pembelian dua kereta Mercedes dan sebuah Range Rover.

Amaran keras Khir itu dilakukan di luar dewan Dun selepas Saari mendedahkan penyelewengan dalam Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) yang membeli sebuah Range Rover bernilai RM500,000.

Katanya, Range Rover itu dibeli untuk kegunaan syarikat tetapi setelah kenderaan itu sampai ia telah diberikan kepada isteri Pengerusi KDEB.

Khir yang menunggu Saari di luar dewan berkata; "'You' serang isteri saya. 'You' jangan serang isteri saya, you hendak serang saya tak apa, jangan serang isteri saya. Isteri saya tidak boleh memandu."

Saari menjawab; "Saya bertanya untuk disiasat selepas itu beri jawapan, saya cakap ia diguna pakai oleh syarikat."

Khir membalas; "Awak orang tua awak mesti semak dengan tepat, jika isteri saya terdakwa, saya tidak akan maafkan awak, tuntut di akhirat."

Pada mulanya Saari beranggapan Khir hanya bergurau dengan menarik janggutnya tetapi ternyata Khir serius dan penuh emosi.

Bagaimanapun, amaran itu tidak menakutkan beliau untuk terus mendedahkan segala penyelewengan yang telah dilakukan ketika Khir menjadi Menteri Besar demi kepentingan rakyat negeri Selangor.

Sebenarnya, kata beliau, isu KDEB itu sudah lama iaitu setelah seminggu menjadi wakil rakyat maklumat itu telah sampai terutama SUK tidak boleh masuk kerana ada orang yang membuat kerja ambil dokumen takut bukti hilang.

Katanya dalam sidang penggal pertama perkara itu tidak sesuai untuk didedahkan sehingga perbahasan menjunjung titah ucapan Tuanku Sultan Selangor, tengah hari tadi.

Beliau menganggap Khir bukan mengancam tetapi hanya menunjukkan rasa tidak puas hati dan beremosi.

http://www.harakahdaily.net

Polis Didesak Jangan Double Standard



Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) hari ini secara rasmi menggesa pihak polis untuk menjalankan siasatan ke atas Timbalan Perdana Menteri, Najib Tun Razak pada kadar segera berikutan pendedahan akhbar Perancis, Liberation mengenai kes pembunuhan Altantuya Shariibuu.

AMK melalui laporan polis yang telah dibuat pada 7 Mac 2009 yang lepas antara lain melihat bahawa penglibatan Najib dan juga isteri beliau, Rosmah Mansor di dalam kes pembunuhan tersebut adalah sesuatu yang sangat mengaibkan negara dalam keadaan berlaku pelbagai kelompongan di dalam perbicaraan mahkamah ke atas kes tersebut.

AMK mendesak agar pihak polis tidak bersikap double standard di dalam siasatan kes ini. Sekiranya polis boleh bertindak cergas untuk menyiasat laporan polis yang dibuat oleh Saiful Bukhari yang mendakwa sebuah blog memfitnah beliau; masakan siasatan yang secergas itu gagal dilakukan ke atas seorang rakyat Malaysia yang bertindak memalukan negara dan didedahkan pula oleh akhbar antarabangsa?

AMK akan menggerakkan kepimpinan AMK di seluruh bahagian di Malaysia untuk mengemukakan laporan polis yang sama ke atas Najib untuk menggambarkan bahawa isu ini adalah serius dan perlu diambil tindakan segera. Susulan daripada laporan polis ini, AMK akan mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Dalam Negeri untuk mengemukakan memorandum agar pihak polis boleh bersikap profesional dan telus di dalam mengendalikan siasatan kes ini.

AMK juga berharap agar Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dapat mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menggantung tugas Najib agar beliau boleh disiasat secara telus dan terbuka.

AMK percaya bahawa imej negara kini menjadi cemuhan masyarakat dunia. Maka bukanlah sesuatu yang sukar bagi kita untuk menumbangkan keegoan seorang pemimpin yang terpalit moral dan akhlaknya jika itu adalah penyelesaian akhir untuk memulihkan imej dan reputasi negara di mata dunia.

SHAMSUL ISKANDAR MOHD AKIN
Ketua Angkatan Muda
Parti Keadilan Rakyat

http://nikhassanazmi.blogspot.com

Sensitifnya nama altantuya dalam dewan... nak sebutpun tak boleh




Gobind diarah keluar Dewan bangkit isu Altantuya

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo diarahkan keluar dari Dewan Rakyat hari ini kerana membangkitkan isu wanita Mongolia yang dibunuh, Altantuya Shaariibuu ketika sesi perbahasan.

Timbalan Yang Dipertua, Datuk Ronald Kiandee mengarahkan ahli Parlimen DAP itu keluar Dewan selepas ingkar arahan beliau supaya tidak membangkitkan isu itu.

http://www1.mstar.com.my


Kerana Bangkit Isu Pembunuhan Altantuya
Govind Deo Diperintah Keluar Sidang

PARLIMEN Malaysia begitu alergik untuk mendengar nama wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu yang dibunuh kemudian mayatnya diletup di hutan simpan Puncak Alam dua tahun lepas.

Gara-gara membangkitkan soal pembunuhan Altantuya dan mengaitkan dengan nama ahli Parlimen Pekan,Mohd Najib Razak, ahli Parlimen Puchong, Govind Deo diperintah keluar sidang oleh Timbalan Speaker, Ronald Kiandess.

Govind ketika membahas peruntukan tambahan untuk Jabatan Perdana Menteri telah memperli kerajaan tidak guna mempunyai bangunan mahkamah yang baik tetapi perlaksanaan keadilan meragukan,

Beliau lantas menyebut isu kes pembunuhan Altanyuta yang cuba dikaitkan dengan Mohd Najib.
Tindakan Govind itu terkeluar daripada butiran perbahasan menyebabkan Ronald Kiandee memberi amaran supaya tidak cuba membangkitkan persoalan yang terkeluar dari butiran perbahasan.

Govind tidak berganjak dan terus cuba meniumbulkan kes pembunuhan itu dengan mengaitkan nama Mohd Najib dan meminta Najib menjelaskannya. Laporan dari akhbar Leberation, Perancis ada menyebut Najib terlibat dengan pembunuhan itu.

Menyedari sikap kerenah Gobind Deo yang enggan berhenti daripada cuba meniumbulkan kes pembunuhan itu menyebabkan Ronald Kiandee tidak ada pilihan lain memerintah Govind keluar dari sidang sehingga tamat sessi petang.

Govind seperti bapanya berkeras untuk tiak mahu keluar dan terus duduk di kerusinya. Laungan ahli Parlimen pembangkang agar Govind keluar terus memecah dewan.

Kerana asakan bertubi-tubi Govind akhirnya keluar.

Semasa Govind keluar giliran ahli Parlimen pembangkang pula melaung mempersoalkan tindakan ke atas Govind sebagai tidak adil dan tidak patut.

Terdengar laungan ahli parlimen dari pembangkang melaung kenapa halau ahli Parlimen Puchong itu keluar. Apa salahkah bangkitkan soal pembunuhan itu kerana ia sekadar mahu penjelasan sahaja, laung seorang ahli Parlimen pembangkang.

http://msomelayu.blogspot.com

Hapus dulu kerajaan haram di Perak baru boleh bincang pasal ekonomi



Najib perlu selesai politik Perak sebelum ajak Pakatan pulih ekonomi - Nik Aziz


KOTA BHARU, 12 Mac (Hrkh) -
Dato' Seri Najib Razak wajar menterjemahkan saranannya yang mahu Pakatan Rakyat mengenepikan perbezaan politik supaya terlebih dahulu memulihkan kegawatan politik di Perak.

Ini kerana Timbalan Perdana Menteri itu dilihat banyak pihak sebagai orang yang bertanggungjawab menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat di luar lunas demokrasi.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pemimpin terbabit perlu mempamerkan keikhlasannya bagi meredakan kecamukan politik di Perak dengan memohon kepada istana supaya dibubar Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak.

Katanya, tiada cara lain lagi dalam situasi sekarang di Perak kerana pertembungan menggunakan undang-undang tidak boleh memuaskan hati semua pihak melainkan dikembalikan semula mandat kepada rakyat.

"Saya hairan kerana banyak pihak menunding jari ke arah Timbalan Perdana Menteri sebagai pencetus kepada krisis yang berlaku di Perak sekarang.

"Jadi bagaimana dengan mudah beliau mahu Pakatan Rakyat mengenepikan perbezaan politik bagi memberi fokus kepada perkembangan ekonomi dan rakyat," katanya di sini.

Semalam Najib dilaporkan mengajak Pakatan Rakyat mengenepikan perbezaan politik untuk bersama-sama kerajaan persekutuan memberi fokus kepada ekonomi dan rakyat.

Beliau mengajak semua pihak supaya berganding bahu dan berusaha gigih untuk mengembalikan ekonomi negara ke landasan pertumbuhan yang lebih kukuh dan mampan.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, biarpun ucapan Menteri Kewangan ketika membentang mini bajet kelmarin kelihatan bernas, namun pemulihan politik di Perak patut menjadi keutamaan kerana ia turut memberi kesan kepada perkembangan ekonomi.

Menurutnya juga peruntukan yang disediakan bagi merangsangkan ekonomi negara begitu besar dan ia perlu digunakan secara telus dengan mengamalkan tender terbuka dan bukannya mengutamakan kroni.

"Semua tender projek kerajaan perlu dibuat secara terbuka, berasaskan merit, dan track record syarikat yang diberi kontrak kerajaan bagi memastikan ia mendatangkan manfaat kepada rakyat dan bukan segelintir pihak sahaja," katanya.

Mengenai bon syariat yang diumumkan dalam mini bajet tersebut bagi memperkasakan ekonomi Islam, kata beliau sepatutnya kerajaan melihat dalam konteks yang lebih luas mencakupi akidah Islam.

"Apa salahnya selain tumpuan kepada ekonomi Islam, kerajaan pusat juga mengutamakan akidah Islam sebagai dasar bagi memulihkan seluruh sistem dalam masyarakat termasuk aspek sosial dan keadilan di Malaysia," katanya.

Menurut beliau titik pertemuan tiga bangsa utama di negara ini iaitu Melayu, Cina dan India hanya dapat disatukan melalui akidah dan syariat Islam.

Kata beliau sekiranya kerajaan sukar untuk melihat contoh pelaksanaan pentadbiran berasaskan Islam, modelnya sudah ada di Kelantan sekarang.

Antaranya penghapusan judi, larangan hiburan melampau, sistem pajak gadai Islam (al Rahn), bantuan Ladang Rakyat, skim Takaful Armalah dan Takaful Kifaalah sudah dilaksana di Kelantan.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, program kebajikan itu diterima semua kaum di negeri ini.

Katanya juga Nabi Muhammad s.a.w. tidak pernah mengagungkan sesuatu bangsa melainkan menjadikan Islam sebagai teras kepada perpaduan nasional dan keadilan sejagat.

http://www.harakahdaily.net

Ahli Parlimen Ranau digantung sidang


Ahli Parlimen Ranau diarah keluar dewan

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dari Ranau, Sarawak, Datuk Siringan Gubal diarah keluar Dewan Rakyat pagi ini kerana 'menyampuk' percakapan Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Beliau diarah Pandikar Amin supaya tidak bercakap sesuka hati terutama perkataan 'ngam Yang Dipertua' ternyata tidak disenangi Speaker.

Beliau diarah keluar jam 11.20 pagi dan hanya dibenar memasuki semula Dewan apabila sidang bersambung selepas rehat tengah hari jam 2.30 petang.

http://www.bharian.com.my


Surat mohon perkenan mengadap sudah dihantar...




DATO' SERI HJ NIZAR UTUS SURAT MOHON PERKENAN MENGADAP

Surat rasmi memohon perkenan mengadap telahpun difaxkan tengahari 11hb semalam ke Pejabat D.Y.M.M Tuanku Sultan Azlan di Istana Kinta oleh Setiausaha Politik YAB Dato' Seri Ir. Hj. Nizar Jamaluddin. Surat tersebut difaxkan melalui Setiausaha Sulit Tuanku Dato' Kolonel Abdul Rahim.

Dalam surat tersebut, Dato' Seri Hj Nizar mohon perkenan untuk mengadap Tuanku bagi menyembah maklum keputusan Persidangan Tergempar Dewan Undangan Negeri Perak menerima tiga usul yang dikemukakan oleh tiga orang Ahli Dewan Negeri Perak.

Persidangan Tergempar tersebut diadakan pada 3hb. Mac 2009 di bawah sepohon Pokok Sena kira-kira 100 meter dari Bangunan Perak Darul Ridzuan. Persidangan terpaksa dibuat di bawah pokok disebabkan daripada tindakan Setiausha Kerajaan Negeri dan Pihak Polis yang menghalang Speaker dan Ahli-ahli Dewan memasuki bangunan Perak DR bagi menjalankan Persidangan Tergempar DUN Perak


Kini, pihak Dato' Seri Hj Nizar sedang menunggu jawapan

http://misabah.blogspot.com/2009

Dia (Syeikh Mahmud) yang cakap dan sebagai tok guru kita denganrlah - Pak Lah




Ada Tokoh Politik Temui Syeikh Mahmud
Dua Hari Sebelum Abdullah - Anwar Berjumpa!

ADA tanda-tanda menunjukkan pertemuan tidak disengajakan antara Abdullah Ahmad Badawi dengan Anwar Ibrahim di madrasah Nurul Iman tengah hari kelmarin diaturkan oleh orang tertentu.

Walaupun kedua pihak Abdullah dan Anwar menafikan bahawa pertemuan itu tidak ada apa-apa agenda, yang jelasnya insiden dianggap manis itu diatur terlebih dahulu.

Dipercayai seorang ahli politik menjadi orang tengah atau pun mencetuskan idea supaya mereka bertemu di situ dengan Syeikh Mahmud yang dianggap dan diterima sebagai tok guru oleh kedua pemimpin itu. Mungkin apa yang dihajati keduanya bukan berbincang tetapi sekadar mendengar apa yang diperkatakan Syeikh Mahmud.

Dua hari sebelum Abdullah dan Anwar berjabat salam selepas solat Zohor semalam ahli politik berkenaan dikatakan ada mengunjungi Syeikh Mahmud. Tokoh itu menemui Syeikh Mahmud dalam keadaan berpakian ala-ala sufi iaini dengan memakai kupiah, bukan songkok seperti lazimnya.

Gambar tokoh berkenaan dengan Syeikh Mahmud juga ada dan turut dimuatkan dalam blog atau internet. (Saya tidak akan menyiarkan dulu sebelum disahkan).

Selalunya tokoh ini mengenakan songkok dan jarang sekali mengenakan kupiah kecuali semasa beliau mengerjakan umrah kira-kira 10 tahun lalu.

Walaupun kehadiran tokoh berkenaan yang dikenali sebagai peminat kepada kedua negarawan itu mungkin sebagai kunjungan murid terhadap guru adalah dipercayai tokoh berkenaan memberi ilham agar kedua negarawan itu berjumpa dengan dengan Syeikh Mahmud secara serentak agar boleh mendengar nasihat daripada tuan guru berkenaan.

Tanda-tanda terbaru ini menolak sama sekali pertemuan mahabbah Abdullah - Anwar itu berlaku secara semulajadi melainkan ada motif politik di sebaliknya.

Abdullah semasa berada di Kota Kinabalu semalam menafikan sambil menjelaskan pertemuan itu tidak disengajakan bagaimana pun mengakui beliau dan Anwar hanya mendengar saja apa yang dittuturkan oleh Syeikh Mahmud.

"Dia (Syeikh Mahmud) yang cakap dan sebagai tok guru kita denganrlah," jelas Abdullah.

Apabila diasak apakah ada apa-apa perundingan dan perbincangan politik pada pertemuan itu, dengan wajah berseri dan tersenyum beliau menjelaskan tidak ada apa-apa dan meminta agar jangan membuat apa-apa spekulasi.

"Tak ada apa-apa dan janganlah buat spekulasi," begitulah kata Abdullah sambil ketawa.

Sementara itu di luar orang ramai yang teruja dengan pertemuan itu mengharapkan ianya menghasilkan sesutau yang baik demi masa depan negara. Seorang penjenguk blog ini melahirkan rasa gembira atas apa yang berlaku dan dia mendoakan semoga pertemuan itu akan membawa kepada kedua pemimpin berasa dari Pulau Pinang menjalini semula persahabatan mereka.

http://msomelayu.blogspot.com

Pendedahan kes bunuh Altantuya; Ketua AMK disoal siasat esok

Say No To Najib as PM : Save Malaysia

Say No To Najib as PM : Save Malaysia

Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin telah diminta untuk menghadiri sesi soal siasat oleh pihak polis. Soal siasat ini adalah berhubung dengan laporan polis yang dikemukakan AMK bersabit pendedahan akhbar French Liberation mengenai kes pembunuhan Altantuya Sharibuu.

Beliau dijadualkan akan hadir ke Balai Polis Mutiara Damansara di Jalan PJU 17/6 (berhampiran Tesco Mutiara Damansara) pada jam 11 pagi, 12 Mac 2009 (Khamis).

Shamsul juga akan memberikan kenyataan media berhubung perkembangan susulan berkenaan pendedahan terbabit.

Sila hadir beramai-ramai sebagai tanda soladiriti. Pihak media dijemput untuk membuat liputan.

Sekian, terima kasih.

Pejabat Ketua AMK

http://shamsuliskandar.wordpress.com

25 NGO sepakat hantar referandum kepada sultan perak,mohon bubarkan DUN




25 NGO mohon bubarkan DUN

IPOH – Sebanyak 25 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Perak sepakat menghantar Referandum Kembalikan Hak Rakyat kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bagi memohon perkenan baginda membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Timbalan Pengerusi Jaringan Per-muafakatan Pertubuhan Islam Negeri, Zulkifly Ibrahim berkata, referendum itu untuk menzahirkan kekecewaan rakyat terhadap keputusan Sultan Azlan Shah yang dianggap tidak telus dalam pelantikan kerajaan baru.

“Rakyat bukan bermaksud untuk melawan atau menderhaka kepada Sultan Azlan Shah, tetapi mereka (rakyat) hanya mahukan hak sebagai untuk menentukan pemimpin yang diyakini boleh membela nasib rakyat.

“Pengambilalihan kerajaan oleh Ba-risan Nasional (BN) daripada Pakatan Rakyat (PR) adalah satu pelanggaran perlembagaan yang dianggap sebagai kemuncak penderhakaan serta pengkhianatan rakyat,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Zulkifli berkata, Sultan Perak perlu menimbangkan lima usul iaitu mendapatkan mandat baru dari rakyat supaya DUN dibubarkan dengan mengadakan pilihan raya umum negeri.

Katanya, rmereka juga mahu pelantikan Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri digantung sehingga DUN bersidang untuk menentukan usul undi tidak percaya kepada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin diluluskan selaras peruntukan Perkara 16 (6) Undang-undang Tubuh Perlembagaan Negeri.

“Kita memohon supaya pihak keselamatan berlaku adil dan menjalankan tugas secara profesional demi mengelakkan rakyat diperlakukan secara kasar serta tidak berperikemanusiaan.

“Seterusnya, 25 NGO ini menyeru perintah Paduka Seri Sultan agar semua media perdana menghentikan penyebaran fitnah dan menghasut kerajaan sedia ada yang boleh membangkitkan perasaan perkauman serta boleh mengancam keamanan awam,” katanya.

Setiausaha Kumpulan Prihatin Negeri, Mohd Nazri Sahat berkata, bermula 19 Februari lalu rakyat telah dipertontonkan dengan pelbagai adegan dan proses rampasan kuasa yang menyayat hati.

“Penyelesaian terbaik dicadangkan, ialah pembubaran DUN dan menyerahkan kembali hak menentukan kerajaan di tangan rakyat melalui pilihan raya,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my

Deme ambik Perak, kita ambik Malaysia

Semalam DSAI makan tengahari dengan Pak Lah. Menurut citer DSAI ghiso Najib jadi PM. Pak Lah kata udah terlambat, tapi AP yang nyokong Pak Lah masih ramai. Lepaih itu kedua2nya pegi parlimen dengor Najib berkisah kisah 60 biliyon. DSAI kata tunggu esok baru dia komen. Panjang katanye. Frust reporter menunggu ulasan daripada DSAI. Reporter kat Ipohpun frust nunggu MB Nizar tak pegi mengadap.

Hari ini, DSAI komen berjela dalam parlimen. Tak disiornye menolong Najib pulihkan ekonomi Negara. Udah nak bangkrap baru nak mintak tolong. Masa ekonomi stabil, abih pepuak PR kena terajang. Ada yang duduk Kamunting tak keluor2, ada yang berimpun kene sembor ayor gatai, ada yang hilang kemudian muncui di bawah ketiak Najib, ada yang hilang kena c4, ada yang lagakan rakyat dengan istana, ada yang rampas negeri tak ikut law dan ada macam2 lagi. Bila udah tersepit, baru nak mintak tolong kat PR. Tak baik kita bermusuh, nanti rakyat yang menanggung sengsara. Lembut gigi dari lidah. Merah bibir dari gincu. Beria2 nak bagi ranting zaitun. Ranting jer, buahnya mana? Bior PR yang baling buah deghoyan ke muka Najib. Bior Najib cacat calor bute mata kena duri deghoyan.

Sebentar tadi PAS Kelantan beria2 ngajak UMNO menubuhkan kerajaan perpaduan, kerajaan campuran. Ada yang setuju, ada yang idak sior wehh. Ummdinni kata masa bertandang di rumah MM, kalo iyepun nak berbini baru, cariler yang lebih berjenih sikit dari UMNO. Punyeler tak berkenan Ummi pada madunye. Teman pulak malam ini setuju bebenor akan kehendak PAS ini walaupun sebelum ini teman memang tak setuju. Sebelum ini kalo jadi juge, teman nak tutup blog ni. Tapi dengan klu yang udah ada, teman tak sabor2 nak kata setuju.

Semalam Pak Lah kata udah terlambat tapi Pak Lah juga kata ramai AP UMNO yang masih menyokong Pak Lah. Biorler Najib jadi Presiden UMNO. Jangan dihalang, jangan ditunda dan jangan difailkan di mahkamah. Bior Najib jadi Presiden. Cuba kome ingat baik2 apa yang teman udah tulih dulu .. teman tulih ORAHMAN di sini http://jantantuya.blogspot.com/2009/03/selamat-tinggal-orahman-selamat-datang_01.html O dan N tak sempat jadi PM.

PAS yang cadangkan kerajaan campuran. DSAI yang pegi berunding dengan Pak Lah. Ini bukan rampasan kuasa. Kalau rampasan kuasa, Karpal tak mahu join. Ini kerajaan campuran. Pak Lah boleh terus jadi PM. Pak Lah akan disokong oleh 80 AP PR. Pak Lah akan disokong oleh 30 AP BN bukan UMNO. Pak Lah akan disokong lagi oleh AP UMNO yang Pak Lah kata ada AP UMNO yang menyokongnya. Maknanya Pak Lah akan dapat sekurang2nya 112 sokongan AP di parlimen. Takker pucat Najib. Lebih pucat lagi kalo Karpal jadi Menteri Kehakiman.

Teman tak bocor rahsia. Takde sape yang nak bercerita perihal yang sebenor pada teman. Teman cuma menulih daripada akai yang tuhan bagi. Alhamdulillah. Kalo jadi, jadiler. Kalo tak jadipun takper. Sekurang2nya malam ini teman boleh tido lena sebab dapat juga menulih sesuatu kat blog teman ni.

Satu lagi, kome masih ingatker lagi DSAI pernah kata, mungkin bulan Mac kita jadi kerajaan atau kita kena nunggu PRU 13 baru boleh jadi kerajaan. Deme ambik Perak, kita ambik Malaysia.

Cukupler untuk malam ini.

http://perakexpress.com


Anwar Ibrahim dalam proses ambil alih jawatan PM secara rundingan?



SEMENJAK kejutan pertemuan empat mata yang penuh misteri dan tandatanya antara Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang, dan juga Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga merupakan Perdana Menteri Malaysia, ramai pihak mula membuat pelbagai andaian dan spekulasi.

Setakat ini, teori pengambilalihan jawatan Perdana Menteri secara rundingan dilihat mendominasi kebanyakan percakapan politik. Pak Lah dilihat sedang berusaha untuk memastikan jawatan Perdana Menteri yang disandangnya tidak dianugerahkan sebegitu mudah kepada kononnya bakal penganti beliau iaitu Najib Razak.

Dalam politik, segalanya mungkin. Tidak ada yang mustahil dalam politik. Mungkinkah benar wujud satu persefahaman dan juga rundingan antara Anwar dan Pak Lah berkenaan dengan peralihan kuasa?

Jika benar perkara ini (rundingan peralihan kuasa kepada Anwar) sedang berjalan sekarang ini, beberapa perkara menarik pasti akan dapat dilihat. Antaranya:-

1.Spekulasi bahawa Anwar akan menyertai semula Umno menunjukkan sedikit kemajuan.

2.Andaian ramai bahawa Najib akan mengigit jari dan tidak akan diberi peluang untuk menduduki kerusi Perdana Menteri bakal menjadi kenyataan.

3.Pakatan bakal berdepan masa depan yang gelap juga pastinya menjadi kenyataan.
Oleh yang demikian, bagi rakyat terbanyak khususnya penyokong Pakatan menyeru agar Anwar Ibrahim bijak dalam membuat keputusan. Sekiranya PAS boleh lupakan hasrat untuk 'bersatu' dengan Umno demi untuk menjaga kesepakatan dalam Pakatan Rakyat itu sendiri, kenapa tidak Anwar?

http://pemudakemehe1.blogspot.com




APAKAH agaknya dialog antara Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) dengan Anwar semasa mereka berada di meja makan di rumah Sheikh Mahmud Majzub semalam? Apakah begini; "You apa habaq Nuar?" tanya Pak Lah...
"Baik, Alhamdulillah..." balas Anwar.
"Pak Lah macam mana pula, baguis ke?" sambung Anwar.

Tunggu ulasan saya berhubung perisitwa pertemuan bersejarah mereka berdua yang semakin hangat dan menjadi perhatian umum. Bukan saja Anwar, Pak Lah juga menafikan pertemuan itu tidak ada apa-apa perundingan. Benarkah ia hanya kebetulan atau ada pihak lain yang mengaturkannya?

Apakah cerita di sebalik pertemuan secara tak disengajakan itu?

Jawaban Pak Lah itu apakah melegakan Najib?

Salam
MSO.

11 March 2009

Lagi gambar -gambar dan cerita MB Perak Semalam...

Krew BloggersNetwork@Perak tiba di perkarangan Pusat Tarbiyah PAS Titi Serong tepat jam 3 petang kelmarin. Berdasarkan kepada jadual yang diperolehi bahawa MB Perak akan tiba kurang 15 minit untuk satu sesi Perjumpaan Bersama Muslimah Kawasan. Suasana memang panas terik. Namun bahang panas tidak dirasa apabila rombongan MB sampai. Sambutan yang luar biasa diberikan oleh mereka yang hadir.

Bersama menyambut ketibaan MB Perak, ialah sekawan burung putih yang terbang rendah dan berlegar-legar di udara. Dianggarkan lebih 500 orang hadir ke Majlis Taklimat yang diberikan oleh beliau. Majlis tamat pada jam 4.45 petang.

Intipati ucapan beliau turut menyentuh tentang krisis rampasan kuasa oleh kerajaaan kudeta yang dipimpin oleh Umno-BN dan konspirasi politik jahat Adun-Adun katak dalam Pakatan. Dibawah sebahagian gambar yang sempat diambil ketika Majlis Taklimat tersebut oleh krew bloggersNetwork.

Dalam dok candid, wak ter'candid' gambar kak bibah. Sue ellen tak mai kaa ?

Latar sawah padi di belakang dan se pulau pokok pisang di tengah sawah menjadi backdrop Nizar ketika menyampaikan ucapan utama beliau kelmarin, suasana ini sangat men'desa'kan !

Bersimpuh dan bersila ketika mendengar ucapan Nizar, takpa kalau lenguh, balik nanti Nizar kata suruh suami tolong picit sama..! Picit kaki..jangan picit hat lain..!

Amboi, ni betul2 mencabar wak ni, dalam dok Nizar bercakap, anak buah dia (Idham Lim) sibuk meng'update' blog..kejar hit ke YB ? wakakaka..!!

Tongkat ni bukan sebarang tongkat, nanti kalau jumpa ular dengan Hamidah, senang tok aji ni katok Hamidah tu dengan tongkat..wakakkakaa..!! Siapa Hamidah ? cari details cerita kat bawah entri ni !

Awat mak aji ? Nanggih* kaa ? Terharu sungguh mak aji kita ni bila Nizar kata, kerajaan kita dah dirampas oleh BN secara kudeta ! Yang sorang lagi tu dok gelak pasai apa ? Kontrass..orang lain dok sedih, dia gelak...masa gelak, dia buat poyo plak..! Masalah 'gen' ni !

Suami yang hadir menemani isteri (muslimah) ketika program petang kelmarin di Titi Serong

MB Perak dan ADUN Titi Serong mengaminkan doa dalam Program bersama Muslimat di Pusat Tarbiyah PAS Titi Serong..kelmarin

Tn. Haji Ismail, rakan baik arwah ayah wak pun datang juga...Takbir !! Pakej Umrah tak dak diskaun kaa..cikgu !!

YAB Menteri Besar menyampaikan ucapan.

Ketika MB Nizar selesai menyampaikan ucapannya, wak sempat berbual dengan MB, DS Nizar dan YB Idham berkaitan beberapa isu panas politik yang timbul. Wak akan ulas diposting yang lain.

Setelah tamat program di Titi Serong, krew bloggers meneruskan perjalanan ke Pekan Tanjung Piandang, 10 km dari sini kerana dijangkakan MB akan sampai ke pekan ini pada jam 6 petang untuk satu lagi sesi perjumpaan dengan masyarakat cina khususnya. Program yang dirancang itu diadakan di dalam Dewan JKKK, Jalan Pantai, Tanjung Piandang. Kami tiba di sana pada jam 5.30 ptg.

Ketika krew kami tiba, sudah ramai penyokong-penyokong Pakatan telah mula memenuhi dewan dimana 60% adalah dari kalangan warga cina. Selain dari Dr.Mujahid Rawa, Adun Canning, dari DAP iaitu YB Wong turut hadir memberi ucapan, dan MB Nizar mengambil masa 30 minit untuk berucap seterusnya menutup majlis tersebut dengan laungan keramat dan disambut tepukan penuh gemuruh dan sorakan dari mereka yang hadir.

Sebahagian Rakan Media dari akhbar bahasa Cina yang hadir di Tanjung Piandang petang kelmarin. Letih berkejar dari Ipoh tak habis lagi woo, depa kata laa..wak gelak saja !

Kehadiran kaum cina Tanjung Piandang dan Kuala Kurau..betul-betul hor..liaw !!

Nizar disambut meriah ketika sampai ke Majlis Bersama Kelab Penyokong PAS petang kelmarin

Rai bebenor yoep!

Ketika sampai di perkarangan Dewan JKKK, Tanjung Piandang

Kalungan bunga dari Ketua Kelab Penyokong untuk Nizar

Sementara menungguNizar, gerai minuman ler jadi tumpuan wak, Sya dan MSK..haus giler yeop! Tapi takpa..air boleh tambah beb! Free of charge..tapi air ajer..air gula tak dak..! wakakaka..!!

ADUN Canning menyampaikan ceramah di Dewan JKKK Tg. Piandang dalam bahasa mandarin

Kehadiran sebahagian kaum Tionghua dalam majlis tersebut.

Nizar menyampaikan ceramah kepada kaum Melayu, Cina dan India yang hadir.

Kuliah Maghrib di Masjid Jamek Sungai Kota.

MB Nizar menunaikan solat Maghrib dan menyampaikan tazkirah ringkas di Masjid Sungai Kota, 5 km dari Pekan Titi Serong. Ruang solat masjid dipenuhi jemaah dan dianggarkan lebih 300 orang hadir untuk mendengar sesi tazkirah beliau.

Program kemuncak dan penutupan Siri Jelajah Perak oleh MB Nizar dilangsungkan sekali lagi di Pusat Tarbiyah PAS Titi Serong pada jam 9.30 malam. Krew bloggersNetwork@Perak tiba di sana pada jam 9 malam. Dari pengamatan awal, program malam ini memang agak luarbiasa. Kebanjiran rakyat yang begitu melaut, tafsiran awal kami sudah pasti perkarangan Pusat ini tidak mampu menampung kehadiran rakyat yang semakin ramai.

Alhamdulillah, Unit Amal yang ditugaskan menjaga lalulintas dan kawalan begitu cemerlang dengan tugas mereka, mengurus program yang dihadiri oleh ribuan rakyat bukan pekerjaan mudah. Dengan kekuatan platun Unit Amal seramai 20 orang petugas sukarela itu berjaya melicinkan pergerakan kenderaan di laluan jalan yang begitu sibuk malam tadi. Tahniah untuk Unit Amal yang bertugas ! Anda bukan samseng !! Anda berkhidmat kerana Allah !

Apa-apa pun kita pekena bihun sup dulu ! Menu 'wajib makan' krew bloggersNetwork bila berada di medan ceramah. Disebabkan blogger Topeng Perak@Perisik Rakyat tidak dapat ikut, maka mangkuk bihun supnya telah di'selesai'kan oleh MSK dengan jayanya. Faham-faham ajer ler ! Walaupun kami hadir bertiga, tetapi tetap 4 mangkuk bihun sup yang sampai ! Hirup sup sampai ke titisan akhir..wow ! Lencun beb !

Krisis perlembagaan yang berlaku di Perak sekarang ini benar-benar menarik minat pelbagai golongan rakyat memenuhi segenap ruang dan tempat di Pusat Tarbiyah Titi Serong dimana dari catatan awal wak malam kelmarin, dianggarkan lebih 6 ribu yang hadir. Betul-betul sesak !

Imej foto yang diambil dari hadapan pentas, dimana kehadiran rakyat yang melaut. MSK (duduk) tengah layan ceramah Saifuddin Nasution.

Penceramah utama malam tadi ialah YAB Menteri Besar Perak, Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin dan Ahli Parlimen Machang, YB. Saifuddin Nasution. Giliran MB Perak berucap hanya dapat dilangsungkan pada jam 11.40 malam, antara inti pati ucapan beliau ialah berkaitan rampasan kuasa oleh Umno-BN, Sidang DUN 3 Mac, dan konspirasi politik jahat BN hingga 3 Adunnya sekelip mata bertukar menjadi katak. Dan beberapa isu lain yang disentuh beliau tentang pemberian tanah kepada bukan melayu.

Bab bagi tanah kepada warga sah bukan melayu(cina) jadi isu besar, tak luas mana pun sekadar untuk rumah kediaman di kampung-kampung baru, tetapi BN serah tanah dan bagi kepada kroni cina sperti Lim Goh Tong untuk 1 bukit di Genting Higland takpa pulak, sikit kaa..bukit Genting tu..ada sapa nak tolong ukoq dan sukat ? Permatang Tinggi kepada Vincent Tan, dll tu tak pulak Umno-BN rasa bersalah ! Untuk kroni-kroni cina yang kaya macam tu dibolehkan, tapi beri tanah kepada orang cina yg miskin tak boleh ! Apa punya turr...! jelas beliau.

Begitu juga beliau turut pecah rahsia, bagaimana calon MB kudeta itu pada asalnya akan diserahkan kepada YB Hamidah, bukan Zambry. Nasib baik bukan hamidah yang naik jadi MB kudeta, kalau tidak..habis orang India di Perak kena katok..pasal dia sebut dalam Sidang DUN Perak yang lalu, kalau jumpa orang India dan ular, katok India tu dulu..ular kasi lepas ! Punya la perkauman ! Tak dak pulak puak Umno nak pi report polis akan keceluparan Hamidah tu ? Ketulahnya dia, kini dia terpaksa juga terima Zambry sebagai MB Perak, walaupun darah MB kudeta tu ada sikit-sikit campuran Tandoori Masala..! Tak pulak dikatoknya kepala Zambry ? (posting khusus tentang Siapa Hamidah, sedang dalam penulisan, dah siap, wak akan publishkan, gempak..dan gempar ! Tunggu...beb !)

Ucapan beliau diakhiri pada jam 12.15 malam. Namun ucapan dan penerangan amat padat dan tepat bagi memberi gambaran jelas apa yang telah berlaku di negeri Perak. Dibawah sebahagian gambar majlis tersebut.


YB Saifuddin Nasution, aura ucapan beliau dan sindiran tajam berfakta benar-benar membuat orang ramai tidak berganjak keluar untuk terus mendengar sehingga habis.

http://politikbanjar.blogspot.com

Gambar lawatan MB Perak ke Parit Buntar.

Lawatan YAB Menteri Besar Perak ke Parlimen Parit Buntar telah mendapat sambutan yang baik dari masyarakat berbagai bangsa yang hadir dalam semua proram yang diatur. Gambar diatas ialah MB Perak dan ADUN Titi Serong mengaminkan doa dalam taklimat bersama petugas piliharaya muslinat di Pusat Tarbiyah PAS Titi Serong..

Taklimat kepada petugas pilihanraya muslimat di Pusat Tarbiyah Titi Serong.YAB Menteri Besar menyampaikan ucapan.

ADUN Titi Serong menyampaikan ucapan aluan.

ADUN Canning menyampaikan ceramah di Dewan JKKK Tg. Piandang dalam bahasa manderin

Kehadiran sebahagian kaum Tionghua dalam majlis tersebut.

MB perak menyampaikan ceramah kepada kaum Melayu, Cina dan India yang hadir.

Kuliah Maghrib di Masjid Jamik Sungai Kota.

http://lh3.ggpht.com/_NG2rpR7PL40/Sd7ECBLUWVI/AAAAAAAAAj4/cwlPA3Kc0GA/s720/bersemadi%20UMNO3.JPG


LYRIC

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight




http://lh4.ggpht.com/_NG2rpR7PL40/ScNA7ekrAAI/AAAAAAAAAe4/MnAONBmvtlE/pinkturtle%20video.JPG