14 February 2009

Dato' Seri Nizar di Kampung Baru.

KUALA LUMPUR - Menteri Besar Perak, Dato' Seri Nizar Jamaluddin yang menyertai solat Jumaat di Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur semalam sempat berucap kepada jemaah selepas selesai solat di mana pada sebelah paginya beliau mengemukakan saman kepada Dato' Zamry Abdul Kadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.


Image"Saya berterima kasih atas sokongan daripada seluruh negara, dan kita tunggu keputusan mahkamah secepat mungkin," katanya berikutan 'rampasan kuasa' yang berlaku di Perak.


Beliau meminta rakyat negeri Perak khususnya dan sokongan daripada seluruh negara amnya untuk bersama-sama membantah kerajaan baru BN di Perak sekarang sebagai tidak sah kerana Pakatan Rakyat masih dianggap kerajaan yang sah.


"Kempen mengumpul tanda tangan menyokong pemerintahan Pakatan rakyat di Perak akan dilaksanakan dalam masa yang terdekat," tambah beliau sambil menjelaskan mengenai proses pemfailan saman yang dilakukan pagi semalam di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap BN yang merampas kuasa secara haram semalam.


ImageDalam ucapannya itu, beliau turut mengulas berkenaan pilihan raya kecil kerusi Parlimen Bukit Gantang dan kerusi Dun Bukit Selambau dan memohon kerjasama penyokong Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil ini untuk menolak BN yang nyata menghina sultan dengan perampasan kuasa tersebut.


"Tindakan mereka (BN-Umno) kononnya berdemo satu tindakan yang pura-pura. Melihat kebangkitan rakyat yang berlaku hari ini adalah lebih meyakinkan Pakatan Rakyat akan mendapat kemenangan," tambah beliau lagi.


Turut kelihatan dalam semasa Nizar berucap ialah Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali; Timbalan Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Ustaz Ali Jamil; Ketua Pemuda PAS Wilayah, Kamaruzaman Mohamad dan lebih 1,000 penyokong yang memenuhi pekarangan masjid.

13 February 2009

Penakut!! FRU belum tembak gas lagi,korang dah stop

Kah Kah Kah... Tak Berani Lawan FRU?

umno youth demo against karpal singh penang 130209 02


Polis Halang Demo Depan Rumah Karpal

Kira-kira 100 penyokong Umno tidak jadi mengadakan perhimpunan bantahan di depan rumah Karpal Singh di Pulau Pinang selepas dihalang oleh polis.

Kumpulan itu yang diketuai oleh ahli Majlis Tertinggi (MT) Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo dan ketua Pemuda Umno Permatang Pauh, Mohd Zaidi Mohd Said disekat polis pencegah rusuhan lebih kurang 500 meter dari rumah pengerusi DAP itu dekat Taman Botani Pulau Pinang.

Polis juga meminta Dr Mohamad Khir dan Mohd Zaidi hadir di balai berdekatan untuk memberikan keterangan berhubung perhimpunan tersebut. - Malaysiakini


edyes wrote:

Kah kah kah.... camana nak pertahankan Sultan, kalau FRU berapa kerat tu pun tak boleh nak redah? Ingatkan hebat sangat, FRU belum tembak gas lagi, belum tembak air kuning gatal lagi, korang dah stop... kah kah kah...

Tuah oh Tuah, dah ada keris taming sari pun nak takut lagi...

http://edyesdotcom.blogspot.com

SPR sengaja melambatkan PRK untuk memberi peluang secukupnya kepada BN

10 SEBAB SPR LAMBATKAN PRK BKT GANTANG & BKT SELAMBAU

Memang jarang-jarang berlaku SPR melambat-lambatkan Pilihanraya Kecil melainkan ada sebab-sebab tertentu. Ramai pihak memang menjangkakan SPR akan melambat-lambat PRK untuk Bukit Gantang dan Bukit Selambau.
Bayangkan mengapa SPR menunggu sehingga sebulan lebih selepas notis kekosongan kerusi diterima barulah pilihanraya kecil hendak diadakan. Tidakkah ini menimbulkan kontroversi dan keraguan di kalangan rakyat.????
Antara DAKWAAN para pemerhati politik ialah :-

1) Memberi masa yang secukupnya untuk BN menyusun jentera dan strategi bagi berhadapan dengan pengundi apatah lagi BN sedang tenat sekarang. Mood rakyat masih cenderung menyokong PR lebih-lebih dengan berlakunya isu rompakan kuasa di Perak.

2) Memberi masa yang secukupnya untuk BN dan agensi-agensi kerajaan yang tertentu mengatur strategi dan manipulasi daftar pemilih, pendaftaran pengundi hantu dan lain-lain.

3) Memberi masa untuk BN berkempen sepuas-puasnya sedangkan PR tidak diberikan permit untuk berceramah khasnya di Perak.

4) Memberi masa untuk BN menjalankan projek-projek segera dan menjanjikan habuan-habuan projek kepada pengundi di kedua-dua kawasan tersebut.

5) Memberi masa untuk BN menyelesaikan perbalahan dan perebutan antara Umno dan MIC yang mahukan calonnya bertanding di DUN Bukit Selambau.

6) Memberi masa untuk BN memperkenalkan bakal calonnya yang sememangnya tidak dikenali dan tidak disenangi oleh rakyat. Jadi oleh kerana masanya panjang maka calon ini boleh turun padang dan berkhidmat untuk rakyat dari hari ini sehingga 7 April 2009.

7) Memberi masa untuk pemimpin dan ahli Umno menumpukan perhatian kepada Perhimpunan Agong Umno yang berlangsung awal bulan Mac.

8) Memberi masa untuk calon-calon Umno berkempen untuk pemilihan Umno pada Perhimpunan Agong Umno awal bulan Mac.

9) Memberi peluang kepada Najib Razak menyusun strategi selepas beliau dilantik menjadi Presiden Umno dan Perdana Menteri selepas Perhimpunan Agong Umno awal Mac ini.

10) Memberi peluang kepada Umno/BN mencari seberapa banyak wang untuk ditaburkan kepada pengundi di kedua-dua kawasan tersebut.
Ini adalah bukti kedua SPR dilihat berpihak kepada BN, selepas keengganan SPR mengadakan PRK di Behrang dan Changkat Jering.
Ada kemungkinan SPR di bawah kepimpinan Abdul Aziz Yusof lebih teruk dan jijik dari SPR dibawah telunjuk Abdul Rashit Abdul Rahman.

http://mutaligat.blogspot.com


Kes Fitnah Isteri Najib Kekal Di Mahkamah Sesyen

Kes fitnah Rosmah kekal di Mahkamah Sesyen

KUALA LUMPUR: Penulis blog Raja Petra Raja Kamaruddin yang didakwa memfitnah isteri Timbalan Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dan dua yang lain hari ini gagal dalam usahanya supaya kes itu dikembalikan ke Mahkamah Majistret apabila Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan kes tersebut kekal di Mahkamah Sesyen untuk dibicarakan.

Pesuruhjaya Kehakiman Zainal Azman Ab Aziz memutuskan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Majistret membenarkan permohonan pendakwa supaya kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen untuk dibicarakan adalah sah dan teratur.

Beliau berkata keputusan pemindahan kes tersebut yang dibuat Majistret Nazran Mohd Sham, pada 15 Ogos 2008 itu tidak bercanggah dengan Artikel 8 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Zainal Azman kemudiannya menolak notis usul untuk semakan yang difailkan Raja Petra pada 25 Nov, 2008, atas alasan permohonan tersebut tidak mempunyai merit dan berasas.Raja Petra, 59, memohon perintah Mahkamah Tinggi supaya merujuk isu pemindahan kes ke Mahkamah Persekutuan atas persoalan perlembagaan atau mengembalikan semula kes itu ke Mahkamah Majistret untuk dibicarakan.

Salah seorang daripada peguam Raja Petra, J.Chandra memberitahu media bahawa pihaknya akan menfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan hari ini. Mahkamah Rayuan adalah tempat terakhir bagi Raja Petra merayu kerana kes di mahkamah rendah akan berakhir di Mahkamah Rayuan.

http://www1.mstar.com.my

UMNO Sebenarnya Yang Menghina Raja-raja Melayu

http://buletinonline.net/images/stories/berita1/krisisumnoraja.jpg

Kuala Terengganu
– Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyelar tindakan UMNO mengadakan himpunan kononnya menunjukkan sokongan kepada sultan, yang akan diadakan di PWTC, pada 19 Februari depan.


“UMNO juga yang menghina sultan ! Dia (UMNO) yang menggubal perlembagaan yang merampas kuasa sultan, itu (himpunan) satu tindakan yang pura-pura, hipokrit,”katanya pada sidang media yang diadakan selepas Ceramah Dana Palestin, di Batu Enam, dkat sini, semalam.

Menurutnya himpunan tersebut bukan sahaja mainan politik, malah lebih teruk dari itu, kerana rakyat sudah mengetahui ‘tembelang’ UMNO yang sebenarnya.

Beliau turut menegaskan PAS tidak menyokong tindakan Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Karpal Singh yang berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah kerana membenarkan Barisan Nasional (BN) mengambil alih pemerintahan kerajaan negeri tersebut.

“Ya, PAS tidak menyokong (Karpal), itu tindakan peribadi (beliau), bukan sahaja PAS, bahkan seluruh Pakatan Rakyat mengatakan kita tidak mahu bertembung dengan Sultan,

“pertembungan kita dengan UMNO, dengan Barisan Nasional, kerana Sultan tidak berpolitik,”ujarnya ketika ditanya wartawan berkaitan perkata tersebut.

Mengulas tentang keadaan di negeri Perak, beliau berkata, rakyat akan menilai tindakan Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Hj Mohammad Nizar Jamaludin yang bersetuju menyerahkan kembali kenderaan dan kediaman rasmi kepada kerajaan negeri.

“Itu satu tindakan yang dilihat oleh rakyat, rakyat akan menilai, menunjukkan bahawa kita (PAS) tidak gila kuasa, dan tidak tamak kuasa,

“kita mahu supaya kekuasaan dapat dengan cara sopan, kerana kita mengambil jawatan itu dengan sopan,” katanya yang menambah Haji Nizar tak minta jawatan, dimana kita (PAS) diberi kepercayaan untuk memegang jawatan itu.

Beliau berkata Pakatan Rakyat menunggu proses pilihanraya kecil yang akan diumumkan hari ini oleh pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Malaysia.

Katanya Pakatan rakyat akan bertanding dalam kedua-dua pilihanraya kecil tersebut, dimana Parti Kedilan Rakyat (PKR) akan melatakkannya calonnya di Bukit Selambau dan PAS akan bertanding dalam pilihanraya kecil palimen Bukit Gantang.

“(berkenaan) calon, kita akan lihat pandangan daripada bawah dan pandangan semua pihak,

setakat ni dah ada beberapa nama yang dikemukakan, adalah 4, 5, 6 orang, kita akan pertimbangkan,

“tempatan pun ada luar pun ada, kita akan lihat dari segi sejauh mana kaji selidik yang akan dihasilkan daripada bawah,”katanya apabila ditanya tentang calon-calon yang akan bertanding dalam pilihanraya kecil itu.

Beliau turut menyifatkan tindakan kerajaan UMNO-BN yang mengharamkan ceramah di negeri Perak sebagai satu tindakan yang pengecut dan penakut.

“Itu satu tindakan yang pengecut, yang penakut, sedangkan dia (kerajaan UMNO-BN) mempunyai kebebasan media yang masuk kedalam tiap-tiap buah rumah,


“itu satu tindakan yang ‘double-standard’ yang tidak demokratik, yang bercanggah dengan amalan demokrasi yang maju,”katanya.

Beliau menyeru kepada semua petugas dan penyokong Pakatan Rakyat agar menghadapi pilihanraya dengan baik dan bijak, sebagaimana yang telah ditunjukkan dalam pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu.

Beliau turut berpesan supaya menjaga tatatertib dalam pilihanraya kecil akan datang dan tidak melayan sebarang provokasi pihak lain.

“InsyaAllah kita tidak akan terpengaruh dengan kalangan yang melakukan provokasi, (yang cuba) untuk melakukan sesuatu yang tidak diingini,


“jika ada sesuatu tindakan (yang tidak diingini) itu bukan daripada kita (PAS), (tapi) daripada pihak-pihak lain,”jelasnya.

http://buletinonline.net

12 February 2009

Pakatan Rakyat tidak bersetuju dengan keputusan Raja


Kami bukan penderhaka!

KAMI bukan penderhaka. Kami sama sekali tidak berniat untuk menentang Raja. Kami sekadar berpendapat bahawa keputusan yang diambil Raja di Perak tidak bertepatan mengikut lunas undang-undang.

Kami berbeza, kerana kami berpendapat bahawa jalan terbaik untuk membentuk sesebuah kerajaan, ialah melalui pilihan raya, bukan dengan cara membeli dan mengumpan wakil rakyat.

Adalah tidak adil sesebuah kerajaan dibentuk, bukan dengan mandat rakyat, tetapi dengan mandat rasuah, sama ada dalam bentuk wang, jawatan atau penarikan balik kes-kes jenayah yang sedang dihadapkan ke mahkamah.

Kami berbeza dengan Raja kerana kami berpendapat, jalan terbaik untuk menyelesaikan kemelut politik di Perak, ialah dengan memulangkan mandat semula, kepada rakyat melalui pilihan raya umum negeri.

Kami hanya meminta, jika pun hendak dijatuhkan sesebuah kerajaan negeri, biarlah dengan cara yang demokratik, iaitu dengan membuat undi tidak percaya dalam sidang Dewan Undangan Negeri.

Bukan dengan menyuruh Menteri Besar atau anggota Exco meletakkan jawatan atas alasan parti yang memerintah sudah kehilangan majoriti di dewan.

Inilah pendapat dan pendirian pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, yang dipilih secara adil dan demokratik dalam Pilihan Raya Umum ke 12, 8 Mac 2008 lepas.

Pakatan Rakyat bukan sebuah entiti yang kecil. Ia adalah suatu 'force' yang didukung oleh jutaan rakyat Malaysia, terdiri daripada berbilang bangsa dan agama.

Kuasa rakyat ini adalah suatu kuasa yang besar, membentuk sebilangan kumpulan yang besar, sehingga berjaya menafikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional di Parlimen.

Bilangan yang besar ini dibuktikan dengan, menempatkan suara mereka sebanyak 82 kerusi Parlimen dan beratus-ratus kerusi Dewan Undangan Negeri.

Suara rakyat yang besar ini juga mewakili negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Derhaka Umno Terengganu bukan PAS Perak

Justeru dalam menghadapi krisis di Perak, Menteri Besar, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin tidak keseorangan.

Penyingkiran kerajaan negeri di bawah kepimpinan beliau, tidak dipersetujui banyak pihak dalam negara, yang tidak gembira dengan keputusan Raja.

Pakatan Rakyat tidak bersetuju dengan keputusan Raja, manakala, Umno sudah tentu menyokong, kerana mereka mendapat kembali kerajaan negeri dengan cara yang amat mudah.

Apa pun tuduhan yang dilemparkan kepada pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat, salahkah rakyat punyai pandangan berbeza dengan Raja?

Jika peristiwa di Perak menyebabkan kebanyakan rakyat mempunyai persepsi bahawa Raja membuat kesilapan, apakah kewujudan persepsi ini menyalahi undang-undang?

Jalan mudah untuk media pengampu BN menjerat Nizar ialah dengan, menuduhnya menderhaka kepada Tuanku.

Namun Umno/BN jangan lupa, 'sederhaka' manapun Nizar, jika ia berlaku, jauh lebih bersopan dari sekumpulan pemimpin Umno Terengganu yang 'membinatangkan' Raja, dalam demonstrasi di Istana Terengganu, Mac 2008 yang lalu!

Sultan Terengganu dihina dan dilemparkan dengan kata-kata nista oleh orang-orang Umno, kerana mereka mahukan Dato' Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Besar.

Orang-orang PAS, KeADILan dan DAP di Perak, tidak pernah sama sekali mencera Sultan Perak, sebagaimana dilakukan orang-orang Umno di Terengganu.

Soal derhaka tidak timbul sama sekali. Jika ada pihak yang menghasut Raja di Perak, baginda harus mengetahui, memahami dan membuat pertimbangan sewajarnya, jika baginda mahu menjatuhkan hukuman derhaka kepada Nizar.

Kes di Terengganu menunjukkan bahawa yang paling derhaka ialah Umno. Bukan PAS! Umno sanggup buat demo dan membawa kain pemidang yang jelas 'membinatangkan' Raja!

Bukankah tindakan pemimpin Umno itu suatu tindakan derhaka? Mana penderhaka itu semua? Mengapa mereka dibebaskan tanpa tindakan?

Apakah mereka boleh derhaka dan menyanggah Raja sesuka hati kerana mereka Umno? Apakah kerana Umno 'dilahirkan' di Istana Johor pada 11 Mei 1946, maka segala tindakan mereka terhadap Raja, semuanya boleh 'dipejamkan' begitu sahaja?

Apakah kerana Umno terlalu sinonim dengan Raja, maka Raja harus dilihat memihak kepada Umno?

Harus diingat, berlaku dalam sejarah politik negara, yang 'memaki hamun' Raja dan melucutkan hak kekebalan Raja pada tahun 1993, ialah orang-orang dan pemimpin Umno.

Umno yang mewujudkan mahkamah untuk membicarakan perilaku Raja.

Kalau boleh 'diflashback' atau dimainkan kembali pita siaran televisyen dan akhbar ketika itu, nescaya seluruh rakyat Malaysia akan memahami betapa hinanya Raja di mata Umno.

Siapa yang tampil membela Raja ketika itu? Tanyalah Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah. Yang membela Raja ketika itu ialah PAS dan Semangat 46.

Nizar bukan Hang Jebat

Dalam kes Perak, Nizar tidak menderhaka. Nizar bukannya Hang Jebat. Nizar pun tidak mahu menjadi Hang Jebat, seperti hikayat Melayu purba.

Hulubalang Hang Jebat 'mengamuk' kerana membela sahabatnya, Laksamana Hang Tuah yang menjadi mangsa fitnah. Di Perak, Nizar adalah mangsa ketidakadilan.

Menurut sejarah tragedi purba kala tersebut berlaku, akibat ketidakadilan titah Sultan Mansur Shah yang dinasihatkan secara salah oleh memanda pembesar istana di sekeliling baginda, yang mempunyai kepentingan tertentu.

Lantaran fitnah tersebut, lalu dititahkan agar Hang Tuah dibunuh.Hikayat lagenda difilemkan dengan lakonan Tan Sri P Ramlee dan ditayangkan berulang kali dikaca televisyen.

Secara moralnya, rakyat boleh mempelajari daripada ceritera-ceritera ini, berlaku dalam sejarah, ada kalanya orang-orang istana sama ada Raja, Bendahara atau sebagainya, membuat keputusan yang silap.

Sehingga wujud dalam seloka Melayu ungkapan 'Raja adil Raja disembah, Raja zalim Raja disanggah.'

Dalam kes Perak Nizar tidak keseorangan. Di belakangnya ada berjuta-juta rakyat Malaysia yang menyokong Pakatan Rakyat, amat kecewa dengan keputusan yang diambil Sultan Perak.

Rakyat dari kalangan rakyat berbilang kaum menyokong pendirian diambil Nizar, untuk tidak meletak jawatan sebagai Menteri Besar.

Bilangan rakyat yang marah dan kecewa dengan 'rampasan kuasa' di Perak bukannya sedikit.

Sehingga ada yang menzahirkan secara terbuka kritikan terhadap Raja. Sekaligus kritikan-kritikan tersebut jika dipaparkan, hanya akan menjejaskan kredibiliti dan integriti Raja.

Akibat daripada persepsi ketidakadilan yang berlaku di Perak, ianya telah mewujudkan pemahaman bahawa 'credibility Malay Rulers at stake', apabila mereka dianggap berpihak kepada Umno.

Raja-Raja Melayu seharusnya 'above political party' dan mengelak wujudnya persepsi di kalangan rakyat bahawa mereka pro atau menjadi alat Umno-BN. Hanya dengan cara sahaja itu kredibiliti dan integriti Raja dapat dipulihkan.

Jalan terbaik untuk memulihkan keadaan di Perak ialah dengan membubarkan Dewan Undangan Negeri dan diadakan pilihan raya negeri semula.

Nescaya rakyat akan menerima keputusan pilihan raya dengan baik walau mana-mana pihak yang menang sekalipun, asalkan ianya dijalankan secara adil dan demokratik. -

http://www.harakahdaily.net

Tak Payah Sesiapa nak loyar buruk dalam pekara menzalimi rakyat dan melanggar undang-undang

Kuasa Sulit Sultan?

Terima kasih kepada Prof.Aziz Bari yang pakar itu kerana Sultan mempunyai kuasa sulit. Dalam kontek politik di Perak, maka Sultan menggunakan kuasa sulitnya jadi ia tidak boleh dipertikaikan.

Tulisan ini bukan bertujuan untuk mempertikaikannya, jauh dari memperkecilkannya. Kenyataan seperti ini tidak pernah didengar apatah lagi dihebohkan sedemikian rupa di media.

Selama ini sebagai rakyat marhaen, kita patuh dan taat kepada sistem undang-undang manusia yang mana Sultan adalah ketua pemimpin. Tetapi tidak terlintas Sultan mempunyai kuasa sulit sebegitu.

Dalam cerita melayu dulu-dulu, Sultan mempunyai kuasa sakti, ada berbagai-bagai bentuk samada melalui kerisnya atau melalui selimpangnya. Kuasa sakti itu pula diguna apabila berdepan dengan kesulitan.

Kesulitan atau kekacauan dapat diselesaikan apabila kuasa sulit itu digunakan. Dalam cerita moden orang putih dan jepun umpamanya. Banyak hero-hero yang mempunyai kuasa sulit. Ia diguna dalam keadaan terdesak saja. Kuasa-kuasa sulit dapat dilihat sebagai api yang keluar dari tangan atau mulut untuk memhembus dan membakar musuh- Cerita Ultraman. Badan boleh bertukar menjadi sasa, gagah dan mempunyai kuasa yang luar biasa dari enjin-enjin ketika terdesar – Incredible Hulk.

Pada satu masa cerita-cerita ini sangat popular di Malaysia. Pernah juga ada kes budak mati terjatuh dari tingat atas rumah flat kerana cuba terbang menggunakan sayap superman atau meniru gaya spiderman bergayut. Ini contoh yang klasik kuasa-kuasa sulit yang ada ada watak-watak manusia istimewa yang mempunyai kuasa sulit untuk menyelamatkan dirinya dan menyelamatkan manusia lain yang berada dalam keadaan sulit.

Berbalik kepada kuasa sulit sultan, sebagai marhen kita tidak tahu setakat mana kuasa sulit sultan boleh berperanan untuk membantu rakyat jelata yang marhen. Kita tidak tahu adakah kuasa itu berada di atas undang-undang atau di atas perlembagaan british dulu. Hebat dan kuat macam mana kuasa sulit itu juga tidak tergambarkan.

Sebagai rakyat marhen, ingin juga lihat supaya kuasa-kuasa sulit itu dikeluarkan sekali-sekala untuk ditunjuk kepada rakyat, paling tidak biar rakyat gerun pada sultan. Ia boleh menimbulkan rasa pada rakyat untuk terus takut, segan serta hormat pada sultan. Mungkin masa zaman penjajah kuasa itu belum ada, kalau tidak sudah tentu ia boleh diguna untuk mengusir penjajah.

Tetapi apa yang dibimbangkan ialah kuasa sulit sultan itu dapat dirasai oleh semua rakyat jelata. Lebih membimbangkan lagi apabila ada pihak yang merasa terniaya kesan penggunaan kuasa sulit itu. Jika keadaan ini berlaku, adakah sultan-sultan boleh mengeluarkan kuasa sulit mereka untuk menentangnya apabila askar dan polis sudah tidak mampu lagi?.

Cuba lihat Pulau Batu Putih sudah hilang dari peta Malaysia, kenapa Sultan tidak menggunakan kuasa sulit menghalang Pulau Batu Putih dari menjadi milik Singapura?. Bahkah Singapura sendiri terlepas dari peta Malaysia itu pun tidak termampu ditahan oleh apa yang disebut sebagai kuasa sulit sultan.

Setakat ini sudah ada dua benda ajaib yang belum di ketahui oleh UNESCO untuk dijadikan bahan sejarah. Pertama ialah “kontrak sosial” dan kini ke dua ialah “kuasa sulit sultan”. Pernah suatu ketika fasilitator BTN di tanya, dimanakah dokumen kontrak sosial di simpan?. Fasilitator tersebut jawab ia disimpan dalam bilik kebal di Wisma Putra. Jawapan tersebut ditertawa oleh perserta BTN. Orang zaman sekarang sudah cerdik mereka tidak boleh lagi ditipu tanpa fakta dan bukti.

Kenapa ia disimpan begitu!. Keluarkan biar rakyat jelata tahu dan dapat kesan dari kedua-dua benda ajaib tersebut supaya masyarakat dapat dibentuk untuk hidup harmoni dan aman damai tanpa rasa prejudis antara satu sama lain.

Marhaen bimbang untuk jangkamasa panjang, dua benda ajaib itu tidak boleh diguna sepertimana kegagalannya untuk mempertahankan pulau singapura dan pulau batu putih dari jatuh ke tangan Negara lain.

muramatsu

UK


http://www.tranungkite.net

Rakyat muak dengan kerajaan 'katak di Perak



Rakyat muak dengan kerajaan 'katak di Perak

KUALA LUMPUR, 12 Feb (Hrkh) - Krisis politik di Perak semakin bercelaru apabila berlakunya sindrom lompat parti hingga menyebabkan rakyat naik muak dengan kerajaan 'katak' yang ditubuhkan. Demikian ujar Pengerusi Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia(GMUKM), Hishamuddin Abdullah.

"Isu lompat parti bermula apabila ADUN Bota, Dato Nasaruddin mengumumkan keluar daripada Umno dan masuk ke dalam PKR sebelum isu ini menjadi lebih kontroversi apabila Adun Bota itu, dan tiga lagi ADUN Pakatan Rakyat istiharkan menjadi ADUN Bebas seterusnya menyokong BN untuk menumbangkan kerajaan PR Perak pimpinan Dato' Seri Ir Nizar Haji Jamaluddin," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakah.

Ujarnya, rakyat Malaysia sekarang sedang menghadapi satu perasaan jelik terhadap isu ini dan ia menjadi semakin muak dengan isu penyeberangan ramai-ramai ADUN Pakatan Rakyat ke dalam BN dan menubuhkan kerajaan katak.

Jelasnya, walaupun Perkara 10 (c) Perlembagaan Malaysia membenarkan tindakan tersebut dan ia disahkan dengan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Nordin Salleh v Kerajaan Negeri Kelantan, tetapi dari segi moral dan konvensyen politik, jelas tindakan lompat parti adalah satu tindakan yang menimbulkan kebencian rakyat Malaysia amnya dan rakyat Perak khususnya.

Hal yang sama juga berlaku apabila kegagalan mengadakan pilihanraya kecil adalah bercanggah dengan Artikel XVl (6) Undang-undang Perlembagaan Negeri Perak yang menyatakan bahawa "If the Menteri Besar ceases to command the confidence of the majority of the Legislative Assembly, then, unless at his request His Royal Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive Council".

"Jelas dalam peruntukan ini menyatakan bahawa sokongan Menteri Besar itu perlu diputuskan oleh Persidangan Dewan Undangan Negeri, yang dijangka bersidang pada 14 April ini.

"Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM) dengan ini menggesa agar diadakan segera pilihanraya seluruh DUN di Perak, bagi memberikan kuasa penilaian kepada semua rakyat Perak dan bukannya kepada 59 ADUN yang boleh disogok dengan berpuluh-puluh juta pada bila-bila masa sahaja," katanya lagi.

Hal ini amat penting tegasnya kerana nilai sesebuah kerajaan adalah bergantung kepada rakyat dan bukannya Adun atau Ahli Parlimen.

"Walaupun diperkatakan bahawa Pilihanraya Kecil akan menelan kos yang tinggi, tetapi dari faktanya, kos itu akan ditanggung oleh parti-parti politik yang terlibat, dan bukannya rakyat.

"Justeru itu, GMUKM menggesa agar pilihanraya kecil wajar diadakan di seluruh Perak dan kembalikan kuasa menentukan kerajaan kepada rakyat," katanya lagi.

GMUKM berharap agar isu ini dapat diselesaikan secara win-win situation dan hak rakyat diutamakan berbanding hak parti-parti politik yang mkempunyai agenda peribadi.

"Apa yang paling penting ialah kembalikan kuasa rakyat, dalam mewujudkan sebuah pemerintahan good governance yang diidam-idamkan oleh rakyat pada hari ini," demikian ujarnya.

http://www.harakahdaily.net

Salahuddin pelawa Ku Li serta Pakatan Rakyat

Gambar hiasan - Pertemuan Ku Li dengan Pimpinan Dewan Pemuda PAS Pusat suatu ketika dulu...

Gambar hiasan - Pertemuan Ku Li dengan Pimpinan Dewan Pemuda PAS Pusat suatu ketika dulu...

Salahuddin pelawa Ku Li serta Pakatan Rakyat

Anggota Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub hari ini secara peribadi mempelawa Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) untuk menyertai Pakatan Rakyat sekiranya Anggota Parlimen Gua Musang itu tiada sefahaman lagi dengan Umno.

Salahuddin, yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, berkata tujuan mempelawa Ku Li adalah untuk memperkukuhkan pakatan pembangkang melalui idea dan pengalamannya terutama dalam bidang ekonomi.

“Secara peribadi saya mempelawa Tengku Razaleigh untuk menyertai Pakatan Rakyat. Setakat ini belum ada pertemuan secara rasmi lagi dilakukan untuk tujuan itu melainkan pertemuan biasa. Dua hari lalu saya lontarkan pelawaan itu kepada Tengku Razaleigh di Kota Baharu,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan Dewan Pemuda PAS di Taman Melewar hari ini.

http://mppas.wordpress.com

11 February 2009

Sultan Azlan Ternyata Tersilap Langkah Dan Kini Perak Ada Dua Menteri Besar Serta Exco Kerajaan Negeri !!

PUTRAJAYA [6.00 pm] - Peguam veteran Karpal Singh hari ini berkata, beliau tidak akan mewakili Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dalam memfailkan saman untuk mengisytiharkan pelantikan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai menteri besar Perak yang baru adalah batal dan tidak sah. Katanya beliau tidak mahu bersama-sama dalam pasukan itu kerana pandangan beliau dengan pandangan pasukan Mohammad Nizar (pasukan Pakatan Rakyat) adalah berbeza. Karpal Singh, yang juga pengerusi DAP berkata demikian semasa ditanya pemberita semasa ditemui di luar Mahkamah Persekutuan di sini sama ada beliau akan mewakili Mohammad Nizar dalam perkara itu. Pada 6 Feb, Mohammad Nizar dilaporkan berkata beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Dr Zambry, yang mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak ke-11 pada hari yang sama, kerana kini terdapat dua menteri besar di negeri itu dan perkara itu telah mencetuskan krisis perlembagaan. Mohammad Nizar, yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, mempertahankan pendiriannya, menyatakan beliau masih menteri besar dan pelantikan Dr Zambry bercanggah dengan perlembagaan persekutuan dan Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

[Kemelut yang melanda Perak sekarang ini nampaknya semakin parah. Kini negeri itu mempunyai dua Menteri Besar dan juga dua "team exco kerajaan negeri". Apakah ini cara Sultan Perak menangani isu rakyat. Tidakkah baginda terfikir kesilapan yang berlaku hingga menyebabkan perpecahan semakin ketara?. Walhal baginda adalah bekas Ketua Hakim Negara suatu ketika dulu.

Bukankah lebih elok jika baginda menerima keputusan pembubaran DUN dan pilihanraya kecil negeri di adakan untuk memberi peluang rakyat memilih. Bahkan, siapa yang menang dan siapa yang kalah pasti akan akur dengan keputusan suara rakyat. Namun kini, apa yang berlaku di Perak amatlah "tidak wajar berlaku". Memang jelas UMNO dan BN menerusi Najib Razak telah membeli atau menggertak Sultan Perak supaya bersekongkol dengan mereka. Jika tidak mungkin Perak akan terpinggir setelah Najib menjadi Perdana Menteri nanti.

http://pahangdaily.blogspot.com

Lengkaplah Sebuah Kerajaan Haram

Empat yang baru dilantik dalam pentadbiran kerajaan negeri Perak hari ini - Naib Presiden MIC, Datuk Dr Veerasingam (atas kiri); Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kurau, Datuk Najmudin Elias al-Hafiz (atas kanan); Pengerusi Gerakan negeri, Chang Ko Youn (bawah kanan) yang berstatus exco dan ADUN Pengkalan Baharu, Datuk Hamdi Abu Bakar sebagai Ketua Penerangan Kerajaan Negeri bukan berstatus exco.

Exco Perak: MB umum portfolio,lantik tiga penasihat

[DIKEMAS KINI] IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir hari ini mengumumkan empat lantikan baru termasuk tiga penasihat kepada Menteri Besar berstatus exco dalam barisan kepimpinan kerajaan negeri yang kini diterajui Barisan Nasional (BN).

Tiga daripada mereka yang dilantik sebagai penasihat kepada Menteri Besar adalah Naib Presiden MIC, Datuk Dr Veerasingam; Pengerusi Gerakan negeri, Chang Ko Youn dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kurau, Datuk Najmudin Elias al-Hafiz.

Sementara itu, ADUN Pengkalan Baharu, Datuk Hamdi Abu Bakar dilantik sebagai Ketua Penerangan Kerajaan Negeri bukan berstatus exco tetapi diberi kemudahan exco.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar pertamanya di pejabat Menteri Besar di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri, di sini.

Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir (duduk) menunjukkan senarai nama porfolio anggota-anggota exco kerajaan negeri ketika mengadakan sidang akhbar di pejabatnya di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, hari ini. Turut kelihatan Naib Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn (kiri), exco kerajaan negeri Hamidah Osman, Datuk Saarani Mohamad, Naib Presiden MIC Datuk S.Veerasingam (empat, kanan), exco kerajaan negeri, Mohamad Zahir Abdul Khalid (tiga, kanan), Dr Mah Hang Soon (dua, kanan) dan Zainol Fadzi Paharudin (kanan). Pada sidang akhbar itu juga Zambry mengumumkan pelantikan tiga penasihat Menteri Besar dan seorang Ketua Penerangan Kerajaan Negeri di mana kesemua mereka bukan bertaraf exco tetapi diberi kemudahan exco. --fotoBERNAMA

Zambry turut mengumumkan portfolio bagi anggota-anggota exco kerajaan negeri pimpinannya.

Dalam senarai itu, Zambry menjadi Pengerusi Jawatankuasa Perancangan, Ekonomi, Kewangan, Keselamatan, Tanah, Hasil Bumi, Pertanian, Perumahan dan Agama.

Hamidah Osman dilantik exco kanan dengan mempengerusikan Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, ICT, Pelancongan dan Hal Ehwal Wanita; Datuk Ramly Zahari selaku Pengerusi Jawatankuasa Insfrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga dan Air; Dr Mah Hang Soon sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan Awam dan Hal Ehwal Bukan Islam.

Datuk Saarani Mohamad dilantik Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan, Perladangan dan Kebajikan; Mohd Zahir Abdul Khalid sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, dan Zainol Fadzi Paharuddin sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Zambry turut melantik Najmuddin Elias sebagai Penasihat Hal Ehwal Agama Islam, Datuk Chang Ko Youn selaku Penasihat Hal Ehwal Kaum Cina, dan Datuk S. Veerasingam sebagai Penasihat Hal Ehwal Kaum India.

Zambry mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar yang baru Jumaat lepas selepas BN membentuk kerajaan negeri ekoran tumbangnya kerajaan Pakatan Rakyat berpunca daripada tindakan empat anggotanya keluar parti masingmasing untuk menyokong BN.

http://www1.mstar.com.my

Bantah Perlantikan MB Haram, 9 mengaku tidak bersalah


9 terlibat perhimpunan Bantah Perlantikan MB Haram mengaku tidak bersalah

KUALA KANGSAR: Seorang lelaki warganegara Indonesia, Idris Mhd Thaib antara sembilan yang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas tuduhan menyertai perhimpunan haram di Jalan Istana, Bukit Chandan di sini pada 6 Feb lepas semasa upacara pelantikan dan angkat sumpah Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir.

Idris, 34, pekerja ladang dari Padang Changkat, Kuala Kangsar bersama lapan lelaki yang lain didakwa telah melakukan kesalahan itu antara pukul 2.30 petang dan 3.30 petang pada Jumaat lepas yang boleh dihukum mengikut Seksyen 145 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau didenda atau kedua-duanya.

Lelaki warga tempatan yang lain iaitu Meor Safizal Meor Mohamad Amin, 34, dari Jalan Kampung Tawas, Ipoh; Mohd Faiz Mohd Arshad, 22, dari Changkat Tin, Tanjung Tualang; Zulhaizam Zulkifli, 25, dari Jalan Simpang, Taiping; Isha Riduan Ishak, 55, dari Taman Fasa 2A, Seri Manjung dan Bad Latif Mansor, 43, dari Bukit Antarabangsa, Ampang, Selangor.

Mereka bersama-sama Adi Hilme Mohd Nasir, 40, dari Taman Perpaduan, Hulu Kinta; Yusoff Jaafar, 44, dari Surau Muhamadiah, Kuala Kangsar dan Mohamad Isamail S.M Abdul Kadir, 43, dari Taman Merchu Indah, Kuala Kangsar juga mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norsalha Hamzah.

Kesemua sembilan lelaki berkenaan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pilihan iaitu mengingkari perintah polis untuk bersurai pada tarikh, masa dan tempat yang sama yang merupakan satu kesalahan mengikut Seksyen 27 (4) Akta Polis 1967 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 27 (8) akta sama yang membawa hukuman denda tidak kurang RM2,000 dan tidak lebih RM10,000 dan penjara tidak melebihi satu tahun, jika disabit kesalahan.

Hakim Norsalha membenarkan semua lelaki tempatan itu diikat jamin RM4,000 dengan dua orang penjamin manakala lelaki warga Indonesia itu pula dibenar diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan tarikh 13 hingga 17 April depan bagi membicarakan kes tersebut.

Norsalha juga menetapkan bahawa kesemua lelaki warga tempatan berkenaan ditegah daripada menyertai sebarang perhimpunan haram lain manakala Idris pula perlu menyerahkan pasportnya kepada mahkamah sehingga tamat perbicaraan sebagai syarat tambahan untuk jaminan mereka.

Kesemua tertuduh menjelaskan bayaran ikat jamin masing-masing.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Othman Abdullah dan Hamdan Hamzah manakala peguam Augustine Anthony, Aminuddin Zulkifli, Charan Singh, Mohd Fathi Md Zain dan Yusnita Yusuf mewakili kesemua tertuduh.

http://www.bernama.com

Selesaikan Kemelut Politik Perak dengan Segera

Selesaikan Kemelut Politik Perak dengan Segera

Kemelut Politik di Perak semakin meruncing. Perak kini mempunyai “dua” Menteri Besar. Masing-masing berhujah dengan Undang-undang. Sebelum kemelut politik ini menjadi lebih memuncak dengan kemarahan di jalan-jalanraya, kemurkaan melucutkan pangkat dan gelaran atau kebengisan menggunakan ISA, JIM menyeru semua pihak untuk mengambil langkah-langkah penyelesaian berdasarkan lunas undang-undang dan perundingan.


JIM menyeru kedua-dua belah pihak untuk melakukan yang terbaik untuk rakyat Perak dengan menyelesaikan isu ini dengan baik dan segera. JIM menggesa kedua-dua belah pihak segera bertemu, berbincang dan mencari langkah-langkah penyelesaian.

JIM mencadangkan perbincangan yang akan diadakan bersetuju untuk:

1. menyelesaikan kemelut ini melalui rundingan;
2. mengisytiharkan “gencatan senjata” dengan menghentikan acuman (agitation) di peringkat akar umbi, berhenti membuat laporan-laporan kepada polis, memberhentikan perbalahan melalui media massa;

3. menjaga status dan martabat institusi raja dengan tidak mengheret pihak istana di dalam pertikaian ini;

4. menyelesaikan kesahihan pendirian masing-masing dengan merujuk kepada Undang-undang. Jika perbincangan pakar undang-undang kedua-dua belah pihak tidak mencapai kata sepakat, perkara ini bolehlah dirujukkan kepada mahkamah;

5. Jika dirujuk kepada mahkamah, persetujuan harus dibuat tentang pemerintahan negeri Perak sebelum mahkamah memberikan keputusan;

6. membubarkan Dewan Undangan Negeri untuk membolehkan piliharaya peringkat negeri Perak diadakan. Ini mengembalikan hak kepada rakyat untuk membuat penentuan. Mungkin juga ini adalah jalan yang paling cepat dan muktamad.

JIM berharap pemimpin-pemimpin politik Barisan dan Pakatan dapat mengangkat diri mereka menjadi negarawan dan menyelesaikan kemelut ini dengan segera.

Zaid Kamaruddin
Presiden

10 February 2009

Tahniah V Arumugam kerana pertahan prinsip - Nik Aziz



Tahniah V Arumugam kerana pertahan prinsip - Nik Aziz

KOTA BHARU, 10 Feb (Hrkh) - PAS merakamkan ucapan tahniah kepada bekas Adun Bukit Selambau, V Arumugam kerana sanggup menolak tawaran Barisan Nasional (BN) dengan meletak jawatan sebagai Adun.

"Bukan senang nak melepas tekanan daripada Umno dan BN yang mengugut dengan macam-macam perkara," ujar Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika ditemui pemberita di pejabat Menteri Besar di sini, hari ini.

Kata beliau pada mulanya beliau kesal dengan tindakan bekas Adun terbabit yang mengambil tindakan melepaskan jawatan hanya kerana menghadapi tekanan politik.

Bagaimanapun menurutnya tekanan diterima Arumugan begitu hebat sehingga tidak tertanggung lagi.

"Oleh itu tindakan beliau mengosongkan kerusi Dun yang dipegang sebelum ini wajar sekali.

"Mungkin ugutan yang diterima itu kuat sangat sampai kepada keluarganya. Kerana itu perletakan jawatan Arumugam sebagai langkah terbaik bagi mendapatkan semula mandat daripada rakyat," katanya.

Beliau juga berkata, berlainan dengan situasi di Kelantan kerana rakyat sudah masak dengan tekanan Umno dan BN sejak sekian lama sehingga pernah berlaku perisitwa Mageran pada 1977.

Kata beliau kerana rakyat masak dengan ugutan BN maka pada pilihan raya umum lalu parti itu sekarang hanya tinggal enam kerusi Dun berbanding sebelum ini 22 kerusi.

Petang semalam Menteri Besar, Dato' Seri Azizan Abdul Razak memaklumkan Arumugam meletak jawatan sebagai Adun Bukit Selambau berkuatkuasa serta merta melalui suratnya bertarikh 8 Februari 2009.

Bekas Adun terbabit melalui surat akuan bersumpah juga menjelaskan menerima ugutan sejak memenangi Dun Bukit Selambau pada pilihan raya umum lalu.

Dalam perkembangan lain, Tuan Guru Nik Abdul Aziz tidak bersetuju sekiranya Dato' Seri Nizar Jamaluddin dicalonkan bertanding di kerusi Parlimen Bukit Gantang memandangkan dua tugas serentak begitu berat hendak dipikul.

Menurut beliau sekiranya wakil rakyat biasa memikul dua amanah serentak sama ada di peringkat Dun dan Parlimen, ia tiada masalah.

"Tetapi sekiranya seorang Menteri Besar turut memikul tanggungjawab sebagai seorang wakil rakyat di peringkat Parlimen memang berat," katanya.

Anggota Parlimen PAS Bukit Gantang, Roslan Shaharum meninggal dunia akibat serangan jantung tengahari semalam.

http://harakahdaily.net

Terdesak!! Harakah dirampas dalam edaran!!

KDN rampas Harakah, akhbar PKR

kemaskini 4:25pm Akhbar dwimingguan PAS Harakah yang memuatkan edisi-edisi terkini pergolakan politik di Perak dirampas di negeri itu, Kedah dan Selangor.

Difahamkan pengedar-pengedar juga diberikan amaran agar tidak menjual tabloid rasmi parti itu.

Gangguan Kementerian Dalam Negeri (KDN) juga didakwa berlaku di Pulau Pinang dan Johor.

Ketua pengarangnya Ahmad Lutfi Othman memberitahu Malaysiakini hari ini, pihaknya sedang mengumpul maklumat jumlah rampasan kementerian berkenaan.

Tambahnya, pihak berkuasa juga telah memberikan "tekanan" kepada akhbar tersebut sebelum edisi semalam - yang diedarkan mulai hujung minggu lepas - dicetak.

harakah confiscated 100209Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan dengan perinci bentuk tekanan tersebut, dipercayai mengenai tajuk utama dan kandungan laporan akhbar tersebut mengenai rampasan kuasa BN terhadap kerajaan pimpinan menteri besar PAS, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mulai minggu lepas.

Edisi Jumaat lepas yang memuatkan laporan muka depan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dianggap "memihak kepada BN" susulan keputusannya tidak mengiktiraf kekosongan dua kerusi DUN Changkat Jering dan Behrang seperti didakwa oleh speaker dewan itu, V Sivakumar.

ahmad lutfi othmanAhmad Lufti berkata, Harakah sedang menghubungi pengedar-pengedarnya di negeri-negeri lain untuk memastikan sama ada mereka juga mengalami masalah seumpama itu.

Katanya lagi, beliau tidak menyangka rampasan itu berlaku kerana tiada notis diberikan dan ia berlaku secara "tiba-tiba".

Pengurus pemasaran akhbar itu Shuhaimi Embong pula berkata pihaknya akan menyediakan khidmat peguam jika penjualnya memerlukan dan akan membayar ganti rugi atas rampasan tersebut.

Tambahnya, beliau sedang mengumpul data lengkap dan akan menunggu jumlah rasmi daripada kementerian terbabit.

Pada Jun tahun lalu, kerajaan meluluskan permohonan tabloid rasmi PAS itu untuk diterbitkan dua kali seminggu.

Sebelum ini, Harakah diterbitkan dua kali sebulan, sejak tahun 2000.

Sementara akhbar PKR Suara Keadilan juga mengalami rampasan sejak pilihanraya kecil Kuala Terengganu, pertengahan bulan lepas, di Johor dan Melaka.

Menurut ketua penerangan PKR Tian Chua, rampasan itu kemungkinan berhubung laporan janji-janji politik yang didakwa gagal ditunaikan oleh timbalan perdana menteri.

Datuk Seri Najib Razak didakwa tidak memberikan RM4.18 juta kepada 26 masjid dan 42 surau di Pulau Pinang sewaktu pilihanraya kecil Permatang Pauh, Ogos lepas.

Beliau dilaporkan berkata akan berbuat demikian segera bagi menjawab kempen pembangkang di Terengganu.

Chua juga berkata pegawai-pegawai KDN turut menakut-nakutkan penjual agar tidak mengedar Suara Keadilan.

Tambahnya, PKR akan mengumpul maklumat lengkap dan bertemu KDN untuk membincangkan perkara tersebut.

malaysiakini

Harakah diRampas dalam Edaran!!

Harakah, akhbar PKR kena rampas.petikan Malaysiakini.

Harakah yang memuatkan edisi terkini pergolakan politik di Perak dirampas di beberapa tempat, termasuk di negeri itu, Kedah dan Selangor. Difahamkan pengedar-pengedar juga diberikan amaran agar tidak menjual tabloid rasmi parti itu.Ketua pengarangnya Ahmad Lutfi Othman memberitahu Malaysiakini hari ini, jumlah rampasan dan pihak yang merampasnya belum dapat ditentukan.

Apa ni?
Gentlemen lah brader.

Ingat.
Nature will find its ways.

Air yang disekat akan melimpah.

http://perundingperiuknasi.blogspot.com

Kalau Jumpa Di Kawasan Anda, Halau Mereka....

halau mereka dari kawasan anda!!

halau mereka dari kawasan anda!!

MB Dihalang Dari Menjalankan Tugas




Nizar dihalang masuk bangunan SUK, mahu terus jalankan tugas

[DIKEMAS KINI] IPOH: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dihalang daripada memasuki bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) kira-kira pukul 11 pagi tadi.

Beliau hadir bersama-sama dengan bekas Exco kerajaan negeri dari Pakatan Rakyat, termasuk Datuk Ngeh Koo Ham dari DAP, tiba dengan beberapa buah kereta pada 11 pagi dan disambut oleh kira-kira 40 penyokong.

Kemudiannya, Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Azisman Alias menasihatkan Mohammad Nizar dan kumpulannya supaya bersurai kerana kehadiran mereka akan menyebabkan kesesakan trafik.

Beliau bagaimanapun meninggalkan pintu masuk utama bangunan SUK 15 minit kemudian.

Nizar berkata beliau akan tetap menjalankan tugasnya sebagai Menteri Besar dari kediaman rasminya.

Beliau mendakwa yang beliau dijadual mengadakan perjumpaan dengan pelabur di pejabatnya pada setiap Selasa dan kini beliau terpaksa menyusun semula jadual temu janji itu.

"Kami akan menjalankan tugas dari kediaman menteri besar dan cuba menyusun semula sesetengah temu janji itu," katanya.

Ditanya sama ada beliau akan cuba datang balik esok untuk masuk ke pejabat, Mohammad Nizar berkata beliau tidak akan berbuat demikian.

Minggu lalu Sultan Perak, Sultan Azlan Shah tidak berkenan untuk membubarkan DUN seperti yang dipohon Pakatan Rakyat dan menitahkan Nizar meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar.

Sultan Azlan Shah telah menitahkan Nizar meletak jawatan setelah baginda berpuas hati Menteri Besar itu tidak lagi mendapat kepercayaan sebahagian besar daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) ekoran tindakan empat wakil rakyat daripada Pakatan Rakyat keluar daripada parti masing-masing untuk menyokong Barisan Nasional (BN).

Bangunan SUK dikawal ketat ketat pihak polis termasuk anggota Polis Simpanan Persekutuan (FRU).

Dua trak FRU turut ditempatkan di hadapan bangunan SUK.

http://www1.mstar.com.my

Undang-undang apa yang negeri perak pakai ni,sampai MB nak masuk pejabat pun tak dibenarkan... Lantik MB lepas tu nak suruh rileks di rumah aje..nak datang kerja pejabat tak dibenarkan...pelikkkk

Gelora di N9

Heboh diperkatakan di Negeri Sembilan ketika ini betapa lemahnya kerajaan Barisan Nasional di Negeri Sembilan ketika Dato Seri Mohamad Hasan menjadi Menteri Besar. Rasa ketidakpuasan hati ini bukan hanya wujud di kalangan ADUN DAP, PAS dan PKR, malah di kalangan ADUN UMNO sendiri. Ura-ura angin kencang mengatakan sidang Dewan Undangan Negeri akan datang akan diadakan usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar untuk digantikan Menteri Besar yang lain dari kalangan ahli UMNO (Namun tiada wakil rakyat yang akan lompat parti).Usul ini akan disokong oleh kebanyakan ADUN BN dan semua ADUN Pakatan Rakyat.Apa ke tidaknya berikut ialah antara beberapa masalah yang gagal Dato Seri Mohamad Hasan selesaikan ketika ini :
1. Negeri Sembilan tiada Mufti , Dato Hj Mohd Murtadza yang paling berkaliber tidak disambung kontrak pada 31 Dis 2008
2. Seluruh N.Sembilan tiada JKKK sejak 31 Dis 2008. Rujuk pautan berikut http://amkns.blogspot.com/2009/02/mufti-dikacau-jkkk-pun-tak-selesai.html
3. JBA telah diperbadankan menjadi SAINS (Syarikat Air Negeri Sembilan), malangnya SAINS tiada pun tidak ada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO). Rujuk Utusan http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0115&pub=utusan_malaysia&sec=Selatan&pg=ws_07.htm&arc=hive
4. Agaknya siapa yang paling untung dalam projek RM800 juta naik taraf air di N. Sembilan. Mana datang RM 800 juta ni sedangkan SAINS tak sampai sebulan jagung ? Rujuk http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0122&pub=utusan_malaysia&sec=Selatan&pg=ws_03.htm&arc=hive .
5. Projek TAHI Kerajaan Barisan Nasional yang berharga RM 100 juta di N.Sembilan pun tak selesai-selesai , ini kan pula RM 800 juta. Rujuk sini http://amkns.blogspot.com/2008/11/gambar-projek-tahi-kerajaan-bn-di.html
Terlalu banyak kelemahan Mohamad Hasan nak disenaraikan satu demi satu.Mohamad Hasan sekarang hanya menunggu hari sahaja semasa Sidang Dewan Undangan Negeri untuk usul undi tidak percaya terhadap beliau.
Apo barang bai..kroni pun kuek yo..Ko lotaklah sapo pun kek N9 ni, dulu Doraemon rasuah, Mad Hasan pulak abih nak dilotak org kampung yo..Mufti pun nak dibagi kek imam Rantau ko? Kono lantik Paneh miang jugak jadi MB ni.

http://citrabudiman.blogspot.com

09 February 2009

RESIPI NAK BUAT NEGARA HARAM...

"Anda suka tomyam, mee rebus, nasi goreng patayya atau PASSEMBORR?
Makanan sebegini boleh didapati di gerai gerai sekeliling kita di ibu kota.

kali ini kita akan menyediakan resipi baru yang akan popular di kebanyakan negeri selepas ini.

'RESIPI MEMBUAT NEGERI 'HARAM'

Bahan bahan nya;

3 atau lebih adun lompat dilipat lipat
1 ekor zombie yang diperap kicap
1 biji S.U.K (di buang otak )
1 batallion fru
s.b (secukup rasa )
dan yang paling akhir dan tidak menjadi resipi kita tanpa;
tv1
tv2
tv3 suku
berita hairan
utusan meloya
dll ikut selera tuan tuan.


cara membuat;

1. hilangkan adun 4 hingga ke 5 hari.
2. masukkan 1 adun dalam adunan sedia ada
3. keluarkan semula adun yang dihilangkan tadi, keluarkan semula adun 1 dan
di gaul bersama .
4. panaskan tv1,tv2,tv3 suku.
5. masukan adun adun tadi dengan mangkuk sekali, sambil dikacau dengan u.
meloya dan b.hairan.
6. apabila sudah keluar bau busuk barulah masukan zombie....
proses memasukan zombi wajib di percepatkan (takut pecah tembelang)
8. KELUAR!!! kan sedikit stok atau kiub pati S.U.K.
9. angkat dan hidangkan kepada rakyat.

cara menghias;

bubuh fru di sekeliling dan taburkan s.b di tengah tengah..

dah siap resipi kita, SELAMAT MENCUBA.... SIMPLE KAN.

http://syaomel85.blogspot.com

Kematian MP PAS Satu Amaran???!!!!

Kematian MP PAS Satu Amaran???!!!!

Salam Bloggers,

Salam takziah dan Al-Fatihah kepada keluarga Allahyarham Ustaz Roslan Saharom yang meninggal dunia pagi tadi akibat serangan jantung. Jenazah Allahyarham dijangka kan disempurnakan petang ini..........

Memang ia satu kejutan dan terlalu mengejutkan rakan dan lawan kerana dia masih sempat bermesyuarat pada malam sebelumnya dengan MB Nizar. Sememangnya ia adalah ketentuan Illahi Rabbi yang Maha Mengetahui Sesuatu.

Cuma apa yang bakal saya ulaskan ini diharapkan menjadi pesanan kepada diri saya dan semua. Bila Allah menetapkan kematian, maka ia akan tiba tanpa diduga. kalau melihatkan cara kematiannya maka dapatlah kita simpulkan bahawa ia adalah AMARAN ALLAH kepada semua. Tak terkejut kalau yang akan mati esok atau lusa ialah 'kekatak' yang glamour itu. Mungkin lain-lain pemimpin yang TEGAS pada satu ketika untuk tidak menerima 'kekatak' tetapi pada akhirnya akur dek alasan 'SIAPA YANG MEMULAKANNYA DAHULU?

Soalnya siapa yang akan menuruti jejak Allahyarham Ustaz Roslan selepas ini? Adakah Najib? atau ADUN Behrang? atau ADUN Changkat Jering? atau ADUN Bota yang HIJRAH parti itu? atau ANWAR? atau Karpal Singh? atau MB NIzar atau MB Zamri? atau mana-mana RAJA yang ada sekarang?

Saya amat berharap agar 'Datuk' Karpal Singh tidak meneruskan samannya esok bimbang akan ada yang 'mangkat' dek kerana serangan jantung. Bukan apa, Ustaz Roslan seorang yang tidak merokok dan sihat cara hidupnya pun kena juga serangan masa kecederaan itu. Apatah lagi para 'pemabuk' yang hidup bergentayangan dengan kemewahan dan kesenangan milik orang lain.

Renung-renungkanlah....

p/s: Artikel ini kalau tak dikomen pun tiada masalah...yang penting saya sudah menyampaikannya...

http://perfectwater75.blogspot.com

Pemuda Kelantan cadang Nizar tanding di Bukit Gantang

KOTA BHARU, 9 Feb (Hrkh) - PAS Kelantan merakamkan ucapan takziah di atas kematian anggota Parlimen Bukit Gantang, Haji Roslan Shaharum tengah hari tadi ketika dalam perjalanan ke Hospital Batu Gajah.

Timbalan Pesuruhjaya II, Dato' Husam Musa mewakili kerajaan negeri dan PAS Kelantan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan diharap bersabar menempuh ujian tersebut.

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman juga berharap keluarga Allahyarham dan pendokong perjuangan Islam serta Pakatan Rakyat di Perak bersabar menempuhi segala dugaan getir sekarang.

"Dalam kegawatan politik di Perak, kita tiba-tiba dikejutkan dengan kematian anggota Parlimen PAS, yang sudah pasti ada hikmah yang tersembunyi di sebaliknya.

"Ia juga merupakan ujian Allah untuk pemimpin serta penyokong PAS dan Pakatan Rakyat di negeri itu," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Roslan disahkan meninggal dunia kira-kira jam 12 tengah hari tadi ketika dalam perjalanan ke Hospital Batu Gajah. Beliau menghadapi masalah kesihatan sekembalinya daripada luar negara.

Abdul Latif yang juga Adun Mengkebang mencadangkan supaya Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin dicalonkan bertanding pilihan raya kecil parlimen Bukit Gantang yang akan diadakan tidak lama lagi.

"Ini kerana sokongan rakyat Perak terhadap Nizar masih kuat kerana sikap amanahnya dalam pentadbiran kerajaan negeri Perak selama 11 bulan.

"Dewan Pemuda PAS Kelantan berkeyakinan pengundi akan memberi sokongan padu kepada beliau sebagai seorang yang dizalimi.

"Inilah medium paling sesuai bagi rakyat Perak untuk menunjukkan sokongan kepada Pakatan Rakyat," ujarnya.

Selain itu kata beliau ia juga sebagai medan untuk rakyat menyatakan sokongan terhadap isu yang berlaku di Perak sekarang.

Oleh itu beliau berkata, Pemuda PAS Kelantan berdiri teguh di belakang Nizar bagi menghadapi kerenah politik cacar merba Umno sekarang.

"Beberapa hari lepas kami beberapa orang anggota Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Kelantan berada di Perak bagi menyatakan sokongan kepada Nizar," ujarnya.

http://www.harakahdaily.net

Adun Pakatan akan boikot angkat sumpah Exco di istana esok!



IPOH: 9 Feb (Hrkh) - "Berpandukan kepada reaksi rakyat dalam demonstrasi aman dan tragedi Kuala Kangsar 6 Februari lalu, saya menjangkakan majlis angkat sumpah Exco tersebut kemungkinan akan dipindahkan ke tempat yang lain,"

Seluruh Adun Pakatan Rakyat akan memboikot Majlis Angkat Sumpah Exco Kerajaan Perak yang baru pada 10 Februari ini (esok) di Istana Iskandariah jam 10 pagi.

Demikian dinyatakan Pengerusi Kelab Penyokong (BBC) Kerajaan Pakatan Rakyat, yang juga Adun Titi Serong, Drs. Lhalil Idham Lim di sini sebagai reaksi terhadap surat jemputan yang dihantar kepada semua Adun Pakatan Rakyat.

"Sebelum ini saya menerima seberkas surat jemputan kepada semua Adun Pakatan Rakyat untuk majlis angkat sumpah Exco Perak haram pada 10 Februari," katanya.

Seluruh Adun Pakatan Rakyat sebelum ini tidak mengiktiraf kerajaan baru BN dan menyifatkannya sebuah kerajaan

"Berpandukan kepada reaksi rakyat dalam demonstrasi aman dan tragedi Kuala Kangsar 6 Februari lalu, saya menjangkakan majlis angkat sumpah Exco tersebut kemungkinan akan dipindahkan ke tempat yang lain," katanya.

http://www.harakahdaily.net

Karpal Singh Berkhidmat Untuk Kepentingan BN?

" Hari ini Karpal Singh mengamuk lagi. Sebelum itu dia mengamuk untuk menyaman Sultan. Sebelum itu lagi dia mengamuk mengenai hudud.

Kali ini dia mengamuk minta Anwar berundur sebagai Ketua De Facto PR. Apa yang menyebabkan Karpal marah? Karpal dikatakan marah kerana merasakan yang beliau tidak disokong dalam isu menyaman Sultan Perak. Dalam kenyataannya itu, beliau bukan hanya menyalahkan Anwar malah turut kecewa dengan Lim Kit Siang (Penasihat DAP) dan Lim Guan Eng (Setiausaha Agung DAP) yang tidak menyokong tindakannya itu.


Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Hussen Ali yang tidak senang dengan tindakan Karpal itu bertanya, "Bila melihat kenyataan dan telatah beliau (Karpal) sejak akhir-akhir ini, hati kecil saya tertanya-tanya, untuk siapa dan untuk apa beliau berkhidmat... untuk apa dan untuk kepentingan siapa?"

Semasa isu hudud menjelang pilihan raya kecil Kuala Terengganu dahulu juga Karpal mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan pemimpin-pemimpin PR yang lain. Ketika Anwar dan kepimpinan PAS dengan tegas mengeluarkan kenyataan menyokong hudud, manakala beberapa pemimpin DAP termasuk Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan yang sangat lunak mengenai hudud, Karpal dengan tegas menolak hudud. Karpal dalam hal ini bercakap senada dengan beberapa pemimpin-pemimpin BN yang menolak hudud.

Tapi soalan Syed Hussein belum berjawab: untuk siapa Karpal berkhidmat dan untuk kepentingan siapa? Jelas ia bukan untuk kepentingan PR, kerana suara Karpal sering tidak senada dengan PR.

Dalam isu hudud suara Karpal senada dengan BN. Dalam isu yang dikatakan menghina Sultan itu, suara Karpal senada dengan siapa? Siapa lagi yang pernah menghina Sultan? Dr Mahathir dan kepimpinan BN dalam krisis perlembagaan dahulu banyak mengeluarkan kenyataan menghinaSultan. Selepas PRU ke-13 dahulu 2 bekas MB dari BN iaitu Idris Jusoh dan Shahidan Kassim melakukan beberapa tindakan yang dilihat sebagai menghina Sultan. Hari ini Karpal pula menuruti pemimpin-pemimpin BN itu yang dituduh menghina Sultan.

Jadi bila Syed Hussein bertanya untuk siapa Karpal berkhidmat dan untuk kepentingan siapa, jawapannya seperti sudah nampak jelas berdasarkan suaranya yang banyak senada dengan pemimpin-pemimpin BN itu.

http://pendikargunung.blogspot.com

08 February 2009

DATO' SS MOHON MAAF PADA DATO NIZAR

" Dato' Setiausaha Kerajaan Negeri,(SS) Dr. Abdul Rahman Hashim memohon maaf kepada Dato' Seri Hj Nizar Jamaluddin pagi semalam di atas perbuatannya yang kurang ajar dan biadab di pejabat MB Perak hari Jumaat yang lalu. Beliau menghubungi Hj Nizar melalui telepon. Saya sendiri mendengar perbualannya antara Hj Nizar dengan beliau di kediaman MB.

Dalam kejadian Jumaat yang lepas, Hj Nizar sedang ditemubual oleh ramai wartawan, Tidak sampai 10 minit kemudian, kedengaran suara yang begitu tinggi, lantang, menengking sampil menepuk-nepuk tangan meneriak para wartawan supaya keluar dari Pejabat MB.


Pihak polis turut digunakan untuk menghalau para wartawan. Penasihat undang-undang juga pun ada bersama pegawai-pegawai kerajaan yang lain. Teman saya Penolong Setiausaha kerajaan bahagian Khidmat Pengurusan turut malu melihat bosnya yang biadab itu.

MB Perak ketika itu sedang diwawancara dan merasa kesal di atas sikap SS yang panas baran dan biadab itu. Sebaliknya Hj Nizar tidak pernah mengeluarkan kata-kata yang kesat terhadap beliau, laporan yang mengatakan Hj Nizar berkata kesat adalah tidak betul. Saya ada di tempat kejadian, yang berlaku SS menengking, menjerit, meneriak dan menepuk tangan, para wartawan termasuk beberapa EXCO cukup kesal dan tidak senang hati. dalam ramai-ramai itulah ada yang membalas balek tengkingannya itu, tetapi saya yakin bukan Hj Nizar. Walau bagaimanapun dalam perjalanan keluar Dato' SS ada menyapa untuk berjumpa dengan Hj Nizar, tetapi Dato' Seri menjawab dengan begitu sopan, "minta maaf, saya nak balek ke kediaman, ada mesyuarat, terima kasih".

Apabila ada akhbar yang membuat laporan dan menyiarkan gambar SS yang bersikap demikian, mungkin beliau terasa malu, imejnya buruk, akhirnya beliau menghubungi Hj Nizar melalui telepon dan memohon maaf, dan memberitahu Hj Nizar kalau nak tinggal lama di kediaman pun tak apa, dan kalau nak keluar nanti, beritahu sahaja, beliau akan membantu menyediakan pengangkutan. (tetapi kita faham, mafhum mukhalafahnya (maksud sebaliknya)bahasa perli la tu). Macam seorang ibu memarahi anaknya " ooo!, main hujan ya, mainlah, mainlah, sampai malam pun tak apa) Anak itu faham, dia akan berhenti main hujan.

Dato' Seri Hj Nizar pun faham, dia beitahu saya, " Misbah, cari rumah kat mana-mana, sehari dua nanti, kami nak pindah". Saya bersama dengan rakan-rakan kini sedang mencari rumah yang sesuai untuk Hj Nizar dan keluarga berpindah.

http://misabah.blogspot.com

Tolak Kerajaan Palsu @ Lanun

ipoh-dap-protest-004ipoh-dap-protest-014
Kataks feel the heat: DAP supporters express their support for Nizar and demand the dissolution of the assembly
imej dari anilnetto

Radenjowo kata - Ayoyok !!! AKu tak tau ... berapa lama agaknya kerajaan perompak akan bertahan kat Perak? Wakakakak ... !!! Ayoyok aku tak tau ...

Demo Haram Tanpa Permit?


Smell, Smell, Smelly.
Say Ciss! Cak.
Demo haram tanpa permit (eh ada kot) di depan IPD Bandar Baru Ampang, kira kira 300km dari Kuala Kangsar.
(untuk perhatian, IPD=IbuPejabatPolisDaerah)
Kelihatan mereka sedang senyum simpul menjerit dan membawa sepanduk bertulis tertentu.
Mereka terdiri dikatakan dari Umno g Ampang dan NGO k tertentu.
Cuba perhatian gambar yang 'bersesak' dan 'padat' itu.
Saya menawarkan hadiah TIADA nilai kepada sesiapa yang dapat meneka (ops bukan), siapa yang dapat mengira dengan tepat jumlah 'orang' di dalam gambar tersebut.
Klu, gambar yang lebih besar (sangat besar) boleh didapati di akhbar tempatan, itu pun jika tuan puan tiada syndrom allergy muntah dan meloya.
Hadiah apa ekk.
Sekadar ucapan selamat mencuba.

http://perundingperiuknasi.blogspot.com

Nizar MB Perak - Tengku Razaleigh


KUALA LUMPUR, 8 Feb (Hrkh) - Sambil menyifatkan kejadian di Perak memalukan, bagi veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah, Menteri Besar Perak ialah Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.

"Menurut Perlembagaan, Datuk Seri Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar sehinggalah beliau meletak jawatan secara sukarela, atau dijatuhkan melalui undi tidak percaya di dalam sidang Dewan (Undangan Negeri) yang rasmi.

"Perlembagaan tidak membuat sebarang peruntukan untuk membolehkan beliau dijatuhkan dengan sebarang cara lain,termasuk petisyen atau arahan dari manmana pihak berkuasa yang lain," tegas Ahli Parlimen Gua Musang itu.

Tengku Razaleigh juga menekankan bahawa usaha menjatuh atau menubuhkan sesebuah kerajaan dengan apa jua cara lain dianggap pencabulan Perlembagaan Malaysia, penghakisan kedaulatan undang-undang dan menghadapi risiko menubuhkan kerajaan haram (kenyataan penuhnya di sini).

Ketika ditemui wartawan selepas mesyuarat khas Exconya, Mohammad Nizar memberitahu, Pakatan Rakyat menyerahkan kepada mahkamah untuk menentukan sama ada kerajaan negeri yang ada sekarang sah atau sebaliknya.

"Jadi kita serah sebulat-bulatnya kepada mahkamah untuk menentukan. Kalau mereka teruskan (angkat sumpah exco kerajaan negeri Barisan Nasional) sebelum mahkamah bersidang, maknanya kita akan ada dua menteri besar dan dua kerajaan.

"Belum pernah ada dalam dunia begini," katanya kepada pemberita di kediaman rasmi Menteri Besar Perak di Ipoh tengah hari semalam.

Beliau mengulas kerumitan yang bakal timbul sekiranya majlis angkat sumpah barisan exco kerajaan negeri BN dilangsungkan Selasa ini selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir selamat mengangkat sumpah di Istana Iskandariah sebagai menteri besar baru Jumaat lalu.

Mengulas mengenai mesyuarat khas exco yang dijalankan tanpa mengadap Sultan Perak sebagaimana kebiasaan mesyuarat exco, Nizar berkata, perkara itu "dibolehkan" kerana itu mesyuarat khas.

Ditanya adakah beliau akan pergi bertugas ke pejabat Menteri Besar Perak Selasa ini sedangkan Zambry sudah dilantik sebagai menteri besar baru, secara bergurau Mohammad Nizar berkata, "saya akan berebut, siapa datang awal"

http://www.harakahdaily.net
http://lh3.ggpht.com/_NG2rpR7PL40/Sd7ECBLUWVI/AAAAAAAAAj4/cwlPA3Kc0GA/s720/bersemadi%20UMNO3.JPG


LYRIC

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight




http://lh4.ggpht.com/_NG2rpR7PL40/ScNA7ekrAAI/AAAAAAAAAe4/MnAONBmvtlE/pinkturtle%20video.JPG