08 February 2009

DATO' SS MOHON MAAF PADA DATO NIZAR

" Dato' Setiausaha Kerajaan Negeri,(SS) Dr. Abdul Rahman Hashim memohon maaf kepada Dato' Seri Hj Nizar Jamaluddin pagi semalam di atas perbuatannya yang kurang ajar dan biadab di pejabat MB Perak hari Jumaat yang lalu. Beliau menghubungi Hj Nizar melalui telepon. Saya sendiri mendengar perbualannya antara Hj Nizar dengan beliau di kediaman MB.

Dalam kejadian Jumaat yang lepas, Hj Nizar sedang ditemubual oleh ramai wartawan, Tidak sampai 10 minit kemudian, kedengaran suara yang begitu tinggi, lantang, menengking sampil menepuk-nepuk tangan meneriak para wartawan supaya keluar dari Pejabat MB.


Pihak polis turut digunakan untuk menghalau para wartawan. Penasihat undang-undang juga pun ada bersama pegawai-pegawai kerajaan yang lain. Teman saya Penolong Setiausaha kerajaan bahagian Khidmat Pengurusan turut malu melihat bosnya yang biadab itu.

MB Perak ketika itu sedang diwawancara dan merasa kesal di atas sikap SS yang panas baran dan biadab itu. Sebaliknya Hj Nizar tidak pernah mengeluarkan kata-kata yang kesat terhadap beliau, laporan yang mengatakan Hj Nizar berkata kesat adalah tidak betul. Saya ada di tempat kejadian, yang berlaku SS menengking, menjerit, meneriak dan menepuk tangan, para wartawan termasuk beberapa EXCO cukup kesal dan tidak senang hati. dalam ramai-ramai itulah ada yang membalas balek tengkingannya itu, tetapi saya yakin bukan Hj Nizar. Walau bagaimanapun dalam perjalanan keluar Dato' SS ada menyapa untuk berjumpa dengan Hj Nizar, tetapi Dato' Seri menjawab dengan begitu sopan, "minta maaf, saya nak balek ke kediaman, ada mesyuarat, terima kasih".

Apabila ada akhbar yang membuat laporan dan menyiarkan gambar SS yang bersikap demikian, mungkin beliau terasa malu, imejnya buruk, akhirnya beliau menghubungi Hj Nizar melalui telepon dan memohon maaf, dan memberitahu Hj Nizar kalau nak tinggal lama di kediaman pun tak apa, dan kalau nak keluar nanti, beritahu sahaja, beliau akan membantu menyediakan pengangkutan. (tetapi kita faham, mafhum mukhalafahnya (maksud sebaliknya)bahasa perli la tu). Macam seorang ibu memarahi anaknya " ooo!, main hujan ya, mainlah, mainlah, sampai malam pun tak apa) Anak itu faham, dia akan berhenti main hujan.

Dato' Seri Hj Nizar pun faham, dia beitahu saya, " Misbah, cari rumah kat mana-mana, sehari dua nanti, kami nak pindah". Saya bersama dengan rakan-rakan kini sedang mencari rumah yang sesuai untuk Hj Nizar dan keluarga berpindah.

http://misabah.blogspot.com

7 comments:

tokmat-perak said...

bagusle maap sesame islam...ni ilmu agama tinggi tapi bodo cam binatang, sanggup bersekongkol ngan DAP hina sultan Melayu...tuiiiiiih

Anonymous said...

Tokmat-perak, ni cucu nak tanya sikit, apa kata tok hari tu bila UMNO dok kata "natang" kata Sultan Terengganu bila tidak setuju dengan pencalonan MB.

UMNOlah yg mulakan tunjuk teladan tak baik kat rakyat. Tokmat ni dah lupa ka, tulah Madey cakap Melayu ni memang mudah lupa!

Amri Mat Saaid said...

tok mat sape yek yg tabal sultan kelantan baru kat ketereh tok mat che jawap tok mat peyrok

Anonymous said...

Betoi tok mat cikgu pun nampak juga kain rentang yg tulis "natang" kata kat sultan T'ganu @ YDP Agong .. Org UMNO kan tu krn tak mau lantik Derih Jusoh jd MB...
Betoi kan !!!! Tak dak pula org UMNO nak kata derhaka kat sultan ....
yennadaih ... poooorrrah ...
Cikgu tak sokong UMNO,MIC MCA, PKR atau PAS. Salah tetap salah. Takkan buat salah nak kata baguih ... oh tidak, tidak!!
org yg berat sebelah saja yg pilih kasih... tapi setakat yg cikgu nampak yg bnyk buat salah besar2 adalah org UMNO .... Semua org tau cuma pemimpin saja yg buat-buat tak tau...

Anonymous said...

tuiiiiiih... tuiiiiiih... tuiiiiiih... 3hari 3malam kat muke tokmat-perak, sbb tok nih bodo sgguh

Anonymous said...

Tokmat ppeerak !. bukan perak !.
awai ayat dia bunyi baguih dok puji buat cara islam !. baguih punya dok ada ! tapi last sekali, dia tuuuiiiiih ! pulak ?. apa ni tokmat ppeeerak ? nasihat apa ni ?
itu yang tak cantiknya BN tu !. Depa makan isi hang makan kuah basi !. dunia tak dapat, akhirat telepaih !.

Anonymous said...

bodo punya penyokong BN. buta hati perut btl la.. sumpah mati hidup balik pun BN tidak ku pangkah lqagi... pooooorahhhhhh

http://lh3.ggpht.com/_NG2rpR7PL40/Sd7ECBLUWVI/AAAAAAAAAj4/cwlPA3Kc0GA/s720/bersemadi%20UMNO3.JPG


LYRIC

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight




http://lh4.ggpht.com/_NG2rpR7PL40/ScNA7ekrAAI/AAAAAAAAAe4/MnAONBmvtlE/pinkturtle%20video.JPG