PUTRAJAYA [6.00 pm] - Peguam veteran Karpal Singh hari ini berkata, beliau tidak akan mewakili Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dalam memfailkan saman untuk mengisytiharkan pelantikan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai menteri besar Perak yang baru adalah batal dan tidak sah. Katanya beliau tidak mahu bersama-sama dalam pasukan itu kerana pandangan beliau dengan pandangan pasukan Mohammad Nizar (pasukan Pakatan Rakyat) adalah berbeza. Karpal Singh, yang juga pengerusi DAP berkata demikian semasa ditanya pemberita semasa ditemui di luar Mahkamah Persekutuan di sini sama ada beliau akan mewakili Mohammad Nizar dalam perkara itu. Pada 6 Feb, Mohammad Nizar dilaporkan berkata beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Dr Zambry, yang mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak ke-11 pada hari yang sama, kerana kini terdapat dua menteri besar di negeri itu dan perkara itu telah mencetuskan krisis perlembagaan. Mohammad Nizar, yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, mempertahankan pendiriannya, menyatakan beliau masih menteri besar dan pelantikan Dr Zambry bercanggah dengan perlembagaan persekutuan dan Undang-undang Tubuh Negeri Perak.
[Kemelut yang melanda Perak sekarang ini nampaknya semakin parah. Kini negeri itu mempunyai dua Menteri Besar dan juga dua "team exco kerajaan negeri". Apakah ini cara Sultan Perak menangani isu rakyat. Tidakkah baginda terfikir kesilapan yang berlaku hingga menyebabkan perpecahan semakin ketara?. Walhal baginda adalah bekas Ketua Hakim Negara suatu ketika dulu.
Bukankah lebih elok jika baginda menerima keputusan pembubaran DUN dan pilihanraya kecil negeri di adakan untuk memberi peluang rakyat memilih. Bahkan, siapa yang menang dan siapa yang kalah pasti akan akur dengan keputusan suara rakyat. Namun kini, apa yang berlaku di Perak amatlah "tidak wajar berlaku". Memang jelas UMNO dan BN menerusi Najib Razak telah membeli atau menggertak Sultan Perak supaya bersekongkol dengan mereka. Jika tidak mungkin Perak akan terpinggir setelah Najib menjadi Perdana Menteri nanti.
No comments:
Post a Comment