07 February 2009

Barangan Untuk dilelong Segera.... Cepat




EEE- LELONG

Inilah nilai kerajaan terbaru terlompat di negeri Perak yang kini diterajui oleh Umno diketuai MB11 siap disumpah petang semalam.

Pengunjung dikehendaki meletakkan harga untuk membeli.

Lelongan dibuka sekarang.

Pemenang boleh menggunakan mereka sebagai sebarang penc....

p/s sapa letak harga paling rendah mungkin menang.

Demokrasi untuk dilelong.

http://perundingperiuknasi.blogspot.com

Sultan Boleh Disaman - Tun M

MESRA... Menteri Besar Perak, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir (kiri) beramah mesra dengan orang ramai ketika menghadiri sambutan Tahun Baru Cina anjuran Parti Gerakan Perak di Pusat Khidmat Masyarakat Kampung Simee, Ipoh hari ini. Majlis ini merupakan acara rasmi pertama yang beliau hadiri selepas mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar semalam. --fotoBERNAMA

Mahathir: Sultan boleh disaman

[DIKEMAS KINI] KUALA LUMPUR: Undang-undang membolehkan seseorang Sultan untuk dibawa ke mahkamah, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

"Dari segi etika, ia tidak baik tetapi dari segi perundangan, tiada siapa yang boleh dihalang daripada menyaman (Sultan)... ini undang-undang," katanya.

Berhubung soalan sama ada Dewan Undangan Negeri (DUN) sewajarnya telah dibubarkan, bekas Presiden umno itu memberitahu, DUN Perak seharusnya telah bertemu dan memutuskan undi tidak percaya ke atas Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin kerana ia satu-satunya cara untuk menjatuhkan kerajaan negeri pimpinannya.

"Bagaimanapun jika Menteri Besar (Nizar) enggan mengadakan sidang DUN, tiada siapa yang boleh memaksa beliau," katanya.

Bagaimanapun, Dr. Mahathir yang pernah berhadapan dengan isu krisis Perlembagaan Persekutuan semasa kepimpinannya menjelaskan, dalam keadaan seumpama itu Nizar tidak boleh berbuat demikian untuk tempoh yang lama kerana DUN perlu bersidang untuk membentangkan bajet dan sebagainya.

Ketika ditanya sama ada orang Melayu akan kecewa dengan tindakan saman seumpama itu, Dr. Mahathir berkata, beliau sebagai seorang Melayu tidak bersetuju dengan langkah tersebut tetapi ramai orang Melayu yang menyokong Karpal.

"Inilah Melayu moden, saya ini orang tua," kata Perdana Menteri dari tahun 1981 hingga 2003 ini ketika ditemui wartawan di Seri Kembangan hari ini.

Menjawab soalan berkaitan dengan krisis perlembagaan dengan keengganan Nizar dan pelantikan Zambry sebagai Menteri Besar baru, Dr. Mahathir berkata, Pakatan perlu membuktikan kes mereka jika wujud pencabulan undang-undang.

"Kita ada undang-undang. Anda kena patuhinya sama ada anda suka ataupun tidak. Selagi ada undang-undang, anda kena mematuhinya," kata beliau.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi DAP Karpal Singh semalam bahawa Pakatan Rakyat akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Sultan Perak dan Barisan Nasional (BN) jika masih berkeras untuk melantik Menteri Besar yang baru.

Majlis itu berlangsung petang semalam di Istana Iskandariah di Kuala Kangsar.

Kata beliau, Pakatan tidak mempunyai pilihan bagi mengambil tindakan itu kerana pelucutan jawatan Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin oleh Sultan Azlan Shah, yang dikatakan mengikut Artikel 16 (6) Undang-undang Tubuh Negeri, adalah jelas di luar batas kuasa dalam peruntukan artikel itu.

"Dalam undang-undang, keputusan Sultan Perak boleh dipersoal di mahkamah undang-undang. Saya meminta Sultan menghentikan dan berhenti daripada melantik seorang MB BN baru dan ahli majlis mesyuarat selepas tengah hari ini, kata beliau pada sidang akhbar beberapa jam sebelum upacara tersebut.

Karpal Singh berkata, tindakan ini tidak boleh, dalam apa jua cara, dilihat sebagai ancaman kepada sultan tetapi merupakan peringatan tegas bahawa pemerintah diperlukan untuk bertindak di dalam lingkungan had dan batas perlembagaan Undang-undang Tubuh Negeri Perak yang merupakan undang-undang tertinggi di negeri itu.

Beberapa jam selepas itu, Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula berkata, pihaknya tidak akan memfailkan saman terhadap Sultan Perak seperti yang didakwa oleh Karpal.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata dakwaan menyaman Sultan Perak itu hanyalah menurut laporan media sahaja.

Anwar berkata Pakatan Rakyat berpendirian Mohammad Nizar masih lagi Menteri Besar Perak yang sah mengikut undangundang dan perlembagaan negeri Perak.

Beliau mendakwa pelantikan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor, Datuk Dr Zambry Kadir sebagai Menteri Besar tidak sah dan bercanggah dengan perlembagaan.

http://www1.mstar.com.my

Ya Allah, Hancurkanlah Pembelot Agama Dan Bangsa


Hanya pemimpin yang tidak bermaruah sahaja yang sanggup berdepan dengan rakyat yang di khianatinya.

Hmmmm .... tak turun lawat kawasan?
Nak turun salah, tak turun salah.
Jadi semuanya serba salah.
Wakakakak !!!

Jangan kena baling selipar dah la.
Kalau BUSH boleh tepis.
Tapi kalau selipar datang dari belakang ..... Aduiiii !!!

Kalau wak .. dapat dapat duit baik letak jawatan.
Dah letak jawatan pulak ... kerusi pulak kosong.
Pilihanraya jugak ... Wakakakak !!!

Kepada ADun adun yang mengkhianati rakyatnya ... Selamat menempuh hari mendatang.

http://notoumno.blogspot.com

Kalau Bukan Lembu, Baik Letak Jawatan Sebagai Adun Kata MB Kelantan



Kalau Bukan Lembu Baik Letak Jawatan Sebagai Adun Kata MB Kelantan

KOTA BHARU, 6 Feb (Hrkh) - Masih ada peluang. Tiga bekas Adun Pakatan Rakyat yang beralih angin memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN) perlu membetulkan kesilapan mereka dengan meletak jawatan.

Tanpa tindakan itu Jamaluddin Mohd Radzi, Kapten (B) Mohd Osman Jailu dan Hee Yit Foong akan dicatat pada sejarah sebagai orang yang bertanggungjawab meruntuhkan kerajaan pilihan rakyat pada Mac 2008.

Apa yang pasti jiwa mereka tidak tenteram lagi selepas ini, biar pun bergelumang wang ringgit sebagai ganjaran meninggalkan Pakatan.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat yakin tindakan mereka sebelum ini kerana terpengaruh dengan perancangan rapi dilakukan Umno bagi menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat.

"Lebih baik mereka meletak jawatan Adun. Tindakan itu wajar kalau mereka benar-benar manusia dan bukannya terdiri daripada golongan lembu pedati. Mereka masih mempunyai kulit muka dan maruah.

"Manusia yang mempunyai pendirian, tidak pedulikan kepada ugutan. Hanya lembu pedati saja yang takutkan kepada camti. Adun terbabit hendaklah meletakkan jawatan bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan di Perak," katanya di sini, hari ini.

Beliau meluahkan pandangan itu pada sidang media selepas menghadiri perhimpunan 35 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) kaum Tionghua sempena majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina di Dewan Perniagaan Cina.

Baru-baru ini, ketiga-ketiga Adun dari KeADILan dan DAP itu menghilangkan diri sehingga gagal dihubungi. Mereka hanya muncul apabila Speaker Dun Perak mengumumkan kerusi mereka kosong bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, kerajaan baru di Perak yang dibentuk Barisan Nasional (BN) hari ini amat diragui kerana Adun yang menyokongnya telah dikurung dan diugut.

"Sama ada kena ugutan atau rasuah, tetap kerajaan yang dibentuk itu haram.

"Ini kerana mereka membuat keputusan menukar parti setelah hilang kira-kira seminggu. Tak tahu di mana berada, tiba-tiba muncul serentak membuat pengakuan keluar parti.

"Hal ini menampakkan sama ada Adun-Adun itu kena rasuah atau diugut," katanya.

Menurutnya tindakan tersebut dirancang begitu rapi Umno yang disifatkan sebagai ala mafia

Oleh itu beliau menyarankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia melakukan siasatan ke atas mereka kerana sebelum ini ada laporan menyebut ada rasuah sehingga RM50 juta melibatkan Adun terbabit.

Terdahulu, pada kuliah mingguannya di Medan Ilmu di sini, beliau berkata amalan demokrasi atau nasionalis yang diamalkan Umno sekarang semakin sesat.

"Dalam kes di Perak sekarang diibaratkan gadis yang keluar rumah, kemudian pulang dengan membawa anak tanpa diketahui di mana pernikahannya, maka anak yang dibawa pulang itu anak haram.

"Samalah dengan kerajaan yang dibentuk di Perak hari ini adalah kerajaan haram," tambahnya.

http://www.harakahdaily.net

Mohon derhaka 2



Dah join Facebook? Kalau tak join boleh join di sini. Facebook dah ada kumpulan yang di namakan "Mohon Derhaka". Saya tak tau siapa pengasasnya. Allah Maha Menyaksikan, bukan aku yang buat group tu.

Antara lain, kumpulan itu kata, "Kini, perbuatan menderhaka pada feudal tidak harus lagi dipandang taboo. Menderhaka kini sesuatu yang murni, jika yang ditentang itu adalah benar-benar penderhaka".

Saya rasa, kita perlu ada sebab yang betul-betul jelas untuk melawan seseorang. Bukan boleh main lawan ikut suka rasa ja. Saya sikit pun tak peduli, sikit pun tak heran orang tu sultan ka, raja ka. Peduli apa aku. Dia dapat duit banyak untuk menjalankan tugas dan peranannya.

Pada saya, tak timbul langsung soal derhaka kepada Sultan atau Raja. Derhaka ni kalau kat Allah s.w.t. ka, mereka yang ma'sum ka, mak pak aku ka, atok aku ka, opah aku ka, guru aku ka atau yang sewaktu dengannya - tu kira derhaka la. Kalau setakat sultan atau raja, apa barang!

Tapi yang saya fikir, kalau raja tu orang Islam, lepas tu kita lawan dan bermusuh dengan dia tak tentu fasal, ai, takkan tak berdosa kot. Tambah-tambah pulak kalau sultan atau raja tu orang tua - Islam suruh kita kasih yang muda dan hormat yang tua. Seingat saya, tak pernah disebut pula hanya hormati orang tua yang wara' ja. Dia sebut orang tua ja.

Tun Dr Mahathir Mohamad dulu aku maki berkandaq-kandaq. Benci tak sangga. Tapi bila saya fikir dia orang tua dan dia pun dah tak dak kuasa nak buat perangai, Raya baru ni saya mintak maaf kat dia.

Saya tak dak la nak larang atau suruh siapa-siapa. Saya hanya kata, kalau nak lawan, biar kita kita ada sebab yang munasabah.

http://penarikbeca.blogspot.com

06 February 2009

Kontroversi: Insiden Rampasan Kuasa Kerajaan Negeri, Pemimpin Pakatan Rakyat Tetap Ikhtiraf Yang Nizar Adalah Menteri Besar Perak Yang Sah

KUALA LUMPUR [11.20 pm] - Pakatan Rakyat, yang dianggotai oleh KeADILan, Pas dan DAP dalam satu kenyataan masih mengiktiraf Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak.”Kami masih berpendirian bahawa YAB Dato’ Seri Ir Hj Mohammad Nizar Jamaluddin masih lagi Menteri Besar Perak yang sah.,” menurut kenyataan berkenaan. Kenyataan yang dikeluarkan bersama oleh Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum KeADILan Anwar Ibrahim, Ketua Ahli Parlimen DAP Lim Kit Siang dan Timbalan Presiden Pas Nasharuddin Mat Isa turut mengutuk sekeras-kerasnya tindakan rampasan kuasa di Perak. “Pimpinan Pakatan Rakyat menyatakan rasa kesal terhadap tindakan biadap rampasan kuasa di Perak termasuk layanan terhadap YAB Dato’ Seri Ir Hj Mohammad Nizar Jamaluddin, Menteri Besar Perak di mana semua barangan telah dirampas dari pejabat beliau,” katanya lagi. Menurut kenyataan itu lagi lagi, Pakatan Rakyat akan memfailkan satu saman bagi mencabar keabsahan perlantikan Menteri Besar yang baru dari Barisan Nasional. Mengulas mengenai reaksi yang ditunjukan rakyat hari ini bagi membantah upacara mengangkat sumpah Menteri Besar kerajaan Barisan Nasional Perak, Pakatan Rakyat merayu agar pihak polis bertugas secara profesional dan tidak menimbulkan sebarang provokasi atau huru hara. “Reaksi tersebut adalah untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap penyalahgunaan kuasa oleh Barisan Nasional. Kami menggesa kepada semua agar bertindak secara aman dan tertib. Kami merayu agar pihak polis bertugas secara profesional dan tidak menimbulkan sebarang provokasi atau huru hara,” menurut kenyataan lagi.

[Inilah padahnya bila Tuanku Sultan Perak dipergunakan untuk tujuan politik kepartian semata-mata. Sultan sepatutnya bertindak secara adil dan bijaksana, kini institusi di dihina dan dicemuh oleh rakyat Perak. Inilah yang dikatakan "Raja Adil Raj Di Sembah, Raja Zalim Raja Di Sanggah". Kemelut yang berlaku ini adalah gara-gara sikap pemimpin tertinggi UMNO yang menggunakan "kemewahan" untuk menguasai Sultan. Akhirnya, mereka mendapat kuasa dan Sultan Perak mendapat penghinaan. Puak-puak UMNO dan BN merasa lega selepas Menteri Besar baru dilantik dikalangan mereka. Justeru itulah, mereka tidak menghiraukan sebarang bantahan rakyat. Apa yang penting, Sultan Perak memperkenankan niat jahat itu dan kuasa akan kembali ke tangan mereka secara "tidak terhormat". Inikah yang dikatakan oleh Pak Lah supaya rakyat bersabar dan menerima takdir itu. Beliau menyamakan bagaimana UMNO dan BN bersabar menerima kekalahan dalam Pilihanraya Umum ke-12 lalu. Punyalah dangkal mentaliti PM Malaysia ini, kalah pilihanraya adala secara demokrasi berpelembagaan dan secara sah. Namun kalah sekarang adalah secara jahat dan zalim menerusi rampasan kuasa !!


http://pahangdaily.blogspot.com

Walaupun 10 orang dilantik menjadi MB hari ini, kita tidak akan bersedih




Kita tidak kalah dan tidak akan bersedih


Kita tidak kalah di Perak, kita terima kuasa dari mandat rakyat tetapi kita jatuh angkara “politik pintu belakang”. Pokoknya rakyat tidak menolak kita yang menolak kita adalah mereka yang bermain “politik pintu belakang” itu.

Lalu sebagaimana dianjurkan oleh sahabat saya adinda Nik Abduh didalam blog beliau:

Jika anda yakin rakyat sedang berubah untuk menolak rasuah dan pemimpin rasuah, yakinlah kita pembangkang sedang berada di laluan tepat menuju kemenangan. Rakyat bersama kita dan kita bersama rakyat. Kuala Terengganu masih segar menjadi sumber kekuatan.

Jika rakyat pun menolak kita, janganlah juga anda bersedih. Jika tidak, anda termasuk dalam kalangan orang - orang yang tidak yakin dengan janjiNya.

Beliau sebelumnya menyebut:

Anda baca buku ‘La Tahzan’ karangan seorang ulama masyhur itu? Baca tak?
Jika belum, beli dan baca. Saya telah membacanya dalam teks asal Arabiyyahnya. Ayahanda juga telah membacanya sebab saya telah membacanya setelah saya mengambil buku itu daripadanya setelah dibacanya buku itu.

Jika anda telah membacanya, maka amalkannya.

Apa? ‘La Tahzan’. Jangan bersedih!

“Jangan bersedih! Sesungguhnya Allah bersama kita.”

“Maka bersabarlah ( wahai Muhammad ). Sesungguhnya janji Allah adalah benar. Dan janganlah orang - orang yang tidak yakin ( dengan janji tuhan itu ) meremehkanmu ( dan mendorongmu untuk tidak tetap dan thabat di atas suruhan dan laranganNya. )” - Akhir al Rum.

Di mata rakyat kita adalah pejuang sebenar, pemimpin sebenar dan lebih penting lagi kita tahu di hadapan Allah swt kita beroleh redha Nya. Oleh itu terimalah dugaan kecil ini dengan tenang, kita yakin dengan izin Allah swt, apabila kuasa kembali ketangan rakyat, ia tidak akan diserahkan kembali kecuali kepada pemimpin yang mereka senangi dan yakini!

Kita dari dahulu sehingga kini dan insyallah sampai bila-bila akan tetap yakin dengan janji Allah swt, ia pasti datang, lantas orang PAS tidak akan bersedih tetapi bekerja dan terus bekerja untuk memperoleh janji Allah swt itu samada kita syahid atau menang untuk mendapatkannya.

http://n32.blogspot.com

Pakatan Rakyat Akan Saman Sultan Perak

Ini Palestin bukab Kuala Kangsar



Jam 4.58 PM : 6 orang sah ditangkap, Puluhan Pemberita saksi tregidi Kuala Kangsar

Semasa saya melintasi hadapan mesjid ubudiah kelihatan puluhan wartawan yang masih menyaksikan kumpulan manusia yang belum bersurai. Selain itu lebih seratus pasukan keselamatan termasuk FRU masih mengadakan rondaan dan kawalan yang ketat.

Keadaan jalan agak kotor dan berserakan risalah kertas yang tidak pasti isi kandungannya. keadaan sudahpun sudah terkawal setakat ini.

Setakat ini 6 orang telah ditangkap seperti disahkan dari sumber yang boleh dipercayai dan mereka sekarang ini sedang ditahan di Balai Polis Kuala Kangsar.




Krisis Perlembagaan yang dasyat....

Krisis perlembagaan di Perak.

Sehingga ke pagi ini saya sangat yakin dengan pertolongan dari Allah, bila banyak teman dari dekat dan jauh bersalaman dengan saya sejak beberapa hari kebelakangan ini sehinggalah ke malam tadi saya katakan kepada mereka yakinlah Allah telah tentukan sesuatu yang terbaik untuk kita semua.

Mereka datang dari seluruh pelusuk negara, dari kampung dan bandar, tua dan muda , pelbagai bangsa dan agama tanda kecintaan dan sayangnya mereka kepada Kerajaan Negeri Perak pakatan Rakyat.

Pengorbanan ini bukan rendah nilainya melainkan kita yakin dengan janji Allah yang Maha Esa.

Krisis Perlembagaan yang dasyat ini menyaksikan satu KUDETA secara hentam kromo oleh Najib dan kuncu-kuncunya.

Saya memberi amaran bahawa inilah gelombang rakyat yang bermula di Perak untuk menyatukan suatu kekuatan baru yang saya yakin rakyat sudah bersedia untuk menjadi "hakim Negara" dan tidak ada kuasa yang boleh menghalang melainkan Allah jua tempat kesudahanNya dan keputusanNya.


http://idhamlim.blogspot.com

Ribuan Rakyat Berikrar Mempertahankan Kerajaan Pakatan Rakyat



Speaker,V. Sivakumar. "SPR tidak boleh pertikaikeputusan dan kuasa saya"

YAB Menteri Besar," Saya tidak akan letak jawatan".

Pengerusi BBC,"Jangan letak jawatan, Bubar DUN"
Penuh sesak hingga kena duduk bersila.

Pelbagai sepanduk antara yang dinaikkan.

Dewan penuh sesak, di luar juga penuh.



PJ Perak mengaminkan doa.

Semua bangun mengangkat tangan berikrar bersama-sama mempertahankan Kerajaan Perak pakatan Rakyat.

http://idhamlim.blogspot.com

Sultan perak di seranah rakyat

Lihat di sini buktinya...Tiga komen yang sempat aku baca tanpa di edit dari berjuta komen dan luahan rakyat jelata terhadap tuanku sultan Perak.... nak baca lagi Klik

Name: rakyatmu
Comments:Tak purlu aku nak katakan AMPUN TUANKU..kerana kau bukan maksum seperti nabi dan rasul.. takperlu lagi aku sangjung atas sikapmu.... AMPUN TUANKU tidak berguna lagi... tetapi kau sultan perlu melafazkan AMPUAN RAKYATKU....

Wahai sultanku...jangan kerana kau pernah menjawat jawatan mantan ketua hakim negara yang kau bijak berfikir yang kau arif tentang hukum hakam dunia..tapi ingat hukum hakan Allah akan mengadilimu dipadang Mashar..kau Zalim, Kau Kejam dengan rakyatmu...

Bagi mereka yang berlagak sepetti Tuah yang bodoh membuta tuli taat setia kepada raja....biarlah menjadi debat yang derhaka tapi mulia disisi tuhan...

Nabi Musa pun menjadi derhaka kepada rajanya iaitu firaun kerana kezalimanya.....

Sultan-sultanku...aku bersumpah dengan nama ALLAH aku akan mendakwa kamu diakhirat nanti. dan nantikan jutaan rakyat2mu yang akan mendakwa di di hadapan ALLAH nanti....jumpa kita di akhirat kelah wahai sultan ku yg HINA!!!!
Thursday, February 5th 2009 - 09:09:44 AM
Name: RAKYAT MARHAEN YG MERAYU
Comments:Ampun Tuanku, kami rakyat merafak sembah: dengarilah suara kami, suara rakyat Tuanku. Kembalikan demokrasi, kembalikan hak rakyat kepada rakyat. Biar rakyat yang menentukan masa depan mereka di negara berdaulat ini dan bukannya segelintir pemimpin politik yang tamak kuasa. Ingatlah Tuanku pepatah lama: Raja adil, Raja disembah, ampun Tuanku!!

tuanku sultan perak yang dikasihi,
selamatkan rakyat tuanku
dari menjadi mangsa yang dimangsakan
para kapitalis dan korupsi
atas nama demokrasi atau kuku besi
pemerintah atau pembangkang.....
Thursday, February 5th 2009 - 09:09:31 AM
Name: Pro Demokrasi
E-mail address: xuxinkai@hotmail.com
Comments:Keputusan Tuanku untuk tidak membubarkan DUN akan menimbulkan kemarahan rakyat. Kemarahan rakyat ini bakal menghancurkan sistem monarki di Malaysia. Lagipun, sistem demokrasi memang tidak menggalakkan wujudnya sistem beraja. Seorang rakyat biasa mungkin tidak mendatangkan apa-apa kesan...jutaan rakyat yang menentang akan merobohkan institusi beraja. Banyak sistem monarki di dunia yang lenyap kerana Raja membelakangi kehendak rakyat. Semoga Tuanku berubah fikiran.
Thursday, February 5th 2009 - 09:09:09 A

05 February 2009

Exco Pakatan Rakyat Tidak Akan kosongkan Pejabat



IPOH, 5 Jan (Hrkh) - Kesemua Adun Perak menerima surat jemputan ke majlis perlantikan Menteri Besar Perak yang dijadualkan akan diadakan esok, di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pada jam 3.00 petang.

Bagaimanapun, menurut Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, semua mereka tidak akan menghadiri majlis tersebut dan bertindak memulaukannya.

Sementara itu, Nizar yang ditemui di kediaman rasminya berkata, kesemua exco Pakatan Rakyat bertekad tidak akan mengosongkan pejabat masing-masing di SUK, biarpun diminta berbuat demikian.

Ketika ini, kediaman rasmi MB dipenuhi kira-kira 500 penyokong Pakatan Rakyat dengan sepanduk yang berbunyi 'Bubarkan Dun, Kembalikan Suara Rakyat' serta laungan takbir.

Dalam pada itu, penyokong dan pimpinan Pakatan Rakyat kini sedang bersiap-siap untuk menunaikan solat hajat di kediaman tersebut, yang dikawal ketat oleh Unit Amal PAS.

Pihak polis kini dikatakan sedang giat membuat sekatan di semua jalan utama ke kediaman rasmi MB._

http://www.harakahdaily.net

RAKYAT MEMOHON KEPADA TUHAN YANG MAHA BERKUASA!!!



















http://syaomel85.blogspot.com

Komen notoumno

Kita cuba menghormati, Tapi manusia tak sedar diri.
Kita cuba berbudi bahasa, tapi manusia lupa bila berkuasa.
Kita cuba bersopan santun, tapi kekadang manusia mahu di balun.
Kita cuba berbudi pekerti, tapi manusia tak reti reti.

Dari kita sembah manusia, lebih baik kita sembah yang ESA

Jika perasuah mendapat sokongan istana....







TAKZIAH KEPADA RAKYAT PERAK

yang mengimpikan kerajaan bersih dan berintegriti.
Namun, akhirnya perasuah serta yang tidak bermaruah
juga yang dipandang orang.

KEMBALIKAN SEMULA KUASA KEPADA RAKYAT PERAK!
Lebih baik membelanjakan beberapa juta Ringgit untuk
rakyat kembali menentukan kerajaan daripada berterusan
membiarkan berbillion Ringgit harta milik rakyat dirompak
oleh para pemimpin korup.

Keluar dan fahamilah hasrat dan kehendak RAKYAT PERAK.

Bijakkah memilih * kerajaan korup sekali gus menjadikan
keadaan semakin tidak menentu di negeri Perak?

Sayang, sebuah institusi yang telah semakin disanjung rakyat di sana-sana,
kini dicemuh kerana sanggup memayungi pengamal rasuah. Inilah
bukti betapa hebat sesebuah institusi, sebaik-baik berpihak
bersekongkol dengan regim korup - maka bersedialah menerima
palitan najis yang busuk dan amat membusukkan.

Jika perasuah mendapat sokongan istana, apakah yang ada
lagi untuk melindungi RAKYAT?

Kini rakyat telah mula mempersoalkan, "Perlukah kita kepada payung itu lagi?"

* Satu tindakan paling bodoh ketika RAKYAT sudah semakin cerdik.

http://www.marhaen.org/v1/

BN Cuba Rampas Kerajaan Perak Dengan Cara Haram...

Nampaknya BN cuba merampas tampuk pemerintahan Pakatan Rakyat negeri Perak. Usaha-usaha cuba memaksa Nizar meletakan jawatan dengan menggunakan kuasa Istana nampaknya tidak berjaya setakad ini

Apa yang susah sangat? Kalau pihak berkenaan tidak mahu Nizar jadi Menteri Besar , tindakan yang perlu diambil hanyalah dengan membubarkan Dewan Undangan Negeri.

Kenapa mahu disuruh Nizar meletakan jawatan? Ada tiga cara atau tindakan supaya Nizar tersingkir sebagai MB

Pertama, dengan perkenan kebawah Duli Sultan DUN di bubarkan dan pihanraya negeri diadakan.

Kedua, Nizar secara sukarela meletakan jawatannya. Ketiga, hendaklah melalui usul undi tidak percaya terhadap Nizar dalam sidang dewan undangan Negeri

Nizar tentunya tidak akan meletakan jawatan dengan begitu begitu mudah.Mereka ada dua pilihan.Samada bubarkan DUN untuk membolehkan pilihanraya negeri atau melalui Usul Undi Tidak Percaya disidang Dewan Undangan Negeri.

Tetapi pelik sungguh; kenapa mereka takut membubarkan DUN dan biarkan rakyat membuat keputusan. yang adil?

http://alhusseyn51.blogspot.com

Nizar Akan Kekal Sebagai MB Perak


Latest

MB Nizar says the Pakatan Rakyat state government will not resign because it still is in power. Instead, it will seek another audience with the Sultan to request the state assembly be dissolved and fresh elections called.

MB Nizar tells press conference Pakatan Rakyat will appeal to the Sultan for the state assembly to be dissolved so that the people of Perak can decide on their next government. He, however, has not yet addressed the issue of him resigning as MB. - Star

POLITIK PERAK: DETIK MENARIK HARI INI

[DIKEMAS KINI 4.45 PETANG] BERIKUT adalah perkembangan politik di Perak sepanjang hari ini.

4.21 petang: Pasukan polis dan FRU mengambil alih bangunan Kerajaan Negeri. Sebaik sahaja Sultan Azlan Shah menitahkan Menteri Besar dan semua Exco meletak jawatan, Setiausaha Kerajaan Negeri telah menghantar surat kepada semua Exco memaklumkan kepada mereka untuk menyerahkan kembali harta negeri termasuk kunci, kereta dan sebagainya. Beliau turut pergi ke pejabat semua Exco dan meminta semua pembantu peribadi Exco meninggalkan bangunan dengan segera.

3.30 petang: Perdana Menteri menghadap Sultan Azlan Shah di Istana Kinta.

3.00 petang: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengadakan sidang media khas di kediaman rasminya.

2.25 petang: Sultan Azlan Shah tidak berkenan membubarkan DUN Perak dan meminta Nizar meletak jawatan sebagai Menteri Besar. Jika tidak, jawatan itu dianggap kosong.

12.45 tengah hari: MB Perak memasuki Istana Kinta.

12.30 tengah hari: Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap penyokong Pakatan Rakyat yang mengambil bahagian dalam perhimpunan haram di Ipoh.

11.56 pagi: Najib memberitahu wartawan yang beliau telah memberitahu Sultan Azlan Shah bahawa BN mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan negeri Perak. Katanya, Sultan akan menitahkan keputusannya tidak lama lagi.

11.55 pagi: Speaker V. Sivakumar meninggalkan Mahkamah Tinggi selepas memohon kepada mahkamah untuk mengisytiharkan surat peletakan jawatan tiga ADUN sebagai sah dan kerusi DUN tersebut kosong.

11.50 pagi: Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berada di pejabat Menteri Besar pada pukul 3 petang ini dan perhimpunan besar-besaran dijadualkan berlangsung pada pukul 7 malam di kediaman Menteri Besar.

11.38 pagi: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin memberitahu wartawan, beliau baru sahaja dipanggil untuk hadir ke Istana Kinta.

11.34 pagi: Najib meninggalkan Istana Kinta bersama empat ADUN.

11.21 pagi: Najib kembali ke Istana Kinta, kali ini bersama empat bekas wakil rakyat Pakatan Rakyat iaitu Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Mohd Osman Jailu (Changkat Jering), Hee Yit Foong (Jelapang) dan Datuk Nasaruddin Hashim (Bota) untuk menghadap Sultan Perak.

10.35 pagi: Ketua Umno Perak, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meninggalkan Istana Kinta. Najib dijangka akan mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa perhubungan negeri bagi membincangkan calon BN bagi jawatan Menteri Besar Perak.

9.50 pagi: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (Ahli Parlimen Bagan Datoh) memasuki Istana Kinta untuk mendapatkan perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bagi BN membentuk kerajaan baru di negeri itu.

9 pagi: Speaker, V. Sivakumar memberitahu wartawan yang beliau telah memohon kepada Mahkamah Tinggi pada hari ini untuk mengisytiharkan surat letak jawatan tidak bertarikh oleh bekas ADUN PKR, Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) dan ADUN DAP, Hee Yit Foong (Jelapang) sebagai sah. Tiga ADUN tersebut telah meletakkan jawatan daripada parti masing-masing untuk menjadi ADUN Bebas dan mengakui akan memberi sokongan kepada BN.

http://www1.mstar.com.my

Muka-Muka Yang Nak Merampas Hak Rakyat Perak

















TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengadakan sidang akhbar selepas mengadap Sultan Perak di Istana Kinta untuk membentuk kerajaan baru di Bangunan UMNO Perak. Turut sama Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Ko Chong Ha serta Adun Barisan Nasional. - Foto Abd Rahim Rahmat

Kenapa Dua Kali Najib Masuk Istana ?



Najib mengadap Sultan Perak 2 kali, bawa 4 ADUN

Sidang media dijangka 12.30 tengah hari ini

[DIKEMAS KINI, 11 PAGI] PETALING JAYA: Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak berada di Istana Kinta, Ipoh dua kali hari ini - antara 9.50 dan 10.55 pagi untuk mengadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah dipercayai bagi memaklumkan secara rasmi Barisan Nasional (BN) mempunyai sokongan menubuhkan kerajaan baru.

Najib, Pengerusi BN Perak tiba di Istana Kinta pukul 9.50 pagi tadi dan keluar 30 minit kemudian.

Beliau meninggalkan istana pada 10.35 pagi, dan sambil tersenyum, melambaikan tangan kepada wartawan tanpa berhenti di pintu masuk istana.

Beliau kembali semula ke Istana Kinta dengan empat wakil rakyat yang keluar Pakatan Rakyat semalam - ADUN kawasan Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi; Mohd Osman Jailu (Changkat Jering), Hee Yit Foong (Jelapang) dan Datuk Nasaruddin Hashim (Bota) untuk mengadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah pukul 10.55 pagi ini.

Najib, Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Pengerusi BN dijadual mengadakan sidang media pukul 12.30 tengah hari ini.

Turut menyertai Najib di Istana Kinta di Ipoh ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang merupakan Timbalan Pengerusi BN Negeri.

Pertemuan itu diadakan sehari selepas empat wakil rakyat daripada Pakatan Rakyat meninggalkan parti masingmasing untuk menyokong dan memberikan majoriti kepada BN bagi membentuk kerajaan negeri.

Semalam Jamaluddin, Mohd. Osman, Hee dan Nasarudin menyatakan sokongan kepada BN.

Jamaluddin, Mohd. Osman dan Hee mengumumkan menjadi wakil rakyat Bebas tetapi menyokong BN.

Ketiga-tiga mereka bersama Nasaruddin turut berada di sisi Najib semalam ketika Timbalan Perdana Menteri mengadakan sidang akhbar di Putrajaya untuk membuat pengumuman mengenai sokongan mereka kepada BN.

Berikutan perkembangan terkini, BN dan Pakatan masing-masing mempunyai 28 kerusi tetapi BN boleh menubuhkan kerajaan negeri kerana ketigatiga wakil rakyat Bebas itu telah menyatakan sokongan kepada BN termasuk dalam soal pelantikan Menteri Besar.

http://www1.mstar.com.my

Update 11:30am

Sidang Media akan diadakan pada jam 12.30 pagi ini oleh ketua gerombolan ! Ini kerana jadual sultan nak jumpa 'ekor' dan 'bodi' bersama Najib akan dijadualkan pada jam 11.30 am ini, dan dijangka mereka telah berada di istana, mungkin sedang di 'fire' oleh sultan Perak kerana 'engkar' janji...Daulat Tuanku !!

http://politikbanjar.blogspot.com

Bukan Sahaja Rakyat Tuanku, Tetapi majoriti rakyat Malaysia Menolak BN

















Bukan Sahaja Rakyat Tuanku, Tetapi majoriti rakyat Malaysia Menolak Mereka


Menjunjung kasih TUANKU SULTAN AZLAN MUHIBBUDDIN SHAH IBNI ALMARHUM
SULTAN YUSSUF IZZUDDIN SHAH GHAFARULLAHU-LAH..... Patik amat berharap sekiranya Tuanku dapat memberi perkenan pembubaran DUN Negeri Perak bagi membolehkan rakyat Tuanku membuat pilihan dalam menentukan kepimpinan yang selayaknya menerajui negeri.

Patik bukanlah rakyat negeri Perak, tetapi merasa sedih sekiranya Barisan Nasional yang ZALIM dapat merampas kuasa. Cukuplah kami rakyat Malaysia dizalimi selama ini..... Percayalah Tuanku, bukan sahaja rakyat Tuanku yang tidak mahukan Barisan Nasional yang merosakkan ini, tetapi majoriti rakyat Malaysia juga sudah menolak mereka.....

Patik merayu supaya Tuanku dapat memberi perkenan pembubaran DUN dengan segera..... Percayalah Tuanku, Insyaallah YAB Dato' Seri IR Muhammad Nizar Jamaluddin dapat menerajui Perak Darul Ridzuan dengan lebih baik dan sempurna dan selayaknya beliau diberikan peluang sekali lagi.

hibiscus tea N18 - Tokai red_jidosha@yahoo.com

Tujuh Keturunan Akan Ingat Apa Yang Telah Kamu Lakukan

Tujuh Keturunan Akan Ingat Apa Yang Kamu Telah Buat

Ya... Allah

Ya Allah
La Ilaaha Illallah,Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah.
Ya Malik,Yang Maha Perkasa,Yang Maha Kuasa,Yang Maha Memiliki Segala Kekuasaan,Raja Yang Maha Kuasa .
Ya Muhaimin, Yang Maha Menjaga.
Ya Aziz,Yang Maha Perkasa,Yang Maha Kuat.
Ya Jabbar,Yang Maha Gagah Perkasa.
Ya Qahhar,Yang Menakluki Segala Sesuatu.
Ya Basitt,Yang Maha Melapangkan.
Ya Khofidh,Yang Maha Merendahkan Martabat.(jatuhkan yang zalim)
Ya Rofi',Yang Maha Mengangkat Darjat.
Ya Hakam,Yang Maha Menghakimi.
Ya Hafiz,Yang Maha Memelihara dan Menjaga.
Ya Wakil,Yang Maha Mewakili segala urusan.
Ya Qawi, Yang Maha Kuat lagi Perkasa.
Ya Matin, Yang Maha Kuat lagi Sempurna kekuatannya.
Ya Wali, Yang Maha Melindungi,Menolong dan Membela.
Ya Somad,Yang Maha Mencukupi.
Ya Alim, Yang Maha Mengetahui.
Ya Ghaffar, Yang Maha Pengampun.

Ya Allah Yang Segala Nyawa di dalam genggaman Mu.
Aku bermohon dan berserah kepadamu segala urusan.
Ya Allah Ya Tuhanku,
kau berilah kuasa pemerintahan di dunia ini kepada yang hak dan yang adil.
Kau permudahkan dan selesaikan kesusahan yang ditimpa pimpinan kami.
Ya Allah Tuhanku yang mentadbir sekalian Alam.
Amin.Ya Rabbul alamin.

http://perundingperiuknasi.blogspot.com

Tuanku Sultan Akan Buat Keputusan Yang Bijak, Telus Serta Adil Untuk Sekalian Rakyat !!

IPOH [4.16am] - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yakin sebarang keputusan yang perkenankan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dalam menangani kemelut politik di negeri ini dibuat dengan adil. “Saya yakin keputusan yang dibuat nanti cukup adil kepada rakyat di negeri Perak dan adil kepada parti politik, dan kita tidak akan meragui sebarang keputusan yang dibuat oleh Sultan Perak,” katanya. Mohammad Nizar, yang ditemui di Ibu Pejabat Pas Perak untuk menghadiri mesyuarat tergempar parti itu di sini malam ini, berkata pada majlis menghadap beliau dengan Sultan Perak di Istana Kinta petang tadi, Sultan Azlan Shah belum menitahkan keputusan baginda kepadanya. “Tuanku bertitah baginda memerlukan masa untuk membuat kajian sedikit (atas cadangan kerajaan Pakatan Rakyat untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN). “Mungkin Tuanku akan merujuk kepada pakar perundangan supaya dapat mengelak sebarang krisis Perlembagaan. Saya akur dan menerima sebarang keputusan yang diperkenankan Tuanku,” katanya bagi mengulas pertemuan selama dua jam di Istana Kinta petang semalam.

Mohammad Nizar berkata majlis mengadap Sultan Perak berjalan dengan cukup baik seperti biasa, dan telah mempersembahkan kepada baginda keadaan politik negeri Perak yang tidak menentu dan memohon perkenan baginda untuk membubar DUN dengan serta-merta. Memandangkan Sultan Perak belum membuat sebarang keputusan mengenai perkara itu, “Saya masih berterusan mentadbir bersama-sama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat, dan akan menjalankan tugas seperti biasa.” Beliau berkata pada pandangan Pakatan Rakyat, bagi menyelesaikan masalah ketidak tentuan politik di negeri ini berikutan wujudnya Adun yang melompat parti, maka adalah baik diadakan pilihan raya semula dan keputusannya akan menjadi lebih bersih. Jika Sultan Perak tidak berkenan untuk membubarkan DUN, kerajaan Pakatan Rakyat masih boleh memerintah sebagai kerajaan sementara dan kerajaan ini masih sah sebagai kerajaan minoriti seperti yang berlaku di Kanada dan India, katanya.

Menyentuh mengenai tindakan Adun Jelapang, Hee Yit Foong yang meninggalkan parti DAP untuk menjadi wakil bebas dan menggugat jawatannya sebagai Timbalan Speaker DUN, Mohammad Nizar berkata “kita perlu tunggu keputusan sama ada kerajaan negeri dibubarkan atau tidak”. “ Buat masa ini, kita kena kaji semula Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak mengenai perkara itu,” katanya. Menyentuh mengenai pengumuman yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Putrajaya hari ini yang mengatakan Barisan Nasional (BN) Perak kini mempunyai kerusi majoriti di DUN, Mohammad Nizar tidak mahu mempercayainya, dan sekiranya benar ia adalah satu konspirasi politik yang besar. Katanya empat Adun Pakatan Rakyat itu belum menyerahkan kenyataan rasmi mengenai keputusan mereka untuk menjadi wakil bebas. Mengenai Adun Bota, Datuk Nasaruddin Hashim yang menyertai semula Umno, Menteri Besar Perak itu mendakwa Nasaruddin mungkin dipaksa keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang baru disertai pada 25 Januari lalu atau “sebagainya”.

Kami juga mengharapkan agar Tuanku Sultan Perak akan diberi hidayah untuk membuat keputusan yang adil dan saksama demi kepentingan dan masa depan rakyat secara keseluruhannya. Dalam kekalutan ini, memang elok kita serahkan semula kuasa kepada rakyat untuk menentukan kekuatan. Segalanya kini terletak ditangan Sultan Perak, sememangnya terdapat gangguan teknikal yang amat kritikal sekarang ini. Cuma, ramai yang mengharapkan agar Sultan mereka tidak bis kepada mana-mana mungkin dan persemaan yang wujud antara sesama mereka.

http://pahangdaily.blogspot.com-perak-menteri.html

04 February 2009

keputusan yang dibuat oleh Sultan nanti cukup adil - MB Perak

MB Perak Perak Yakin Keputusan Sultan Adil

IPOH, 4 Feb (Bernama) -- Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yakin sebarang keputusan yang perkenankan oleh Sultan Perak Sultan Azlan Shah dalam menangani kemelut politik di negeri ini dibuat dengan adil.

"Saya yakin keputusan yang dibuat nanti cukup adil kepada rakyat di negeri Perak dan adil kepada parti-parti politik, dan kita tidak akan meragui sebarang keputusan yang dibuat oleh Sultan Perak," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Mohammad Nizar, yang ditemui di Ibu Pejabat PAS Perak untuk menghadiri mesyuarat tergempar parti itu di sini malam ini, berkata pada majlis mengadap beliau dengan Sultan Perak di Istana Kinta petang tadi, Sultan Azlan Shah belum menitahkan keputusan baginda kepadanya.

"Tuanku bertitah baginda memerlukan masa untuk membuat kajian sedikit (atas cadangan kerajaan Pakatan Rakyat untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN)).

"Mungkin Tuanku akan merujuk kepada pakar-pakar perundangan supaya dapat mengelak sebarang krisis Perlembagaan. Saya akur dan menerima sebarang keputusan yang diperkenankan Tuanku," katanya bagi mengulas pertemuan selama dua jam di Istana Kinta petang tadi.

Mohammad Nizar berkata majlis mengadap Sultan Perak berjalan dengan cukup baik seperti biasa, dan telah mempersembahkan kepada baginda keadaan politik negeri Perak yang tidak menentu dan memohon perkenan baginda untuk membubar DUN dengan serta merta.

Memandangkan Sultan Perak belum membuat sebarang keputusan mengenai perkara tersebut, "Saya masih berterusan mentadbir bersama-sama Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Rakyat, dan akan menjalankan tugas seperti biasa."

Beliau berkata pada pandangan Pakatan Rakyat, bagi menyelesaikan masalah ketidak tentuan politik di negeri ini berikutan wujudnya ADUN yang melompat parti maka adalah baik diadakan pilihan raya semula dan keputusannya akan menjadi lebih bersih.

Jika Sultan Perak tidak berkenan untuk membubarkan DUN, kerajaan Pakatan Rakyat masih boleh memerintah sebagai kerajaan sementara dan kerajaan ini masih sah sebagai kerajaan minoriti seperti yang berlaku di Kanada dan India, katanya.

Menyentuh mengenai tindakan ADUN Jelapang Hee Yit Foong yang meninggalkan parti DAP untuk menjadi wakil bebas dan menggugat jawatannya sebagai Timbalan Speaker DUN, Mohammad Nizar berkata "kita perlu tunggu keputusan sama ada kerajaan negeri dibubarkan atau tidak".

"Buat masa ini, kita kena kaji semula Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak mengenai perkara itu," katanya.

Menyentuh mengenai pengumuman yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya hari ini yang mengatakan Barisan Nasional (BN) Perak kini mempunyai kerusi majoriti di DUN, Mohammad Nizar tidak mahu mempercayainya, dan sekiranya benar ia adalah satu konspirasi politik yang besar.

Katanya empat ADUN Pakatan Rakyat itu belum menyerahkan kenyataan rasmi mengenai keputusan mereka untuk menjadi wakil bebas.

Mengenai ADUN Bota Datuk Nasaruddin Hashim yang menyertai semula Umno, Menteri Besar Perak itu mendakwa Nasaruddin mungkin dipaksa keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang baru disertai pada 25 Jan lalu atau "sebagainya".

Najib di Putrajaya hari ini berkata BN memperoleh majoriti mudah untuk mengambil alih pemerintahan kerajaan negeri Perak ekoran tindakan empat ADUN daripada Pakatan Rakyat meninggalkan parti masing-masing untuk menyokong BN.

Empat wakil rakyat itu adalah ADUN Behrang Jamaluddin Mohd Radzi dan ADUN Changkat Jering Mohd Osman Jailu, kedua-dua daripada PKR, ADUN Jelapang Hee Yit Foong daripada DAP dan Nasaruddin.

Najib berkata ADUN Behrang, Changkat Jering dan Jelapang telah memaklumkan melalui surat kepada Sultan Perak mengenai tindakan mereka keluar daripada parti masing-masing semalam manakala ADUN Bota kembali kepada Umno hari ini.

Berikutan perkembangan terkini, BN kini mempunyai 28 kerusi, Pakatan Rakyat juga 28 kerusi dan Bebas tiga kerusi, dan menurut Najib, walaupun BN mempunyai bilangan kerusi DUN sama banyak dengan Pakatan Rakyat tetapi BN boleh menubuhkan kerajaan negeri kerana ketiga-tiga wakil raktyat Bebas itu telah menyatakan sokongan kepada BN termasuk dalam soal pelantikan Menteri Besar daripada kalangan anggota BN.

http://www.bernama.com

Siap Sedia Semua!! Pak Lah Dah Nak Tubuh Kerajaan Baru..


PM: BN Sedia Tubuh Kerajaan Baru Di Perak

PUTRAJAYA, 4 Feb (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) bersedia untuk menubuhkan kerajaan baru di Perak berikutan kesediaan empat Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) di negeri itu yang telah meninggalkan parti masing-masing untuk menyokong BN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

"Terima kasihlah kalau mereka sudah ambil keputusan untuk menyatakan sokongan kepada BN, BN terima dan kita ucapkan terima kasihlah," katanya dalam sidang media selepas Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Kesembilan di sini, Rabu.

Empat wakil rakyat itu ialah Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan Adun Changkat Jering, Mohd Osman Jailu, kedua-dua daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Adun Jelapang, Hee Yit Foong daripada DAP, dan Adun Bota Datuk Nasaruddin Hashim yang baru-baru ini menyertai PKR tetapi kembali semula kepada Umno.

"Kalau ada bilangan cukup tentu sekali kita mahu mengambil langkah itu (tubuh kerajaan)," kata Abdullah, yang juga pengerusi BN ketika mengulas mengenai BN yang memperoleh majoriti mudah untuk mengambil alih pemerintahan kerajaan negeri Perak ekoran tindakan empat Adun itu meninggalkan parti masing-masing untuk menyokong BN.

Berikutan perkembangan terkini, BN kini mempunyai 28 kerusi, Pakatan Rakyat juga 28 kerusi dan Bebas tiga kerusi.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu sidang media berasingan hari ini menjelaskan walaupun BN mempunyai bilangan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sama banyak dengan Pakatan Rakyat tetapi BN boleh menubuhkan kerajaan negeri kerana ketiga-tiga wakil rakyat Bebas itu telah menyatakan sokongan kepada BN termasuk dalam soal pelantikan Menteri Besar daripada kalangan anggota BN.

Mengulas sama ada BN akan menimbangkan untuk mengadakan pilihan raya mengejut, Abdullah berkata perkara itu adalah di bawah bidang kuasa Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

Bagaimanapun, katanya, timbalannya Najib akan menghadap Sultan Perak untuk memaklumkan kepada baginda bahawa BN kini mempunyai majoriti di DUN Perak.

Ditanya sama ada BN akan mengemukakan undi tidak percaya, Abdullah berkata perkara itu belum diputuskan tetapi beliau menyifatkan ia sebagai satu tindakan pilihan.

Kepada soalan sama ada beliau yakin rakyat Perak akan dapat menerima kerajaan BN untuk kembali memerintah di negeri itu, beliau berkata: "Ia terserah kepada rakyat."

Beliau bagaimanapun yakin apa yang lebih penting bagi rakyat ialah keupayaan kerajaan untuk memimpin dan melaksanakan pembangunan serta menjamin kestabilan politik dalam negeri.

Berhubung Adun Behrang dan Adun Changkat Jering yang kini berhadapan dengan pertuduhan kes rasuah yang kemungkinan boleh menjejaskan imej Umno, Perdana Menteri berkata setakat ini mereka belum lagi terbukti bersalah.

Ditanya sama ada BN telah mempunyai calon Menteri Besar Perak, Abdullah berkata : "Nanti dululah".

Terdahulu, ketika menyampaikan amanatnya kepada warga perkhidmatan awam, Abdullah berkata sektor awam merupakan jentera penting yang boleh menjamin pertumbuhan ekonomi dalam keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu sekarang.

Beliau berkata dalam keadaan ekonomi yang lembap ini, rakyat berharap sektor awam dapat menjadi fasilitator utama yang dapat merancakkan ekonomi dengan keputusan-keputusan terbaik dan tepat berhubung ekonomi negara.

"Kalau dulu kita dapat hadapi cabaran kenapa tidak sekarang," katanya.

Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata semua pihak termasuk pentadbir dan pemimpin perlu bekerjasama menghadapi cabaran-cabaran semasa yang dihadapi dalam negara.

http://www.bernama.com

Pembohongan Besar Hamba Allah Yang Bernama Nasaruddin



Ketika Nasaruddin masuk PKR pada 25 Januari, 2008
  1. Saya amat yakin dengan kepimpinan Parti Keadilan Rakyat yang mempunyai iltizam dan idealisme yang kuat untuk memperjuangkan hak-hak dan kepentingan rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum di negara ini.
  2. Saya yakin Parti Keadilan Rakyat akan tetap menjunjung dan menghormati hak-hak yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan khususnya dalam kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kebangsaan, kedaulatan Raja-Raja Melayu dan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.
  3. Saya percaya Parti Keadilan Rakyat dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat mampu untuk menjadi sebuah permuafakatan komponen parti-parti yang lebih baik demi kepentingan rakyat seluruhnya.
  4. Untuk membolehkan saya menjadi ADUN yang lebih berkesan dan memberi khidmat terbaik kepada penduduk setempat memandangkan Pakatan Rakyat sudah pun menubuhkan kerajaan di Negeri Perak.


Ketika Nasaruddin Masuk UMNO pada hari ini,
  1. "Saya mengambil untuk kembali menyertai BN berdasarkan keadaan politik yang tidak menentu dan bercelaru sehingga wujud satu kerajaan yang tidak kukuh di Perak.
  2. "Saya juga mengambil kira dan menghormati pengundi-pengundi di kawasan pilihan raya Bota serta menghormati prinsip-prinsip amalan demokrasi.
  3. "Selain itu saya juga mengambil kira nasihat dan pandangan rakan-rakan politik dan orang-orang perseorangan yang ingin melihat wujudnya keadaan dan suasana politik dan kerajaan yang kukuh di Perak.
  4. "Maka saya dengan penuh perasaan dan kesedaran serta tanggungjawab akan kembali semula menyertai Umno dan BN hari ini.
Realiti UMNO yang perlu di sedari oleh rakyat. Kalau dah UMNO ... akan kekal menjadi UMNO. Kalau pemimpin masih bodoh untuk tahu tentang politik UMNO .. tolong tanya rakyat.

Walaupun kerajaan jatuh, tapi masih ada ADUN Pakatan Rakyat. Tapi di tipu hidup hidup akan cukup meninggalkan kenangan. Pada Rakyat .. kita sudah berpesan, tapi kepada Anwar ... kena tanya dia. Memang pedih !!!

http://notoumno.blogspot.com

DUN Perak Gagal Bubar

Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak belum dibubarkan selepas menteri besar menghadap Sultan petang ini walaupun kerajaan Pakatan Rakyat itu ingin memanggil pilihanraya negeri secara mengejut.

Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin menghabiskan masa hampir dua jam di istana menghadap Sultan Azlan Shah untuk memaklumkan keputusan itu selepas empat wakil rakyat kerajaan negeri itu berpaling tadah.

Selain tiga bekas Ahli Dewan Undang Negeri (Adun) PKR dan DAP keluar parti masing-masing, wakil rakyat Bota, Datuk Nasaruddin Hashim - menyertai PKR selama 10 hari - kembali menyokong parti asalnya.

Mohamad Nizar kelihatan masuk Istana Kinta di Ipoh jam 3.50 petang untuk menghadap Sultan Perak selepas mengumumkan kerajaan pimpinannya ingin membubarkan DUN dan berharap baginda memperkenan keputusan tersebut.

sultan azlan and nizar jamaluddinDesas-desus tentang pembubaran DUN itu sejak menjelang tengah hari berakhir dengan kenyataan menteri besar bahawa “terserah kepada tuanku” sewaktu keluar istana jam 5.35 petang.

Difahamkan baginda tidak memberi perkenan kepada Pakatan Rakyat membubarkan DUN.

Beberapa pemimpin kanan PAS dan wakil-wakil rakyat Pakatan yang dihubungi Malaysiakini sejak bermula desas-desus ini, enggan memberi sebarang ulasan buat masa sekarang.

Adun Jelapang dan juga Timbalan Speaker DUN Hee Yit Foong meninggalkan gabungan tersebut pagi ini.

Jamaluddin Mohd Radzi (wakil rakyat Behrang) dan Mohd Osman Mohd Jailu (Changkat Jering) keluar parti beberapa hari ini lalu - memulakan pergolakan politik di negeri itu yang kelihatan berakhir dengan pembentukan kerajaan baru BN.

Dengan tindakan empat Adun itu, kerajaan Pakatan Rakyat di Perak kini tinggal 28 daripada 59 kerusi DUN.

Tiga bekas Adun kerajaan campuran itu kini menjadi wakil rakyat bebas dan menyatakan sokongan kepada BN, membolehkan parti itu merampas tampuk kerajaan dengan majoriti tipis tiga kerusi.

http://perakexpress.com

Adun Bota Memikul Bala Besar Dan Penyebab Segalanya


TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bersama Nasarudin, Jamaluddin, Mohd Osman dan Yit Foong dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

Pakatan Rakyat Perak tumbang, BN bentuk kerajaan

[DIKEMAS KINI] PUTRAJAYA: Kerajaan Pakatan Rakyat Perak yang berusia 11 bulan tumbang dengan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) keluar dari pakatan.

Sekarang Barisan Nasional (BN) mempunyai kapasiti untuk membentuk kerajaan negeri yang baru.

Dari empat yang keluar hari ini termasuk ADUN Bota, Datuk Nasarudin Hashim yang kembali menyertai Umno.

Pada 25 Januari lalu, Nasarudin mengambil keputusan keluar daripada Umno untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Tiga yang lain akan bertindak sebagai wakil rakyat bebas dan akan menyokong BN dari luar.

Mereka ialah Jamaluddin Mohd Radzi (PKR-Behrang); Mohd Osman Mohd Jailu (PKR-Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (DAP-Jelapang).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ketika mengumumkan perkara tersebut berkata, BN Perak mempunyai bilangan majoriti ADUN untuk memerintah negeri itu.

"Tiga ADUN berkenaan memaklumkan kepada saya bahawa mereka telah menghantar surat kepada Sultan Perak bagi memaklumkan mereka telah keluar daripada parti masing-masing.

"Hari ini juga ADUN Bota juga memaklumkan bahawa beliau mahu kembali bersama Umno," katanya dalam sidang media khas di pejabatnya di sini hari ini.

Tiga ADUN Pakatan Rakyat bekenaan ialah Jamaluddin Mohd Radzi (PKR-Behrang); Mohd Osman Mohd Jailu (PKR-Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (DAP-Jelapang).

Manakala ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim yang menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dua minggu lalu turut mengambil keputusan untuk kembali menyertai Umno dan BN.

"Mereka semua memberi mandat kepada saya untuk mencalonkan Menteri Besar baru, dan memberi akujanji akan bersama-sama dengan memberi sokongan mengenai calon Menteri Besar yang akan dicalonkan oleh BN nanti," katanya.

Najib berkata beliau akan mengadap Sultan Perak dalam tempoh terdekat.

Komen ADUN

Bagi Nasarudin (Bota), beliau mengambil beberapa pertimbangan untuk kembali menyertai BN iaitu berdasarkan keadaan politik yang tidak menentu dan bercelaru sehingga wujud satu kerajaan yang tidak kukuh di Perak.

"Saya juga mengambil kira dan menghormati pengundi-pengundi di kawasan pilihan raya Bota serta menghormati prinsip-prinsip amalan demokrasi.

"Selain itu saya juga mengambil kira nasihat dan pandangan rakan-rakan politik dan orang-orang perseorangan yang ingin melihat wujudnya keadaan dan suasana politik dan kerajaan yang kukuh di Perak.

"Maka saya dengan penuh perasaan dan kesedaran serta tanggungjawab akan kembali semula menyertai Umno dan BN hari ini.

Sementara itu Jamaluddin (Behrang) berkata, beliau mengambil keputusan keluar daripada PKR dan menjadi ADUN Bebas kerana ada usaha dalam parti itu yang seolah-olah menghalaunya dari parti itu.

"Sebenarnya saya tak ada cadangan pun untuk sertai mana-mana parti, tapi seperti ada usaha seolah-seolah menghalau saya dari PKR, jadi saya ambil keputusan jadi calon Bebas," katanya.

Ditanya mengapa beliau tidak terus menyertai BN, beliau berkata: "Sebab saya tidak fikir apa yang akan berlaku, saya terkejut dengan tindakan (PKR negeri) yang dilakukan terhadap saya," katanya.

http://www1.mstar.com.my


Komen Perisik Rakyat

TUNGGU JE LA!

Kejap tadi Najib adakan PC. Dia umumkan BN dah cukup kerusi untuk bentuk kerajaan Perak. Nasarudin Bota rujuk balik masuk UMNO. Jamaludin dan Osman pun dah hantar surat keluar PKR. Hee Yit Foong pun keluar DAP.

BN ada 31 kerusi. PR tinggal 28. Maka Najib kata akan menghadap Sultan dalam masa terdekat untuk mohon perkenan bentuk kerajaan.

TUNGGU JE LA!

Kalau Sultan perkenan keputusan bubar DUN yang MB buat tu, kita akan berentap semula dalam pilihanraya negeri.

Kalau Sultan terima Najib atau siapa yang nak jadi MB baru tu masuk menghadap untuk dapat perkenan bentuk kerajaan BN, tak jadilah pilihanraya. Kita dapat kerajaan baru. Kerajaan Penyamun.

MB Perak ke Istana mohon Perkenan DYMM Sultan Perak



IPOH, 4 Jan :-Sekitar jam 3.40 minit tadi MB perak meninggalkan Pejabatnya untuk ke Istana Kinta, Ipoh bagi memohon perkenan DYMM sultan Perak bagi memberi laluan kepada satu PR dikesemua 59 DUN Negeri Perak.

Sebahagian dari ADUN pakatan bergambar bersama Menteri Besar dan Exco Kerajaan Negeri sebelum YAB MB Berangkat ke Istana Kinta bagi memohon perkenan DYMM Sultan Perak bagi pembubaran DUN Perak.

Breaking News... DUN PERAK BUBAR


DUN PERAK TELAH DIBUBARKAN..


Sumber:
Berita @ Bernama jam 15:25pm
(Astro 502 BRTV)


Terbukti SPR langgar Perlembagaan... Apa Sudah Jadi Dengan SPR?

Perlekeh Kuasa Speaker,Terbukti SPR langgar Perlembagaan Dan Patuh Kepada Dalang Dalam Membuat Keputusan

KUALA LUMPUR [1.10 pm] - Suruhanjaya Piliharaya (SPR) semalam telah mengumumkan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Behrang dan Changkat Jering tidak dikosongkan, oleh itu perletakan jawatan kedua-dua Adun tersebut tidak sah. Mengulas keputusan SPR itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataannya menegaskan, tindakan SPR ini menimbulkan persoalan undang-undang yang besar implikasinya. Beliau berkata, ini kerana kuasa mengisytiharkan pilihan raya kecil ada di tangan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak. "Saya berpendapat kuasa untuk menentukan kesahihan surat tersebut bukanlah di dalam bidangkuasa SPR bahkan ianya harus dirujuk ke mahkamah. "Kuasa SPR hanya untuk memastikan kelicinan perjalanan proses pilihan raya. Mengapa harus SPR melanggar batas bidangkuasa yang dimiliki Speaker DUN Perak? "Malah ada pengkaji dan pengamal undang-undang menganggap keputusan SPR bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan," katanya. Nyata sekali Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan menghalang pilihan raya diadakan kerana bimbang dengan kemaraan rakyat, dakwa Anwar. "Apa penyudah sebalik semua ini?," soalnya. Mungkin hanya 'tok dalang' yang pandai bermain 'silap mata' dengan menghilangkan orang tanpa dikesan mampu menjawabnya.


Amat malang bila SPR bertindak tanpa berlandaskan undang-undang dan mengikut telunjuk pihak-pihak tertentu yang takut kehilangan kuasa, siapa lagi kalau bukan Pengerusi Perhubungan UMNO Perak yang baru agaknya. Lantaran itulah SPR ditekan supaya membuat keputusan yang memihak kepada UMNO dan BN dalam hal ini. Walhal, sudah jelas kuasa Speaker Dewan Undangan Negeri Perak menerima surat perletakan jawatan itu dan MB sendiri telah mengadap Sultan Perak untuk memaklumkan perkara tersebut. Aneh benar bila SPR menjadi mahkamah dan membuat keputusan berdasarkan surat ADUN terbabit. Walhal itu bukan bidang kuasa mereka yang sebenarnya. Inilah masalahnya SPR.

http://pahangdaily.blogspot.com

Jawatan Exco dua ekor katak dilucutkan dan tidak dibenarkan menghadiri sidang DUN

IPOH [12.15 PM] - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin berkata Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak tidak akan dibubarkan bagi megandakan pilihanraya negeri manakala pemangku bagi dua jawatan exco yang kosong akan ditentukan Jumaat ini. Beliau berkata kerajaan negeri Perak tidak akan membubarkan DUN walaupun kerajaan negeri tidak lagi mengiktiraf Jamaluddin Mohd Radzi dan Mohd Osman Mohd Jailu sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak kawasan Behrang dan Changkat Jering. "Kita tak akan bubarkan DUN untuk buat pilihanraya. "Mengenai kekosongn dua jawatan exco itu, kita akan putuskan pemangkunya dalam mesyuarat exco yang akan diadakan pada Jumaat ini," katanya. Semalam, Speaker DUN Perak V. Sivakumar berkata, jawatan exco yang dipegang oleh kedua-dua ADUN itu juga dilucutkan dan mereka tidak dibenarkan menghadiri persidangan DUN negeri yang akan datang. Keputusan tersebut diambil kerana beliau tidak mengiktiraf keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam yang memutuskan kerusi DUN Behrang dan Changkat Jering tidak kosong dan Jamaluddin dan Mohd Osman mengekalkan jawatan mereka. Ditanya mengenai pengganti tetap bagi jawatan exco tersebut, beliau berkata pelantikan itu memerlukan prosedur yang lebih teliti. "Buat masa ini kita lantik pemangku dahulu kerana untuk melantik pengganti bagi jawatan exco yang tetap, kita perlu melalui proses yang lebih banyak termasuk memohon perakuan Sultan Perak," katanya.

Sebelum ini kami pernah menyatakan bahawa nyawa dua ADUN PKR terbabit bagai telur dihujung tanduk, yang dikejar tak dapat yang dikendung berciciran. Nampaknya, kini mereka pula boleh menarik nafas lega, apabila SPR membelakangkan perlembagaan dan undang-undang dengan mengikhtiraf kedua-dua ADUN terbabit masih sah. Ini bermakna kemungkinan besar untuk mereka melompat ke UMNO semakin cerah dan habuan yang dijanjikan pasti sudah berada dalam tangan. Apapun, diharap Kerajaan Negeri Perak tidak mengalah dengan membubarkan Dewan Undangan Negeri. Pengalaman dan sejarah yang berlaku di Kelantan yang memerintah dengan hanya majoriti satu undi sahaja baru-baru ini harus dijadikan panduan dalam meneruskan urusan pentadbiran kerajaan.

http://pahangdaily.blogspot.com/


Pakatan Rakyat bantah SPR, ketepikan kuasa Speaker

Image

IPOH, 4 Feb (Hrkh) - PAS bersama Pakatan Rakyat sepakat membantah keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang secara jelas mengenepikan bidang kuasa Speaker yang termaktub dalam Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan SPR di mana perlu mengadakan pilihan raya kecil setelah keputusan Speaker menghantar notis makluman kekosongan kerusi dua Dun kepada badan itu.

Setiausaha Agung PAS Dato' Kamaruddin Jaffar ketika dihubungi Harakahdaily lewat tengah malam tadi memberitahu bahawa bidang kuasa Speaker sudah jelas dan SPR tidak mempunyai kuasa untuk menolak notis pengosongan tersebut.

"SPR hanya boleh terima keputusan Speaker dan bukannya menyiasat atau membuat inkuiri. Asasnya pilihan raya kecil mesti disyhtiharkan oleh SPR dan sebarang keraguan yang berbangkit boleh dicabar dimahkamah.

"Setakat ini PAS bersama Pakatan Rakyat beranggapan dua Adun tersebut telah meletakkan jawatan," katanya yang telah pun mengadakan perbincangan dengan pimpinan komponen Pakatan Rakyat berhubung keputusan SPR itu.

Beliau dalam pada itu menyeru kepada rakyat khususnya penduduk Negeri Perak supaya terus memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat dan bersedia untuk mengahadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku kelak berikutan tindakan dua Adun yang dilihat cuba untuk menggugat kestabilan politik Perak.

"Tindakan undang-undang sedang dirancang oleh Pakatan Rakyat untuk menangani hal terbabit," katanya ringkas dan mahu seluruh rakyat berdoa supaya kerajaan Pakatan Rakyat Perak semakin kukuh sekaligus terus mentadbir dan memimpin rakyat amnya.

Pengerusi DAP, Lim Kit Siang berkata, SPR telah bertindak di luar perlembagaan dalam keputusannya tidak mahu mengiktiraf notis makluman kekosongan yang disampaikan oleh Sivakumar.

"Sebagaimana dijelaskan oleh bekas Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, fungsi SPR ialah bertindak selaras dengan notis pemakluman rasmi Speaker Perak mengenai kekosongan yang wujud dan mengadakan pilihan raya kecil dalam tempoh 60 hari," kata beliau dalam satu kenyataannya.

Sementara itu DAP memberi tempoh 48 jam untuk SPR menarik balik keputusannya untuk tidak mengadakan pilihan raya kecil. Pengerusi DAP Perak, Dato' Ngeh Koo Ham berkata, jika SPR gagal melakukan demikian, Pakatan akan mengambil tindakan susulan yang akan ditentukan kemudian.

"SPR tiada kuasa untuk menentukan sama ada notis makluman kekosongan Speaker sahih ataupun sebaliknya.Kami juga menggesa SPR supaya meletakkan jawatan memandangkan ia bukan lagi bebas," kata beliau dalam sidang akhbar di ibu Pejabat DAP negeri dekat sini.

Sementara itu Ketua Penerangan KeADILan Tian Chua mahu penduduk Perak menolak keputusan SPR yang tidak menghormati malah tidak berhak sama sekali mengenepikan Perlembagaan Persekutuan.

"Kepada penduduk Perak, anda supaya perlu tahu bahawa kerajaan yang anda sendiri pilih juga mempunyai haknya," katanya yang mahu semua pihak bertenang dan terus menjalani kehipan seperti biasa tanpa mengambil kira propaganda Barisan Nasional bahawa Pakatan Rakyat sudah goyah sedangkan ianya masih kukuh dan stabil.

http://www.harakahdaily.net

03 February 2009

ADUN Behrang kini benar-benar berang menuduh PKR menyingkirkannya!

KALI INI benar-benar berang. Bukan apa, kerana PKR sendiri cuba buang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dari parti itu. Dari menjadi Adun dan menjadi Exco Kerajaan Negeri Perak.

Jamaluddin mendakwa tindakan PKR menghantar surat peletakan jawatan beliau sebagai wakil rakyat berpunca daripada keinginan pemimpin tertentu parti itu yang berhasrat bertanding jika diadakan pilihan raya kecil.

Beliau berkata, ada pihak dalam PKR yang ingin pilihan raya kecil diadakan supaya calon pilihan mereka dipilih bertanding. Begitulah dakwaan Jamaluddin yang sebelum ini "hilang" selama lima hari dari pandangan mata dan tidak masuk kerja selama "hilang" itu.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak V. Sivakumar menerima surat peletakan jawatan Jamaluddin dan Adun Changkat Jering Mohd Osman Jailu Ahad lepas tetapi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini memutuskan bahawa tidak berlaku kekosongan pada keduadua kerusi berkenaan.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf berkata, ini kerana SPR mendapati wujudnya keraguan terhadap keduadua surat peletakan jawatan Mohd Osman Jailu sebagai Adun Changkat Jering dan Jamaluddin Mohd Radzi sebagai Adun Behrang.

Ketika dihubungi Bernama hari ini, Jamaluddin mendakwa berlaku perebutan jawatan di kalangan pimpinan PKR dan usaha untuk mengadakan pilihan raya kecil di dua kerusi DUN dirancang bagi membolehkan pemimpin tertentu dalam parti menjadi wakil rakyat dan seterusnya Exco kerajaan negeri.

Jamaluddin yang juga Bendahari dan Timbalan Pengerusi PKR Perak menyifatkan keadaan yang berlaku sebagai mainan kotor beberapa pemimpin parti yang ingin bertanding di DUN Behrang dan DUN Changkat Jering.

Mengenai tuduhan bahawa "kehilangan" beliau dan Osman didalangi oleh Barisan Nasional (BN), Jamaluddin berkata beliau sebenarnya cuti sakit dan tiada kena mengena dengan Umno.

Sebentar tadi, Buletin Utama menyiarkan rakaman penafian, penjelasan dan dakwaan Jamaluddin berkenaan perkara di atas.

http://sanggahtoksago.blogspot.com
http://lh3.ggpht.com/_NG2rpR7PL40/Sd7ECBLUWVI/AAAAAAAAAj4/cwlPA3Kc0GA/s720/bersemadi%20UMNO3.JPG


LYRIC

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight




http://lh4.ggpht.com/_NG2rpR7PL40/ScNA7ekrAAI/AAAAAAAAAe4/MnAONBmvtlE/pinkturtle%20video.JPG