21 February 2009

Tengok betul-betul Muka ini, ada tanda penipu di dahinya....

TIKET PAS... IBRAHIM Ali menunjukkan simbol PAS ketika hari penamaan calon pilihan raya umum ke-12 Mac lalu.

Nik Aziz: PAS cabar Ibrahim letak jawatan MP

Malah Nik Aziz cabar Ahli Parlimen Pasir Mas ini tanding uji populariti

[DIKEMAS KINI] KOTA BAHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, parti itu tidak bimbang jika Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali meletakkan jawatan, malah mencabarnya menguji kekuatan pengaruh politik dengan bertanding atas tiket Bebas dalam pilihan raya kecil.

Nik Aziz yakin Ibrahim tidak akan memperoleh kemenangan atau majoriti sebesar majoriti yang diperoleh dalam pilihan raya umum Mac tahun lalu jika tidak kerana sokongan daripada anggota PAS.

Pesuruhjaya PAS negeri itu berkata: "Keputusan PAS mencabar beliau (Ibrahim) supaya meletakkan jawatan kerana mengkritik PAS daripada belakang adalah keputusan PAS negeri yang dibuat dalam mesyuarat perhubungan negeri yang saya sendiri selaku Pengerusi (perhubungan)."

"PAS tidak bimbang jika Ibrahim letak jawatan dan bertanding semula atas tiket Bebas jika benar-benar ingin menguji kekuatan pengaruhnya dalam politik kerusi Parlimen itu jika ia mahu menyahut cabaran PAS supaya meletakkan jawatan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka, di sini hari ini.

Pagi ini ketika ditemui pemberita selepas merasmikan kursus kakitangan awam kerajaan negeri, Nik Aziz enggan memberikan sebarang ulasan mengenai desakan PAS Kelantan yang mahukan Ibrahim meletak jawatan.

"Tok se, tok se (tak nak, tak nak)," kata Menteri Besar Kelantan itu.

Semalam, Setiausaha Badan Perhubungan PAS, Kelantan Datuk Takiyuddin Hassan berkata, PAS Kelantan meminta Ibrahim meletak jawatan sebagai wakil rakyat berikutan tindakannya yang kebelakangan ini sering mengkritik PAS.

Takiyuddin menyifatkan kelantangan Ibrahim itu sebagai tidak mengenang budi sedangkan anggota Parlimen Bebas itu diberi peluang bertanding atas tiket PAS pada pilihan raya umum 2008.

Dalam reaksi spontan semalam, Ibrahim berkata, beliau tidak akan meletakkan jawatan kecuali diminta berbuat demikian oleh pengundi di kawasannya.

Ibrahim, 57, digugurkan dari jawatan Ketua Umno Pasir Mas pada 22 November 2003 dan kemudian digantung keanggotaannya dalam Umno seumur hidup kerana bertanding sebagai calon bebas pada pilihan raya umum ke-11, Mei 2004.

Ibrahim bagaimanapun tewas kepada calon PAS, Ismail Noh.

Ibrahim turut hilang wang pertaruhan selepas mendapat 415 undi semasa pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Pangkalan Pasir pada 2005 yang dimenangi oleh calon Barisan Nasional, Hanafi Mamat.

Ditanya mengapa PAS bertindak mencabar Anggota Parlimen itu meletakkan jawatan, Nik Aziz berkata, ini disebabkan Ibrahim mengkritik kepimpinan PAS dari belakang.

Nik Aziz berkata, walaupun Ibrahim calon Bebas, tetapi bukan bererti beliau boleh bebas tanpa sekatan.

"Kalau lembu pun kita kena ikat dengan tali, mana boleh manusia bebas tanpa sekatan.

"Sebagai pemimpin, Ibrahim tidak boleh mengkritik dan menyerang PAS dan pemimpinnya bukan-bukan.

"Ini bukan bererti PAS tidak boleh ditegur. Yang berhak mengkritik dan menegur (pemimpin dan parti) ialah rakyat," katanya.

Kepada soalan lain, jika Ibrahim enggan berundur dan meletakkan jawatan walaupun dicabar berbuat demikian oleh PAS, Nik Aziz berkata: "Memanglah, biasanya manusia tidak mudah mengaku kalah. Macamlah kita jadi menantu, kalau mentua bencipun kita tetap tinggal rumah itu kerana sayangkan anaknya..."

http://www1.mstar.com.my

SPRM - Lembu Yang Dicucuk Hidung



Peguam MB Selangor, Sankara Nair mendakwa Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said mempunyai motif politik yang jelas terhadap pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Tan Sri Khalid

Lagi: Kelab Greenboc

Perak: Speaker diancam bunuh


Khalil dan Wong sebelum membuat laporan polis.

Laman Web mykmu.net yang memaparkan tulisan dari editornya di lapor kepada pihak keselamatan oleh ADUN Canning, Wong Kar Woh dan ADUN Titi Serong, Khalil Idham Lim. Laporan Itu telah dibuat di Balai Polis Ipoh Barat pada jam 2.00 petang tadi.

Dalam tulisan editor yang tidak bertanggung jawab itu disebutkan antaranya "Jika zaman dahulu orang seperti Sivakumar ini sudah lama dibunuh oleh Laksamana Melayu. Hari ini orang Melayu sudah menjadi bacul-sebaculnya. Tidak pernah dalam sejarah Melayu pembesar Melayu mengangkat sembah kepada bukan Melayu, hari ini sudah berlaku di DUN Perak dan Selangor."

Kehadiran Khalil dan Wong disambut oleh sekitar 30 orang pemberita dan hampir 60 orang penyokong Pakatan Rakyat.

Dalam satu perenggan ditulis begini :"Nyahkan Sivakumar dan mereka yang terbabit membuat keputusan kononnya menghadiri majlis tuanku satu kesalahan keluar dari negari Perak Darul Ridzuan".

Laman web Mykmu.net ini juga menyebarkan fitnah dan berita tidak berasas dalam satu kolum dua minggu lepas telah melaporkan mendapat maklumat melalui rakannya dari Kampung Idaman yang megatakan Adun Selat Klang (Dr Halimah) ditangkap basah di sebuah hotel di Pelabuhan Klang. - DRS. KHALIL IDHAM LIM

nak jadi penipu kena PRO

aiyak..... lu kata lu sakit. Jantung talak moleh keleja. Sampai kina masuk itu hospital. lu manyak sakit sampai kasi nama hospital pun salah. mau kasi tau Hospital Selayang sulah jadi Hospital Kuala Lumpur.

wei osman lu munya loktor apa nama? wa mau jumpa sama lu munya loktor. apa pasat? lu munya loktor manyak maguih. sulah check kasi tau lu ala sakit jantung lagi moleh isap lokok.

wa ingat lu munya loktor mau lu mati cipat. bila lu sulah mati lia moleh angkat semua lu munya luit.

p/s : nak menipu kena PRO

http://anje-online.blogspot.com

PAS selar Mufti Wilayah

Tuduhan hina Sultan, PAS selar Mufti Wilayah

KUALA LUMPUR, 21 Feb (Hrkh) - PAS menyelar kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan Dato' Wan Zahidi Wan Teh yang berkata perbuatan menderhaka kepada pemerintah adalah satu dosa besar berdasarkan dalil daripada Al Quran dan Sunnah.

Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamaruddin Jaffar mempertikaikan tindakan mufti tersebut yang membuat kenyataan kerana mahu menjaga periuk nasi dan tidak berlaku adil.

Beliau juga menegaskan mufti tersebut sepatutnya mempertahankan Yang Dipetuan Agung ketika baginda dihina oleh penyokong Umno semasa krisis perlantikan Menteri Besar Terengganu selepas Pilihanraya Umum ke 12 Mac 2008.

"Kenapa ketika pemimpin dan penyokong Umno menghina Sultan yang juga Yang Dipertuan Agong, Wan zahidi berdiam diri?

"Apakah beliau hanya nampak apa yang dilakukan oleh sebelah pihak sahaja tetapi 'buta' bila pemimpin dan penyokong Umno lakukan?" soal Kamaruddin.

Beliau seterusnya menegaskan, apa yang dilakukan oleh rakyat Perak adalah semata-mata kerana mempertahankan perlembagaan Perak dan mereka tidak menulis 'banner' memaki Sultan sebaliknya mahu Sultan Perak bertindak mengikut perlembagaan dan undang-undang tubuh negeri Perak.

Jelas Kamaruddin lagi, apa yang dilakukan oleh Sultan Terengganu ketika memilih Menteri Besar adalah mengikut perlembagaan tetapi pemimpin dan penyokong Umno enggan menerima sesuatu keputusan yang dibuat berdasarkan perlembagaan dan undang-undang.

"Kerana itu seharusnya Wan Zahidi selaku mufti melihat perkara ini dengan jelas dan membuat kenyataan dengan bijak bukan kenyataan kerana mengikut telunjuk pemimpin tertentu," tegas Kamaruddin.

Mufti Wilayah itu dalam satu kenyataan yang disiarkan Bernama baru-baru ini berkata, perbuatan menderhaka kepada pemerintah adalah satu dosa besar berdasarkan dalil daripada Al Quran dan Sunnah.

Ekoran daripada kenyataan tersebut ramai pihak yang meminta agar Wan zahidi berlaku adil ketika menaqalkan hukum dari kitab Allah dan kitab-kitab yang muktabar, jangan terlalu hendak menjaga kedudukan sehingga sanggup mengenepikan beberapa prinsip asas dalam Islam.

http://www.harakahdaily.net

MB Perak DS Ir. Nizar : Lancar Jentera Bukit Gantang


Setiausaha Politik Menteri Besar Kerajaan Pakatan Rakyat sedang berucap menerangkan senario Negeri Perak. Dato' Seri Ir. Nizar sedang meneliti ucapan Setpol beliau. Turut kelihatan Ustaz Nordin Jaafar YDP Pas Kawasan. Dato Seri Nizar mempunyai dua program di Pulau Pangkor ,bersolat Jumaat,di Masjid Pulau Pangkor dan tiga program di Kawasan Bukit Gantang.Dialog dengan masyarakat Cina Dun Trong dan Majlis Tahlil Untuk Almarhum Hj Roslan Shaharum di Masjid Sg Tinggi. Kemuncaknya ceramah pelancaran Jenterta pilihanraya Pakatan Rakyat Parlimen Bukit Gantang.


Ribuan rakyat mendengar amanat MB Dato' Seri Nizar berkenaan krisis kerajaan Perak

Bukit Cempedak- Dato' Seri Nizar,berharap jentera Pilihanraya Pakatan Rakyat Bukit Gantang bersiap sedia menghadapi jentera BN.Beliau juga berharap pengundi Bukit Gantang mengajar BN dan menolak BN di Parlimen Bukit Gantang. Dianggarkan lima ribu rakyat turut hadir mendengar perkembangan negeri Perak.

Gambar sekitar lawatan ke Pulau Pangkor




Kemesraan pemimpin bersama rakyat jelas tergambar
- sewaktu dimasjid Sungai Rokam

Mereka kasih dan menghormati
Hj Nizar sebagai Menteri Besar

http://pemudabesut.blogspot.com

JANGAN SERAHKAN NEGARA KEPADA PEMBUNUH !

SURAT TERBUKA KEPADA PAKLAH
– JANGAN SERAHKAN NEGARA KEPADA PEMBUNUH !

Oleh Cucu Datuk Bahaman - Laman M@RHAEN



Kepada

Dato Seri Abdullah bin Hj Ahmad Badawi
Perdana Menteri Malaysia
Bangunan Perdana Putra
Jabatan Perdana Menteri
Putrajaya.

Assalamu’ alaikum Paklah,

Sebagai seorang rakyat Malaysia yang amat prihatin dengan suasana politik yang berlaku di dalam negara ini, saya merasa terpanggil untuk menulis warkah ini memandangkan tempoh Paklah sebagai Perdana Menteri dijangka akan berakhir dalam sebulan lagi.

Semenjak mengambilalih pentadbiran negara daripada Dr Mahathir pada 31 Oktober 2003 dahulu, banyak suara-suara nakal yang mengutuk dan mengkritik Paklah dan menjadikan kelemahan Paklah sebagai sasaran serangan mereka. Orang yang paling teruk menghentam Paklah adalah Mahathir sendiri. Memang tiada manusia yang sempuirna. Orang yang menghentam Paklah itu sendiri terlalu banyak buruk dan jeleknya sewaktu mengurus negara dahulu.

Saya tidak berhajat untuk menulis surat ini panjang lebar memandangkan saya kurang sihat tetapi demi memikirkan nasib negara dan rakyat keseluruhannya, saya merasa bertanggungjawab untuk menulis secebis nasihat kepada Paklah sementelah masih berbaki sisa kuasa yang masih ada itu. Seperti juga saranan pemimpin pembangkang seperti Dato Nik Aziz Nik Mat, Dato Seri Hj Abdul Hadi Awang dan Dato Seri Anwar Ibrahim sendiri yang mahukan Paklah terus menjadi PM sekurang-kurangnya sehingga pilihanraya yang akan datang.

Seruan ini bukan dibuat demi kepentingan politik semata-mata tetapi demi kesejahtreraan negara. Pemimpin pembangkang telah melihat jauh ke depan bahawa Paklah masih diperlukan oleh rakyat dan negara dan tidak rela menerima Najib sebagai PM pada akhir Mac depan.

Suka saya memberikan amaran kepada Paklah bahawa kehancuran negara ini sekiranya terjadi nanti adalah berpunca daripada kesilapan Paklah menyerahkannya kepada seorang yang sangat buruk perangai dan akhlaknya. Paklah akan dipertanggungjawabkan di depan Allah s.w.t nanti sekiranya menyerahkan negara ini kepada seorang pembunuh. Usahlah Paklah berdusta dengan diri sendiri atau cuba melindungi kebejatan perangai dan jenayah yang Najib lakukan kerana satu dunia sudah tahu bahawa Najiblah pembunuh Altantuya.

Harus diingat Paklah bahawa penjenayah seumpama Najib bukan sahaja tidak layak menjadi PM malah tidak layak untuk menghirup udara bebas di luar ini. Kerakusan dan kebuasan nafsunya bakal memporakperandakan negara ini sehingga rakyat tidak akan merasa aman daripada kejahatannya. Cubalah Paklah berfikir dan merenung jauh di sudut hati apakah wajar Paklah menyerahkan negara yang tercinta ini kepada seorang penjenayah? Kami rakyat lebih rela berPMkan Paklah berbanding Najib syaitan yang bertopengkan manusia itu.

Kami rakyat sekalian akan mempertahankan Paklah sekiranya Paklah tidak menyerahkan negara ini kepada si pembunuh itu. Alangkah moleknya kes perbicaraan yang sedang berlangsung sekarang ini digunakan sebaik-baiknya untuk meletakkan Najib sebagai pesalah jenayah di kandang tertuduh. Perlu diingat bahawa nasib Khairy menantu Paklah juga akan musnah apabila Najib menjadi PM. Percubaan Najib untuk mengenakan orang-orang Khairy melalui SPRM baru-baru ini adalah contoh bahawa beliau mencuba strateginya untuk memastikan legasi Paklah luput ditelan waktu apabila beliau menjadi PM.

Kami rakyat percaya bahawa Najib akan menjadi PM paling jahat dan ganas dalam sejarah tanahair memandangkan beliau sanggup melakukan apa sahaja termasuk membunuh dan meletupkan mayat demi memuaskan hawa nafsunya. Apakah Paklah sanggup menanggung dosa dan bala yang akan menimpa negara sekiranya menyerahkan pentadbiran kepada seorang pembunuh?

Untuk itu kami rakyat ingin merayu Paklah agar terus kekal menjadi PM sehingga sekurang-kurangnya pilihanraya akan datang. Buatlah rombakan kabinet dan singkirkanlah segala musang berbulu ayam, gunting dalam lipatan dan api dalam sekam yang sedang dan akan membakar Paklah dan Khairy nanti. Nyahkanlah mereka kerana rakyat pasti menyokong Paklah sekiranya mahu membersihkan kabinet daripada syaitan-syaitan yang bernafsu buas itu. Sementara masih ada kuasa ini, buatlah sesuatu wahai Paklah yang kami hargai. Persetankan si mulut becok Mahathir nyanyuk itu. Kubur dia semakin dekat dan sebaiknya dia persiapkan dirinya untuk menangkis pukulan Munkar dan Nakir. Kami merayu janganlah diserahkan negara ini kepada seorang pembunuh !!

Pertimbangkanlah dengan hati nurani yang bening akan saranan ini kerana Paklah masih diperlukan oleh rakyat demi kesejahteraan hidup mereka.

Salam hormat;

Cucu Datuk Bahaman – pewaris Ilmu Kiyai Salleh
Dan penduduk Batu Pahat
Batu Pahat, Johor Darul Ta’zim.
21 Februari 2009.

http://www.marhaen.info

Strategi Rampasan Kuasa Di Selangor Sedang Berjalan

Cubaan Dakwa MB Selangor Dan Kes Elizabeth Adalah Satu Strategi Jahat Najib Untuk Melakukan Rampasan Kuasa Di Negeri Itu Pula !!

Kes yang berlaku di Selangor sekarang modus operandi tetap sama. Menjatuhkan kerajaan Pakatan Selangor dengan cara memohon restu Sultan Selangor memecat MB Selangor sama seperti kaedah MB Perak dipecat. Bezanya, rombongan UMNO akan menemui Sultan Selangor memecat MB Selangor kerana beliau terlibat dengan rasuah dan salahgunakuasa. Tidak mustahil MB Selangor akan dipenjarakan sementara menunggu perbicaraannya.Keadaan menjadi kecoh dan ADUN-ADUN Pakatan Rakyat akan ditahan di bawah ISA sehinggalah mereka bersetuju menyertai UMNO untuk membentuk kerajaan negeri yang baru. Ketika ini juga UMNO mengharapkan Pakatan Rakyat Selangor berpecah dan berselisih-faham di dalam soal memilih MB. Dr.Hassan Ali akan diajak oleh UMNO menyertainya melalui pujukan daripada pihak istana dengan suapan jawatan MB Selangor.

Akhirnya Selangor tumbang ke tangan UMNO-BN walaupun mempunyai majoriti 16 kerusi ADUN. Langkah terbaik ketika ini ialah kawalan ketat terhadap kesemua ADUN,EXCO dan MB Selangor. Jika boleh, percepatkan tarikh persidangan DUN Selangor dan dedahkan segera penyelewengan yang dilakukan oleh Khir Toyo.Atau dedahkan melalui blog-blog dengan segera. Andainya tiada pilihan dan tekanan cukup kuat,bubar sahaja DUN Selangor dan adakan pilihanraya seluruh Selangor. Najib memerlukan Selangor dan Perak sebagai modalnya menjelang pemilihan UMNO Mac depan. Ketika ini beliau telah membentuk kemnya sendiri di Pahang iaitu, Shakar Shamsuddin bakal menjadi MB Pahang, Ismail Said (MP Kuala Krau), Ismail Sabri (MP Bera), Saifuddin Abdullah (MP Temerloh) dan Jamaluddin Jarjis (MP Rompin) akan dinaikkan menjadi menteri penuh dan Zahid Hamidi bakal menjadi Timbalan Presiden UMNO setelah Najib menjadi PM dan akan berlaku rombakan kabinet sekali lagi ketika itu.

Karier politik khairiy pula bolehlah dikatakan berakhir kerana Najib lebih cenderung menyokong Mukhriz sebagai Ketua Pemuda. Kehadiran sepupunya Hishamuddin dan dua pupunya Shahrir Samad juga akan menguatkan kedudukan Najib di dalam kabinet. Penasihat Najib, Dr Mahathir cukup risau dan telah menjangkakan peralihan kuasa tidak akan berlaku kerana orang-orang kanan Khairiy di Tingkat 4, Jabatan Perdana Menteri sedang berikhtiar untuk menghalang peralihan kuasa daripada berlaku. Rombakan kabinet dan perbicaraan semula kes Altantunya boleh menenggelamkan karier politik Najib. Paling tidak pun Najib akan diarahkan meletakkan jawatan TPM dan Menteri Kewangan dan dipersalahkan kerana kegawatan politik yang berlaku di Perak dan pelan pemulihan ekonominya juga gagal kerana matawang ringgit jatuh jika dibandingkan dengan dolar. Begitu juga dengan kadar pengangguran dan indeks komposit BSKL yang jatuh. - Tok Iskandar

Sesungguhnya kini, nampak benar Najib Razak sudah semakin kemaruk untuk berkuasa. Bermula dengan Perak, kemudian Kedah dan kini mereka mula merangka strategi untuk "merampas kuasa" di Selangor pula. Kami tetap dengan ulasan terdahulu bahawa kes yang melibatkan Exco Selangor dan juga ADUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong adalah satu "agenda khas" puak-puak UMNO untuk memulakan usaha tersebut.

Tidak syak lagi, mereka akan memulakan gerakan ini satu persatu untuk melemahkan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor. Apakah Anwar Ibrahim harus berdiam diri dengan usaha jahat ini. Sesuatu perlu dilakukan mulai sekaran, jika tidak kami yakin 100% apa yang terjadi di Perak akan merebak ke Selangor.

http://pahangdaily.blogspot.com


Ulasan Al-brangi

Pakatan Rakyat di Negeri Selangor harus bangun segera. MB dan di'kena'kan SPRM. Khir Toyo sudah beri isyarat agar TS Khalid turun.

Walaupun PR masih memperolehi majoriti, puak-puak UMNO tidak akan berdiam diri.

Saya ada menerima SMS daripada Terengganu selepas Perak di'rampas' kuasa oleh UMNO melalui satu konspirasi yang busuk dan meloyakan. SMS itu ada mengatakan, tunggu, selepas ini Kedah dan Selangor.

Saya sungguh tidak dapat menahan perasaan dan memebalas balik, sila datang ke Selangor, PAS akan 'menghidang'kan kepala babi. Selepas daripada itu SMS itu tidak datang lagi.

Dua tiga hari selepas itu, dengar berita Bukit Selambau sudah letak jawatan. Boleh tahan sikit, nasib baik tak melompat keluar.

Tak berapa lama, kes gambar 'panas' Eli dijaja di akhbar. Selang beberapa hari SPRM telah menyerahkan penyiasatan lengkap, siap diumum lagi kononnya penuh dengan bukti untuk AG buat pendakwaan.

Ayuh Pakatan Rakyat, buat mesyuarat tergempar. Tanya dari hati ke hati. Bersama atau tidak dengan Pakatan Rakyat. Kalau tak mahu lagi bersama, pakat-pakat letak jawatan dan adakan pilihanraya semula.

Jangan bubar dewan, kerana pengalaman di Perak, tak terbubarnya dewan tu. Letak jawatan secara 'en bloc'. Be gentleman jangan jadi dayus dengan lompat sana lompat sini, nanti mufti Selangor pulak beri fatwa, dosa besar.

Puak-puak UMNO mesti ketawa besar bila baca posting ini.


http://al-brangi.blogspot.com

Nizar dapat sambutan di seluruh negeri Perak

maaf tak dan nak update siang tadi pasal sibuk ngekor DS Nizar...pada jam 2.30 ptg DS Nizar mengadakan pertemuan dengan 35 ketua kampung yang sah...4 ketua kaum..kepimpinan Dewan Harian(PAS)..AJK Bahagian Bagan Datoh(PKR)...

DS Nizar kemudian menghadiri majlis hi-tea di Kampung Parit 1...selepas Solat Asar DS Nizar dibawa melawat ke Pasar Malam Kg.Batu 20...

pada jam 6.00 ptg DS Nizar beramah mesra dengan penduduk Bagan Sg.Tiang...malam bersolat maghrib di Surau Sg.Betul,Rungkup....

sekarang DS Nizar berada di Bagan Hutan Melintang..semasa ketibaan beliau sorakkan dari orang ramai telah menyambut ketibaan beliau..sorakkan ''Menteri Besar ..SAH..!!'' bergema di dewan ini ...

majlis bermula dengan ucapan YB K.Saven...saudara Madzi Hassan Ketua Bahagian PKR Bagan Datoh..

Hi-Tea di rumah Tuan Haji Ariffin














YB k.Saven berikrar akan terus bersama memperjuangkan keadilan






DS Nizar berjumpa rakyat di Pasar Malam Batu 20



(gambar di Bagan Sg.Tiang,Sg.Betul dan Bagan Hutan Melintang akan dimasukkan kemudian)

http://ini-yang-aku-rasa.blogspot.com

20 February 2009

Malangnya nasib kita, SPRM rupanya telah menjadi "senjata sulit" UMNO dan BN untuk menentang PR

KUALA LUMPUR - Maklumat terkini yang kami terima mengatakan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara begitu pantas dan cepat menyiasat kes "lembu" yang melibatkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim (foto). Khabarnya esok Tan Sri Khalid akan didakwa di mahkamah berhubung kes berkenaan penyalahgunaan kuasa. Nampaknya terserlahlah SPRM kini "tali barut" dan senjata bari UMNO dan BN bagi menjatuhkan Pakatan Rakyat. Bermula dengan isu Elizabeth Wong, kini seolah-olah perkara ini dirancang dengan rapi untuk menggegarkan Kerajaan Negeri Selangor. Semoga semua dapat bersedia dengan segala tindakan. Kami difahamkan usaha bagi menjatuhkan Kerajaan Selangor kini semakin memuncak selepas dimulakan dengan isu Elizabeth. Beliau kini diluar negara dan akan meletakkan jawatan seperti yang diarahkan jika tidak mahu "habuannya di tarik balik". Semua ini adalah satu drama dan sandiwara baru dalam politik Malaysia hari ini. SPRM pula begitu pantas untuk menyiasat dan Peguam Negara membawa kes itu ke mahkamah. Walhal baru seminggu ia dilaporkan !! Soalnya sekarang, mana pergi laporan kehilangan wang berjuta-juta dan rasuah yang dibuat oleh rakyat terhadap pemimpin UMNO dan Barisan Nasional sejak dulu kini dan selamanya !!

[Alangkah malangnya nasib kita, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang kita sangkakan akan berlaku adil dan telus kini rupanya telah menjadi "senjata sulit" UMNO dan BN untuk menentang Pakatan Rakyat. Bahkan lebih parah lagi, mereka ternyata gagal membuka sebarang fail atas laporan rasuah yang dibuat terhadap kehilangan wang berjuta-juta yang dilakukan oleh para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional. Sebaliknya begitu "rakus" untuk membongkar dan mendakwa Menteri Besar Selangor hanya kerana "kes lembu". Maka jelaslah kepada kita bahawa SPRM kini sebenarnya sudah menjadi "lembu yang dicucuk hidungnya" oleh para pemimpin UMNO dan BN demi kuasa

http://pahangdaily.blogspot.com

Nak menangani PPSMI pun tak boleh, Berperangai Kebudak-budakan,tidak berwawasan - al-brangi



Hisham: Pertahan institusi Raja Melayu hingga titisan darah terakhir


'Kita tahu angkara siapa'


Antara pemimpin utama yang hadir ialah pengerusi Pemuda BN, Datuk Seri Hishamuddin Hussein, naibnya, Khairy Jamaluddin dan pemimpin komponen BN yang lain.

hishammuddin hussien and umno bn youth pwtc support sultan rule 200209 05Dalam ucapannya, Hishammuddin yang juga berkata, Pemuda BN akan tetap mempertahankan institusi Raja-raja Melayu sehingga titisan darah terakhir.

"Kita tahu angkara siapa ini semua. Inilah yang hendak memecahbelahkan orang Melayu," katanya disambut jeritan nama Anwar dari kalangan hadirin.

Selain Hishamuddin, wakil komponen Pemuda BN lain turut berucap menyatakan taat setia kepada Raja-raja Melayu.

Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambery Abdul Kadir turut hadir dan menyampaikan ucapan di majlis tersebut.

Di akhir majlis, pemimpin Pemuda BN dan penyokong menyatakan ikrar taat setia kepada Raja-raja Melayu.

Wakil Pemuda Umno Sabah menyerahkan warkah junjung setia kepada Hishammuddin untuk disembahkan kepada Sultan Perak.

hishammuddin hussien and umno bn youth pwtc support sultan rule 200209 03Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Hishammuddin berkata, anak-anak muda yang ingin meluahkan kemarahan dan kekecewaan terhadap kemelut politik di Perak patut diberi ruang dan dipantau supaya tidak mencetuskan sebarang kekecohan yang mengganggu ketenteraman awam.

Beliau berkata cetusan semangat ini jika tidak dikawal, boleh menyebabkan huru-hara dan kekecohan.

"Sekurang-kurangnya kami tidak di jalanan..melontar batu dan sebagainya," katanya.

http://www.malaysiakini.com



Ulasan al-brangi

Hishamuddin......A True Warrior...


Saya cukup fobia dengan darah. Setiap kali doktor hendak mengambil darah, mesti berpeluh satu badan.

Tetapi kalau masa sembelih 'korban' sayalah orangnya yang memegang kepala lembu.

Semalam berderau darah saya, badan saya menggigil-gigil apabila Hishamuddin berkata, Pemuda BN akan tetap mempertahankan institusi Raja-raja Melayu sehingga titisan darah terakhir.

Walaupun ketika dia berucap dia tidak menghunuskan kerisnya seperti dahulu, namun saya tetap menggigil kerana saya tahu kebanyakan orang Johor berketurunan Sulawesi.

Semasa belajar sejarah dahulu guru saya pernah berkata, "Welcome to Sulawesi (SulSel ~ Sulawesi Selatan) Land of True warrior Bugis Man & Great Sultan Leadership."

Saya menjangkakan walaupun beliau nampak lembut, tetapi jangan rapat, beliau ada ilmu 'dalam'.

Saya nak tanya beliau, siapa yang nak main dengan darah-darah ni? Saya pun geli dan takut, lagipun kalau dah sampai ketitisan darah terakhir, tak sempat ambulans datang kita dah mati.

Tu lah perangai calon Naib Presiden, berperangai kebudak-budakan, tidak berwawasan, nak menangani PPSMI (Program Pembelajaran Sains & Matematik dalam Bahasa Inggeris) pun tercunggap-cunggap, seolah-olah macam dia dan mereka sahaja yang taat setia kepada Raja.

http://al-brangi.blogspot.com

Kes foto bogel Elizabeth bermotifkan politik - Mahathir


Kes foto bogel Elizabeth bermotifkan politik - Mahathir

CAMBRIDGE: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad percaya penyebaran gambar separuh bogel Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan, Elizabeth Wong bermotifkan politik.

“Di Malaysia sekarang, kita dapat lihat ramai yang mengamalkan taktik politik kotor,” katanya ketika diminta mengulas sama ada Wong merupakan mangsa parti politik tertentu.

Tambahnya, banyak perkara yang terjadi di Malaysia akhir-akhir ini ada kaitan dengan politik.

“Ini tidak bagus kerana amat mudah untuk mengambil gambar dan merosakkan reputasi seseorang individu,” katanya kepada The Star selepas memberi ceramah tentang Malaysia At The Crossroad di Unversiti Cambridge semalam.

Jelas Dr. Mahathir, keputusan sama ada Wong meletakkan jawatan atau tidak terletak kepada Parti Keadilan Rakyat walaupun ADUN berkenaan telah menawarkan diri untuk berbuat demikian.

http://www1.mstar.com.my

Jika beginilah cara SPRM bekerja, eloklah badan itu dibubarkan sahaja!!.

Salah Guna Kuasa: Kertas Siasatan Telah Di Siap Dan SPRM Punyai Bukti Kukuh Untuk Mendakwa Menteri Besar Selangor Dalam Masa Terdekat Ini

PULAU PINANG - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan didakwa di mahkamah berhubung dakwaan salah guna kuasa membabitkan penyelenggaraan kereta mewah dan pembelian lembu. Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan (foto) berkata, pihaknya mempunyai bukti kukuh berhubung kes itu dan kertas siasatan telah siap dan akan diserahkan kepada Peguam Negara dalam masa terdekat untuk tujuan pendakwaan.

Nampaknya semakin hari semakin bercelaru undang-undang di Malaysia. Laporan yang dibuat oleh pemimpin pembangkang kepada SPRM terhadap pemimpin UMNO dan Barisan Nasional senhingga ke hari ini masih belum disiasat. Kini SPRM mendabik dada kononnya ingin menjadi juara untuk mendakwa pula MB Selangor.

Ternyata SPRM kini bukan lagi telus, malahan telah menjadi "proksi" kepada Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional. Mana hilangnya laporan yang dibuat terhadap MB Terengganu serta lain-lain pemimpin UMNO yang rasuah dulu. Kini segalanya seolah-olah ditutup rapat-rapat untuk menjaga imej UMNO yang bakal mengadakan pemilihan Mac depan. Jika beginilah cara SPRM bekerja, eloklah badan itu dibubarkan sahaja!!.


hthttp://pahangdaily.blogspot.com

Najib, Kamulah Punca Semua Ini...

Sebelum naik sebagai PM, Najib perlu membuktikan kebolehannya. Dia perlu dilihat lebih hebat daripada Abdullah. Apa yang menimpa Umno dalam PRU yang lalu seolah-olah menjadi ‘hujah’ kepada Najib bahawa Abdullah perlu diganti. Namun begitu kekalahan Umno dalam dua PRK selepas itu kembali memudarkan imej Najib.

Dengan kekalahan itu, Abdullah dilihat punya hujah semula untuk kekal kerana Najib dikira gagal membuktikan kebolehannya. Tun Dr M berkata, bukan suatu kemestian Presiden Umno adalah PM. Abdullah akan berundur, tetapi bukan sebagai PM, cuma sebagai Presiden Umno. Presiden Pas ‘dinasihati’ Muhyidin apabila membangkitkan perkara ini di parlimen.

Muhyidin tumpang bimbang kalau-kalau ‘nasihat’ Abdul Hadi itu diterima pakai oleh Abdullah. Dia yang dipromosi oleh Najib sebagai timbalannya tentu kempunan. Justeru, dia perlu memintas cepat supaya nasihat Abdul Hadi tidak terpakai.

Menjadi rahsia umum bahawa krisis di Perak berpunca daripada rencana Najib. Boleh saja Najib menafikannya, tetapi penafian itu memperkukuhkan lagi sangkaan itu. Najib ingin membuktikan selepas kegagalan rancangan 916 bikinan Anwar, bahawa dia juga boleh melakukannya. Dia menjadikan rencana Anwar sebagai alasan tindakannya.

Sedari awal Perak diserang. Nasarudin dijadikan umpan. Tajol Rosli menjadikan alasan Nasarudin menyertai PKR untuk melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Perak. Sebaik sahaja jawatan itu disandang Najib, ramai yang sudah dapat menghidu rencana itu. Berlakulah apa yang berlaku.

Bila Anwar menyebut bahawa dia mempunyai rakaman CCTV berkaitan tindakan membeli dan merasuah wakil rakyat PKR terlibat, sangkaan umum bahawa Najib terlibat dengan semua ini menjadi bertambah kuat.

Najib tidak berseorangan dalam rencananya ini. Dia membela banyak ‘hantu raya’. Hantu-hantu ini diberi makan secukupnya. Disebut-sebut bahawa ‘hantu-hantu raya’ ini adalah bekas-bekas orang kuat PKR yang menyertai Umno terutama bekas pimpinan angkatan mudanya.

Mereka bergerak dari satu negeri ke satu negeri yang dikuasai PR. Bermula dengan Perak, Kedah dan Selangor turut diserang. Hantu-hantu raya ini datang dengan dua senjata, ugut dan duit. Ada yang berjaya ditewaskan dengan duit dan ada yang ditewaskan dengan ugut.

Najib tidak bermasalah untuk membela semua hantu itu kerana dia memang menjaga perbendaharaan negara. Ditambah pula hantu-hantu yang dibela Najib itu pun memang bermasalah kewangan semenjak menyertai PKR. Maka keupayaan Najib apabila digabungkan dengan keperluan hantu-hantu itu, rencana menjadi lancar dan berhasil.

Sebulan lebih sedikit sahaja lagi Najib akan jadi Presiden Umno tapi belum tentu dia jadi PM. Mungkin itu mustahil pada perkiraan orang Umno tetapi tidak mustahil dalam roda politik. Najib perlu membuktikan bahawa dia bukan sekadar layak jadi Presiden Umno tetapi layak juga jadi PM.

Untuk itu dia perlu melakukan lebih banyak onar untuk menonjolkan dia lebih ‘brutal’ daripada Abdullah. Sasaran onar itu tentulah negeri-negeri PKR. Ingat Najib, kamulah punca semua ini. Tunggu kamu akan dihukum oleh rakyat. Kalau rakyat berani menghukum Tun Dr M, mengapa tidak kamu?

Cuma, kalau Najib belum cukup hantu raya, dia boleh ambil orang ini sama. Siapa orang itu? Cuba teka.

http://bongkarsauh.blogspot.com

http://lh3.ggpht.com/_NG2rpR7PL40/Sd7ECBLUWVI/AAAAAAAAAj4/cwlPA3Kc0GA/s720/bersemadi%20UMNO3.JPG


LYRIC

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight




http://lh4.ggpht.com/_NG2rpR7PL40/ScNA7ekrAAI/AAAAAAAAAe4/MnAONBmvtlE/pinkturtle%20video.JPG