Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan melahir rasa simpati dan takziah kepada saudara Muhammad Ali yang kehilangan anggota keluarganya dalam satu kes samun dan bunuh yang berlaku dirumah beliau di Lorong Permai 14, Ampang Tasek, Ampang Jaya.
Dalam kejadian itu, isteri beliau Nurhajahan, 39, anaknya, Nurazizah, 7, dan Nasir, 22 ditemui mati bergelimpangan di dalam bilik dan ruang tamu.
Kejadian hanya diketahui setelah beliau pulang ke rumah selepas mengikuti pengajian agama selama tiga hari di masjid, pagi semalam.
ANGGOTA polis mengangkat salah seorang mangsa bunuh di Ampang Tasik, semalam.
Paling menyayat hati, anak kecil beliau yang baru berusia setahun, Habizah ditemui sedang meratap hiba di sisi mayat ibunya dalam keadaan tubuh kecilnya yang turut bermandi darah.
Peristiwa ngeri yang dilalui keluarga Myanmar ini hampir serupa dengan kejadian seorang kanak-kanak berusia dua tahun yang ditemui menangis berhampiran mayat ibunya yang dibunuh dengan kesan tikaman di dada dan perut di rumah mereka di Taman Seri Jeram 3, Jalan Bakri, Muar Johor pada Julai tahun lalu. di sini, petang semalam.
Mayat Choo Lee Fong, 24, ditemui berlumuran darah dengan tiga kesan tikaman di perut, dua di dada serta beberapa kecederaan di leher berhampiran tangga di rumah kos rendah dua tingkat.
Pemudawilayah melahirkan kebimbangan akan nasib dan keselamatan rakyat dinegara ini khususnya bagi suri rumah yang tinggal dirumah disaat suami mereka tiada dirumah.
Peristiwa kejam seperti ini seharusnya tidak berlaku berulang kali. Pemudawilayah mendesak agar pihak Polis meningkatkan rondaan bagi menjaga keselamatan orang awam sama ada diluar rumah atau di dalam rumah mereka.
Walaupun pihak Polis boleh menangkap pembunuh itu, tapi apa gunanya kepada keluarga mangsa, kerana yang pergi sudah pergi menghadap tuhannya. Apa yang rakyat mahu adalah pencegahan awal agar ianya tidak berulang.
Dalam hal ini Pemudawilayah juga menyatakan kekesalan terhadap pihak Polis yang sering bangga mengumumkan jumlah anggotanya yang ditugaskan setiap kali ada Pilihanraya. Polis juga ternyata lebih seronok menghabiskan masa untuk pergi memantau ceramah Pakatan Rakyat terutamanya di Perak pada masa ini. Mereka juga lebih suka duduk menyibukkan diri bagi menghalang himpunan rakyat yang sehingga ke hari ini sudah terbukti berjalan secara aman tanpa adanya provokasi dari pihak Polis.
Sewajarnya usaha menangani jenayah seperti kes samun dan bunuh ini menjadi keutamaan Polis bukannya kes-kes politik yang jelas menunjukan ketidakseimbangan layanan Polis terhadap Pakatan.
Pemudawilayah menghormati tugas Polis dan kami juga berharap Polis memahami keutamaan tugas mereka bagi meraih kembali sokongan dan kepercayaan rakyat.
Pemudawilayah yakin bahawa ramai anggota Polis yang berdedikasi terhadap usaha memerangi jenayah diluar sana. Pemudawilayah juga menyeru kepada seluruh warga rakyat agar sensitif terhadap apa yang berlaku dipersekitaran serta berusaha membantu mengurangkan kes jenayah di dalam kawasan kejiranan mereka.
Polis dan masyarakat perlu bersatu bagi mencegah jenayah. Pemudawilayah juga memberikan sokong terhadap sebarang usaha menangani jenayah dari semasa ke semasa.
Herman Samsudeen
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan.
2 comments:
POLIS HANYA MEMANTAU AKTIVITI PKR YANG TAKUT DIDEDAH KEBEJATAN SANG PEMIMPIN UMNOI/BN ! MEREKA SANGGUP MENJAGA PEMIMPIN-PEMIMPIN PERASUAH DARI MEMBELA RAKYAT ! KESELAMATAN RAKYAT TEMPAT KEDUA ,KEUTAMAAN 'WAJIB' MENJAGA' SANG PEMIMPIN-PEMIMPIN UMNOI/BN DEMI CARI NAMA,MAKAN DAN PANGKAT ! RAKYAT MAMPUEH PI LA !
Jenayah bunuh sudah jadi acara mingguan di Malaysia. Rakyat jadi rosak apabila pemimpin sudah rosak. Apabila pemimpin negara sudah melanggar undang-undang dan perlembagaan tertinggi negara, apalah yang hendak diharapkan lagi akan keselamatan harta negara dan wang rakyat yang tersimpan dibeberapa institusi seperti KWSP, Tabung Haji, Lembaga Angkatan Tentera, pelaburan di bank-bank GLC kerajaan dan banyak lagi. Sudah terserlah pemimpin yang memerintah dan yang bakal mengambil alih serta pasukan kabinetnya merupakan penyamun, lanun, perompak harta rakyat dan negara. Mereka sangat jauh daripada sifat amanah, jujur dan ikhlas. Sifat yang ada dalam kalangan pemimpin BN yang menerajui kerajaan pusat pada hari ini ialah tamak haloba, rompak mana yang sempat, rasuah semahu-mahunya, culik dan bunuh seteru jika terpaksa, tipu rakyat sebanyak yang boleh, seleweng daftar pengundi di SPR selagi boleh diperlembukan, kerah tenaga polis bagi merosakkan semua aktiviti Pakatan Rakyat, balun semua harta jabatan kerajaan untuk membantu Bee End,gertak hakim-hakim dan raja-raja dan seribu satu macam sifat dan cara puak penjenayah BN memerintah Malaysia. InsyaALLAH kuasa rakyat akan menumbangkan kerajaan BN pada PRU13. Hancur BN! Hancur UMNO! Hancur semua pemimpin penjenayah tegar! Rakyat dahagakan keadilan dan pengurusan negara yang amanah, telus dan berwibawa serta menyanjung prinsip demokrasi juga Rukun Negara!
Post a Comment