Ok…aku dah balik dari Istana Iskandariah, Kuala Kangsar. Apa yang boleh aku cerita setakat ini ialah selepas zohor tadi, sekumpulan NGO-NGO telah menghantar satu referendum Rakyat kepada Sultan Azlan Shah, meminta supaya DUN Perak dibubarkan, dan hak rakyat untuk memilih kerajaan dikembalikan. Yang lain…aku kena hold dulu.
Aku belum mendapat kebenaran untuk menulis apa yang sedang berlaku, kerana tidak mahu apa yang berlaku kepada Dato Nasa dan YB Hee berulang.
Sementara menunggu mesyuarat Pakatan Rakyat berakhir…dan sebelum aku mendapat greenlight untuk bukak mulut, hangpa tengok dulu video ini. Kalau aku tulis, mungkin ada orang kata aku saja heboh. Yang ni Nizar sendiri yang cerita.
Dan dengar juga, bagaimana YB Hee diperdaya sehingga menandatangani surat keluar parti dan menjadi ADUN Bebas. Berapa lama mereka boleh bertahan dengan ugutan?
No comments:
Post a Comment