21 February 2009

PAS selar Mufti Wilayah

Tuduhan hina Sultan, PAS selar Mufti Wilayah

KUALA LUMPUR, 21 Feb (Hrkh) - PAS menyelar kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan Dato' Wan Zahidi Wan Teh yang berkata perbuatan menderhaka kepada pemerintah adalah satu dosa besar berdasarkan dalil daripada Al Quran dan Sunnah.

Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamaruddin Jaffar mempertikaikan tindakan mufti tersebut yang membuat kenyataan kerana mahu menjaga periuk nasi dan tidak berlaku adil.

Beliau juga menegaskan mufti tersebut sepatutnya mempertahankan Yang Dipetuan Agung ketika baginda dihina oleh penyokong Umno semasa krisis perlantikan Menteri Besar Terengganu selepas Pilihanraya Umum ke 12 Mac 2008.

"Kenapa ketika pemimpin dan penyokong Umno menghina Sultan yang juga Yang Dipertuan Agong, Wan zahidi berdiam diri?

"Apakah beliau hanya nampak apa yang dilakukan oleh sebelah pihak sahaja tetapi 'buta' bila pemimpin dan penyokong Umno lakukan?" soal Kamaruddin.

Beliau seterusnya menegaskan, apa yang dilakukan oleh rakyat Perak adalah semata-mata kerana mempertahankan perlembagaan Perak dan mereka tidak menulis 'banner' memaki Sultan sebaliknya mahu Sultan Perak bertindak mengikut perlembagaan dan undang-undang tubuh negeri Perak.

Jelas Kamaruddin lagi, apa yang dilakukan oleh Sultan Terengganu ketika memilih Menteri Besar adalah mengikut perlembagaan tetapi pemimpin dan penyokong Umno enggan menerima sesuatu keputusan yang dibuat berdasarkan perlembagaan dan undang-undang.

"Kerana itu seharusnya Wan Zahidi selaku mufti melihat perkara ini dengan jelas dan membuat kenyataan dengan bijak bukan kenyataan kerana mengikut telunjuk pemimpin tertentu," tegas Kamaruddin.

Mufti Wilayah itu dalam satu kenyataan yang disiarkan Bernama baru-baru ini berkata, perbuatan menderhaka kepada pemerintah adalah satu dosa besar berdasarkan dalil daripada Al Quran dan Sunnah.

Ekoran daripada kenyataan tersebut ramai pihak yang meminta agar Wan zahidi berlaku adil ketika menaqalkan hukum dari kitab Allah dan kitab-kitab yang muktabar, jangan terlalu hendak menjaga kedudukan sehingga sanggup mengenepikan beberapa prinsip asas dalam Islam.

http://www.harakahdaily.net

1 comment:

Anonymous said...

Ini mufti umno/BN yang bergaji dan dapat elaun besar setiap bulan. Dia tak komen pembunuhan Altantuya oleh tangan-tangan ghaib Najib dan Rosmah C4. Tapi bila kes rekaan Saifool dengan Anwar, cepat pulak dia beri komen menyebelahi Najib! Cis..Mufti perut!! Apakah habuan dunia yang sedikit telah mengaburi matamu mengatakan yang benar dihadapan pemerintah yang zalim?

http://lh3.ggpht.com/_NG2rpR7PL40/Sd7ECBLUWVI/AAAAAAAAAj4/cwlPA3Kc0GA/s720/bersemadi%20UMNO3.JPG


LYRIC

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight




http://lh4.ggpht.com/_NG2rpR7PL40/ScNA7ekrAAI/AAAAAAAAAe4/MnAONBmvtlE/pinkturtle%20video.JPG