KUALA LUMPUR: Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh berkata perbuatan menderhaka kepada pemerintah adalah satu dosa besar berdasarkan dalil daripada Al Quran dan Sunnah.
Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata sebarang perbuatan tunjuk perasaan bertujuan mencabar pemerintah adalah haram seperti dinyatakan dalam sebuah hadis yang bermaksud : "Mana-mana kumpulan manusia berarak ke arah Sultan dengan tujuan merendahkannya, maka mereka akan dihina oleh Allah sebelum hari Kiamat."
Beliau berkata dengan demikian berhubung kenyataan Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria baru-baru ini mengenai kewajipan rakyat mentaati titah sultan.
Harussani membuat kenyataan itu berikutan tindakan penyokong parti pembangkang yang biadab, mencela dan menderhaka Sultan Perak Sultan Azlan Shah ketika berdemonstrasi di Masjid Ubudiah Kuala Kangsar sebelum itu.http://www1.mstar.com.my
Betulkah Fatwa Ini?
Menderhaka memang salah. Derhaka maknanya tidak taat. Anak derhaka bapa, salah. Isteri derhaka suami, salah.
Tapi kalau suami itu ada masanya dia ‘tak ketahuan lagu’, lalu isteri tidak taat ketika itu, salahkah? Atau bapa itu ada harinya ‘lebih kurang bapa ayam’, anak tak taat semasa itu, salahkah?
Bapa dengan anak diikat dengan darah. Suami dengan isteri diikat dengan ‘kontrak’. Kedua-dua ikatan itu boleh terputus secara fizikal tetapi tidak secara maknawi. Sampai bila-bila pun. Namun ketaatan kepada mereka ada batasnya, sempadannya. Maknanya, ada ketika mereka boleh ‘diderhakai’. Bila? Bila mereka sudah jadi ‘tidak ketahuan lagu’.
Raja dengan rakyat diikat dengan apa? Ok, Rukunegara. Kesetiaan kepada raja dan negara. Cukup, saya tidak berani tulis lebih-lebih walau pun saya boleh buat begitu. Saya takut dicop ‘penderhaka’. Susah saya dibuatnya. Tapi kalau bapa dan suami boleh ‘diderhakai’, demikian juga orang lain pun.
Fatwa yang dibuat oleh kedua-dua Mufti ini pendek sangat. Tidak cukup panjang. Bila tidak cukup panjang, tidak lengkap. Bila tidak lengkap, boleh dipersoalkan. Bila dipersoalkan, wibawa Mufti hilang. Bila wibawa Mufti hilang, orang kata macam-macam dekat Mufti. Bila orang kata macam-macam dekat Mufti, Mufti nak marah.
Kalau fatwa itu panjang dan lengkap, tetapi media tidak menyiarkan dengan lengkap, media bersalah. Kalau nak keluarkan fatwa atau nak siarkan fatwa, biar lengkap dan jelas supaya tidak menjadi bahan sendaan orang. Fatwa bukannya ‘petua’.
Tapi kalau mufti sengaja mengeluarkan fatwa sekadar itu sahaja, saya nak katakan begini.
“Tuan-tuan Mufti, cukuplah. Apa lagi yang tidak cukup dengan kehidupan dunia tuan-tuan? Tuan-tuan ada nama, pangkat, pendapatan lumayan… Semua ada. Apa lagi yang tuan-tuan cari?”
Seorang sahabat nabi bermadah, “Wahai dunia, kalau engkau nak tipu, tipulah orang lain. Jangan tipu aku”.
Letihlah. Lepas ni tak mau cakap lagi pasal derhaka.
http://bongkarsauh.blogspot.com
Ulasan...
Kita syorkan mufti ini cepat-cepatlah pergi belajar dengan Dr Haron Din.Tambahkan lagi pengethuan agama supaya apabila bagi penjelasan tu,orang mudah faham dengan jelas.Jangan jadi tergantung atau tak sampai maksud secara keseluruhan.Kalau malas sangat nak pi mengadap dengan Dr Haron Din Boleh lah baca penjelasan beliau di..
http://www.harakahdaily.net atau http://www.harakahdaily.net
Atau Versi http://penarikbeca.blogspot.com
2 comments:
ulama' kebendaan sentiasa wujud pada setiap zaman.
kalau dulu wujud ulama' yg bersifat duniawi....zaman skang pun ada.
ulama' yg sukakan duniawi nie selalunya akan merahsiakan kebenaran yg terdpt dlm al-Quran dan hadith....in short...diorg akan kemukakan dalil dari al-Quran tapi dalil tersebut tidak sempurna, tidak dibacakan sehingga habis ayat.
tujuannya ialah....memperbodohkan umat Islam sejagat....menghalalkan kekejaman & kezaliman pemerintah yg superb zalim...dan menggembirakan boss mereka (pemerintah zalim) kerana boss tersebut membela mereka, memberi segala kesenangan.
kita perlu berjaga2 dgn orang yg bergelar ulama' seperti nie.
kini bukan sahaja mufti alim tentang ilmu Islam....umat Islam kini juga sudah pandai tentang Islam....umat Islam dah tak bodoh dah....umat Islam kini ramai yg g ngaji agama...ramai yg ada kesedaran Islam....ramai yg dekat kpd Allah SWT.
mufti2 sila jgn nak perbodohkan umat Islam malaysia.
no wonder Al Quran explain setiap 4 orang mufti only one akan masuk jannah dan 3 lagi akan terjun hell.. Besar tanggungjawab mufti tuer..
Post a Comment