15 February 2009

Mahfuz mahu gantung saja tugas Zamry dan exco Perak yang baru!


WARTAWAN, Intan Abdullah meloparkan Menteri Besar baru, Dato' Zambry Abdul Kader dan exconya perlu digantung daripada terus memegang jawatan kerana ia masih belum dikira halal memandangkan keputusan mahkamah masih belum diperolehi.

Ketua Penerangan PAS, Dato' Mahfuz Omar menyelar tindakan Menteri Besar Perak yang baru, Dato' Dr Zambry Abdul Kadir kerana gopoh untuk memulakan tugasnya, sebelum mendengar keputusan mahkamah.

"Zambry serta barisan exco dan penasihat-penasihatnya perlu menunggu keputusan mahkamah bagi mengesahkan status sebenar jawatan mereka sebagai suatu gambaran ketelusan serta keadilan kepada semua pihak, termasuk Nizar yang dilucutkan jawatan secara tidak demokratik," tegasnya ketika dihubungi Harakah.

Katanya, Zambry dan exco lantikan baru perlu menangguhkan terlebih dahulu pelaksanaan tugasan mereka kerana status kedudukan mereka masih lagi kabur dan belum disahkan oleh mahkamah.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu menegaskan bahawa Zambry dan exconya tidak boleh mengadakan mesyuarat exco serta membuat apa jua keputusan mengenai pentadbiran kerajaan negeri itu sehingga kes ini diputuskan oleh mahkamah.

Tambahnya, langkah yang wajar diambil oleh Dato' Seri Nizar Jamaludin buat masa ini adalah menggunakan proses perundangan bagi mengesahkan status kerajaan negeri Perak menjadi milik siapa.

Oleh itu, Mahfuz menyarankan agar segala urusan pentadbiran diambil alih Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Dr Abdul Rahman Hashim sementara menanti keputusan mahkamah.

http://sanggahtoksago.blogspot.com

2 comments:

Anonymous said...

kerajaan BN kini adalah kerajaan Haram. Biar SUK yg take over sementara tunggu keputusan mahkamah......

Anonymous said...

SUK pun satu kepala dengan Zambry. Elok SUK jadi calon di Bukit Gantang, nak tengok gentlemen tak dia atau sekadar penjilat umno no. 1 di Perak! Jadi SUK tapi buat-buat tak faham perlembagaan tubuh Perak. Mungkinkah suk dah jadi 'sapu untuk kroni'. SUK Perak ni tak jauh beza dengan Mamak Mendeliar pada zaman Kesultanan Melaka era Sultan Mahmud. Puuiihh ..hampeeh!

http://lh3.ggpht.com/_NG2rpR7PL40/Sd7ECBLUWVI/AAAAAAAAAj4/cwlPA3Kc0GA/s720/bersemadi%20UMNO3.JPG


LYRIC

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight




http://lh4.ggpht.com/_NG2rpR7PL40/ScNA7ekrAAI/AAAAAAAAAe4/MnAONBmvtlE/pinkturtle%20video.JPG