SHAH ALAM [2.47 pm] - Nasib dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman yang didakwa atas tuduhan membunuh Altantuya Shaariibuu akan ditentukan Mahkamah Tinggi di sini pada 9 April depan. Hakim Datuk Mohd. Zaki Md. Yasin menetapkan tarikh itu selepas beliau selesai mendengar hujahan balas Timbalan Pendakwa Raya, Manoj Kurup di akhir kes pembelaan terhadap Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar. Sirul, 37, dan Cif Inspektor Azilah Hadri, 33, telah dibicarakan selama 159 hari termasuk prosiding hari ini. Mereka diperintahkan membela diri atas tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, 28, di antara Lot 12843 dan Lot 16735 Mukim Bukit Raja dekat sini antara pukul 10 malam, 19 Oktober dan 1 pagi, 20 Oktober 2006. Sebelum ini, mereka dibicarakan bersama Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia (MSRC), Abdul Razak Abdullah Baginda, 48, yang dituduh bersubahat membunuh Altantuya. Bagaimanapun pada 31 Oktober 2008, Hakim Mohd. Zaki memerintahkan penganalisis politik itu dilepas dan dibebaskan tanpa perlu membela diri setelah pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen penting dalam pertuduhan bersubahat.
http://pahangdaily.blogspot.com
1 comment:
Aku jamin 2 orang polis ini akan bebas tanpa syarat seperti Hanif yang dituduh membunuh Norita di Condominium Sri Hartamas 3 tahun lalu. Sebabnya kes membabitkan pimpinan tertinggi negara Bee End. Kes terus dibakul sampahkan. Alasan cukup mudah, beliau berdua tidak tahu simati dan tidak tahu pengarah pembunuhannya. Apatah lagi pengarahnya dah jadi PM April nanti. Kes pun tutup. Kes Eli pulak akan diperbesarkan. Khir Toyopun ketawa..kah..kah..kah! Nah ...penyapu!
Post a Comment