18 February 2009

Cabar Perlantikan MB Haram: Mahkamah Tetap Isnin Depan

Rampasan Kuasa: Menteri Besar Perak Yang Sah Ir.Muhammad Nizar Hadir Untuk Mendengarkan Sebutan Kes Saman Di Mahkamah Tinggi Hari Ini

KUALA LUMPUR - Menteri Besar Perak, Ir Muhammad Nizar Jamaluddin hadir di Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Tugas-tugas Khas) Jalan Duta jam 10.45 pagi tadi untuk sebutan samannya mencabar pelantikan menteri besar baru Perak. Saman tersebut, yang difailkan Jumaat lalu, dijangka didengar oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohamad Arif Md Yusof. Turut kelihatan di perkarangan mahkamah ialah penyokong-penyokong PR yang tetap bersemangat memberikan sokongan moral kepada Nizar dan kerajaan PR Perak.

Mahkamah Tetapkan Isnin Untuk Sebutan Kes

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan Isnin ini bagi sebutan untuk mempertimbangkan tiga isu yang dibangkitkan pada hari pertama prosiding undang-undang yang difailkan oleh Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, yang mencabar pelantikan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak. Tiga isu itu ialah sama ada Pesuruhjaya Kehakiman Mohamad Ariff Md Yusof patut menarik diri daripada mendengar saman itu, mengenai sama ada kes itu patut dirujuk ke Mahkamah Persekutuan untuk penentuan daripada segi persoalan undang-undang dan mengenai kedudukan Penasihat Undang-undang Negeri Perak Datuk Ahmad Kamal Md Shahid untuk mewakili Dr Zambry dalam saman itu. Mohamad Ariff menetapkan tarikh itu selepas Peguam Kanan Persekutuan See Mee Chun memaklumkan mahkamah yang beliau perlu mendapatkan arahan mengenai pendirian Pejabat Peguam Negara mengenai tiga isu itu. Kes itu ditetapkan untuk sebutan hari ini selepas Mohammad Nizar memfailkan saman itu Jumaat lepas. Hadir di mahkamah ialah Mohammad Nizar, yang diwakili oleh sepasukan lapan peguam yang diketuai Sulaiman Abdullah. Dr Zambry diwakili oleh Ahmad Kamal manakala See mewakili Pejabat Peguam Negara dan Datuk Mohd Hafarizam Harun adalah peguam pemerhati bagi UMNO. Mohammad Nizar memohon semakan kehakiman untuk mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar yang sah dan bagi injunksi untuk menghalang Dr Zambry atau ejennya daripada menjalankan tugas dan fungsi sebagai Menteri Besar.

[Jika mahkamah kita memang benar-benar telah bebas dari cengkaman pemerintah, maka satu keputusan yang adil dan telus akan dapat kita dengari. Namun, jika mahkamah kita sendiri pun "haprak" dan masih dipengaruhi dengan "tangan-tangan belakang" maka sudah pasti kes ini akan berpihak kepada mereka. Justeru itu kita amatlah berharap agar hakim yang mendengar kes ini adalah antara satu hakim yang akan ke syurga dan bukan dua lagi hakim yang akan ke neraka baka kata Karpal Singh ketika baca "hadis Nabi" tatkala perbicaraan kes liwat Anwar dulu

http://pahangdaily.blogspot.com

No comments:

http://lh3.ggpht.com/_NG2rpR7PL40/Sd7ECBLUWVI/AAAAAAAAAj4/cwlPA3Kc0GA/s720/bersemadi%20UMNO3.JPG


LYRIC

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight




http://lh4.ggpht.com/_NG2rpR7PL40/ScNA7ekrAAI/AAAAAAAAAe4/MnAONBmvtlE/pinkturtle%20video.JPG