
Luahan dan teguran rakyat dijawab dengan Gas pemedih mata dan semburan air kimia
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, walaupun bahasa Inggeris diberi ruang dalam sistem pelajaran, kerajaan tidak akan berganjak menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa perantara pendidikan di negara ini.
‘‘Kita akan terus mempertahankan bahasa Melayu sebagai bahasa perdana di negara ini. -
IPOH: Pakatan pembangkang di Perak akan menanam lima batang pokok ahad ini berhampiran sebatang pokok yang dijadikan tapak 'sidang tergempar' oleh 28 anggota Dewan Undangan Negeri pada Selasa lalu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Remis, Nga Kor Ming daripada DAP berkata, lima pokok itu akan dinamakan sempena lima prinsip yang menjadi motto pakatan DAP, PAS dan PKR semasa ia mentadbir Perak sebelum bertukar kepada Barisan Nasional bulan lepas akibat tindakan tiga anggota pembangkang keluar parti masing-masing untuk menyokong BN.
Lima prinsip itu ialah keadilan, amanah, ketelusan, wibawa dan kebajikan.
Nga berkata, beliau menjangka tapak sidang DUN di bawah pokok itu bakal menjadi satu lokasi tarikan pelancong.IPOH - Polis Perak mengesahkan menerima 31 laporan mengenai perhimpunan haram yang terjadi berikutan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) 'tergempar' di bawah pokok beringin berhampiran Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini pada 3 Mac lalu.
Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah berkata, 14 laporan itu disiasat di bawah Kanun Keseksaan, lima di bawah Akta Hasutan dan 12 kerana mengedarkan risalah yang berunsur hasutan.
"Semuanya sedang disiasat namun pendirian pihak polis jelas, ia merupakan perhimpunan haram dan sesiapa yang menghadirinya bakal dikenakan tindakan undang-undang.
"Pihak polis juga telah mengenal pasti kebanyakan peserta perhimpunan haram itu. Sebagai permulaan pihak polis mengemukakan enam foto suspek yang disyaki terlibat," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini semalam.
Sebelum itu, beliau menyaksikan upacara serah tugas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Perak daripada pemangku jawatan itu, Asisten Komisioner Zulkifli Hassan dengan Pemangku Senior Asisten Komisioner II, Mohd. Dzuraidi Ibrahim Zulkifli.
Zulkifli meminta individu terbabit memberi keterangan di balai polis berhampiran dalam masa terdekat bagi membantu sisatan.
SINGAPURA: Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Ahmadshah Abdullah, adalah antara empat rakyat Malaysia yang dinobatkan oleh Forbes Asia sebagai "Wira Dermawan 2009".
Mereka yang lain ialah Datin Seri Panglima Raya Erom, juga dari Sabah dan isteri bekas ketua menteri Datuk Seri Panglima Salleh Said Keruak; pengerusi Kumpulan Sunway, Tan Sri Jeffrey Cheah; serta presiden dan pengasas Limkokwing University of Creative Technology, Tan Sri Lim Kok Wing.
Forbes Asia hari ini mengedarkan terbitan tahunan "Heroes of Philanthropy" ketiganya dan terbitan kedua yang menyenaraikan 48 penderma terkemuka empat daripada setiap 12 negara terpilih yang memberikan sumbangan yang besar dan ada kalanya inovatif, bagi tujuan amal di Asia dan di negara-negara lain.
Dalam satu siaran media di sini, Forbes Asia berkata yang terpilih bukanlah semestinya mereka yang menghulurkan derma terbesar, sebaliknya pilihan itu bertujuan menonjolkan orang yang bermurah hati dari golongan yang berbeza-beza, sebahagiannya yang terpilih tahun lepas, tetapi kebanyakannya nama baru yang patut diberikan pengiktirafan.
Ia berkata krisis kewangan global menjejaskan kekayaan di seluruh Asia, tetapi tahun lepas masih merupakan tahun yang baik bagi sumbangan amal kerana hartawan dan penderma-penderma cuba meneruskan komitmen amal mereka dan antara penerima manfaat itu ialah mangsa gempa bumi Sichuan dan angin puting beliung Myanmar.
Dalam kata-kata penghargaannya, majalah itu berkata Ahmadshah, 62, pemilik harta berskala kecil, mengasaskan Yayasan Tun Ahmadshah pada 2004 untuk membantu mereka yang memerlukan dan menderma kira-kira AS$13,000 setahun.
Ia mengeluarkan biasiswa dan membiayai program pendidikan bagi pelajar-pelajar yang kurang bernasib baik, membayar kos perubatan dan kelengkapan penjagaan kesihatan, serta membantu ibu tunggal, anakanak yatim dan mangsa tragedi.
Raya Erom, 46, mewarisi sebahagian besar kekayaannya daripada bapa mertuanya, Tun Mohd Said Keruak, yang juga bekas Yang diPertua Negeri Sabah, dan melabur dalam sektor pembangunan harta, perkayuan dan pelancongan.
Menurut Forbes Asia, beliau yang bercita-cita membantu seramai orang yang mungkin sejak di bangku sekolah lagi itu menjalankan kerja amal dalam pembangunan kanakkanak, pendidikan, kesihatan, kesenian, muzik perlindungan alam sekitar dan kesukanan.
Raya Erom kemudian menubuhkan Yayasan Kebajikan Suria pada 1996, dan yayasan itu telah membantu lebih 1,000 kanak-kanak di seluruh Sabah.
Tahun lepas beliau menderma sejumlah AS$37,000 dan bentuk wang dan barangan, dan tahun ini yayasan itu akan menubuhkan bahagian kaunseling wanita bagi menangani cabaran kerjaya, kemurungan, kemandulan dan penderaan.
Majalah itu berkata Cheah, 63, memulakan Tabung Amanah Pendidikan Sunway pada 1997, yang telah mengeluarkan biasiswa kolej bernilai AS$12 juta sejak penubuhannya.
Beliau menderma AS$3 juta tahun lepas, kebanyakannya bagi pembinaan dan kerja baik pulih sekolah rendah dan menengah, dan kini merancang untuk menjadikan dana amanah itu sebagai Yayasan Tan Sri Jeffrey, menjelang pertengahan tahun ini, dengan mengambil contoh Yayasan Harvard.
Tentang Lim, 62, Forbes Asia berkata beliau telah menyumbang dan menganjurkan kempen mengumpul dana bagi segalanya, dari usaha membanteras AIDS hinggalah menentang dasar apartheid.
Misi beliau ialah "merintis jalan bagi pembelajaran individu yang memerlukan untuk mengembangkan bakat dan kemahiran mereka sepenuhnya agar mereka boleh menyumbangkan kepada pembinaan negara," kata Forbes.
Tahun lepas, Lim menyumbang sejumlah AS$22,000 kepada perjuangan rakyat Palestin melalui kempen mengumpul dana "Plight of Palestinians: From Grim to Bleak", kata majalah itu.
Sirul pernah mendakwa dia hanyalah seekor kambing hitam, maka dengan ‘kenyataan beramaran’ yang didedahkan oleh Raja Petra dan laporan akhbar Perancis itu, adakah Najib adalah gembala kepada kambing hitam, si Sirul ???
Sebuah akhbar Perancis mendakwa Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak pernah bertemu dengan mangsa pembunuhan kejam Altantuya Shaariibuu di sebuah kelab di Paris pada 2005 bersama Razak Baginda.
Menurut laporan akhbar Liberation semalam, 5 Mac, 2009, Najib pernah bergambar bersama pasangan kekasih itu.
Dengan laporan itu sekaligus menolak penafian yang pernah dibuat oleh ‘bakal perdana menteri’ itu kononnya beliau tidak mengenali Altantuya.
Malah Najib pernah bersumpah dengan menyebut nama Allah, tidak mengenali wanita itu sewaktu diserang hebat oleh Pakatan Rakyat khususnya PKR sewaktu pilihanraya kecil Permatang Pauh sedang memuncak, Ogos tahun lepas.
Penyiasat Persendirian yang hilang hingga kini, P.Balasubramaniam, turut mendakwa Najib mengenali Altantuya dalam satu Surat Akuan Bersumpahnya yang pertama.
Tidak sampai 24 jam, Balasubramaniam muncul dalam keadaan tertekan, membawa kepada umum Surat Akuan Bersumpah yang kedua, dimana kandungannya bertentangan.
Selepas itu, Balasubramaniam “dihilangkan” dan walaupun laporan telah dibuat oleh anak saudaranya, tiada apa-apa siasatan dibuat oleh pihak polis.
Keputusan kes bunuh Altantuya yang melibatkan dua anggota pasukan elit Unit Tindakan Khas (UTK) akan diketahui awal bulan depan.
Razak, yang dituduh bersekongkol dengan anggota polis berkenaan, dibebaskan daripada pertuduhan berkenaan dalam keputusan mahkamah tinggi yang dipertikaikan oleh pelbagai pihak sebagai tidak masuk akal dan sesuatu yang direncanakan.
Razak bertindak sebagai pengantara untuk menghasilkan rundingan pembelian kapal selam itu daripada Syarikat Armaris, sebuah usahasama Peranchis-Sepanyol.
Altantuya seterusnya datang ke Kuala Lumpur October 2006 apabila menerima berita Armaris telah membayar komisyen RM541juta kepada Perimekar yang di miliki oleh Razak.
Altantuya menuntut komisyennya berjumlah 500,000 dolar Amerika daripada Razak.
Menurut akhbar itu, siasatan mendapati Rosmah, isteri Najib membantah sebarang pembayaran kepada Altantuya.
Altantuya mendesak Razak untuk membayarnya untuk beberapa hari dan ketika inilah keputusan diambil untuk bertindak terhadap wanita Mongolia itu.
Tugas itu diberikan kepada dua anggota polis unit tindakan khas untuk melindungi orang kenamaan termasuk Najib.
Rakyat hari ini hampir sebulat suara menolak anggapan Zambry Abdul Kadir yang percaya gabungan pakatan pembangkang sengaja merancang mengadakan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di bawah pokok memalukan negara di mata dunia apabila undian SMS membuktikan 93% menyatakan Sidang Tergempar semalam TIDAK lansung memalukan negara.
Selain Zambry, Menteri Pelancongan Datuk Azalina Othman Said dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar juga beranggapan sedemikian.
Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang diadakan di bawah pokok, semalam, adalah sesuatu yang amat memalukan dan mencalar imej negara di mata dunia, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar.
http://nikhassanazmi.blogspot.com
Video 1/9 : 3.3.09
7.30 pagi. Bangunan SUK telah dikawal sejak semalam. Semua kenderaan dilarang memasuki kawasan bangunan SUK, termasuk staf SUK.
7.40 pagi. Wartawan mula berkumpul.
7.45 pagi. Wartawan bersiap sedia setelah mendapat maklumat rombongan Menteri Besar dan EXCO akan sampai untuk memasuki bangunan sekretariat.
7.50 pagi. FRU bersiap sedia mengawal pintu utama.
7.55 pagi. Dr. Lee Boon Chye, Naib Presiden PKR tiba dan dikerumuni oleh wartawan. Tiba-tiba disergah oleh gangster UMNO dengan perkataan-perkataan lucah.
Video 2/9.
7.55 pagi. Wartawan mengerumuni lelaki yang menjerit perkataan lucah.
Gangster Umno terus membuat provokasi walaupun penyokong PR bertenang. Ini yang aku kata, susah nak kenal yang mana gangster Umno dan yang mana SB. Perhatikan lelaki (nampak macam berbangsa India) dan ikuti pergerakannya dalam video-video seterusnya.
Video 3/9.
8.00 pagi. Rombongan Menteri Besar dan EXCO tiba dengan menaiki dua buah bas. Mereka datang dari arah Medan Istana.
Rombongan MB dan EXCO dihalang oleh gangster Umno. Seorang pengawal EXCO telah dipukul oleh gangster-gangster Umno tetapi tidak ada seorang pun anggota polis yang membantu. Walaupun orang ramai menjerit meminta bantuan polis, tetapi ratusan polis yang ada hanya berdiri tegak, tanpa seorang pun yang membantu.
8.10 pagi. Ketika gangster Umno menghalang rombongan PR, MB dan EXCO menyusup masuk kekawasan berhadapan bangunan SUK tetapi dihalang oleh FRU.
Penganalisis politik Prof Madya Dr Mohammad Agus Yusoff dari Universiti Kebangsaan malaysia menyatakan "jangankan bawah pokok, sidang atas pokok pun ia tetap sah," ketika diminta mengulas mengenai kesahihan Persidangan Tergempar Dewan Undangan Negeri Perak oleh Kerajaan Pakatan Rakyat pagi semalam.
Sessi sidang tergempat 30 minit, yang bermula jam 10.20 pagi, telah dipanggil oleh Speaker Dewan Undnagan Negeri Perak V.Sivakumar, dan dihadiri oleh kesemua 27 ADUN dari Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat.
Dr Mohammad Agus, menambah ketiga-tiga usul yang diluluskan secara sebulat suara semasa sessi itu juga adalah sah dan tidak boleh dicabar di dalam mahkamah.
Usul pertama ialah menyatakan sokongan dan undi percaya terhadap Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar, kedua meminta pembubaran dewan undangan negeri supaya satu pilihanraya dapat diadakan, dan ketiga menerima keputusan Speaker menggantung Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan keenam-enam exco dari sebarang persidangan dewan undangan negeri.
Dr Mohammad Agus menyatakan bahawa persidangan DUN yang lepas hanya ditangguhkan dan belum ditamatkan.
“Jika ditangguhkan, bererti Speaker mempunyai kuasa untuk memanggil sidang tergempar walaupun tanpa perkenan Sultan,” tambahnya.Sementara itu, Presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan menyatakan kejadian yang berlaku di Perak belum pernah terjadi dan melibatkan isu perundangan yang kompleks.
Sekalipun mustahil untuk menyediakan pendapat yang sempurna mengenainya, beberapa perkara perlu dilihat sebagai perkara prinsip, katanya di dalam kenyataannya.
Beliau menyedari terdapat persoalan samada bleh atau tidak untuk melaksanakan sidang dewan di luar dari bangunan Kerajaan Negeri.
“Tentulah, di dalam bangunan itu terletaknya dewan undangan negeri yang sepatutnya persidangan itu berlansung.
“Tetapi, Speaker dan ahli dewan undangan negeri telah dihalang dari menjalankan sidang di tempatnya oleh pihak polis, dan ini menimbulkan isu yang serius mengenai tindakan polis berkenaan.
“Oleh itu Speaker tiada pilihan melainkan untuk bertindak mengikut budi-bicaranya untuk mengendalikan persidangan itu di tempat lain,” kata beliau.
Mahkamah hari ini telah memutuskan sidang tergempar hari ini tidak sah. Ramai melihat keputusan hakim tersebut terlalu berat sebelah dan hanya mengambil kira hujjah-hujjah dari pihak pendakwa.
[DIKEMAS KINI, 12.35 TENGAH HARI] PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Ai akan diadakan serentak pada 7 April ini.
Dengan keputusan itu, ketiga-tiga pilihan raya kecil iaitu kerusi Parlimen Bukit Gantang dan dua DUN - Bukit Selambau dan Batang Ai akan diadakan pada hari yang sama.
Batang Ai terletak di Sarawak manakala Bukit Gantang di Perak dan Bukit Selambau di Kedah.
Hari penamaan calon bagi kerusi DUN Batang Ai juga akan diadakan serentak pada 29 Mac, kata Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof di Kuching sebentar tadi.
Pada 13 Februari lalu, SPR memutuskan untuk mengadakan kedua-dua pilihan raya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau pada 7 April.
Pada 24 Februari lalu, kerusi Batang Ai kosong ekoran kematian penyandangnya, Datuk Dublin Unting Ingkot daripada Barisan Nasional (BN).
Unting, yang merupakan Menteri Muda Pertanian dan Menteri Muda Sukan Sarawak, meninggal dunia di Pusat Perubatan Pakar Normah akibat serangan angin ahmar yang dialaminya pada 22 Mei lalu.
Pada pilihan raya negeri Mei 2006, beliau menewaskan Nicholas Bawin Anggat dari Parti Kebangsaan Sarawak dengan majoriti 806 undi.
2009 pinkturtle2 All Rights Reserved | Bluesense theme designed by Make Money Online | Dosh Dosh
Bloggerized by Free Blogger Template - Distributed by Adsense Templates