![[mandat_rakyat_telah_dirampas.jpg]](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhbEiJ0MwfqxDeJeAWaEJfafSC8cyfGgsfn04PWs3ubeIwKml2rgJ9igr0wQOSUJMwFlLiznuUKec5J7Q7fci9VICHDfOqioC5l7AUBaAcW-Nvo0YBfL7z1KIM_QxAmOAE-B68HhLcZ7yN6/s1600/mandat_rakyat_telah_dirampas.jpg)
Tak Mungkin Dapat Restu Rakyat Kerana Mandat Rakyat Telah Dirompak Dan Dirampas
Rombakan kabinet Rabu ini?
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka mengumumkan penubuhan kabinet baru Rabu ini.
Malaysiakini dimaklumkan mengenai perkara itu oleh sumber-sumber yang rapat dengan pejabat perdana menteri.
Najib mengangkat sumpah sebagai perdana menteri Malaysia keenam di Istana Negara pagi ini.
Difahamkan, rombakan kabinet itu akan mencerminkan barisan kepimpinan Umno yang dipilih dalam perhimpunan agung Umno bulan lalu.
Ekoran itu, tercetus spekulasi mengenai beberapa menteri kabinet Abdullah akan digugurkan oleh Najib.
Mereka termasuk Menteri Pelancongan Datuk Azalina Othman Said; Menteri Pembangunan Luar Bandar, Tan Sri Muhd Muhamad Taib; Menteri Luar, Datuk Seri Rais Yatim dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar.
Manakala Datuk Shafie Apdal yang menang jawatan naib presiden Umno bulan lalu dijangka dipindahkan ke kementerian pertahanan.
Pindah kementerian
Pada masa ini Shafie merupakan menteri perpaduan, kebudayaan, kesenian dan warisan.
Manakala Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi - yang mendapatkan undi tertinggi bagi jawatan naib presiden - juga dijangka dipindah ke kementerian yang lebih kanan.
Datuk Idris Haron pula dijangka dilantik sebagai menteri, mengetuai kementerian pelajaran dan kementerian pengajian tinggi yang dijangka digabungkan.
Pada masa ini Idris merupakan timbalan menteri pengajian tinggi. Manakala Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein - seorang naib presiden - dijangka dipindahkan ke kementerian belia dan sukan.
Seorang lagi menteri yang tewas dalam pemilihan Umno, Datuk Shahrir Samad telahpun menyerah surat peletakan jawatan sebagai menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna.
Setakat ini, tidak dapat dipastikan kedudukan menteri pengajian tinggi, Datuk Mohd Khaled Nordin yang gagal dalam perebutan jawatan naib presiden Umno.
Kabinet lebih kecil
Kabinet baru Najib itu juga dijangka lebih kecil bilangannya kerana beberapa kementerian mungkin digabungkan bagi memastikan keberkesanan pentadbiran baru.Sementara itu, petang tadi Najib menghadiri majlis perpisahan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang diadakan di perkarangan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya.
Semua menteri kabinet dan ketua jabatan kerajaan serta pegawai kanan kerajaan hadir di majlis tersebut.
Mereka mula berkumpul pada jam 3 petang dan Abdullah muncul bersalam dengan mereka kira-kira jam 5 petang.
Abdullah yang diiringi Najib turut melambai-lambaikan tangan kepada kakitangan kerajaan sebelum meninggalkan pejabat perdana menteri kira-kira jam 5.20 petang.
KUALA LUMPUR, 3 April (Hrkh) - Para pengundi di Parlimen Bukit Gantang diseru untuk terus memberi sokongan kepada pemimpin yang dianiaya yang sekaligus menjadi mangsa kerakusan kuasa Barisan Nasional (BN) - Umno sehingga menjadi suasana di Perak tergugat kestabilannnya.
Timbalan Mursyidul Am PAS Dato' Dr Haron Din berkata undi yang bakal diberikan nanti sudah pasti akan memberi kesan besar kepada masa depan penduduk di negeri itu termasuk membawa kebahagiaan dan keharmonian masyarakat di dunia bahkan di akhirat kelak.
"Kita mesti melihat wadah parti yang disokong, bagi pengundi di Bukit Gantang, Dato' Seri Nizar Jamaluddin mewakili parti Islam yuang mencari keredhaan Allah. Pengundi di Bukit Gantang bukan sekadar pilih calon tetapi untuk masa depan negara dan rakyat.
"Dengan maksud jika wakil kelompok yang memperjuangkan Islam dipilih, ianya satu mesej jelas bahawa masyarakat Malaysia, Islam dan bukan Islam sedang melakukan proses penolakan ke pada parti Barisan Nasional (BN) - Umno dan sekaligus menerima baik Pakatan Rakyat," katanya dalam satu temubual dengan Harakahdaily semalam.
Dr Haron Din berkata bahawa proses penolakan ini mestilah diterjemahkan terus bukan sahaja di Bukit Gantang tetapi di DUN Bukit Selambau dan Batang Ai, yang mewakili satu wadah perjuangan ke arah memartabatkan Islam dan kukuhkan Pakatan Rakyat.
Pilihan raya ini katanya bagi mengubah kemungkaran dan kerosakan Umno-BN dan gantikan dengan sebuah negara berkebajikan yang diperjuangkan PAS dan manifesto Pakatan Rakyat yang dinantikan seluruh masyarakat.
Ditanya tentang kemelut rampasan kuasa yang dilakukan oleh BN tempoh hari, Haron Din menyatakan bahawa yang menjadi mangsa keadaan ialah Nizar yang dijatuhkan dengan cara tidak beretika seterusnya dikecam dengan pelbagai tuduhan dan tohmahan.
"Dalam kes ini Nizar dianiaya. Ianya dirujuk kepada rakyat untuk buat keputusan..." katanya. -
CheGu Bard: Dua tiga hari kebelakangan ini Abdullah seolah berdalih-dalih bila menyebut mengenai tarikh tepat peralihan kuasa. Abdullah hanya menyatakan bahawa 2 April merupakan tarikh dia akan mengadap Yang Di Pertuan Agong untuk mempersembahkan surat perletakan jawatan (yang sehingga kini tidak disebut tarikhnya).
Mungkin panik dengan perkembangan tersebut dan ditambah dengan rasa tamak maka Najib telah bertindak membelakangi Istana dengan mengarahkan JPM mengeluarkan kad jemputan Majlis Angkat Sumpah yang kononya akan diadakan di Istana Negara pada hari Jumaat ini.
Najib telah bertindak derhaka dan kurang ajar dengan mendahului Yang Di Pertuan Agong.
Kuat desas desus mengatakan pihak istana cukup rasa kurang senang dengan sikap 'kelolo' Najib ini. Maka dikatakan Majlis Angkat Sumpah esok dibatalkan.
Gambar merah padam Najib yang dirakam ketika keluar dari Istana Negara (atas) mungkin boleh menggambarkan betapa paniknya ketika ini.
cheGuBard akan mempersembah surat terbuka kepada Istana Negara berkenaan perkara ini.
http://chegubard.blogspot.com
PUTRAYAJAYA: Datuk Shahrir Abdul Samad hari ini menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkuatkusa 8 April kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Beliau mengesahkan menyerahkan surat peletakan jawatan itu pada mesyuarat Kabinet hari ini.
Shahrir berkata demikian ketika ditemui pemberita di perkarangan Bangunan Perdana Putra di sini selepas menghadiri mesyuarat itu.
Mesyuarat Kabinet itu adalah yang terakhir dipengerusikan Abdullah, yang akan melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri bagi memberi laluan kepada timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak.
Shahrir pada Khamis lalu mengumumkan mahu meletak jawatan setelah beliau gagal mempertahankan jawatan anggota Majlis Tertinggi (MT) pada Perhimpunan Agung Umno yang berakhir Sabtu lepas.
2009 pinkturtle2 All Rights Reserved | Bluesense theme designed by Make Money Online | Dosh Dosh
Bloggerized by Free Blogger Template - Distributed by Adsense Templates