03 April 2009

Exco Buat Laporan Polis Terhadap V.Sivakumar



IPOH [8.50 pm] - Satu laporan polis dibuat terhadap Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar hari ini kerana didakwa mengemukakan afidavit palsu semasa perbicaraan saman pemula Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abd Kadir dan enam exconya untuk membatalkan keputusan penggantungan mereka menghadiri sidang DUN. Laporan dibuat oleh ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Rapat, Hamidah Osman (foto) di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di sini jam 7 malam tadi.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Pelancongan dan Hal Ehwal Wanita negeri merupakan seorang daripada enam Exco Barisan Nasional (BN) yang digantung oleh Sivakumar daripada menghadiri sidang DUN selama 12 bulan. Katanya laporan dibuat kerana Sivakumar dikatakan telah mengemukakan afidavit palsu semasa perbicaraan dalam kamar di Mahkamah Tinggi di sini pada 30 Mac lalu.

"Saya dimaklumkan oleh peguam yang mewakili Menteri Besar dan enam Exco BN bahawa Sivakumar telah mengemukakan afidavit palsu semasa perbicaraan kes itu diadakan dalam kamar hakim pada 30 Mac lalu,"
katanya kepada pemberita di sini. "Dalam afidavitnya, beliau mengatakan bahawa keputusan menggantung Menteri Besar dan enam Exco BN daripada menghadiri sidang dewan adalah keputusan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, afidavit dikemukakan oleh Sivakumar ini adalah bertentangan dengan kenyataannya sebelum ini yang mengatakan keputusan menggantung Menteri Besar dan enam Exco BN dibuat oleh beliau sendiri selaku Speaker DUN. Malah, kata Hamidah, perkara itu turut dinyatakan dalam surat yang dihantar oleh Sivakumar kepada mereka semasa memaklumkan mengenai penggantungan itu.

[Nampaknya BN Perak masih terus mencari isu untuk menghalang V.Sivakumar. Sememangnya kes penggantungan MB dan Exco BN itu sudah diketahui umum sebelum ini yang ia dibuat oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN. Seantero dunia sudah diwar-warkan perkara itu, mengapa Hamidah beriya-iya benar mahu mempertikaikannya dan mengatakan Sivwakumar membuat afidavit palsu di mahkamah.

Soalnya sekarang, apakah pihak polis juga akan sepantas kilat berlari untuk menyiasat dakwaan tersebut bila ia dilaporkan oleh pemimpin UMNO dan BN. Tetapi mereka menyepi dan menikus jika laporan polis dibuat oleh pembangkang. Makanya Najib perlu membersihkan imej polis agar kelihatan adil dan saksama hendaknya nanti.

http://pahangdaily.blogspot.com

No comments:

http://lh3.ggpht.com/_NG2rpR7PL40/Sd7ECBLUWVI/AAAAAAAAAj4/cwlPA3Kc0GA/s720/bersemadi%20UMNO3.JPG


LYRIC

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight




http://lh4.ggpht.com/_NG2rpR7PL40/ScNA7ekrAAI/AAAAAAAAAe4/MnAONBmvtlE/pinkturtle%20video.JPG