01 April 2009

BUKIT GANTANG : 12 Permit Untuk BN 3 Untuk PR

Polis Perak dibidas hari ini keana ketidak-adilan serta mengenepikan permohonan permit parti dari Pakatan Rakyat di dalam permohonan mengadakan ceramah untuk pilihanraya Bukit Gantang.

Daripada 15 permit yang diluluskan, 12 adalah untuk Barisan Nasional dan hanya 3 untuk Pakatan Rakyat.

Tindakan polis yang menolak permohonan permit untuk DAP memberikan ceramah di Taman Molek, Jalan Simpang, Simpang, Taiping di sini juga disifatkan sebagai satu tindakan yang melanggar perlembagaan negara iaitu kebebasan untuk berucap dan bercakap.

Ahli Parlimen Taiping merangkap pengarah pilihan raya DAP di Bukit Gantang, Nga Kor Ming membidas tindakan polis menolak permohonan permit itu sebagai satu tindakan terdesak dari pihak Barisan Nasional (BN).

“Jika alasan penolakan permintaan itu adalah relevan tidak mengapa, kami boleh terima tetapi alasan yang diberikan oleh pihak polis ialah DAP bukan parti yang bertanding.

“Tindakan terbaru BN ini menunjukkan bagaimana mereka menggunakan polis untuk menafikan hak kami untuk mendekati rakyat.

“Apa yang lebih kami kesalkan di sini ialah Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia yang seharusnya menjadi orang tengah dan memastikan pilihan raya berjaya dengan adil, telus dan bersih juga kini seolah-olah memihak kepada BN.

“Sudalah media arus perdana dan media elektronik sudah disekat, kekuatan kami iaitu ceramah menggunakan mulut pula kini tidak dibenarkan.

“Ini merupakan satu ancaman kepada demokrasi negara dan penindasan kepada Pakatan Rakyat (PR),”katanya dalam satu sidang media di wisma DAP di sini semalam.

Kor Ming berkata, surat memohon permit telah dihantar kepada pihak polis Taiping pada 27 Mac untuk mengadakan ceramah pada malam 31 Mac di taman berkenaan, bagaimanapun pihak polis menolak permohonan mereka pada 30 Mac .

“Ketua polis Perak pula menyatakan pihaknya telah meluluskan sebanyak 15 permit berceramah, tetapi ironinya di sini ialah sebanyak 12 permit itu diluluskan untuk BN manakala bakinya pula untuk PR. Mana keadilan di sini.

“DAP adalah sebuah parti yang berdaftar dan mempunyai hak untuk berceramah dan kami telah mengikut segala prosedur yang ditetapkan. Keputusan polis itu amat mengecewakan kami,” katanya yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Remis.

Menurutnya, pihaknya akan menghubungi Ketua Polis Perak untuk meminta beliau memberikan permit berceramah mengikut lunas undang-undang yang sedia ada.

Manakala menurut Ahli Parlimen Bruas Datuk Ngeh Koo Ham, tindakan terbaru dari pihak polis ini menunjukkan BN memang sudah membuat kesilapan dan mereka bimbang ia akan diketahui oleh masyarakat.

“Tindakan polis adalah ‘double standard’. Pengundi berhak tahu apa yang berlaku. Lagipun polis tidak berhak untuk halang atau menentukan siapa yang berhak dan tidak berhak untuk memberikan ceramah,” katanya.

Kor Ming menunjukkan surat penolakan dari pihak polis. Turut kelihatan, Koo Ham (kiri) dan Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran.

http://greenboc.blogspot.com

1 comment:

Anonymous said...

Kalau santau tu halal, dah lama dah polis-polis tu kena santau

http://lh3.ggpht.com/_NG2rpR7PL40/Sd7ECBLUWVI/AAAAAAAAAj4/cwlPA3Kc0GA/s720/bersemadi%20UMNO3.JPG


LYRIC

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight




http://lh4.ggpht.com/_NG2rpR7PL40/ScNA7ekrAAI/AAAAAAAAAe4/MnAONBmvtlE/pinkturtle%20video.JPG