11 April 2009

Darurat Di Thailand, Najib Pulang Hampa



Darurat Di Thailand, Najib Pulang Hampa

MIC timbang keluar dari kabinet, "Keputusan dijangka dibuat dalam masa terdekat

dr s subramaniam interview 210308 05


















MIC timbang keluar dari kabinet


MIC sedang menimbang untuk menarik keluar wakil parti itu dalam kabinet baru ekoran banyak lagu isu-isu yang belum diselesaikan, terutama berhubung layanan pentadbiran baru terhadap masyarakat India, kata sumber dalaman parti itu hari ini.

Walaupun senario itu dilihat sukar berlaku, tetapi beliau berkata, MIC bersedia melakukannya bagi menumpukan kepada usaha menyatu padukan masyarakat India terlebih dahulu.

"Keputusan itu dijangka dibuat dalam masa terdekat ini, mungkin dalam mesyuarat jawatankuasa pusat MIC yang akan datang lewat bulan ini," katanya.

Bagaimanapun, parti itu akan kekal menganggotai gabungan BN.

Sumber tersebut berkata, sungutan utamanya ialah "masyarakat India masih dilayan sebagai rakyat kelas dua, malah seperti kelas tiga di negara ini".

Di samping itu, katana, wakil MIC dalam kabinet tidak diberi jawatan menteri kanan walaupun parti itu berulangkali merayu kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Perdana Menteri baru, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya melantik Presiden MIC, Datuk S Samy Vellu menganggotai semula kabinet.

Mengikut tradisinya, MIC akan mengisi jawatan menteri kerja raya. Bagaimanapun ianya berubah selepas pilihanraya umum 8 Mac tahun lalu, apabila Samy Vellu gagal mempertahankan kerusi parlimen Sungai Siput.

Menteri tunggal MIC dalam kabinet baru ialah Setiausaha Agungnya, Datuk Dr S Subramaniam yang dilantik semula sebagai menteri sumber manusia. Parti itu juga diberi dua jawatan timbalan menteri - M Saravanan (Wilayah Persekutuan) dan SK Devamany (Jabatan Perdana Menteri).

Kementerian sumber manusia, kata sumber tersebut, dianggap sebagai bukan jawatan kanan dalam kabinet dan MIC merasakan ini tidak mencerminkan status parti sebagai parti komponen ketiga terbesar dalam BN.

Malaysiakini

Ceramah Khairy Selepas Kabinet Baru Najib





KJ launches new Youth unit

Macam Padang Arafah Dipindah Ke Sini - Mohd Sabu



Pilihan raya macam dalam darurat -Mohammad Sabu

Imej Rosmah tidak sesuai dengan slogan 'Rakyat Didahulukan

Slogan ‘Rakyat Didahulukan’ dan Queen Mary Antoinette

Pakaian dan barang kemas yang digunakan oleh Wanita Pertama Malaysia ini tidak selari dengan slogan pentadiran Datuk Najib sebagai perdana menteri baru Malaysia, yakni 'Rakyat Didahulukan'.

Ekonomi sedang merudum, banyak rakyat dibuang kerja, harga komoditi rendah, tetapi Rosmah Mansor mempamerkan mutiara besar-besar di rantai leher, gelang tangan, cincin di jari kiri dan kanan, anting-anting di telinga, serta pakaian yang dihiasi batu-batu semi-berharga.

Imej Rosmah Mansor yang seperti ini tidak sesuai dengan slogan 'Rakyat Didahulukan'. Malah ia boleh menyebabkan Rosmah dilihat sebagai bayangan Mary Antoinette, isteri Raja Lois ke-14, iaitu raja Peranchis terakhir akibat dijatuhkan dari tahtanya dalam Revolusi Peranchis. Mereka berdua dihukum mati oleh rakyat dengan dipenggal kepalanya di gelotin.

Semasa rakyat menunjuk perasaan di luar istana kerana tidak cukup makan, dari tingkap istananya yang tinggi, Mary Antoinette nampak di bawah rakyat miskin bising-bising, lalu dia bertanya kepada pekerja istana.

"Mengapa mereka bising-bising?" tanya Permaisuri Mary Antoinette.

"Mereka tidak mempunyai roti buat dimakan, tuanku," jawab pekerja istana.

"Apa pula susahnya?" tanya Wanita Pertama Peranchis itu. "Suruhlah sahaja mereka makan kek!"


http://universitipts.com

10 April 2009

Bebaskan ISA Bagai Lepas Batuk Di Tangga



Bebaskan ISA Bagai Lepas Batuk Di Tangga

Polis Akui Tembak Gas Pemedih Mata - Zahid Nafi



Polis Akui Tembak Gas Pemedih Mata - Zahid Nafi

SPRM serah kertas siasatan Fairus ke pendakwaan hari ini


SPRM serah kertas siasatan Fairus ke pendakwaan hari ini

PULAU PINANG: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menghantar kertas siasatan berhubung dakwaan rasuah melibatkan bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin ke Bahagian Pendakwaan hari ini.

Pengarah Siasatan SPRM Datuk Shukri Abdull berkata SPRM telah meneliti kertas siasatan berkenaan dan mendapati pada peringkat siasatan ia telah lengkap.

"Pada peringkat siasatan, ia telah lengkap tetapi jika pihak pendakwaan mahu kita menambah siasatan atau sebarang fakta bagi melengkapkan kertas siasatan berkenaan, SPRM akan melakukannya," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Ditanya bila pendakwaan berhubung kes itu akan dilakukan, beliau berkata ia bergantung kepada Bahagian Pendakwaan untuk tindakan seterusnya.

"Sabarlah, bagi peluang kepada Bahagian Pendakwaan untuk meneliti kes itu dulu sebelum membuat sebarang keputusan atau tindakan selanjutnya," katanya.

Mengenai sama ada Mohammad Fairus akan ditahan, Shukri enggan mengulas lanjut dan meminta semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara itu.

SPRM membuka kertas siasatan berhubung dakwaan dua pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri ini yang disyaki terlibat dalam penyelewengan membabitkan syarikat kuari di Seberang Perai.

Pendedahan berkenaan dibuat oleh Ketua Angkatan Muda (AMK) Kepala Batas, Amizuddin Ahmat pada Februari lepas dan ia dipercayai menjadi punca kepada peletakan jawatan Mohammad Fairus.

http://www.bernama.com


Bacaan Al -Quran Ng Salah ? NajibPula..



Zulkifli bin Noordin Ahli Parlimen Kulim, Bandar Bharu


Salam 2 all. Nampak riuh dalam media isu YB Nga Kor Meng ADUN Pantai Remis & MP Taiping membaca ayat Al Quran dalam ceramah beliau di dalam kempen pilihanraya kecil Bkt Gantang/ Bkt Selambau.
Beliau dikatakan membaca petikan ayat daripada Surah Al A'raf memperkatakan tentang keadilan.
Ucapan sulung Datuk Seri Najib semasa menerima perlantikan sebagai Perdana Menteri Ke 6 tidak ada langsung memetik ayat Al Quran! Titah YDP Agong semasa merasmi sidang Parlimen pun tidak ada membaca ayat Al Quran.

Maka riuhlah juak-juak ameno menghunus keris karat menghentam YB Nga Kor Meng, kononnya menghina Islam. Saya mahu bertanya kepada puak-puak ni, adakah ayat Al Quran yang dibaca oleh YB nga itu salah atau diputar belit.

Saya dapati apa yang beliau baca itu betul belaka (dalam bahasa arabnya dan terjemahannya betul, walaupun bahasa arabnya ada kelemahan sedikit).
Malahan juak-juak keris karat ni pun tidak menyatakan bacaan itu tidak betul.

Kalaulah YB Nga menukar ayat Al Quran atau memutarbelitkan ayat itu, saya akan jadi orang pertama menegur beliau.

Tetapi apa yang beliau baca itu betul! Dimana salahnya.

Apakah juak-juak keris karat nak bagitahu kita orang bukan Islam tidak boleh baca ayat Al Quran?

Ini berbeza dengan isu bukan Islam mahu memakai perkataan ALLAH-ini kerana dalam nak menggunakan perkataan ALLAH mereka mencemarnya dengan mempersekutukan atau mensyirikkan ALLAH dengan dakwaan ALLAH ada anak Jesus dan lain-lain!

Kalu YB Nga menukar ayat tersebut, atau memalsukan maknanya, atau menghinanya barulah boleh kita menyatakan ianya salah.
Yang peliknya ada salah seorang keris karat ni kata YB Nga baca Al Quran tanpa wuduk, dan mungkin berhadas besar. Apalah punya jahil mamat ni.

Hukum mesti berwuduk ataupun sudah di angkat hadas besar hanya terpakai untuk Muslim yang mukallaf. YB Nga bukan Islam, hukum tu tak terpakai kepada dia. Lagipun YB Nga tak pegang nashkah Al Quran pun..dia cuma baca ayat yang betul.

Cuma kesilapan YB Nga bila dia menyebut surah Al Aurah, sepatutnya Surah Al A'raf. Itu saja.

Dimana hukum yang kata orang bukan Isam tidak boleh baca ayat Al Quran?
Saidina 'Umar ibnul Khattab membaca Surah Toha semasa masih kafir, yang akhirnya membawa beliau memeluk Islam.

Maharaja Najasyi pemerintah Kristian dari Habsyah membaca Surah Maryam yang akhirnya beliau beriman kepada Allah.

Dan banyak lagi peristiwa-peristiwa dalam sirah Nabawi yang menunjukkan ramai golongan bukan Islam yang beriman dan memeluk Islam hanya setelah membaca atau mendengar ayat Al Quran dalam keadaan mereka masih kafir!

Sepatutnya kita mengambil langkah memuji YB Nga yang berani membaca ayat Al Quran secara terbuka dalam cermah umum. Ramai dikalangan kita dalam ceramah atau ucapan tidak memetik pun sepatah ayat Al Quran.

Mungkin juga ramai keris karat diluar sana sepatutnya berasa malu dan insaf akan ketidakmampuan mereka membaca dan menyampaikan ayat Al Quran. Atau mungkin mereka berasa malu dan terhina kerana diperingatkan oleh golongan bukan Islam kepada ayat Al Quran.

Malahan apa yang dibuat oleh YB Nga sepatutnya menyedarkan golongan keris karat ini betapa jauhnya mereka dengan Al Quran.

Apakah kamu hanya pandai memusabaqahkan Al Quran, tetapi tidak melaksana dan mengamalkkannya, sehingga terpaksa ALLAH hina kamu dengan menghantar orang kafir memperingatkan kamu dengan ayat Al Quran?

Mengapa kamu menjadi saperti masyarakat jahiliyah, yang melenting bila ayat Al Quran dibaca walaupun kamu tahu kebenaranya? Tolong buktikan dimana ayat yang dibaca oleh YB nga itu salah, atau diputarbelitkan?!

Kamu sepatutnya bukan sahaja memuji keberanian YB Nga memperingatkan kamu dengan memetik ayat Al Quran, malahan kamu sepatutnya menyiarkan secara langsung dan diberi liputan meluas di kaca televisyen dan media elektronik/ cetak yang lain supaya rakyat pelbagai agama & kaum dapat melihat betapa Islam boleh diterima hatta oleh bukan Islam.

Daripada kamu menyiarkan secara langsung selama 40minit ucapan seorang tua yang patut dah pencen tapi dok tak mau pencen, merepek tak tentu arah menghina, memfitnah dan mencerca orang lain.

Saya khuatir bila ada segelintir dikalangan kita yang mengambil tindakan melulu memaki YB Nga hanya kerana beliau membaca ayat Al Quran atas alasan dia kafir, kamu sebenarnya menjauhkan manusia daripada seruan kebenaran.
Apalah salahnya kamu memberi ruang lagi kepada beliau.

Malahan saya bercadang nak menghadiahkan rakan saya YB Nga senaskhah Al Quran dengan terjemahan bahasa Tionghua, dengan doa moga-moga apabila beliau sering membaca dan memetik ayat Al Quran, maka ALLAH akan berikan hidayah Nya kepada beliau insyalllah.

Kepada YB Nga, YB Gobala, YB Tian Chua dan ramai lagi rakan-rakan bukan Islam yang lain, teruskanlah membaca dan memetik serta merujuk kepada ayat-ayat Al Quran. Kiranya kalian perlu bantuan, saya dan sahabat-sahabat bersedia membantu saudara untuk mendapatkan bacaan yang betul dari segi tajwid dan makhraj hurufnya insyallah.

Syukran.

Zulkifli bin Noordin
Ahli Parlimen
Kulim Bandar Bharu

http://www.malayadaily.com

Kenapa senjata pembunuhan tidak wujud dalam perbicaraan?


Azilah dan Sirul digantung: Persoalan berbangkit ialah...

KUALA LUMPUR, 10 April (Hrkh)
- Berikut adalah beberapa persoalan yang dibangkitkan oleh Ahli Majlis Tertinggi KeADILan Badrul Hisham dalam blognya mengulas keputusan dua anggota UTK, Azilah dan Sirul yang dihukum gantung sampai mati dalam kes Altantuya Sharibuu iaitu :

1.Azilah dan Sirul tidak pernah kenal Altantuya, apa motif pembunuhan ? Rogol, Rompak..? Mereka ialah anggota UTK yang berdisiplin dilatih mengikut arahan.

2.Mana senjata pembunuhan, dalam kenyataan beramaran yang dibuat Sirul dia mengaku menembak Altantuya tetapi kenapa senjata pembunuhan tidak wujud dalam perbicaraan?

3.Bagaimana rekod kemasukan Altantuya tidak wujud dalam rekod imigresen sebaliknya ada orang dihukum mati dalam negara yang tidak ada rekod Altantuya masuk ?

4.Mengikut penulis dari Perancis dia mengatakan maklumat pembunuhan Altantuya yang dibunuh kerana melindungi transaksi melibatkan wang besar hasil jual beli kapal selam lengkap tersimpan ditangan agen perisikian Russia.... apa sebenarnya berlaku ?

5.Kenapa Azilah dan Sirul diberi keistimewaan tidak memperlihatkan wajahnya sepanjang keluar dan masuk mahkamah ?

Dalam pada itu Herman Samsudin menulis di sebuah laman web juga turut mempersoalkan bahawa rakyat diluar khususnya keluarga mangsa pastinya ingin melihat wajah kedua-dua tertuduh itu di mana sebelum ini, hanya wajah tertuduh ketiga yang telah dibebaskan, Abdul Razak Abdullah Baginda sahaja yang dapat dilihat.

Katanya sebelum ini kes Mona Fandey yang membunuh seorang exco kerajaan negeri Pahang, Dato' Mazlan pada 1993. Wajah beliau sebagai tertuduh begitu senang diambil oleh wartawan.

Begitu juga dengan kes yang melibatkan Dato' Mokhtar Hashim, seorang mantan Menteri Belia dan Sukan Malaysia yang didapati bersalah atas tuduhan membunuh Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan, Mohamad Taha Talib-Kedua-dua mereka adalah pimpinan Umno Negeri Sembilan.

Menurut web tersebut masyarakat dunia melihat perbicaraan kes ini menjadi pelik dengan apa yang dilakukan oleh Azilah dan Sirul yang sentiasa bertopeng ketika muncul dikhalayak ramai.

"Sehingga ada teori-teori nakal yang mengatakan bahawa hukuman gantung akan diberikan bagi menutup kes ini walaupun Sirul mendakwa ada dalang lain di sebalik kes ini.

"Walaubagaimana pun, ketika hukuman mati yang hanya dihadiri orang-orang tertentu, mereka tidak digantung. Yang digantung adalah orang lain yang sememangnya ada kes untuk digantung tetapi tidak sepopular mereka," katanya dalam Buletin Online.

Dalam teori rambangnya itu beliau mengatakan bahawa kemudian mereka akan dibebaskan senyap-senyap dan ditukar identiti sebelum dihantar ke luar negara.

Kes akan ditutup begitu sahaja dan dalang tidak akan dicari lagi samalah seperti kes Norita yang kini sudah senyap sepi selepas Hanif Basri dibebaskan.

"Sesiapa pun boleh reka teori mereka, tapi kita harus yakin dengan undang-undang dan kredibiliti Polis.

"Dalam apa jua keadaan rakyat tetap berharap untuk melihat wajah kedua mereka. Sekurang-kurangnya bila lihat wajah mereka cerita plot yang direka-reka ini akan mati begitu sahaja," katanya.

http://www.harakahdaily.net

Ahli UMNO Berontak Terhadap Pemimpinnya



PASCA BUKIT SELAMBAU : Ahli UMNO Berontak Terhadap Pemimpinnya


Ekoran kekalahan BN di Bukit Selambau, beberapa kritikan pedas dilemparkan terhadap kepimpinan UMNO-BN Kedah oleh para ahlinya.

Menurut meraka kekalahan calon BN, Datuk S. Ganesan, 50, dalam pilihan raya kecil Bukit Selambau pada 7 April 2009 banyak berpunca daripada kelemahan kerajaan BN Kedah semasa berkuasa dahulu di bawah kepimpinan Mahadzir sebagai Menteri Besar ketika itu.

Atas alasan itu, mereka menuntut Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah, Dato' Seri Mahadzir Mohd Khalid meletakkan jawatannya.

"Dalam setiap ceramah BN, penceramah hanya menekan kepada kegagalan kerajaan Pakatan Pembangkang melaksanakan tanggung jawab sejak diberi kepercayaan memerintah Kedah selepas pilihan raya umum ke-12 lalu. Ceramah-ceramah BN itu sebenarnya banyak mendedahkan kelemahan diri sendiri. BN hanya menyalahkan kerajaan Pakatan Pembangkang kerana belum membawa perubahan. Tetapi, pemimpinnya gagal melihat kelemahan di dalam diri sendiri bahawa selama lebih 40 tahun BN memerintah kerajaan negeri, Kedah masih banyak masalah rakyat yang sering tidak diselesaikan sehinggalah dihukum kalah pada pilihan raya umum pada 8 Mac 2008," tulis Saad Nordin di dalam ruangan pendapat di Bernama.com

Seorang lagi penulis bernama Amir Hakim menyatakan faktor utama kekalahan UMNO-BN ialah penggunakan jentera kerajaan. Katanya, masalah anggota BN adalah mereka berkempen sebagai sebuah kerajaan bukannya sebagai sebuah organisasi politik, sedangkan dalam pilihan raya yang bertanding adalah parti.

Katanya lagi, bagi pengundi di kawasan pilihan raya kecil itu, apa yang penting bagi mereka adalah masalah setempat segera diselesaikan. Usahlah bercakap tentang projek nasional mahupun internasional sedangkan masalah penduduk setempat pun tidak diambil peduli.

"Hentikanlah menjaja projek dan bantuan segera. Fahamilah hati naluri rakyat setempat dan bertandinglah secara "gentleman" sebagai PARTI dengan PARTI dan bukannya antara KERAJAAN dengan PARTI POLITIK mana pun. Usahlah sama sekali libatkan jentera-jentera Kerajaan ketika berkempen di mana-mana pilihan raya," ujarnya.



SAAD NOORDIN

EKORAN KEKALAHAN CALON BARISAN NASIONAL (BN) DI BUKIT SELAMBAU, PENGERUSI BADAN PERHUBUNGAN UMNO KEDAH PERLU LETAK JAWATAN: Seterusnya, kekalahan itu juga mesti dipikul oleh kepimpinan Perhubungan BN Kedah. Jadi, bagi memulihkan kembali kepercayaan penduduk negeri terutama di kalangan anggota Umno, Datuk Seri Mahadzir Khalid perlulah letak jawatan supaya presiden Umno boleh memilih pengerusi baru. Kekalahan calon BN, Datuk S. Ganesan, 50, dalam pilihan raya kecil Bukit Selambau pada 7 April 2009 banyak berpunca daripada kelemahan kerajaan BN Kedah semasa berkuasa dahulu di bawah kepimpinan Mahadzir sebagai Menteri Besar ketika itu.

Ini kerana pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu memprotes calon BN dengan memberi undi kepada calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), S. Manikumar, bukan kerana mahu mengekalkan kerusi kepada PKR sebaliknya mahu "menghukum " kerajaan BN Kedah lalu yang begitu lama berkuasa, tetapi masih tidak berupaya menyelesaikan masalah rakyat. Masalah masyarakat India di Ladang Sungai Getah, Bukit Lembu, masalah orang Melayu yang gagal mendapat bekalan air bersih di beberapa kampung dalam Bukit Selambau, serta masalah penduduk tepi sungai berdekataan pekan Sungai Lalang dan kes-kes mengejutkan yang ditemui semasa rancak berkempen. Pendek kata, terbongkarlah kisah pemimpin dan wakil rakyat BN yang menang di kawasan itu sebelum ini tidak mempedulikan langsung masalah rakyat setempat!

Ketua Umno Bahagian Merbok sebelum ini, Datuk Arzmi Hamid, tewas semasa bertanding dalam pilihan raya umum ke-12 di kawasan DUN Tanjung Dawai. Beliau juga tumbang sebagai ketua bahagian kerana didakwa gagal bekerja sebagai pemimpin politik. Ketidakpeduliannya turut menjadi punca kepada mala petaka yang menimpa BN di Bukit Selambau. Kegagalan semua sayap Umno bahagian itu membantu penduduk di kawasan Bukit Selambau mengundang padah yang amat memalukan. Maka, calon BN itu "dihukum" kalah dalam pilihan raya kecil DUN Bukit Selambau.

Sebagai Ketua Bahagian Umno yang menjadi pengerusi BN Bahagian, Datuk Tajol Urus Md Zain dikatakan langsung tidak turun padang menyelesaikan masalah rakyat bersama-sama pemimpin MIC, MCA dan Gerakan. Apabila kerusi DUN Bukit Selambau diisytiharkan kosong akibat bekas wakilnya, V.Arumugam "melarikan" diri entah ke mana, Tajol Urus hanya sibuk urus menuntut kerusi N25 Bukit Selambau yang dimiliki MIC dikembalikan kepada Umno. Pada mulanya, Tajol menganggap dirinyalah yang paling layak bertanding di kawasan itu. Tetapi, akhirnya akur dengan keputusan pucuk pimpinan BN untuk mengekalkan kerusi DUN Bukit Selambau milik MIC.

Kehilangan undi dari kalangan masyarakat India dan Cina dalam pilihan raya kecil N25 Bukit Selambau perlu diletakkan ke atas bahu BN Kedah. Peratusan pengundian itu juga menjelaskan bahawa ramai penduduk/pengundi menolak BN kerana sebab-sebab yang berpunca daripada kegagalan kepimpinan BN Kedah.

Dalam setiap ceramah BN, penceramah hanya menekan kepada kegagalan kerajaan Pakatan Pembangkang melaksanakan tanggung jawab sejak diberi kepercayaan memerintah Kedah selepas pilihan raya umum ke-12 lalu. Ceramah-ceramah BN itu sebenarnya banyak mendedahkan kelemahan diri sendiri. BN hanya menyalahkan kerajaan Pakatan Pembangkang kerana belum membawa perubahan. Tetapi, pemimpinnya gagal melihat kelemahan di dalam diri sendiri bahawa selama lebih 40 tahun BN memerintah kerajaan negeri, Kedah masih banyak masalah rakyat yang sering tidak diselesaikan sehinggalah dihukum kalah pada pilihan raya umum pada 8 Mac 2008.

BN Kedah yang dipengerusikan Mahadzir Khalid perlu menerima kekalahan itu, dan sebagai tanda bertanggung jawab, barisan kepimpinannya harus meletak jawatan untuk memberi laluan mudah kepada presiden Umno dan BN, Datuk Seri Najib Tun Razak melantik "tokoh" yang lebih dipercayai menerajui BN Kedah. Kini, pemerhati politik di Kedah tidak nampak langsung kemampuan Mahadzir Khalid untuk merampas balik tampuk pemerintahan Kedah dari Pakatan Pembangkang pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Apa yang berlaku di Bukit Selambau adalah satu peringatan jelas kepada barisan kepimpinan BN Kedah. Anda wajib menyelesaikan dengan ikhlas masalah rakyat dahulu sekiranya mahu memikat balik hati para pengundi. Kepada Ketua Umno Bahagian Merbok, Datuk Tajol Urus pula, ingatlah kemenangan dalam parti bukan ukuran menentukan kemenangan dalam pilihan raya nanti. Renungkanlah: yang pahit itu sudah terbukti menjadi ubat, tetapi yang manis itu jelas membawa penyakit.

AMIR HAKIM

: BARISAN NASIONAL HARUS BERKEMPEN SEBAGAI SEBUAH PARTI, BUKAN KERAJAAN: 1. Selepas dua pilihan raya kecil sejak Mac 2008, Barisan Nasional (BN) nampaknya masih belum belajar bagaimana hendak mencatur strategi pilihan raya kecil. 2. BN masih lemah dalam usaha mendekati pengundi, lemah menangkis serangan pembangkang, jentera penerangan yang kemarau idea bagi mengutarakan isu. 3. Kelemahan itu makin ketara lagi dengan para petugas yang datang dari negeri-negeri lain yang hadir bukan untuk membantu tetapi lebih sekadar berseronok dan bercuti, sambil mendapat sedikit duit kopi.

4. Masalah anggota BN adalah mereka berkempen sebagai sebuah kerajaan bukannya sebagai sebuah organisasi politik, sedangkan dalam pilihan raya yang bertanding adalah parti. 5. Oleh kerana bertanding sebagai sebuah kerajaan, maka berjanjilah BN untuk melakukan pelbagai bantuan dan projek. 6. Maka, sekarang kedengaran pelbagai bantuan diberikan di Bukit Selambau dan Bukti Gantang, dan pihak kerajaan pun mengumumkan pelbagai lagi projek. 7. Kekadang projek yang diumumkan itu adalah untuk seluruh negara dan bukan untuk penduduk yang sedang menghadapi pilihan raya itu.

8. Bagi pengundi di kawasan pilihan raya kecil itu, apa yang penting bagi mereka adalah masalah setempat segera diselesaikan. Usahlah bercakap tentang projek nasional mahupun internasional sedangkan masalah penduduk setempat pun tidak diambil peduli. 9. Hentikanlah menjaja projek dan bantuan segera. Fahamilah hati naluri rakyat setempat dan bertandinglah secara "gentleman" sebagai PARTI dengan PARTI dan bukannya antara KERAJAAN dengan PARTI POLITIK mana pun. 10. Usahlah sama sekali libatkan jentera-jentera Kerajaan ketika berkempen di mana-mana pilihan raya.

http://greenboc.blogspot.com

Najib Harus Hormat Abdullah


Najib Harus Hormat Abdullah

Senarai Jemaah Menteri yang diumumkan oleh Presiden UMNO,Najib Tun Razak petang tadi menimbulkan pelbagai kemusykilan mengenai tahap sebenar kesihatan politik dalaman partinya.

Tinjauan mendapati pelbagai pihak melihat beberapa sudut keputusan Najib agak pelik menurut tradisi UMNO.Khairy sewajarnya mendapat tempat apabila beliau merupakan ketua sayap di dalam Umno itu sendiri. Sebagai Ketua Pemuda Umno seperti kebiasaan posisi Menteri ataupun sekurang kurangnya Timbalan Menteri perlu di sediakan.

Sudah pasti ramai yang sudah menjangkakan ia mungkin ada kaitannya dengan Tun Mahathir yang kita sedia maklum ada perbalahan dengan Abdullah Badawi. Seharusnya Najib perlu memberi muka pada bekas Perdana Menteri Abdullah Badawi demi menenagkan Abdullah dan rasa hormatnya pada bekas Perdana Menteri berkenaan selepas memberi laluan pada beliau. Malah keputusan ini juga di lihat seperti ada serangan peribadi yang berunsur politik dalaman umno itu sendiri.

Pada Kabinet lepas Datuk Seri Hishamuddin yang menjadi Ketua Pemnuda pada pemilihan lepas menapat portfolio kementerian pendidikan. Malah lebih mengejutkan apabila Ketua Puteri UMNO,Rosnah Rashid Shirlin Diberikan jawatan Timbalan Menteri Kesihatan.

Perkara yang paling jelas ialah kedudukan Ketua Pemuda UMNO,Khairy Jamaluddin.Namanya langsung tidak tersenarai dalam Jemaah Menteri,malah tiada jawatan Timbalan Menteri disediakan untuknya.

Dalam keadaan biasa keputusan Najib ini,tidaklah menjadi satu isu besar. Bagaimanapun apabila Najib melantik Naib Ketua Pemuda UMNO,Razali Ibrahim menjadi Timbalan Menteri Belia dan Sukan,persoalan mula timbul kenapa Khairy yang juga ahli Parlimen Jelebu diketepikan, malah beliau lebih sesuai berikutan posisi dalam parti yang di jawat beliau.

Tambah mengelirukan ialah Mukriz Mahathir yang tewas dan tercorot dalam persaingan tiga penjuru dengan Khairy dan Bekas Menteri Besar Selangor,Khir Toyo,dilantik Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Yang menjadi tandatanya ialah,adakah Lembaga Disiplin UMNO akan dan telah mendapat bukti baru mengenai rasuah politik yang membabitkan Khairy dalam proses pemilihan UMNO akhir Mac lalu.

Jika ada, mungkinkah ini beerti nasib Khairy akan sama dengan Bekas Menteri Wilayah Persekutuan,Isa Samad yang digantung jawatan Naib Presiden selepas pemilihan kerana ada bukti ditemui beliau terlibat dengan rasuah politik?

Jika ini berlaku,adakah pergerakan Pemuda UMNO akan diketuai sementara oleh Naib Ketuanya iaitu Razali Ibrahim yang dilantik Timbalan Menteri Belia dan Sukan?

Walaupun Khairy membuat kenyataan bahawa Najib semalam telah memaklumkannya mengenai keputusan tidak melantiknya dalam Jemaah Menteri kerana mahu Khairy menumpukan perhatian membina semula imej Pemuda UMNO,umum dapat merasakan bahawa UMNO sebenarnya masih mengalami sakit dalaman.

http://www.malayadaily.com

Ahli UMNO/Barisan Nasional Tolak Kepimpinan Najib


Ahli UMNO/Barisan Nasional Tolak Kepimpinan Najib

09 April 2009

Kemenangan PR Berjaya membasuh Maruah Malaysia Yang Tercalar Di Luar Negara - TGNA



Kemenangan PR bukti rakyat tolak politik sogokan

Saya dengan ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap kamu - Hakim Mohd Zaki

Azilah dan Sirul dihukum gantung sampai mati

SHAH ALAM, 9 April (Bernama) -- Mahkamah Tinggi Shah Alam Khamis menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap Cif Inspektor Azilah Hadri dan Kpl Sirul Azhar Umar kerana didapati bersalah membunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibu.

Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin berkata pihak pendakwaan telah membuktikan tanpa keraguan munasabah kes terhadap Azilah, 33, dan Sirul Azhar, 37.

Katanya pembelaan kedua-dua tertuduh berdasarkan kepada penafian dan juga menyalahkan satu sama lain, dan dengan itu, ianya tidak boleh dipercayai.

"Mereka gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan yang didapati konklusif.

"Saya dengan ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap kamu, Azilah dan Sirul Azhar," kata Mohd Zaki.

http://www.bernama.com

08 April 2009

Perisytiharaan Kemenangan S.Manikumar Bukit Selambau


Perisytiharaan Kemenangan S.Manikumar Bukit Selambau

Nizar's victory speech


Nizar's victory speech

Teristemewa Buat Mail... Teruskan lagi Mencuba



Teristemewa Buat Mail... Teruskan lagi Mencuba

KEMENANGAN NIZAR : BUBARKAN SEGERA DUN PERAK

Ramai penganalisis politik menyifatkan kemenangan PAS yang mewakili Pakatan Rakyat di pilihanraya kecil Bukit Gantang semalam sebagai satu referendum (pungutan suara) sekalipun anggapan itu tidak diterima oleh pemimpin parti pemerintah.

Dengan keangkuhan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang merupakan Pengarah Pilihan Raya BN bagi tiga pilihan raya kecil semalam enggan menerimanya sebagai referendum jelas membelakang suara dan keputusan rakyat yang bakal mengundang padah yang lebih besar selepas ini.

Pilihanraya kecil Bukit Gantang itu dilihat sebagai satu referendum samada rakyat memilih Nizar dari Pakatan Rakyat atau Datuk Zambry Abdul Kadir dari BN, yang telah mengangkat sumpah sebagai menteri besar Perak dengan perkenan Sultan Perak pada Februari lalu.

"Keputusan itu akan memberi tekanan terhadap kerajaan negeri yang sedia ada menunaikan segala janjinya kerana di dalam hal tertentu pilihanraya kecil tersebut adalah satu referendum tentang siapa sebenarnya yang dikehendaki oleh rakyat Perak sebagai peneraju kerajaan negeri," kata Ibrahim Suffian dari Merdeka Centre.

"Jurang kemenangan juga mengesahkan bahawa undi di peringkat negeri masih kukuh untuk Pakatan Rakyat dan jika diadakan pilihanraya negeri, keputusan akan tetap serupa," tambahnya.

Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang hari ini dengan memperoleh sebanyak 21,860 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Ismail Saffian yang mendapat 19,071 undi manakala calon Bebas, Kamarul Ramizu mendapat 62 undi.

Beliau mencatatkan majoriti 2,789 undi - berbanding 1,566 yang direkodkan oleh calon PAS pada Mac 2008.

Nizar dalam ucapan penerimaan keputusan itu, yang diumumkan secara rasmi kira-kira pukul 9.45 malam tadi, menyifatkan ia sebagai referendum rakyat mahukan kerajaan demokrasi, urus tadbir baik dan adil.

Malah beliau meminta agar Dewan Undangan Negeri Perak dibubarkan untuk membuka laluan kepada pilihan raya baru di negeri itu.

Keputusan pilihanraya Bukit Gantang ini juga membawa maksud rakyat Perak telah menolak dengan sekeras-kerasnya peranan yang dimainkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dilihat oleh rakyat Perak mendalangi rampasan kuasa haram 5 Februari lalu.

Selain itu, yang penting yang diperolehi melalui keputusan ini ialah isu derhaka yang cuba diapi-apikan oleh Umno dan BN dalam kempen sebenarnya melantun ke muka mereka sendiri.

Rakyat tidak lagi percaya kepada tohmah dan fitnah yang ditaburkan oleh Umno dan BN malah apa sahaja dakwaan terhadap Pakatan Rakyat ditolak bulat-bulat oleh pengundi Bukit Gantang.

Bukit Gantang juga menjadi landasan baru yang akan menjadi titik tolak perubahan total dan menyeluruh yang ingin dibawa oleh Pakatan Rakyat dalam senario politik negara.

Konsep politik baru yang diwar-warkan oleh Pakatan Rakyat nampaknya diterima baik oleh pengundi Bukit Gantang dan ini menjadi kayu pengukur bagi sentimen rakyat diseluruh negara.

Lebih-lebih lagi keputusan pilihan raya kecil ini membuktikan penolakan kepimpinan Najib sebagai Perdana Menteri dan cubaan awal beliau untuk memberi "gula-gula" politik kepada rakyat melalui dua "hadiah" sempena perlantikan beliau tidak dihiraukan rakyat.





http://greenboc.blogspot.com

SAH!! Rakyat Semenanjung Menolak Najib

Kalah dua bukit, rakyat semenanjung tolak Najib

(Analisis) : Sah! rakyat memilih untuk terus bersama Pakatan Rakyat bagi dua kerusi pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang dan Dun Bukit Selambau.

Dalam keputusan rasmi Parlimen Bukit Gantang, calon PAS, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin meraih 21,860 undi, manakala calon BN, Ismail Saffian mendapat 19,071 undi, dan calon Bebas, Kamarul Ramizu Idris hanya 62 undi. Dengan itu Nizar diisytihar menang dengan majoriti 2,789 undi.

Sementara calon KeADILan, S Manikumar menang dengan 12,632 undi, BN 10,229. Majoriti 2,403 undi.

Keputusan dua bukit yang sangat menggetirkan ini membawa satu lagio dimensi nbaru kepada politik tanahair tatkala kononnya Umno mahu melakukan 'reform' selepas metabalkan Dato'Seri Najib Tun Razak selaku Presiden baru mereka.

Walaupun pada awalnya ramai penganalisis politik menjangkakan Najib memberi suntikan baru kepada dunia politik Umno/Bn, malangnya keputusan dua bukit sama sekali menafikan perihal analisa awal itu.

ImagePAS dan KeADILan menang dalam suasana Harakah dan Suara Keadilan digantung penerbitannya di awal kempen, ditamnbah lagi dengan larangan kempen membicarakan isu Altantuya Shaariibu dan kontroversi keputusan Sultan Perak.

Namun menarik untuk diperkatakan tentang satu teori yang dikemukakan oleh pensyarah UKM, Dr Kamaruzzaman Yusof dalam rancangan Analisis Awani sebentar tadi mengenai kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad berkempen bagi pihak Umno/BN.

Mudah sahaja, kata Kamaruzzaman kehadiran Tun Mahathirdi Bukit Gantang membawa impak negatif kepada Umno/BN yang pada awalnya memperlihatkan peluang cerah untuk menang.

ImageSituasi sangat berbeza pada pilihan raya umum Mac lalu apabila kehadiuran kritikan dari Tun Mahathir amat memberi kesan kepada pola pengundian.

Namun di Bukit Gantang, kehadiran semula Tun Mahathir nyata tidak membantu Umno/Bn meraih sokongan mengembalikan status Bukit Gantang sebagai kubu kuat BN satu masa lalu.

Tun Mahathir sangat diketahui perihal politiknya mutakhir ini masuk semula ke dalam Umno apabila Najib menjadi Presiden dan Abdullah Ahmad Badawiu berundur dari PM.

Mahathir adalan antara individu paling lantang mengecam kepimpinan Abdullah dengan pelbagai istilah diberikan kepada bekas PM itu antaranya 'penidur'; 'kerajaan tiga beranak'; dan kerajaan yang ada 'penasihat tingkat empat'.

ImageUsaha menjatuhkan Abdullah antaranya didukung kuat Mahathir yang hari ini nyata menampakkan sokongan padu kepada Najib sebaik sahaja anak didiknya itu jadi Presiden Umno dan PM.

Licik sungguh permainan Mahathir dan Najib, hingga Abdullah yang mempunyai penasihat bijak di 'tingkat empat' Putrajaya pun tidak terhidu akan sudahnya begini.

Abdullah jatuh dalam keadaan yang paling menyedihkan, diherdik kawan (Umno) dan dicaci lawan selain pada zamannya juga berlaku krisis ekonomi yang amat dahsyat.

Najib mengambil alih dengan 'senyuman' sinis yang pastinya ada 'udang sebalik batu' dengan pembebasan 13 tahanan ISA dan penarikan semula larangan terbitan akhbar Harakah dan Suara Keadilan.

Seperti kata Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar pelantikan Najib selaku PM hanyalah lantikan atas dasar kemelut yang berlaku dalam Umno.

Sebaliknya dihati rakyat Najib bukanlah pilihan yang ditunggu kerana imej negatif membayangi pelantikan PM keenam itu yang bakal mentadbir dengan nasihat 'first lady' (Datin Seri Rosmah Mansor) yang mencetus kontroversi.

Najib menjadi PM selepas Umno/BN berhadapan dengan kemelut kecemasan setelah kalah besar dalam pilihan raya umum ke-12; pilihan raya kecil Kuala Terengganu dan Permatang Pauh.

Justeru kelihatan Najib amat khuatir BN di bawah kepimpinannya sukar mendapat kepercayaan baru rakyat bahawa beliau akan mampu mebawa perubahan dengan slogan �One Malaysia�nya.

Langkah popular Najib hanya dilihat sebagai langkah terdesak didalam usaha untuk mendapat kepercayaan rakyat dengan mengumumkan tiga perkara ini didalam ucapan rasminya yang pertama yang disiarkan melalui media perdana.

Namun, keikhlasan Najib untuk menyuburkan demokrasi di Malaysia masih disangsikan oleh ramai pihak.

Najib bukan orang baru didalam politik, beliau telah berada dalam kepimpinan Umno/BN sejak lebih dari 30 tahun yang lalu.

Pemikiran, gaya, cara, budaya dan hidup Najib telah digelumangi dengan cara dan etika Umno/BN, akta zalim ISA sebenarnya tetap akan terus menjadi snjata utama jika beliau terdesak nanti.

Pembebasan Harakah dan Suara Keadilan ketika kempen pilihan raya kecil masuk fasa akhir hanya helah besar Najib, sedangkan pada awalnya sekatan adalah untuk menafikan hak kempen dua akhbar ini.

Nah hari ini segala strategi memulihkan imej Najib melalui tiga pilihan raya kecil nyata tidak mendatangkan kesan, dan dariu awal lagi ada benarnya penafian Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa PRK ini bukan referendum rakyat menolak Najib.

Pastinya Muhyiddin dapat merasakan rakyat akan menolak BN di dua bukit, dan akhirnya terpaksa membujat kenyataan bahawa keputusan PRK bukan referendum rakyat.

Jalan politik Najib pastinya berliku, kekalahan di dua kerusi disemenanjung bakal menjadi buah tangan Pakatan Rakyat untuk lebih kerap menyerang Najib atas kegagalan pertama pilihan raya ketika Umno di bawah jagaannya.

Biarpun ramai yang memilih untuk tidak menyatakan ia referendum rakyat tetapi peristiwa dua bukit pada 7 April 2009 pastinya titik gelap permulaan karier Najib selaku Presiden Umno.

Jika benar Najib berani dalam menghadapi kegetiran politik, pastinya cabaran yang dibuat Mahfuz agar adakan pilihan raya kecil negeri Perak jika Nizar menang prk Bukit Gantang, pastinya disahut kelak.

Namun apakah hayat politik Najib lebih singkat berbanding Abdullah, masa akan menentukannya.

http://www.harakahdaily.net

07 April 2009

KEPUTUSAN TERKINI BUKIT GANTANG : 8:40

Keputusan terkini dari Markaz PAS Air Kuning, P.59

PAS 20,021

BN 17076

Majoriti 2,945

Baki Lima Peti Undi lagi Belum Dibuka

.

Saya dan albanjari sedang berlintas langsung dari dewan ini…. sila refresh setiap minit

MB Nizar bersama isteri,Speaker M sivakumar  bersama sedang menunggu keputusan terkini

MB Nizar bersama isteri,Speaker M sivakumar bersama sedang menunggu keputusan terkini

Bersama rakyat ... penuh debar menunggu keputusan terkini....

Bersama rakyat ... penuh debar menunggu keputusan terkini....

Nizar dan Isteri di pusat pengundian SK Air Putih







gambar dari kamera manjong mari.... kita kongsi kamera hari ini...

Hantu Syaitan Naik Bas Diserbu Petugas PR !!

Hantu Syaitan Naik Bas Diserbu Petugas PR !!

Dulu kini dan selama-lamanya UMNO menafikan kewujudan rancangan jahat mengupah PENGUNDI HANTU SYAITAN. Tapi sepanjang tempoh penafian itu jugalah setiap hari akhir dan malam menjelang pengundian berpuluh-puluh bas tiba di kawasan pilihanraya dengan cara yang mencurigakan.

Tengah malam dan subuh sebentar tadi bas-bas itu datang lagi. Pagi nanti bapak-bapak hantu dan setan di Putra Jaya dan Kuala Lumpur akan membuat kenyataan media iblis dan jembalang menyatakan "tuduhan parti pembangkang itu tak masuk akal", "mereka mungkin anak tempatan yang bekerja di luar dan berpakat balik mengundi bersama-sama" dan "pembangkang terdesak dan mencari alasan sebagai persediaan kalau kalah".

Bapak-bapak jin pun memberi amaran "jangan halang pengundi", "tindakan menghalang pengundi adalah melanggar undang-undang" dan "pihak keselamatan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang menghalang pengundi menunaikan tanggungjawab".

Subuh tadi pasukan FRU membentengi sekeliling bas yang ditahan oleh petugas PR. Pegawai polis jadi jurucakap UMNO. Polis dan FRU memaki hamun dan menghalau petugas-petugas PR yang mahu mendapatkan kepastian ke mana arah tujuan rombongan tengah malam itu.

Belum pernah berlaku dalam sejarah dunia sejak zaman nabi Adam, bas pelancong masuk ke pekan kecil Kuala Trong pada pukul 3 pagi kononnya nak melancong ke Pulau Pasir Hitam. Pelancong dari Negeri Sembilan itu bercuti beramai-ramai pada hari Selasa! Hari Selasa! Hari Selasa!

6 buah bas dikepung malam dan subuh tadi. 4 di pekan Kuala Trong, 1 di CALTEX Trong (NBY 9977) dan 1 di simpang Plaza Tol Changkat Jering (BHQ 5155). Semua bas itu dilindungi oleh abang botak yang menaiki Toyota Harrier hitam nombor pendaftaran BGN 9900 dan sebuah Proton Perdana hitam NBD 10.

Rombongan itu mengaku datang dari Rembau Negeri Sembilan. Sebahagian hantu memberitahu mereka datang sebagai pelancong manakala sebahagian hantu lagi mengaku sebagai petugas pilihanraya. Beberapa ekor hantu yang lain menyatakan mereka datang sebagai pasukan sorak untuk BN di pusat-pusat pengundian.

4 buah bas yang berada di pekan Kuala Trong tidak dapat dihampiri oleh petugas-petugas PR kerana dikawal sepenuhnya oleh pasukan FRU yang datang dengan 5 buah trak.




















SELAMAT DATANG PENGUNDI HANTU

BALIK BELUM TENTU !!!

http://cacamerbamakhlukpolitik.blogspot.com

Penderhaka Sebenar Sudah Berada Dalam UMNO



Tun Mahathir Penderhaka Sebenar

06 April 2009

Umno memberi Rasuah basikal dan tabur wang RM400 seorang

Rasuah basikal dan tabur wang RM400 seorang

BUKIT GANTANG, 6 April (Hrkh) - Umno memberi sebuah basikal dan wang berjumlah RM400 kepada semua penduduk di Changkat Jering untuk memastikan penduduk di kawasan itu memberi undi simpati kepada calon mereka.

Perkara tersebut diakui oleh seorang penduduk yang enggan dikenali bahawa semua penduduk telah menerima pemberian daripada Umno.

Dalam perkara yang sama seorang peniaga Cina turut mengakui Umno telah memberi wang sebanyak RM300 kepada orang Melayu manakala orang Cina hanya di beri RM100 setiap seorang.

Beliau yang berniaga di Simpang, Changkat Jering menyelar sikap Umnoyang tidak adil dalam pemberian wang tersebut.

"Masyarakat Cina marah sebab orang Melayu dibagi RM300 tetapi orang Cina hanya diberi RM100. Ini tidak adil kenapa mesti bezakan antara orang Melayu dengan Cina, kita sama-sama rakyat Malaysia," katanya.

Ketua Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Mohd Salleh yang turut berkempen di Simpang, Changkat Jering berkata, pemberian wang dan sebagainya daripada Umno-BN itu sudah menjadi amalan biasa parti itu.

Beliau menegaskan, setiap kali pilihan raya sama ada kecil atau pilihan raya umum Umno-BN cuba kelabukan mata rakyat dengan memberi berbagai-bagai bantuan.

Menurut beliau, pengundi Bukit Gantang tidak perlu takut untuk turun mengundi pada hari Selasa, 7 April nanti.

"Pengundi perlu fikir panjang jangan kerana wang RM400 dan sebuah basikal kita sudah menggadaikan prinsip generasi masa hadapan," katanya.

Beliau mengingatkan seluruh pengundi supaya jangan takut untuk memberi kepercayaan kepada calon PAS dan Pakatan Rakyat untuk mentadbir kerajaan negeri Perak.

"Kita akan berkhidmat dengan lebih baik kerana BN yang telah memerintah selama 51 tahun rakyat di Perak masih lagi ketinggalan untuk menikmati pembangunan," jelas beliau.

Ini dibuktikan tambah beliau, penduduk di Pekan Terong masih ramai yang dhaif kerana selama ini Umno-BN hanya pandai membuat janji ketika kempen pilihan raya tetapi tidak pandai menepati janji.

Bagi petugas PAS beliau berharap supaya dapat terus istiqamah dan sabar menempuh segala provokasi daripada Umno-BN dalam tempoh akhir ini sebelum menjelang hari mengundi.

Beliau berkata melalui sumber mengatakan petugas Umno-BN akan menjatuhkan semua bendera PAS untuk menimbulkan kemarahan kepada penyokong-penyokong PAS.

Katanya, Umno-BN boleh melakukan apa sahaja dan akan menunding jari kepada PAS atau kesalahan tersebut.

Sehubungan itu beliau berharap petugas PAS dapat bersabar dan membanyakkan doa kepada Allah disamping menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara maksiat.

http://www.harakahdaily.net

BATANG AI : AMK DAN MAFREL BANTAH SPR SARAWAK

AMK bersama Sdr Shamsul Iskandar Ketua AMK Malaysia semalam jam 3.30 ptg telah menghantar surat bantahan di Pejabat SPR Lubuk Antu. Bantahan tersebut menyatakan ketidakpuashati Jentera pilihanraya PKR Batang Air terhadap cara kendalian undi oleh SPR. Bantahan tersebut telah disampaikan kepada Tuan Haji Takun Pengarah SPR Negeri.

SPR Batang Air telah menwartakan 14 buah sekolah kiraan undi tidak akan di buat di pusat mengundi malah kiraan undi akan dilakukan di pusat penjumlahan undi di Dewan Majlis Lubuk Antu. Perkara amat membimbangkan Jentera pilihraya PKR kerana takut penipuan akan berlaku semasa pemindahan tong peti undi dari tempat pembuangan undi menuju ke Pusat pemjumlahan undi.

Sdr Shamsul telah membantah keras dengan sistem yang di buat oleh SPR kerana tidak selari dengan SPR semenanjung Malaysia. Walaubagaimana SPR telah memberi alasan yang tidak wajar kerana amalan sudah menjadi biasa di Sarawak dan tiada parti yang membuat bantahan sebelum ini.

Susulan dari itu, Sdr Zulfikar Bersama Jentera PKR akan membuat sidang akhbar di bilik gerakan utama Lubuk Antu pagi ini untuk mengesahkan bantahan pada Media.

Di dalam satu perkembangan lain, Suruhanjaya Badan Pemerhati Bebas Pilihanraya (Mafrel) turut membantah mengenai larangan Pegawai SPR Batang Ai kepada Mafrel untuk ikut serta di dalam penghantaran peti-peti undi dari pusat mengundi ke pusat pengiraan undi. Mafrel juga tidak dibenarkan untuk menyaksikan proses pengiraan undi.

http://greenboc.blogspot.com

Kejutan Hanya Dibuat Selepas 7 April - DSAI


SUNGAI PETANI [6.30 pm] - Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih membiarkan rakyat berteka-teki apabila tidak mengumumkan 'kejutan' yang didakwa beliau amat penting dalam ceramahnya sempena pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau malam tadi. Anwar berkata, beliau hanya akan mengumumkan perkara itu pada 7 April ini selepas Pakatan menang di tiga pilihan raya kecil termasuk juga di Parlimen Bukit Gantang dan DUN Batang Ai. "Saya harus menggunakan majlis ini untuk menambah satu pengumuman yang penting. "Kita bincang semalam dan kita tahu, kalau kita bagi pengumuman itu malam ini, risikonya terlalu besar. "Oleh yang demikian, saya nak tunggu sampai 7 hari bulan (April). "Kita menang di Bukit Selambau, menang di Bukit Gantang, menang di Batang Ai dan kita sambung pengumuman penting kepada rakyat Malaysia semua," katanya di hadapan kira-kira 3,000 orang di Dewan Hock Seng, Sungai Lalang di sini. Jumaat lalu, Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution menyatakan Anwar akan mengumumkan satu kejutan yang didakwa beliau akan memberi ‘nilai tambah’ kepada Pakatan Rakyat dan impak besar kepada pilihanraya kecil tersebut.

Pada majlis itu juga, seramai 6,000 ahli PPP daripada lapan bahagian di Kedah telah meninggalkan parti itu dan menyertai PKR termasuk Naib Presidennya, V. Nadarajan. Tindakan itu didakwa telah menyebabkan lapan bahagian parti itu dibubarkan. Nadarajan dalam ucapannya berkata, PKR telah memberi nafas baru kepada mereka menyebabkan mereka mengambil keputusan untuk meninggalkan PPP. Dalam reaksi segera, Pengerusi Perhubungan PPP Kedah, R Daass pula berkata, tidak ada mana-mana ahli yang meninggalkan parti itu kerana pihaknya tidak menerima sebarang surat keluar parti. "Kami tidak menerima sebarang surat. Mereka boleh dakwa apa yang mereka mahu tetapi sepanjang pengetahuan kami, tidak ada yang meninggalkan parti kerana mereka tidak memulangkan kad keahlian," katanya.

[Nampaknya Anwar Ibrahim masih mahu bermain dengan teka-teki lagi. Apapun rakyat perlu membuktikan kemenangan dalam ketiga-tiga pilihanraya kecil itu jika mahu melihat pengumuman yang lebih besar dibuat oleh mantan TPM itu. Lucu benar bila Pengerusi PPP Kedah, R.Daass mengatakan tidak ada ahlinya yang meninggalkan parti kerana mereka tidak memulangkan "kad keahlian". Punyalah bangangnya Pengerusi PPP Kedah ini, dia ingat keluar parti macam keluar kolej agaknya. Kena pulang kad matrik dan segala barang-barang berkaitan. Selama ini ramai juga ahli UMNO yang keluar parti dan tidak pernah memulangkang kad keahlian, sebab itulah jumlah ahli parti itu tidak pernah kurang pada zahirnya. Tetapi hakikatnya ia semakin berkurangan dan terus berkurangan dari sehari ke sehari sebenarnya].

http://pahangdaily.blogspot.com

Masyarakat Siam Bukit Selambau Sokong Pakatan Rakyat



Masyarakat Siam Bukit Selambau Sokong Pakatan Rakyat

05 April 2009

Calon BN Bukit Selembau tidak bersih dan menjadi penipu




N.29 Bukit Selambau: Konspirasi calon BN - Gobala


Tembelang CALON BARISAN NASIONAL DATUK S.GANESEN sudah pecah semalam.Pendedahan tersebut di buat oleh MP PADANG SERAI YB GOBALAKRISNAN mengenai penipuan DATUK S.GANESEN.Penipuan ini berlaku pada tahun 1993 ketika mana S. GANESEN sebagai peguam telah menipu pemilik rumah.Beliau mejadi peguam kepada 127 pemilik rumah baru di KUAH LANGKAWI.Bayaran telah di buat kepada S.GANESEN namun 50 orang daripada 127 pemilik rumah baru tersebut gagal mendapat rumah yang di janjikan.

Perkara ini telah memakan masa hampir 10 tahun lebih, namun rumah yang di janjikan masih tidak dapat di duduki.Menurut YB GOBALAKRISNAN lagi pemuju telah menyerahkan DUIT KEPADA PEGUAM iaitu DATUK S.GANESAN yang beribu pejabat di SUNGAI PETANI di alamat 34A TINGKAT 1 JALAN SERI TEMIN SUNGAI PETANI.Dalam pada itu PEMILIK RUMAH TELAH MEMBAYAR DEPOSIT RM9700 dan RM300 SERVICE CHARGE kepada PEGUAM DATUK S.GANESEN.Rumah tersebut ada rumah kos rendah rata-rata pembeli adalah orang india.Jumlah keseluruhan wang yang tidak di kembalikan sebanyak RM200 RIBU.

Baru-baru ini pemilik rumah yang merasakan diri mereka di tipu telah membuat laporan polis terhadap CALON BARISAN NASIONAL DATUK S.GANESEN.Ini menunjukkan CALON yang di pilih oleh BARISAN NASIONAL tidak bersih dan menjadi penipu.Mungkin CALON ini antara yang terbaik namun terburuk di mata rakyat BUKIT SELAMBAU.Kini pemilik rumah tersebut meraskan di tipu dan di aniayai oleh DATUK S.GANESEN.Gambar di atas menunjukkan salinan report polis dan resit report.

Naib Presiden dan 6 Ribu Ahli PPP Sertai PKR



Naib Presiden dan 6 Ribu Ahli PPP Sertai PKR

Saya sanggup serahkan Malaysia kepada Nizar jika PR memerintah – DSAI


Saya sanggup serahkan Malaysia kepada Nizar – Anwar

BUKIT GANTANG, 4 April:
Penasihat Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau sanggup menyerahkan Malaysia pada Haji Ir Nizar Jamaluddin jika PR dapat memerintah negara ini ekoran sifat ikhlas, kuat bekerja, amanah dan mampu memberikan khidmat terbaik.

Ini, ujarnya, terbukti bila mana Haji Nizar telah berjaya menjalankan tugas-tugasnya sebagai Menteri Besar Perak dengan baik dan lancar sehinggakan mendatangkan rasa kurang senang pihak BN yang akhirnya melakukan rampasan kuasa.

“Saya mendapati beliau seorang yang tidak mengambil balak, menjaga kepimpinan bersih boleh membantu rakyat miskin dari kalangan Melayu, Cina, India dan lain-lain bangsa yang dicapkan sebagai pengkhianat bangsa sedangkan di kalangan mereka yang mengamalkan rasuah, minum arak, tangkap orang dan sebagainya dianggap sebagai panglima.

“Apa istimewanya BN yang tidak mampu laksanakan perubahan pada masyarakat berbanding PR yang dalam satu tahun sahaja mampu melakukan apa yang tidak dapat dilakukan oleh BN,” tegasnya yang mendapat sambutan hadirin.

Anwar berkata demikian ketika berucap dalam majlis ceramah di UPU Sungai Tinggi dekat sini, baru-baru ini yang turut disertai sama oleh Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan naib Presiden Keadilan, Dr Lee Boon Chye.

Dalam majlis ceramah itu sebanyak lebih RM1500 berjaya dikutip dari ribuan yang hadir sedangkan berhadapan majlis ceramah PR kelihatan majlis forum perdana anjuran BN tidak mendapat sambutan ramai sedangkan kos khemah sahaja melebihi RM10 ribu.

http://kerabubersuara.blogspot.com
http://lh3.ggpht.com/_NG2rpR7PL40/Sd7ECBLUWVI/AAAAAAAAAj4/cwlPA3Kc0GA/s720/bersemadi%20UMNO3.JPG


LYRIC

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight




http://lh4.ggpht.com/_NG2rpR7PL40/ScNA7ekrAAI/AAAAAAAAAe4/MnAONBmvtlE/pinkturtle%20video.JPG