11 April 2009

MIC timbang keluar dari kabinet, "Keputusan dijangka dibuat dalam masa terdekat

dr s subramaniam interview 210308 05


















MIC timbang keluar dari kabinet


MIC sedang menimbang untuk menarik keluar wakil parti itu dalam kabinet baru ekoran banyak lagu isu-isu yang belum diselesaikan, terutama berhubung layanan pentadbiran baru terhadap masyarakat India, kata sumber dalaman parti itu hari ini.

Walaupun senario itu dilihat sukar berlaku, tetapi beliau berkata, MIC bersedia melakukannya bagi menumpukan kepada usaha menyatu padukan masyarakat India terlebih dahulu.

"Keputusan itu dijangka dibuat dalam masa terdekat ini, mungkin dalam mesyuarat jawatankuasa pusat MIC yang akan datang lewat bulan ini," katanya.

Bagaimanapun, parti itu akan kekal menganggotai gabungan BN.

Sumber tersebut berkata, sungutan utamanya ialah "masyarakat India masih dilayan sebagai rakyat kelas dua, malah seperti kelas tiga di negara ini".

Di samping itu, katana, wakil MIC dalam kabinet tidak diberi jawatan menteri kanan walaupun parti itu berulangkali merayu kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Perdana Menteri baru, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya melantik Presiden MIC, Datuk S Samy Vellu menganggotai semula kabinet.

Mengikut tradisinya, MIC akan mengisi jawatan menteri kerja raya. Bagaimanapun ianya berubah selepas pilihanraya umum 8 Mac tahun lalu, apabila Samy Vellu gagal mempertahankan kerusi parlimen Sungai Siput.

Menteri tunggal MIC dalam kabinet baru ialah Setiausaha Agungnya, Datuk Dr S Subramaniam yang dilantik semula sebagai menteri sumber manusia. Parti itu juga diberi dua jawatan timbalan menteri - M Saravanan (Wilayah Persekutuan) dan SK Devamany (Jabatan Perdana Menteri).

Kementerian sumber manusia, kata sumber tersebut, dianggap sebagai bukan jawatan kanan dalam kabinet dan MIC merasakan ini tidak mencerminkan status parti sebagai parti komponen ketiga terbesar dalam BN.

Malaysiakini

4 comments:

marheanttdi said...

nampak sangat tujuan mereka berjuang hanya untuk jawatan jawatan jawatan...takde jawatan tak boleh berkhidmat....bodo punya orang....takde jawatan tak efisien la kononnya....cilaka

Anonymous said...

Orang macam ini elok keluar seberapa segera yg boleh.Nak bela perut sendiri. Orang macam ini tak akan boleh berubah.Mereka ini jadi menteri tak pernah buat perkara yg baik untuk rakyat. Kalau jadi menteri hanya untuk naik harga minyak,TOL,letrik tanpa memikirkan nasib rakyat, sesiapa saja boleh jadi menteri. Itu pendirian rakyat terbanyak.Kalau jantan keluar dan letak semua jawatan, supaya SPR boleh umumkan PRK.

Kerol said...

ahli2 MIC dicadangkan insaf je la..
berubah la utk kepentingan rakyat..

yg sepatutnya MIC keluar dari komponen be end & sertailah PR.
tapi harus dibuang segala sifat dan sikap 'mughalazah' semasa dlm be end.

takkan la baru sedar org MIC nih kena kapur ngan be end. baru sedar ka? ayoyo..

Anonymous said...

SIPUT BABI TUA KALAH PILIHANRAYA, APA MACAM? TAK LAMA MATI LAH DIA MENTERI BESAR PERUT TAK PANDAI BERANAK-BERANAK, BANYAK MAKAN WANG HARAP KEMENTERIAN KERJA RAYA BERPULUH TAHUN.

http://lh3.ggpht.com/_NG2rpR7PL40/Sd7ECBLUWVI/AAAAAAAAAj4/cwlPA3Kc0GA/s720/bersemadi%20UMNO3.JPG


LYRIC

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight




http://lh4.ggpht.com/_NG2rpR7PL40/ScNA7ekrAAI/AAAAAAAAAe4/MnAONBmvtlE/pinkturtle%20video.JPG