10 April 2009

Najib Harus Hormat Abdullah


Najib Harus Hormat Abdullah

Senarai Jemaah Menteri yang diumumkan oleh Presiden UMNO,Najib Tun Razak petang tadi menimbulkan pelbagai kemusykilan mengenai tahap sebenar kesihatan politik dalaman partinya.

Tinjauan mendapati pelbagai pihak melihat beberapa sudut keputusan Najib agak pelik menurut tradisi UMNO.Khairy sewajarnya mendapat tempat apabila beliau merupakan ketua sayap di dalam Umno itu sendiri. Sebagai Ketua Pemuda Umno seperti kebiasaan posisi Menteri ataupun sekurang kurangnya Timbalan Menteri perlu di sediakan.

Sudah pasti ramai yang sudah menjangkakan ia mungkin ada kaitannya dengan Tun Mahathir yang kita sedia maklum ada perbalahan dengan Abdullah Badawi. Seharusnya Najib perlu memberi muka pada bekas Perdana Menteri Abdullah Badawi demi menenagkan Abdullah dan rasa hormatnya pada bekas Perdana Menteri berkenaan selepas memberi laluan pada beliau. Malah keputusan ini juga di lihat seperti ada serangan peribadi yang berunsur politik dalaman umno itu sendiri.

Pada Kabinet lepas Datuk Seri Hishamuddin yang menjadi Ketua Pemnuda pada pemilihan lepas menapat portfolio kementerian pendidikan. Malah lebih mengejutkan apabila Ketua Puteri UMNO,Rosnah Rashid Shirlin Diberikan jawatan Timbalan Menteri Kesihatan.

Perkara yang paling jelas ialah kedudukan Ketua Pemuda UMNO,Khairy Jamaluddin.Namanya langsung tidak tersenarai dalam Jemaah Menteri,malah tiada jawatan Timbalan Menteri disediakan untuknya.

Dalam keadaan biasa keputusan Najib ini,tidaklah menjadi satu isu besar. Bagaimanapun apabila Najib melantik Naib Ketua Pemuda UMNO,Razali Ibrahim menjadi Timbalan Menteri Belia dan Sukan,persoalan mula timbul kenapa Khairy yang juga ahli Parlimen Jelebu diketepikan, malah beliau lebih sesuai berikutan posisi dalam parti yang di jawat beliau.

Tambah mengelirukan ialah Mukriz Mahathir yang tewas dan tercorot dalam persaingan tiga penjuru dengan Khairy dan Bekas Menteri Besar Selangor,Khir Toyo,dilantik Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Yang menjadi tandatanya ialah,adakah Lembaga Disiplin UMNO akan dan telah mendapat bukti baru mengenai rasuah politik yang membabitkan Khairy dalam proses pemilihan UMNO akhir Mac lalu.

Jika ada, mungkinkah ini beerti nasib Khairy akan sama dengan Bekas Menteri Wilayah Persekutuan,Isa Samad yang digantung jawatan Naib Presiden selepas pemilihan kerana ada bukti ditemui beliau terlibat dengan rasuah politik?

Jika ini berlaku,adakah pergerakan Pemuda UMNO akan diketuai sementara oleh Naib Ketuanya iaitu Razali Ibrahim yang dilantik Timbalan Menteri Belia dan Sukan?

Walaupun Khairy membuat kenyataan bahawa Najib semalam telah memaklumkannya mengenai keputusan tidak melantiknya dalam Jemaah Menteri kerana mahu Khairy menumpukan perhatian membina semula imej Pemuda UMNO,umum dapat merasakan bahawa UMNO sebenarnya masih mengalami sakit dalaman.

http://www.malayadaily.com

3 comments:

Anonymous said...

Eloklah korang bercakaran. Lagi cepatlah UMNO berkubur sambil disaksikan Mahathir mentor Najib C4!

Anonymous said...

Tak lantik KJ tu memang dah jadi satu petandalah tu. Kalau boleh menjejaskan BN, dah kira baguslah tu untuk PR. Barang harus diingat, kalau DS Najib dianggap bodoh sudah tentu tak sampai ke tahap jadi PM dia ni.

Yang dok suruh lantik-lantik ni semuanya orang-orang yang nak tengok UMNO bertambah hancur.

Samalah perangainya dok sibuk-sibuk nak suruh Pak Lah terus kekal jadi PM dan jangan serah kuasa.

KJ ada keistimewaannya yang tersendiri. Jika dgn tidak dilantik dia masih mampu memperkasakan Pemuda UMNO dan membawa perubahan besar dalam sayap UMNO itu, tunggulah pemilihan UMNO akan datang,ahli-ahli UMNO akan menobatkan orang yang hebat ini ke tempat yang selayaknya.

Jangan terkejut,jika orang-orang yang mempertikaikan KJ tak dilantik ini akan berkata " teruk budak ni...umur masih muda dah berangan nak jadi Presiden UMNO ".

kayakingworldbiz.com said...

u still young bro...kalah sekarang tak semesti kalah sepanjang masa...saya cadangkan pada KJ...letak jawatan, keluar dari keris karat yg tak bersarong2 dan segera join PKR...mari berjuang sama2 dan tumbangkan bee end..kasi end of BN...ada berani?.

ade aku kesah

http://lh3.ggpht.com/_NG2rpR7PL40/Sd7ECBLUWVI/AAAAAAAAAj4/cwlPA3Kc0GA/s720/bersemadi%20UMNO3.JPG


LYRIC

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight




http://lh4.ggpht.com/_NG2rpR7PL40/ScNA7ekrAAI/AAAAAAAAAe4/MnAONBmvtlE/pinkturtle%20video.JPG