SUNGAI PETANI [6.30 pm] - Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih membiarkan rakyat berteka-teki apabila tidak mengumumkan 'kejutan' yang didakwa beliau amat penting dalam ceramahnya sempena pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau malam tadi. Anwar berkata, beliau hanya akan mengumumkan perkara itu pada 7 April ini selepas Pakatan menang di tiga pilihan raya kecil termasuk juga di Parlimen Bukit Gantang dan DUN Batang Ai. "Saya harus menggunakan majlis ini untuk menambah satu pengumuman yang penting. "Kita bincang semalam dan kita tahu, kalau kita bagi pengumuman itu malam ini, risikonya terlalu besar. "Oleh yang demikian, saya nak tunggu sampai 7 hari bulan (April). "Kita menang di Bukit Selambau, menang di Bukit Gantang, menang di Batang Ai dan kita sambung pengumuman penting kepada rakyat Malaysia semua," katanya di hadapan kira-kira 3,000 orang di Dewan Hock Seng, Sungai Lalang di sini. Jumaat lalu, Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution menyatakan Anwar akan mengumumkan satu kejutan yang didakwa beliau akan memberi ‘nilai tambah’ kepada Pakatan Rakyat dan impak besar kepada pilihanraya kecil tersebut.
Pada majlis itu juga, seramai 6,000 ahli PPP daripada lapan bahagian di Kedah telah meninggalkan parti itu dan menyertai PKR termasuk Naib Presidennya, V. Nadarajan. Tindakan itu didakwa telah menyebabkan lapan bahagian parti itu dibubarkan. Nadarajan dalam ucapannya berkata, PKR telah memberi nafas baru kepada mereka menyebabkan mereka mengambil keputusan untuk meninggalkan PPP. Dalam reaksi segera, Pengerusi Perhubungan PPP Kedah, R Daass pula berkata, tidak ada mana-mana ahli yang meninggalkan parti itu kerana pihaknya tidak menerima sebarang surat keluar parti. "Kami tidak menerima sebarang surat. Mereka boleh dakwa apa yang mereka mahu tetapi sepanjang pengetahuan kami, tidak ada yang meninggalkan parti kerana mereka tidak memulangkan kad keahlian," katanya.
[Nampaknya Anwar Ibrahim masih mahu bermain dengan teka-teki lagi. Apapun rakyat perlu membuktikan kemenangan dalam ketiga-tiga pilihanraya kecil itu jika mahu melihat pengumuman yang lebih besar dibuat oleh mantan TPM itu. Lucu benar bila Pengerusi PPP Kedah, R.Daass mengatakan tidak ada ahlinya yang meninggalkan parti kerana mereka tidak memulangkan "kad keahlian". Punyalah bangangnya Pengerusi PPP Kedah ini, dia ingat keluar parti macam keluar kolej agaknya. Kena pulang kad matrik dan segala barang-barang berkaitan. Selama ini ramai juga ahli UMNO yang keluar parti dan tidak pernah memulangkang kad keahlian, sebab itulah jumlah ahli parti itu tidak pernah kurang pada zahirnya. Tetapi hakikatnya ia semakin berkurangan dan terus berkurangan dari sehari ke sehari sebenarnya].
5 comments:
Kesian PPP Kedah dapat pemimpin yang dungu dan bebal. Mahathir keluar umno, tidak pula pulangkan kad ahlinya. Kalau semua ahli umno yang keluar parti dan tolak yang mati, umno hanya tinggal sejuta ahli saja. Itupun yang tinggal warga emas pembodek dan golongan Mat Rempit serta Puteri Bohsia.
Hidup Pakatan Rakyat! Kemenangan sudah tiba di Bkt Selambau, Bkt Gantang dan Batang Ai!
Itupun kalau menang 3-3 PRK lah...kalau tak menang 3-3 PRK kira tak ada pengumumanlah yer...DSAI 2X.
Betul kan aku cakap ni?
kalau x menang takde la pengumuman....malas dah nk dgr pasal kejutan2 ni...Itu hari cakap ada kejutan pasal pengumuman Malaysia Baru....takde jgk...sekarang nk buat kejutan lagi??? sudah2 la tu DSAI...I dah letih dah nk terkejut2 ni....
rasanya DSAI dan pakatan tidak perlu lah nak main teka teki atau sesaje nak suspen kan rakyat malaysia.
paling molek...sampai masa...tak payah nak main teka teki...terus je umum....biar be end & umNO terkanjai.
Sudahlah. Tak adamodal lain ke? Dulu dah tipu sekali.
Post a Comment