Dengan keangkuhan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang merupakan Pengarah Pilihan Raya BN bagi tiga pilihan raya kecil semalam enggan menerimanya sebagai referendum jelas membelakang suara dan keputusan rakyat yang bakal mengundang padah yang lebih besar selepas ini.
Pilihanraya kecil Bukit Gantang itu dilihat sebagai satu referendum samada rakyat memilih Nizar dari Pakatan Rakyat atau Datuk Zambry Abdul Kadir dari BN, yang telah mengangkat sumpah sebagai menteri besar Perak dengan perkenan Sultan Perak pada Februari lalu.
"Jurang kemenangan juga mengesahkan bahawa undi di peringkat negeri masih kukuh untuk Pakatan Rakyat dan jika diadakan pilihanraya negeri, keputusan akan tetap serupa," tambahnya.
Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang hari ini dengan memperoleh sebanyak 21,860 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Ismail Saffian yang mendapat 19,071 undi manakala calon Bebas, Kamarul Ramizu mendapat 62 undi.
Beliau mencatatkan majoriti 2,789 undi - berbanding 1,566 yang direkodkan oleh calon PAS pada Mac 2008.
Nizar dalam ucapan penerimaan keputusan itu, yang diumumkan secara rasmi kira-kira pukul 9.45 malam tadi, menyifatkan ia sebagai referendum rakyat mahukan kerajaan demokrasi, urus tadbir baik dan adil.
Malah beliau meminta agar Dewan Undangan Negeri Perak dibubarkan untuk membuka laluan kepada pilihan raya baru di negeri itu.
Keputusan pilihanraya Bukit Gantang ini juga membawa maksud rakyat Perak telah menolak dengan sekeras-kerasnya peranan yang dimainkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dilihat oleh rakyat Perak mendalangi rampasan kuasa haram 5 Februari lalu.
Selain itu, yang penting yang diperolehi melalui keputusan ini ialah isu derhaka yang cuba diapi-apikan oleh Umno dan BN dalam kempen sebenarnya melantun ke muka mereka sendiri.
Rakyat tidak lagi percaya kepada tohmah dan fitnah yang ditaburkan oleh Umno dan BN malah apa sahaja dakwaan terhadap Pakatan Rakyat ditolak bulat-bulat oleh pengundi Bukit Gantang.
Bukit Gantang juga menjadi landasan baru yang akan menjadi titik tolak perubahan total dan menyeluruh yang ingin dibawa oleh Pakatan Rakyat dalam senario politik negara.
Konsep politik baru yang diwar-warkan oleh Pakatan Rakyat nampaknya diterima baik oleh pengundi Bukit Gantang dan ini menjadi kayu pengukur bagi sentimen rakyat diseluruh negara.
Lebih-lebih lagi keputusan pilihan raya kecil ini membuktikan penolakan kepimpinan Najib sebagai Perdana Menteri dan cubaan awal beliau untuk memberi "gula-gula" politik kepada rakyat melalui dua "hadiah" sempena perlantikan beliau tidak dihiraukan rakyat.
http://greenboc.blogspot.com
5 comments:
Oit, Apa khabar munkee-munkee yang duduk dalam istana kinta? kah...kah...kah
Kah...kah...kah tak nak bubarkan DUN sebab nak jimatkan duit rakyat? kah...kah...kah
Oit, Munkee-munkee ni tahu tak diaorang pun dah pakai duit rakyat sejak lahir ke dunia, tak membazir ke? lepas tu menderhaka kepada rakyat. kah...kah...kah
Oit, insaflah penginap istana kinta, kah...kah...kah
Satelit puaka masih nak menderhaka pada Rakyat yang berkuasa.
Gamuda di telan Garuda PR
Tahniah ir. Nizar, walaupun keseluruhan kemenangan kepada PKR, tapi bagi wak kejayaan itu masih ditahap kurang memberangsangkan. Jika dilihat pertambahan majoriti bagi PKR, UBiN pun bertambah juga. So far pengundi totok UBiN masih kuat (tak kira lah kalau didakwa undi antu pun) dan usaha untuk mengurangkan undi totok UBiN dilihat masih kurang berjaya.
Hidup Nizar...you are no.1...next PM waiting in list...GRACIAS AMIGOS..BRAVOS..
Tahniah kpd pengundi bukit gantang yg mengundi saudara nizar dengan bijak. Bagi Pengundi yg masih belum sedar tu buka le mata dan telinga seluas2nya dan guna lah otak tu dgn bijak.
Muhyidin kata kemenangan ini bukan referendum (mcm mana kalau bn menang?). Kalau muhyidin berani (buat referendum) cuba bubarkan dun perak...kita tengok apa rakyat perak kata....
Post a Comment