28 March 2009

Pemimpin yang dikaitkan dengan politik wang masih mempunyai tempat yang istemewa




Muka lama UMNO tidak akan bawa perubahan

Rasuah Dan UMNO Tak Boleh Dipisahkan




Rasuah Dan UMNO Tak Boleh Dipisahkan

Pak Lah letak jawatan PM khamis...

Pak Lah letak jawatan PM khamis, Najib minta sabar

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abdin untuk memaklumkan hasrat letak jawatan Perdana Menteri, pada 2 April, Khamis depan.

Kata beliau jika diberi perkenan Datuk Seri Najib Tun Razak akan dilantik sebagai Perdana Menteri keenam.

"Saya akan menghadap YDPA untuk memaklumkan peletakkan jawatan saya dan jika diberi perkenan, Datuk Seri Najib akan menjadi Perdana Menteri," katanya semasa mengulung perbahasan pada hari terakhir Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur hari ini.

Difahamkan Najib yang dipilih menjadi Presiden Umno akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri, Jumaat depan.

Abdullah memegang jawatan Perdana Menteri sejak tahun 2003.

Pada Selasa lalu Abdullah yang juga Presiden Umno meminta mana-mana pihak "jangan mengganggu" beliau dengan mendesak mengumumkan tarik serah jawatan Perdana Menteri.

Dalam ucapan Dasar Presidennya kelmarin, Abdullah berkata, beliau akan memberi sokongan padu kepada Presiden Umno yang baru, Najib yang akan mengambil alih jawatan Perdana Menteri.

Difahamkan Abdullah akan mempengerusikan mesyuarat Kabinet terakhir Rabu depan.

Dalam pada itu pada sidang media yang turut dihadiri Najib dan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Abdullah berkata:

"Saya akan menghadap Yang di-Pertuan Agong...saya tidak mahu kata apa-apa yang lain."

Berhubung soalan sama ada perlu ada usul undi tidak percaya bagi Najib di Parlimen, Abdullah memberitahu, soal tersebut tidak perlu sama sekali.

"Saya tidak faham mengapa perlunya usul sedemikian.

"Pemimpin parti yang mempunyai kerusi terbanyak akan mengambil alih jawatan sebagai Perdana Menteri," katanya.

Dalam pada itu, Najib ketika ditanya mengenai tarikh beliau akan mengambil alih jawatan Perdana Menteri berkata, biar Abdullah menghadap Yang di-Pertuan Agong minggu depan.

"Biar Perdana Menteri menghadap Yang di-Pertuang Agong dulu dan kemudian proses penyerahan dan pelantikan akan berjalan sebagaimana disaksikan masa dulu.

"Biar Perdana Menteri menghadap dan semuanya akan diselesaikan kemudian," kata beliau.

Mengenai barisan Kabinet baru, "tunggu dulu. Saya belum ambil alih jawatan... belum pun saya duduk (sebagai Perdana Menteri)."

http://mstar.com.my

Akhirnya Tun M Datang Juga... Dapat Pujian Penuh Dari Najib


Tun Mahathir, Hasmah muncul di Perhimpunan Umno

KUALA LUMPUR: Bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad hadir bersama Tun Dr Siti Hasmah di Perhimpunan Agung Umno, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), jam 12.27 pagi tadi.

Keadaan di Dewan Merdeka menjadi gamat apabila Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sedang berucap mengumumkan mengenai kehadiran Mahathir.

http://www.bharian.com.my

Tewas... Tapi Enggan Mengaku Kelemahan Diri




Khir Toyo Salahkan Pihak Lain Bila Tewas

Tak Dapat Menteri Pun Tak Apa...


Khairy tidak risau jika tiada jawatan Kabinet

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, beliau tidak mengharapkan, malah tidak risau jika tiada jawatan diberikan kepadanya dalam Kabinet bakal dibentuk Perdana Menteri baru.

Ahli Parlimen Rembau itu berkata, buat masa ini tumpuannya memfokus untuk memenangi tiga pilihan raya kecil yang bermula esok.

"Saya tiada hasrat sedemikian, fikiran saya sekarang ialah menang dalam tiga pilihan raya kecil," kata beliau ketika ditemui di PWTC semalam.

Ia merupakan antara soalan yang ditujukan kepada Khairy yang menggantikan Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang juga Menteri Pelajaran sebagai Ketua Pemuda Umno semalam.

Soalan yang sama juga diajukan kepada Khairy selepas beliau mempengerusikan mesyuarat pertama Exco Pemuda malam tadi.

"Saya telah berulang kali ditanya soalan ini... saya ingin jelaskan pelantikan anggota pentadbiran dan jemaah menteri adalah hak mutlak Perdana Menteri bukan hak mana-mana pihak untuk minta termasuk Pemuda. Pemuda tidak minta," katanya.

Kata Khairy, beliau tidak risau kalau tidak ada apa-apa jawatan dalam Kabinet.

Tahun lalu beliau ada mengutarakan idea agar Pemuda diberikan jawatan dalam Kabinet bagi membolehkan Pemuda berfungsi dengan berkesan.

Lima menteri, seorang timbalan dan empat menteri besar tewas dalam pemilihan pusat kali ini.

Salah seorang daripada mereka, Datuk Seri Shahrir Abdul Samad iaitu Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah menawarkan diri letak jawatan minggu depan.

http://mstar.com.my


27 March 2009

Anwar Gesa Bukit Selambau Tolak Fitnah dan Sogokan BN




Anwar Gesa Bukit Selambau Tolak Fitnah dan Sogokan BN

Sebagai tindak balas boikot akhbar pro-Umno 3 bulan - Nik Aziz


sebagai tindak balas terhadap tindakan KDN, rakyat di negara
ini disaran tidak membeli akhbar harian yang didukungi Umno
dalam tempoh tiga bulan

Boikot akhbar pro-Umno 3 bulan - Nik Aziz

KOTA BHARU, 27 Mac (Hrkh) - Tindakan terbaru kerajaan Barisan Nasional (BN) menggantung permit akhbar oposisi dianggap sebagai tindakan jahat dan takut kepada kebenaran terbongkar.

Malah bagi Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat tindakan Kementerian Dalam Negeri (DKN) itu tidak sekali-kali menghalang rakyat bagi mendapatkan maklumat yang kini berada di hujung jari.

"Sumber maklumat sekarang sudah banyak seperti internet, blog, telefon, SMS dan sebagainya yang ternyata lebih berkesan dan cepat," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menerima kunjungan Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia, Mr Ashok K. Kantha di pejabatnya baru-baru ini.

Petang Isnin lalu KDN menggantung permit kedua-dua akhbar oposisi yang berpengaruh di negara ini iaitu Harakah dan Suara Keadilan selama tiga bulan.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, sebagai tindak balas terhadap tindakan KDN, rakyat di negara ini disaran tidak membeli akhbar harian yang didukungi Umno dalam tempoh tiga bulan.

Menurutnya tindakan KDN yang diterajui pemimpin Umno jelas mahu menyekat pengaruh Pakatan Rakyat yang semakin meluas sekarang.

"Kalau nak kata akhbar oposisi buat fitnah dan menghasut, kita tengok sekarang ramai juga ahli parlimen yang pernah ditahan ISA memenangi pilihan raya kerana sokongan rakyat.

"Macamana rakyat boleh mengundi dan memberi kepercayaan kepada mangsa tahanan ISA yang dianggap kerajaan boleh mengancam keselamatan negara. Jadi peranan akhbar oposisilah menjelaskan tomohan itu tidak benar sehingga pemimpin terbabit menang dalam pilihan raya," katanya.

Kata beliau tindakan menahan seseorang pemimpin politik ke dalam ISA bukan kerana mereka mengancam keselamatan negara, sebaliknya mengancam kedudukan Umno sehingga makin hilang pengaruh.

"Saya yakin tindakan mereka bermotif politik ketika menjelang pilihan raya kecil di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.

"Dendam yang membuak dalam dada pemimpin Umno menyebabkan mereka bertindak di luar batasan. Tindak tanduk mereka seperti Israel yang dendam terhadap umat Islam," katanya.

Oleh itu beliau berkata, tindakan pemimpin Umno menyekat akhbar milik Pakatan Rakyat menyebabkan kebencian rakyat terhadap Umno dan BN semakin menjalar.

http://www.harakahdaily.net

Tribute to Pak Lah



Tribute to Pak Lah

Muhyiddin ketuai 3 pilihan raya kecil serentak

http://pinkturtle2.files.wordpress.com/2009/02/muhyiddin-yassin.jpg
Muhyiddin ketuai 3 pilihan raya kecil serentak

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengetuai ketiga-tiga pilihan raya kecil yang akan bermula Ahad ini.

Perkara itu diputuskan dalam satu pertemuan dengan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bersama tiga lagi Naib Presiden yang baru dilantik dalam pemilihan semalam.

Kata beliau Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi akan mengetuai pilihan raya kecil kawasan Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau dan Datuk Seri Shafie Apdal bagi DUN Batang Ai.

Penamaan calon ketiga-tiga pilihan raya kecil itu diadakan Ahad ini.

Hari pengundian ditetapkan pada 7 April.

Secara tradisinya mana-mana pilihan raya akan di ketuai oleh Timbalan Presiden.

Selaku Timbalan Presiden ini kali pertama Muhyiddin mengetuai mana-mana pilihan raya kecil.

Muhyiddin dan ketiga-tiga Naib Presiden berkenaan merupakan muka baru bagi jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden yang dipertandingkan semalam.

Ketika ditanya mengenai peluang memenangi ketiga-tiga pilihan raya kecil kali ini, Muhyiddin berkata, beliau berkeyakinan boleh menang.

Bagaimanapun katanya, beliau bersikap pragmatik dan realistik bahawa ketiga-tiga pilihan raya kecil ini diselubungi isu-isu nasional dan tempatan yang perlu ditangani bersama.

http://mstar.com.my

Gambar-gambar terkini Dari Perak...




LENGANG !!
Bilik Gerakan Daerah Mengundi Kampung Tebok Trong jam 6:40 petang.

SUNYI SEPI !!
Bilik Gerakan Kampung Temerloh Trong jam 6:43 petang.

RUMAH HANTU !!
Bilik Gerakan 2 Kampung Temerloh Trong jam 6:43 petang.

Bilik Gerakan UMNO Cawangan Kampung Nibong jam 6:47 petang.

Jam 6:51 petang (lokasi aku tak ingat...)

Jam 6:52 (yang ni pun aku tak ingat dekat mana)

Berbanding dengan suasana yang tedapat di pondok-pondok dan markaz operasi calon PAS. Meriah beb ! Semangat sungguh depa nih. Dah ler semangat dan meriah, mesra alam giler ! Kehadiran krew BlogNet dialukan oleh semua petugas.


Brader ni tengah sibuk persiapkan replika wau dari bendera PAS. cukup kreatif. elok kalau buat sekali pertandingan markaz/bilik gerakan paling kreatif, depa boleh menang beb!

Hadiah utama bagi la tambang balik Kelantan tak pun package percutian ke Perak sebagai saguhati atas keprihatinan dan semangat depa ni dalam kempen pilihanraya kecil macam ni.

Bukan senang nak tinggal anak bini dalam satu tempoh yang agak lama untuk kerja-kerja amal.

Dekat bawah ni kalau tak silap aku breader yang incharge dekat markaz/bilik gerakan ni.

Kira baguih jugaak la dia ni... markaz/bilik gerakan nampak tersusun walaupun kerja-kerja sedang dijalankan.

Kebersihan mesti diutamakan tak kira dekat mana. yang tu penting sangat.


Gerbang pembakar semangat sedang disiapkan dan tak sampai setengah jam dah terpacak hasil kerjasama semua petugas yang ada. semua rajin tolong menolong. tak dak nampak yang berat tulang. bagus. aku respek orang kampung aku dan aku bangga jadi anak Kelantan. biar orang UMNO/BN dok kutuk kononnya kampung kami mundur tapi kami lebih tahu perihal kampung kami. orang UMNO/BN tak payah nak sembang lebih-lebih.

Suasana bilik gerakan dan markas operasi PAS. Ramai petugas sukarela dapat dilihat.

Eksklusif untuk paparan blog. Cerita penuh hangpa klik kat sini !

Dan dibawah adalah himpunan foto yang terakhir diambil oleh kami petang semalam. Lawatan Tergejut Dato' Seri Ir Nizar ke tapak pasar malam Sungai Kerang pada petang 26hb. Mac, 2009.


Bendera PAS di perkampungan cina di Kuala Trong berlatar belakangkan kilang membuat arang, betul2 mengasyikkan mata yang memandang. Wak bagi 5 bintang kepada foto ni !

Foto ni wak suka, pasal di muka Osman Jailu digantungkan kasut. Kasut tu ori beb ! Wak tak bagi bintang kepada foto ni..tapi wak sama macam pengundi di situ..wak bagi tapak kasut !
rujuk foto diatas untuk paparan dari angle yang berbeza. 5 tapak kasut untuk foto ini !

http://politikbanjar.blogspot.com

Dalam Umno Ni Macam-macam Boleh Berlaku - Hishammudin



Dalam Umno Ni Macam-macam Boleh Berlaku - Hishammudin

26 March 2009

Kita Tak Payah Pakai Lembaga Disiplin... Hebatkan Tu...

BUBAR LEMBAGA DISIPLIN UMNO... Perwakilan Umno Bukit Mertajam, Datuk Musa Sheikh Fadzir menggesa Umno membubarkan Lembaga Disiplin parti itu.

Umno disaran bubar Lembaga Disiplin

KUALA LUMPUR: Kepimpinan baru Umno diminta meminda perlembagaan parti untuk membubarkan Lembaga Disiplin yang didakwa mencetuskan suasana tidak kondusif di kalangan ahli parti.

"Bubarkan (Lembaga Disiplin) dan lantik anggota yang baru," kata Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir dari Bahagian Mertajam, Pulau Pinang.

Kata beliau, tindakan lembaga itu dalam urusan siasatan politik wang telah menyebabkan suasana berkelahi di kalangan ahli Umno.

"Lembaga Disiplin buat keputusan ini didakwa... ini didakwa, ini tidak didakwa menyebabkan kita (orang Umno) berkelahi," kata beliau ketika membahaskan usul Ucapan Dasar Presiden hari ini.

"Saya minta Presiden Umno baru pinda perlembagaan... bubarkan Lembaga Disiplin," katanya.

Dua minggu lalu, Lembaga Disiplin menjadi tumpuan banyak pihak dalam dan luar Umno sejak ia mengambil tindakan ke atas 15 orang termasuk Ketua Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

Ali dilarang daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno.

Sementara itu perwakian Umno Bukit Katil, Datuk Hasnoor Sdg. Husin mencadangkan supaya Umno mencari kaedah lain bagi menyelesaikan masalah politik wang yang membelenggu parti itu.

Jelasnya mekanisme baru perlu dikenalpasti sama ada dengan mengkaji semula Lembaga Disiplin serta ahli jawatankuasanya.

"Memang kita bersetuju politik wang perlu ditangani, tetapi tanganinya dengan berhemah, jangan buka pekung kepada orang lain...maknanya kalau kita nak banteras politik wang, kita selesaikan sesama kita.

"Sebab itu saya mencadangkan, carilah kaedah lain untuk banteras politik wang...elok juga bubarkan (Lembaga Disiplin).

http://mstar.com.my

Najib Terkejut Besar!! jumpa altantuya

Najib Terkejut Besar!!

http://manjungmari.rentaprevolusi.com

MENANGISI UCAPAN TERAKHIR


Kelihatan perwakilan resah dah gelisah bercampur sedih mendengar ucapan dasar tak malu seorang pemimpin yang mereka sanjungi dan kutuk dari belakang selama ini.Buat-buat sedih kunun.

Kata si pemimpin yang di hadapan itu,pemergian ku ini kerna dipaksa bukan terpaksa.Kau kunci cintaku di dalam hatimu.Namun sampai syurga ku tetap menunggu....ghuyyyubbbb!!!!

http://biaqpila.blogspot.com

The end of the road for the keris pondan


The end of the road for the keris

Penyokong Mukhriz telahbuat onar dan kecoh di Aras 1 PWTC


Sebahagian penyokong Mukhriz cuba dihalang oleh polis


Penyokong Mukhriz Protes Dan Tidak Berpuas Hati Kemenangan Khairy Jamaluddin Sebagai Ketua Pemuda UMNO Di PWTC Semalam

KUALA LUMPUR - Akibat kemenangan drastik Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda UMNO semalam, maka rupanya ramai yang tidak menyedari ia menyebabkan ramai penyokong Mukhriz Mahathir berang dan tidak berpuas hati. Khabarnya, mereka melihat bahawa terdapat pakatan jahat untuk menjatuhkan imej Mukhriz yang dipercayai calon "favourite" untuk menang. Tambahan pula anak Mahathir itu dijadikan "batu loncatan" oleh bapanya untuk kembali ke pangkuan UMNO setelah Najib menjadi Presiden UMNO yang baruy nanti. Namun, sebaliknya lain yang diharap lain pula yang berlaku. Mukhriz bukan sahaja dikalahkan oleh Khairy malah Khir Toyo. Beliau hanya mendapat 232 undi berbanding dengan Khir yang mendapat 254 undi. Begitulah hakikatnya, namun dek kerana tidak dapat menerima berita kekalahan itu akhirnya penyokong Mukhriz telah membuat onar dan kecoh di Aras 1, Pusat Dagangan Dunia Putra Semalam. Sebagai bukti, sila saksikan ramakan video The Egde dan gambar foto yang dipaparkan dibawah ini.



Bengis dan samseng, salah seorang penyokong Mukhriz


Sebahagian penyokong Mukhriz cuba dihalang oleh polis

25 March 2009

PR serah memorandum kepada SUHAKAM




PR serah memorandum kepada SUHAKAM

Wanita UMNO Mesti Berubah... Rafidah tak faham-faham lagi ke?




Shahrizat: Wanita needs to change

Nizar, calon yang ditunggu tunggu



Mendapat sokongan semua pihak dan yakin pilihan terbaik

'Umno Gila' dan 'Umno Gila Kuasa'

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhHORvP-AMFfBbDNVx0EZOF41bnva_U51p1STFjJ-n6iwjkvzvK8a7pcUO2rLazVTkEH47qcgilMx3x_SH14ybhlqe7hFO66SHprGT2rFNTosWoslgEHma_RPgCzol95CsYNe0P-daCkXN_/s400/Lim+Kit+Siang.jpg

Kit Siang diarah keluar Dewan hingga tengah hari

KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen veteran Lim Kit Siang hari ini diarah keluar daripada persidangan Dewan Rakyat sehingga pukul 1 tengah hari ini setelah beliau membuat tohmahan terhadap Umno dengan mengeluarkan kata-kata 'Umno Gila' dan 'Umno Gila Kuasa'.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandie mengambil keputusan itu setelah Lim (DAP-Ipoh Timur) enggan menarik balik tuduhan itu walaupun berkali-kali diarahkan berbuat demikian.

Lim sebaliknya bertegas dan bahawa beliau tidak melanggar sebarang peraturan mesyuarat dan mendakwa beliau tidak menyakitkan hati sesiapa atau mana-mana kaum.

Bagaimanapun pandangan itu tidak diterima Ronald yang mengatakan bahawa terdapat ramai anggota Umno dalam dewan itu yang sakit hati dengan kenyataan itu.

"Saya tidak mahu ambil tindakan tetapi kalau Yang Berhormat (YB) berdegil seperti ini YB telah melanggar arahan saya. Saya tidak ada cara lain melainkan mengeluarkan YB daripada dewan ini sehingga jam 1 tengah hari ini," katanya.

Kali terakhir Lim diarah keluar dewan ialah sekitar 1990an apabila beliau digantung daripada menghadiri persidangan dewan selama lapan bulan.

Sebelum itu persidangan Dewan Rakyat kecoh hampir 30 minit apabila anggota Parlimen kerajaan dan pembangkang saling bertikam lidah ekoran kenyataan Dr Mohd Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat) yang menyifatkan Lim tidak tetap pendirian berhubung Rang Undang-Undang Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Pindaan) 2009, kerana menghalang pembentangannya hari ini walaupun sebelum ini mengakui kepentingan rang undang-undang itu.

Menafikan kenyataan Mohd Puad, Lim berkata beliau tidak menghalang rang undang-undang itu daripada dibahaskan, sebaliknya hanya mempertikaikan mengapa ia dibahaskan secara tergesa-gesa sehingga tidak memberi masa kepada anggota Parlimen untuk mengkaji pindaan yang akan dibuat.

Rang Undang-Undang itu dibentangkan untuk bacaan kali pertama oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mohamed Nazri Abdul Aziz semalam.

"Saya tahu semua ahli Umno sedang gila dengan perhimpunan Agung Umno sekarang... Umno gila kuasa," kata Lim yang menimbulkan kemarahan di kalangan anggota Parlimen kerajaan yang bangun menuntut supaya Lim menarik balik kenyataan itu.

Kekecohan yang berlaku juga menyebabkan ada beberapa anggota Parlimen lain mengeluarkan perkataan kesat, termasuk Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) yang menyifatkan pembangkang sebagai "biadap".

Keadaan menjadi lebih tegang apabila pembangkang yang tidak puas hati dengan tindakan yang dikenakan terhadap Lim bangun membantah dan terus mengulang-ulang perkataan 'Umno Gila Kuasa' sebelum sebahagian besar turut keluar dewan.

http://www.bernama.com

Video keganasan di Bukit Selambau




Malam FRU di Taman Ria Jaya

Polis Merusuh Di Dua Bukit




Polis Merusuh Di Dua Bukit

24 March 2009

Umno tidak mampu menghadiahkan kepada rakyat seorang pemimpin yang tulus


Bukankah lebih baik jika dari dulu, lelaki ini kita tahu kewujudannya...


Bukankah lebih baik jika dari dulu lelaki ini tampil bergandingan di saf kepimpinan negara. Bukankah lebih baik jika dari dulu lelaki ini dapat diketengahkan sebagai pemimpin belia? Bukankah lebih baik jika lelaki ini kita angkat sebagai pemimpin utama negara? Sayangnya lelaki ini tidak mudah dibeli jiwanya. Tidak mudah terliur dek habuan dunia yang sering menjadi umpan Umno....

Umno tidak mampu menghadiahkan kepada rakyat seorang pemimpin yang tulus di era ini. Umno kalut di dalam membentuk sahsiah seorang pemimpin. Kerana Umno dewasa ini adalah parti yang lebih menjurus ke arah rasuah, maksiat dan segala macam kebusukan. Pemimpin Umno lebih selesa menyeru ahlinya berzikir tentang ketaatan kepada pemimpin dan parti.

Dari mengajak ahli Umno untuk membesarkan dan takutkan ALLAH serta perintahNya!

http://citrabudiman.blogspot.com
http://lh3.ggpht.com/_NG2rpR7PL40/Sd7ECBLUWVI/AAAAAAAAAj4/cwlPA3Kc0GA/s720/bersemadi%20UMNO3.JPG


LYRIC

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight




http://lh4.ggpht.com/_NG2rpR7PL40/ScNA7ekrAAI/AAAAAAAAAe4/MnAONBmvtlE/pinkturtle%20video.JPG