Mahathir : Khairy ingin menjadi PM termuda
Di dalam tulisan terbaru di blognya Tun Dr Mahathir meneruskan gesaannya untuk UMNO menolak pemimpin-pemimpin yang mengamalkan rasuah terutama yang bercita-cita menjadi Perdana Menteri termuda iaitu Khairy Jamaluddin, menantu kepada Perdana Menteri sekarang. -Greenboc
PEMILIHAN MAJLIS TERTINGGI UMNO
1. Perhatian rakyat Malaysia terutama orang Melayu ialah kepada peristiwa-peristiwa yang sedang berlaku dalam UMNO. Samada mereka ahli atau bukan ahli mereka tahu UMNO memainkan peranan yang besar dalam kehidupan mereka, dalam maju mundurnya Negara mereka.
2. Apa yang mereka lihat sehingga kini tidak menyenangkan hati mereka akan keupayaan UMNO dikekalkan.
3. UMNO yang telah perintah Negara ini dengan baik selama 50 tahun sekarang dilihat sebagai parti yang tidak bermaya. Lagi... Che Det (link)
http://nikhassanazmi.blogspot.com
1 comment:
mahathir cukup aktif pada pemilihan umno kali ini.
calun pilihannya adalah pemimpin umno yang sama perangai dengan dirinya.
kalau mereka mereka yang di kempen oleh mahathir itu berjaya, maka legasi kepimpinan mahafiraun akan berterusan untuk jangkamasa yang panjang. kerana tidak mahu dirinya terpinggir terus, sekarang mahathir turun dan bergiat bersama menonjol beberapa nama penting.
mereka yang cuba di 'tunjuk baik' adalah najib, mat tyson, mukhriz
pada calun pemuda, nampaknya mahathir sudah semakin galak menyerang khairy, usaha nya untuk menjatuhkan satu satu calun yang tidak berkenan oleh beliau. kalau khairy tersingkir .. muhkriz akan menang cara mudah. khir toyo .. ahh ! dia ikut telunjuk najib. ada atau tidak .. bukan menjadi masalah.
hari ini, khairy telah membuat laporan polis tentang usaha pihak pihak tertentu mengeluarkan buku mengutuk beliau yang di hantar kepada semua perwakilan. di khabarkan ianya di hantar melalui pos. dah ini membuktikan usaha ini di buat oleh orang dalam parti umno sendiri. kerana hanya mereka yang tahu senarai perwakilan dan alamat mereka.
masih ingat bagaimana anwar jatuh pada tahun 1998. pada pemilihan umno pada tahun tersebut, di keluarkan 50 dalil kenapa anwar tidak boleh jadi PM.
dan kita semua tahu bahawa memang mahathir terlibat di dalam usaha tersebut. akhirnya anwar mengambil langkah drastik membongkar budaya kronisma dan nepotisma, berkaitan dengan mahathir. sehingga tercetusnya peristiwa reformasi tahun tersebut.
kaedah pengedaran buku mengutuk khairy, sama seperti yang berlaku pada anwar ..
perlukah kita persoal siapa kah dalang di dalam semua yang berlaku ini?
bukan kah ini satu teka teki mudah?
- rentakjari
Post a Comment