Penyokong Mukhriz Protes Dan Tidak Berpuas Hati Kemenangan Khairy Jamaluddin Sebagai Ketua Pemuda UMNO Di PWTC Semalam
KUALA LUMPUR - Akibat kemenangan drastik Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda UMNO semalam, maka rupanya ramai yang tidak menyedari ia menyebabkan ramai penyokong Mukhriz Mahathir berang dan tidak berpuas hati. Khabarnya, mereka melihat bahawa terdapat pakatan jahat untuk menjatuhkan imej Mukhriz yang dipercayai calon "favourite" untuk menang. Tambahan pula anak Mahathir itu dijadikan "batu loncatan" oleh bapanya untuk kembali ke pangkuan UMNO setelah Najib menjadi Presiden UMNO yang baruy nanti. Namun, sebaliknya lain yang diharap lain pula yang berlaku. Mukhriz bukan sahaja dikalahkan oleh Khairy malah Khir Toyo. Beliau hanya mendapat 232 undi berbanding dengan Khir yang mendapat 254 undi. Begitulah hakikatnya, namun dek kerana tidak dapat menerima berita kekalahan itu akhirnya penyokong Mukhriz telah membuat onar dan kecoh di Aras 1, Pusat Dagangan Dunia Putra Semalam. Sebagai bukti, sila saksikan ramakan video The Egde dan gambar foto yang dipaparkan dibawah ini.
No comments:
Post a Comment