Bukankah lebih baik jika dari dulu, lelaki ini kita tahu kewujudannya...
Bukankah lebih baik jika dari dulu lelaki ini tampil bergandingan di saf kepimpinan negara. Bukankah lebih baik jika dari dulu lelaki ini dapat diketengahkan sebagai pemimpin belia? Bukankah lebih baik jika lelaki ini kita angkat sebagai pemimpin utama negara? Sayangnya lelaki ini tidak mudah dibeli jiwanya. Tidak mudah terliur dek habuan dunia yang sering menjadi umpan Umno....
Umno tidak mampu menghadiahkan kepada rakyat seorang pemimpin yang tulus di era ini. Umno kalut di dalam membentuk sahsiah seorang pemimpin. Kerana Umno dewasa ini adalah parti yang lebih menjurus ke arah rasuah, maksiat dan segala macam kebusukan. Pemimpin Umno lebih selesa menyeru ahlinya berzikir tentang ketaatan kepada pemimpin dan parti.
Dari mengajak ahli Umno untuk membesarkan dan takutkan ALLAH serta perintahNya!
http://citrabudiman.blogspot.com
http://citrabudiman.blogspot.com
No comments:
Post a Comment