23 March 2009
Bukan ugut Khairy, tapi berunding... Bunyi hampir sama je..
'Bukan ugut Khairy, tapi berunding'
Penulis politik Yahaya Ismail mendakwa beliau berunding dengan naib ketua Pemuda Umno mengenai hak cipta sebelum menerbitkan buku Tuah dan Sial Khairy Jamaluddin yang kini menjadi kes polis.
Yahaya bagaimanapun menafikan cuba mengugut calon ketua Pemuda Umno itu dalam pertemuan tersebut.
Beliau, yang juga dikenali sebagai Pak Ya, tidak dapat mengingati tarikh dan masa pertemuan tersebut.
"Ugut tahi minyak apa? Ugut (itu) macam nak pukul, bubuh pasir dalam tangki minyak kereta dia. Tidak ada (ugutan). (Pertemuan) ini bisnes.
"Kalau (Khairy) nak beli, beli. Kalau tidak mahu beli, sudah. Saya pergi, saya tidak bercadang nak ugut beliau," katanya (foto) kepada Malaysiakini.
Menceritakan lebih lanjut beberapa perbualan dalam rundingan tersebut, penulis veteran itu berkata:
"Saya kata awak beri RM100,000 kepada saya, awak ambil hak cipta (buku tersebut). Khairy kata, 'saya beritahu esok'.
"(Sewaktu) orang dia bawa balik saya, (mereka) bertanya, 'tidak boleh berunding sedikit?'
"Saya kata, 'itu pun harga sudah kurang.' Keesokan harinya orang dia datang beri (balik) naskhah, (orang Khairy berkata:) 'Khairy tidak ada duit. Khairy tidak jadi beli'.
"Saya tidak paksa beliau beli."
Khairy semalam membuat laporan polis terhadap Yahaya dengan mendakwa penulis Tuah dan Sial Khairy Jamaluddin mengugut dan memfitnahnya di ibu pejabat polis daerah Brickfields, Kuala Lumpur.
"Tujuan utama saya buat report (polis) ini adalah disebabkan kandungan buku ... yang ternyata memfitnah saya. Buku ini adalah sebenarnya satu usaha secara sengaja menjatuhkan imej dan karier politik saya," Khairy dipetik berkata.
Beliau dilaporkan berkata beliau pertama kali bertemu penulis tersebut di pejabatnya (Khairy) pada 17 Februari lepas.
Mengulas aduan polis tersebut, Pak Ya berkata beliau belum menerima sebarang panggilan telefon daripada polis.
Tambahnya, jika dipanggil untuk memberikan keterangan, beliau akan hadir bersama peguam.
Selain menerbit akhbar dan menulis politik, Yahaya lebih popular sebagai penulis esei dan pengkritik sastera Melayu khususnya pada 1960-an dan 1970-an.
Malaysiakini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
LYRIC
A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive
They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze
We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight
Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right
But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze
We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight
No comments:
Post a Comment