21 March 2009
Fairus Letak Jawatan Sebagai Timbalan Ketua Menteri
Fairus Letak Jawatan Sebagai Timbalan Ketua Menteri
Kemenangan PR Semakin Hampir...
MELAKA: Ketua Menteri Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang kehilangan hak untuk bertanding kerusi Timbalan Presiden Umno tetap yakin Barisan Nasional (BN) akan mencapai kemenangan lebih baik di Melaka walaupun kepimpinannya kini "tercalar" dengan hukuman tersebut.
Naib Presiden Umno itu yakin tindakan Lembaga Disiplin menggantung beliau daripada bertanding kali ini tidak akan menjejaskan peluang BN dan Umno untuk memenangi pilihan raya umum ke-13.
Beliau bertanding sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri di Melaka sejak 1999 dan mengetuai negeri itu selaku Ketua Menteri Melaka dalam pilihan raya umum 2004 dan 2008.
"(Hukuman dikenakan Lembaga Disiplin) tidak memberi kesan kepada pilihan raya. Saya fikir dalam pilihan raya akan datang, kita akan bertambah kuat di Melaka.
"Kita mesti memperkukuhkan parti supaya keyakinan ahli-ahli Umno agar BN dapat memenangi pilihan raya kecil ke-13 dengan cemerlang," kata beliau kepada mStar Online ketika ditemui di sini.
Hukuman ke atas beliau yang pertama kali bertanding kerusi Timbalan Presiden kekal berikutan keputusan Panel Rayuan semalam yang sebulat suara menolak rayuan Mohd. Ali dan mengekalkan keputusan bahawa beliau tidak boleh bertanding kerusi Timbalan Presiden pada pemilihan Umno minggu depan.
Larangan itu berkuat kuasa serta merta.
Rayuan Mohd. Ali bertarikh 18 Mac itu didengar semalam dan panel itu juga mengekalkan keputusan Lembaga Disiplin Umno selaras dengan Fasal 29 C Perlembagaan Umno....
Pilih Pemimpin Yang Boleh Selamatkan Umno Macam Saya...
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Tan Sri Muhammad Muhamad Taib, seorang daripada calon timbalan presiden Umno pada pemilihan Umno 26 Mac ini, telah ditemu bual oleh Bernama baru-baru ini untuk berkongsi pandangannya mengenai pelbagai perkara berkaitan politik Umno dan negara.
Berikut ialah pandangan-pandangan beliau.
SOALAN: Apa yang mendorong Tan Sri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno?
MUHAMAD: Saya nak berjuang untuk orang Melayu. Saya mewakili parti yang bernama Umno, Umno adalah parti yang memperjuangkan kepentingan orang Melayu di samping berjuang untuk seluruh rakyat Malaysia. Sebagai bekas Menteri Besar Selangor, memang kita memberi keutamaan kepada orang Melayu, tetapi ini tidak bermakna orang bukan Melayu kita tinggalkan.
Sebagai anak Melayu dan sebagai orang yang berkecimpung dalam parti, saya hendak meneruskan khidmat saya ke peringkat tertinggi untuk bantu orang Melayu terutama di kampung, nak meninggikan peluang orang Melayu.....
SOALAN: Apakah harapan Tan Sri kepada perwakilan menjelang pemilihan minggu depan?
MUHAMMAD: Perwakilan kena pilih pemimpin yang boleh selamatkan parti bukan pemimpin yang bawa keadaan menggoncangkan parti. Kena tengok "track record" dan bawa pembaharuan. (Pada) 1970 Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Presiden PAS) kata siapa bekerjasama kafir, tak payah Yahudi atau Nasrani dia adalah kafir.
Sekarang slogan "PAS for All". Kita tidak dengar lagi amanat Hadi dilaungkan. Maknanya PAS buat adjustment. UMNO tak boleh statik. Kena berubah atas dasar mengikut kehendak zaman, kalau tidak Umno akan ketinggalan.
20 March 2009
Rakyat tidak akan membiarkan Ahmad Said terlepas dari hukuman.
"SPRM ada elemen salah guna kuasa," kata RAKYAT
Rakyat mendapati ada elemen bahawa Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ahmad Hamdan Said, menyalah guna kuasa sewaktu melakukan siasatan ke atas Speaker Dewan Undangan Negeri Perak dan lain-lain ADUN.
Rakyat pasti tidak akan membiarkan Ahmad Said terlepas dari hukuman.
"Bagi rakyat ada elemen salah guna kuasa, rakyat akan mengikuti perkembangan tersebut... bukan pendakwaan untuk menentukan keterangan berhubung perkara itu dapat dikumpul.
"Setakat ini, yang kita ketahui siasatan mereka masih berjalan dan mereka akan cuba panggil beberapa lagi (wakil rakyat) yang ada ketika kejadian," tegas seorang penduduk Perak yang ingin dikenali sebagai Nizar sahaja.
Pada 18 Februari lalu, Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN, yang diketuai Sivakumar, menggantung menteri besar daripada menghadiri sidang dewan selama 18 bulan, manakala kesemua enam exconya digantung selama 12 bulan.
Semalam SPRM memanggil baki empat ahli jawatankuasa tersebut: Loke Chee Yan (Kepayang), Ong Boon Piow (Tebing Tinggi), Sum Cheok Leng (Bercham) dan Chan Ming Kai (Simpang Pulai).
Sebelumnya Sivakumar dan Adun Selinsing, Husin Din telah memberi keterangan kepada SPRM.
Mahkamah Rayuan sebelum ini telah membenarkan Sivakumar untuk menggunakan peguam persendirian membatalkan penghakiman Ridwan Ibrahim yang bertindak untuk menghalang Sivakumar dari menggunakan peguam persendirian, malah menghalang Sivakumar membela dirinya sendiri dengan memaksa Speaker tersebut menggunakan khidmat penasihat Undang-undang Negeri di dalam membela kes-kes saman terhadapnya.
Keputusan Mahkamah rayuan yang sebulat suara memutuskan bahaw Speaker Dewan Undangan Negeri Perak berhak menggunakan peguam persendiriannya dengan sendiri menafikan kenyataan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Dato Seri Ahmad Said Hamdan yang sebelum ini berlagak pandai untuk mentafsirkan seseorang Speaker adalah "seorang penjawat awam."
Menurut Ahmad Said Hamdan, SPRM mempunyai kuasa menyiasat dakwaan salah laku Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar berhubung tindakannya menggantung Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir dan enam Exco kerajaan negeri daripada menghadiri sidang DUN.
“Speaker merupakan seorang pegawai awam. Jika beliau didapati menyalahgunakan kedudukan dan jawatannya, beliau juga tidak terlepas daripada melakukan kesalahan di bawah seksyen itu,” tambahnya.
Kenyataannya itu jelas bercanggah dengan keputusan penal tiga hakim Mahkamah rayuan yang memutuskan bahawa tiada peruntukan yang menyatakan Speaker mesti diwakili oleh penasihat undang-undang negeri kerana di bawah Akta Tatacara Kerajaan, Speaker bukan seorang pegawai kerajaan negeri.
Panel tiga hakim berkenaan ialah Datuk Md Raus Sharif, Datuk Abdull Hamid Embong dan Datuk Ahmad Ma’arop membuat keputusannya sebulat suara.
"Kami tidak menemui sebarang peruntukan di dalam undang-undang yang speaker mesti diwakili ole Penasihat Undang-undang negeri. Di bawah Akta Tatacara Kerajaan, seorang speaker bukan merupakan seorang penjawat awam atau seorang pegawai kerajaan negeri.
“Perayu adalah bebas untuk menggunakan khidmat peguam persendiriannya,” tegas hakim Raus yang membacakan keputusan tersebut.
Rakyat juga sedang mengikuti perkembangan Ahmad Said Hamdan yang masih gemar mengeluarkan kenyataan media di akhbar-akhbar sekalipun ia bertentangan dengan pandangan mesyuarat Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) yang dipengerusikan oleh Tun Abdul Hamid Mohamed, bekas Ketua Hakim Negara mengenai kenyataan media SPRM berhubung kes siasatan yang masih dalam tindakan suruhanjaya itu.
http://greenboc.blogspot.com
19 March 2009
MP Bandar Kuching Failkan Usul Untuk Semak Usul Gantung Gobind
MP Bandar Kuching Failkan Usul Untuk Semak Usul Gantung Gobind
Nik Aziz yakin rakyat akan terus tolak BN
Apakah masih ada orang Melayu yang berminat dengan Umno selepas disahkan parti itu semakin menular dengan rasuah politik. Begitu juga bagi penduduk di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Air mahukah mereka terus bersekongkol dengan parti atau kerajaan yang jelas mengamalkan rasuah.
Ini sebagai panduan mudah bagi mereka untuk membuat pilihan terbaik pada pilihan raya kecil 7 April ini.
Mursyidul Am, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau yakin berdasar kepada fenomena tersebut pengundi di di Bukit Gantang, Perak dan Bukit Selambau, Kedah, Batang Air, Sarawak dapat menilai parti mana yang lebih bersih.
"Umno sebuah perjuangan sekular yang kini sarat dengan rasuah politik seperti disahkan Lembaga Disiplin Umno baru-baru ini.
"Saya tidak nampak rakyat mahu memilih calon BN pada pilihan raya kecil tersebut berikutan akhir-akhir ini terbongkar tindakan ekstrem seperti yang berlaku di Perak," katanya di sini.
Menurut beliau tindakan ganas dengan merampas kerajaan Perak dari Pakatan Rakyat sebelum ini bukan cara demokrasi.
"Jadi apa lagi yang perlu harap dari BN, nak harap jaga Islam lagi tak boleh, sebab jaga demokrasi pun gagal," ujarnya.
Menurutnya selagi Umno berkuasa, selagi itu huru hara akan berlaku dan rakyat tidak berada dalam keadaan tenang kerana ada sahaja kekacauan yang dicetus.
"Umno akan dibenci rakyat Perak kerana masalah yang dilakukan mereka sendiri," ujarnya.
Beliau juga mengumpamakan Umno seperti ubat yang pahit sehingga terpaksa disalut dengan gula iaitu wang dan jawatan untuk menarik perhatian orang ramai menyokongnya.
"Itulah perjuangan yang berteras sekular yang lari dari fitrah manusia. Apabila gula yang membungkus Umno sudah terhakis maka pahitnya akan muncul," katanya.
Kalau saya jadi (Yang di-Pertuan) Agong, saya tak mahu baca apa pun pasal ni - Dr M
Tun M Marah Pada Zaid Dan Anggap Pandangan Zahid Bodoh!!
Mengulas peralihan kuasa antara Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya Datuk Seri Najib Razak, Dr Mahathir menyatakan sokongannya terhadap kepimpinan timbalan presiden Umno itu, tetapi dengan syarat "tidak melantik pemimpin yang korup dalam kabinetnya".
Beliau turut membidas kenyataan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang memohon Yang di-Pertuan Agong yang sedang bersidang supaya tidak melantik Najib sebagai perdana menteri.
"Kalau saya jadi (Yang di-Pertuan) Agong, saya tak mahu baca apa pun pasal ni. (Pandangan) bodoh sangat. Siapa dia (Zaid) yang gamak dia nak? Dia nak Pak Lah balik?" katanya.
Malaysiakini
Pemuda Kelantan desak SPRM siasat Mohd Ali KOTA BHARU, 19
Pemuda Kelantan desak SPRM siasat Mohd Ali
KOTA BHARU, 19 Mac (Hrkh) - Selepas disahkan Dato' Seri Mohd Ali Rustam dan Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin terbabit rasuah politik, pelbagai pihak mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak segera.
Hari ini Dewan Pemuda PAS Negeri dan Dewan Pemuda PAS Pasir Mas membuat laporan rasmi kepada SPRM berhubung gejala tersebut.
Aduan mengenai perkara itu diserahkan Penolong Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri yang juga seorang peguam, Ahmad Najib Deris kepada SPRM pagi tadi.
Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman berharap SPRM menyiasat secara telus dakwaan salah laku pemimpin terbabit.
Beliau berkata, Dewan Pemuda PAS Negeri amat tidak berpuas hati dengan keputusan Lembaga Disiplin Umno yang masih mengekal Mohd Ali sebagai Ketua Menteri Melaka walaupun disahkan terlibat dengan rasuah.
"Kita berharap SPRM membuat siasatan segera berhubung perkara itu, apa lagi dalam tempoh penjenamaan semula SPRM," katanya kepada pemberita selepas membuat aduan mengenai salahlaku kedua-dua pemimpin tersebut.
Sehubungan itu Dewan Pemuda PAS Kelantan mendesak Mohd Ali meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka kerana telah melakukan kesalahan sebagaimana yang diumum Lembaga Disiplin Umno.
Menurutnya badan disiplin terbabit tentunya mempunyai bukti kukuh berhubung dakwaan salahlaku kedua-dua pemimpin berkenaan.
"Biar pun apa yang berlaku itu masalah dalaman Umno, namun Mohd Ali merupakan ketua sebuah kerajaan negeri. Ini bermakna isu yang berlaku sekarang bukan berkaitan parti semata-mata.
"Pemuda PAS membuat laporan kepada SPRM bagi memperlihatkan Malaysia menjadi sebuah negara yang bersih dari masalah rasuah serta disegani dunia.
"Hadis Rasulullah saw ada menyebut setiap apa yang halal itu jelas, begitu juga yang haram juga jelas. Berpandukan kepada hadis tersebut ketetapan segera perlu diambil," ujarnya.
Beliau turut bersetuju supaya setiap ahli Umno yang bakal bertanding dalam parti itu disoal siasat terlebih dahulu bagi memastikan mereka bebas rasuah.
Menurutnya setakat ini difahamkan hanya sebilangan kecil sahaja kes yang siasat, sedangkan terdapat lebih 900 kes dilaporkan ahli Umno terhadap amalan rasuah politik kepada Lembaga Disiplin Umno.
Sehubungan itu, beliau berharap SPRM membawa Mohd Ali dan Khairy serta pemimpin tertinggi lain yang didapati bersalah ke mahkamah untuk diadili.
Hadir sama ketika membuat aduan tersebut Bendahari Dewan Pemuda PAS Negeri, Wan Azimin Wan Adnan, anggota jawatankuasa, Dr Rosli Alaani Abdul Kader dan Ketua Dewan Pemuda PAS Pasir Mas, Rozi Mohammad.
Semalam Angkatan Muda KeADIlan Melaka membuat laporan kepada SPRM terhadap Mohd Ali di atas dakwaan terbabit politik wang.http://www.harakahdaily.net
Guan Eng nafi pecat Fairus
KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini menafikan desas desus kononnya timbalannya Mohamad Fairus Khairuddin telah dipecat.
Katanya Fairus masih menjalankan tugas seperti biasa dan telah menghadiri mesyuarat exco kerajaan negeri minggu lepas.
"Setiausaha politik saya telah menghubunginya (Fairus) untuk bertanyakan mengenai perkara itu, bagaimanapun dia menafikan telah berhenti. Saya tahu perkara ini tersebar melalui SMS (khidmat pesanan ringkas).
"Tetapi saya tidak mahu membuat sebarang spekulasi mengenai ini. Saya menafikan khabar angin yang mengatakan dia telah keluarkan barang-barang dari pejabatnya," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini hari ini.
Lim, yang juga Anggota Parlimen Bagan dan Setiausaha Agung DAP, berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai desasdesus kononnya Fairus, daripada Parti Keadilan Rakyat, telah dipecat dari jawatannya.
Beliau berkata hubungannya dengan Fairuz masih baik.http://www.bernama.com
Konspirasi menjatuhkan kem Pak Lah
"Setelah Calon MT, Datuk Mohd Norza Zakaria di dakwa di mahkamah minggu lepas, minggu ini giliran Khairy Jamaluddin dan Datuk Seri Ali Rustam pula didapati BERSALAH MELAKUKAN RASUAH POLITIK!!!
Mungkin secara kebetulan, ataupun sengaja dilakukan secara terpilih, dalam sebegitu banyak KES RASUAH POLITIK (dikatakan hampir 1,000 kes) tuduhan terhadap pemimpin-pemimpin UMNO, hanya mereka bertiga sahaja calon popular atau Tokoh Pemimpin yang diambil tindakan oleh Lembaga Disiplin UMNO atau SPRM...
Nampaknya UMNO bukan sahaja tidak demokratik dan tidak telus terhadap parti-parti lawan, tetapi juga sesama ahli parti mereka juga.
Apa tidaknya, ketiga-tiga mereka yang dinyatakan di atas (Datuk Norza, Khairy dan Datuk Ali) adalah terdiri daripada KEM PAK LAH yang bakal melepaskan jawatan PM tak berapa lama lagi. Sementara KEM NAJIB tiada seorangpun didapati bersalah??? Mustahil...
Semua orang tahu bahawa Datuk Mohd Norza adalah proksi Khairy Jamaluddin dalam perniagaan dan Datuk Mohd Ali Rustam pula adalah calon Timbalan Presiden pilihan Pak Lah setelah Muhyiddin Yasin begitu kuat mendesak PM berundur...Makanya tidak sukar untuk meletakkan mereka bertiga di atas satu rakit yang sama!
Dengan hukuman membatalkan pencalonan Datuk Mohd Ali Rustam sebagai calon Timbalan Presiden, maka ia memberi laluan mudah kepada Muhyiddin untuk menewaskan Mat Tyson yang bergelumang dengan 1001 masalah semasa mentadbir Selangor sebelum ini. Kini imej beliau masih tercemar!!!
Begitu juga dengan Calon Ketua Pemuda, jelas sekali kemenangan akan berpihak kepada Mukhriz Mahathir memandangkan lawannya, Khir Toyo juga mempunyai 1001 masalah semasa menjadi MB Selangor sebelum ini, sama seperti Mat Tyson. Walaupun Khairy dibenarkan bertanding walaupun didapati bersalah, namun kesan keputusan Lembaga Disiplin sudah cukup menjejaskan sokongan perwakilan. Nasib Khairy mungkin sama dengan Khir! kalah teruk!!!
Bagi Datuk Norza Zakaria pula, prestasinya kini terus menjunam teruk walaupun SPRM hanya mendakwa beliau (belum didapati bersalah), tetapi ianya tetap menjejaskan prestasi dan reputasinya! Saingan beliau tentu gembira dengan pendakwaan beliau, namun yang lebih penting lagi ialah SIAPA DI BELAKANG NORZA? Itu yang lebih penting dan mahu dihukum sebenarnya...
Jelas kini, Datuk Mohd Ali, Khairy Jamaluddin dan Datuk Norza Zakaria hanyalah umpama beberapa ekor tupai yang telah ditembak dengan begitu tepat sekali oleh penembak tepat! Persoalannya, SIAPA PULA DI BELAKANG PENEMBAK itu???
Konspirasi untuk menjatuhkan kem lawan sudah menjadi darah daging dalam setiap kali pemilihan UMNO, dan kali ini ia semakin ketara dan agak terbuka; Ia seakan-akan seperti kes pembunuhan model Monggolia - Altantuya Shariibuuu - mangsa mati ditembak dan dibom, namun sukar untuk dikesan siapakah pembunuh sebenar atau mereka yang berada di sebalik tabir pembunuhannya!!! Lagi lah sukar untuk diketahui motif pembunuhannya...
Tetapi, TIADA KESALAHAN YANG MAMPU DILAKUKAN DENGAN SEMPURNA, akhirnya kita pasti akan dapat mengetahuinya juga, cuma cepat atau lambat sahaja. Kita tunggu dan lihat...
http://www.tranungkite.net
Pemegang Password Blog Tok Guru mesti seorang yang jujur, ikhlas dan bertanggungjawab...
Ingatan Kepada Pemegang Password Blog Tok Guru
Dengan ada blog bolehlah Tok Guru gunakan untuk berdakwah sekali. Pengisinya nanti diharap bukan saja bersifat politik, tetapi ilmu-ilmu keagamaan juga. Walaupun ada kalanya Tok Guru campur sekali ilmu agama dengan politik, dalam kuliah dan syarahannuya tetapi ada yang tidak dapat memilihnya. Jadi bercampur gaullah, macam antah bercampur dengan beras.
Saya kata ini bukan apa sekadar mengingatkan saja berpandukan kepada apa yang telah lepas. Tidak perlu cerita panjang. Selamat berblog duhai Tok Guruku.
http://msomelayu.blogspot.com
Agong Dirayu Tidak Perkenankan Najib Sebagai PM
Akhbar Malaysianinsider hari ini melaporkan Datuk Zaid Ibrahim telah membuat satu permohonan kepada Yang Dpertuan Agong untuk tidak memperkenankan perlantikan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri, tetapi sebaliknya melantik orang lain dari Umno "bagi menyelamatkan dari tebing kehancuran."
"Seseorang perdana menteri mestilah seseorang yang menerima keyakinan dari majoriti rakyat. Untuk tujuan tersebut tidak sepatutnya ada di dalam minda kebanyakan rakyat bahawa, samada ia benar atau tidak, mengaitkan beliau dengan perkara-perkara yang mempunyai unsur jenayah, salahlaku, atau salahguna kuasa," katanya di dalam satu ucapannya hari ini.
Kenyataan Zaid ini tentunya akan memberikan tekanan ke atas Najib yang sedang mempersiapkan diri untuk mengambil alih kuasa sebagai presiden UMNO minggu depan dari Datuk Seri Abdullah Badawi dan sebagai perdana menteri minggu berikutnya
Di dalam ucapannya, Zaid juga merujuk apa yang dikatakan pelbagai masalah yang belum pernah dibawa oleh mana-mana pemimpin negara sebelum memegang jawatannya.
Dia telah dikaitkan dengan pembunuhan kejam Altantuya Shaariibuu sekalipun beliau telah menafikan dan tidak ada bukti untuk mengikatnya terhadap pembunuhan tersebut.
Populariti Najib cuma 41 peratus, mengikut satu kajian bebas oleh Merdeka Centre.
Zaid berkata bukanlah beliau bermaksud untuk melakukan sebarang tuduhan, namun beliau merasakan Najib bukan merupakan seseorang yang boleh diterima oleh rakyat.
"Rakyat begitu ragu, ditambah pula dengan pelbagai tuduhan yang tidak berjawab. Ia bukan satu perkara yang remeh di dalam fikiran rakyat apabila cabaran terbuka telah dilakukan oleh seorang ahli parlimen terterhadapnya baru-baru ini, timbalan perdana menteri tersebut memilih untuk berdiam diri," tambahnya.
Zaid juga menyatakann RM400 juta komisyen yang dibayar oleh Kementerian Pertahanan sewaktu Najib menjadi menteirnya untuk pembelian kapalselam, dan menyatakan Abdul Razak Baginda, seorang rakan karib Najib merupakan ajen di dalam urusniaga itu.
Pembunuhan Altantuya juga disebut oleh Zaid, yang menyatakan bahawa terdapat banyak persoalan yang tak berjawab yang mana masyarakat awam perlu mendapat tahu mengenainya.
Beliau juga menyifatkan rampasan kuasa di Perak sebagai malapetaka yang bukan kecil.
"Orang awam sekarang menuduh beliau menggunakan taktik-taktik licik dan kotor untuk memperolehi kuasa.
"Dengan kesemuanya ini dan banyak lagi yang lain, bagaimana kita dapat mengelak dari perasaan gelisah? Bagaimana kita nak tidur dengan tenteram di malam hari?"
Zaid berkata sekalipun Perlembagaan menetapkan Agong dikehendaki melantik seseorang yang menerima keyakinan dari ahli-ahli parlimen, namun ia adalah hal yang tertaluk kepada penilaian baginda.
"Tidak ada kewajipan perlembagaan untuk Agong melantik presiden Umno sebagai perdana menteri.
"Masih ramai yang berkelayakan dari Umno yang boleh dilantik sebagai PM bagi menyelamatkan negara dari tebing kehancuran."
Malaysiakini : Agong digesa tidak lantik Najib jadi PM
themalaysianinsider : Zaid urges King not to make Najib PM
Anwaribrahimblog : Ucapan Dato’ Zaid Ibrahim Di Rotary Club
18 March 2009
Anwar Ibrahim bimbang keselamatan Pak Lah
Ketua polis daerah Dang Wangi, ACP Zulkarnain Abdul Rahman hari ini dilaporkan mengesahkan penemuan objek tersebut, tetapi beliau enggan memperincikannya.
Malaysiakini : Kertas jampi di bawah meja Pak Lah?
Mohd Ali Rustam masih bertegas beliau tidak melanggar peraturan pemilihan UMNO
Ali Rustam Kemuka Rayuan, Penyokong Persoal Keputusan Parti
Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam masih bertegas beliau tidak melanggar peraturan pemilihan UMNO sehari selepas Lembaga Displin parti melarangnya bertanding jawatan timbalan presiden atas kesalahan terbabit dalam rasuah politik.
Ali Rustam berkata beliau akan menyerahkan surat rayuan terhadap keputusan itu kepada Lembaga Displin, Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi dan Najib.
Bercakap pada sidang media di Melaka, Ali Rustam berharap rayuannya akan diterima untuk membolehkan beliau terus bertanding pada pemilihan parti minggu depan.
Ketua Menteri Melaka itu dilihat sebagai pilihan utama untuk jawatan Timbalan Presiden Umno yang membawa hadiah kerusi Timbalan Perdana Menteri. Ali Rustam dilihat sebagai mampu mengalahkan saingan Muhyiddin Yassin yang disifatkan sekutu utama Najib Razak.
Penyokong Ali Rustam melihat keputusan Lembaga Displin itu didalangi oleh pihak tertentu untuk memastikan pemilihan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden UMNO, sebagaimana yang diinginkan oleh Najib Razak.
Sidang akhbar oleh Mohd Ali dihadiri isteri beliau, Asmah Abdul Rahman, pemimpin Umno Melaka serta penyokongnya.
Ditanya mengenai perasaan beliau berhubung keputusan Lembaga Displin, Ali Rustam berkata: "Saya telah tegaskan kepada Jawatankuasa Lembaga Disiplin bahawa saya tidak bersalah tetapi jawatankuasa mendapati saya bersalah, jadi saya terima dengan hati terbuka".
Mohd Ali turut memohon maaf kepada penyokongnya dan meminta mereka supaya bertenang dan bersatu demi perpaduan parti.
Malam tadi, kira-kira 150 penyokongnya menemui Perdana Menteri setibanya dari Indonesia untuk meminta beliau mempertimbangkan keputusan melarang Mohd Ali daripada bertanding.
Kumpulan penyokong Mohd Ali itu merangkumi ahli dari Negeri Sembilan, Selangor, Wilayah Persekutuan, Perak dan Pulau Pinang.
Ketua Umno Bahagian Batu Gajah Mohd Yusoff Kassim memberitahu pemberita, dalam pertemuan hampir 20 minit itu, Abdullah berjanji memikirkan perkara itu dan akan menemui Ali Rustam hari ini.
Mohd Ali didapati bersalah mengikut Perkara 10.1 Tataetika Ahli Umno yang membabitkan kesalahan pihak ketiga.
Lembaga Displin memutuskan bahawa Mohd Ali bertanggungjawab terhadap tindakan tiga ejennya yang didapati bersalah melakukan rasuah dan sogokan politik.
Mereka ialah Saadun Basirun, Rosli Hasan dan Zalina Ismail. Saadun dan Rosli adalah ahli jawatankuasa Umno Bahagian Bukit Katil.Manakala Zalina adalah Naib Ketua Puteri Umno ahagian yang sama.
Ketiga-tiga mereka digantung keahlian selama satu penggal atau tiga tahun berkuatkuasa 12 Mac lalu.
Namun Ali Rustam sendiri tidak digantung keahliannya. Beliau juga kekal naib Presiden UMNO dan Ketua Menteri Melaka walaupun didapati bertanggungjawab atas tindakan tiga ejennya itu menyogok wang.
Keputusan mengekalkan keahlian Ali Rustam dalam UMNO dan kerajaan sekali lagi memperlekehkan jaminan Najib Razak, kononya parti itu akan bertindak berani dan adil dalam menangani rasuah politik dalaman dan dalam kerajaan.
Ahli UMNO dan orang ramai tentunya sukar menerima langkah Lembaga Displin untuk hanya memberikan amaran kepada Khairy Jamaluddin walaupun beliau juga didapati bersalah mengikut peraturan yang sama. Alasan yang diberikan ialah kesalahan yang membabitkan Ahli Parlimen Rembau itu, tidak seberat kes Ali Rustam.
Jaminan Najib kononnya UMNO serius membendung rasuah politik sukar diterima oleh akar umbi parti dan rakyat.
Hakikat ialah Najib bingkas bertindak tetapi cuma apabila tindakan itu menguntungkan beliau atau sekutunya. Greenboc
Laporan : TVAntara
Video : RTM1
Khairy bersalah bukan kelebihan untuk saya - Mukhriz
Mukhriz: "Khairy bersalah bukan kelebihan untuk saya"
KUALA LUMPUR: Calon Ketua Pemuda Umno, Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata, keputusan Lembaga Disiplin semalam yang mendapati seorang lagi calon jawatan itu, Khairy Jamaluddin bersalah kerana terlibat dalam politik wang tidak memberi sebarang kelebihan kepadanya.
Jelasnya pertandingan bagi merebut jawatan Ketua Pemuda tetap sama dengan saingan tiga penjuru dan keputusan lembaga itu bukan kelebihan kepadanya untuk menang.
Semalam Pengerusi Lembaga Disiplin Umno Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail mengumumkan bahawa Khairy didapati bersalah mengikut Perkara 10.1 Tataetika Ahli Umno, yang melibatkan politik wang dan diberikan amaran.
Beliau masih layak untuk bertanding dalam pemilihan Umno minggu depan.
Seorang lagi calon yang bertanding merebut jawatan itu serta disiasat ialah bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo.
Bagaimanapun Mohamad Khir yang disiasat oleh lembaga itu mengikut Perkara 5.1.2, 5.5, 5.6 dan 5.6.1 Tataetika Ahli Umno didapati tidak bersalah dan bebas daripada tuduhan politik wang.
Kempen ‘Katakan Tidak Kepada Najib’ Ke seluruh Malaysia
'Say No To Najib'
Bukit Gantang – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia akan melancarkan kempen ‘Katakan Tidak Kepada Najib’ (Say No To Najib) ke seluruh negara bermula 21 dan 22 Mac depan.
Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata kempen itu perlu diadakan memandangkan Najib akan mendapat ‘political score’ dengan menerajui ke tiga-tiga kempen pilihanraya kecil Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.
“Kita merasakan, sebab dalam pilihanraya kecil di tiga tempat ini sudah pasti Najib akan mengetuai jentera pilihanraya, dan yang akan dapat ‘political score’ adalah Najib,
“beliau (Najib) akan menggunakan ‘political score’ itu untuk menekan, supaya dipercepatkan transisi itu (peralihan kuasa) dipercepatkan,”katanya kepada Buletinonline selepas menutup program latihan pilihanraya kepada petugas AMK disini kelmarin.
Beliau berpendapat peralihan kuasa kepada Najib belum tentu akan berlaku dan beliau tidak yakin ia aakan berlaku.
“Pendirian AMK tidak mahu Najib menjadi Perdana Menteri,”katanya yang menegaskan banyak perkara dakwaan berkaitan penyelwengan dan salah laku tidak dijawab oleh Najib.
Beliau berkata dalam soal rasuah pembelian Eurocopter, AMK telah memfailkan kes kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Malaysia sebelum ini.
Namun katanya, tidak ada apa-apa penafian atau pengakuan yang dibuat oleh Najib berkenaan dakwaan rasuah itu.
“Transaksi pembelian Eurocopter telah selesai, pelantikan kontraktor pembekalan telah selesai, pembelian Eurocopter hanya ditangguhkan, bukan dihentikan,”ujarnya.
Selain kes itu, Shamsul berkata, dakwaan terbaru akhbar Perancis ‘Liberation’ menambahkan lagi keyakinan AMK bahawa Najib terbabit dengan skandal pembelian kapal selam.
“Kita telah membuat pihak polis, dan polis berjanji mereka, akan membuat penyiasatan terhadap perkara itu, kerana ia adalah penemuan baru,”katanya.
Beliau berkata Najib juga tidak membuat penafian atau pengakuan terhadap kenyataan bersumpah Fauzi Muda yang membaitkan Najib dengan cubaan membeli (ADUN) dengan nilai RM50 juta.
“Sebab itu kita mengatakan, kita tidak boleh terima, pertama kali dalam sejarah, kita ada seorang bakal perdana menteri yang rosak akhlak dan moralnya,
“kalau orang yang didakwa bersih ‘Mr. Clean’ Abdullah Ahmad Badawi, tidak begitu (not very clean) dan ditolak oleh rakyat, apa jaminan terhadap Najib (yang dituduh melakukan penyelewengan),”tegasnya.
"Hidup Ali Rustam" Penyokong Ali Rustam jumpa PM
Penyokong Ali Rustam jumpa PM
KUALA LUMPUR: Kira-kira 150 penyokong Datuk Seri Mohd Ali Rustam bertemu Perdana Menteri malam tadi meminta beliau mempertimbangkan keputusan Lembaga Disiplin Umno yang melarang Ketua Menteri Melaka itu bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno pada pemilihan parti minggu depan.
Kumpulan penyokong dari Negeri Sembilan, Selangor, Wilayah Persekutuan, Perak dan Pulau Pinang itu, berkumpul di TUDM Subang kira-kira pukul 9 malam bagi menunggu ketibaan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dari Indonesia yang tiba kira-kira pukul 10.45 malam.
Ketua Umno Bahagian Batu Gajah, Datuk Mohd Yusoff Kassim ketika ditemui media di sini malam ini berkata mereka sempat menemui Abdullah dan menyampaikan harapan supaya Presiden parti itu mengkaji semula keputusan yang dibuat.
"Kami meminta Perdana Menteri supaya mempertimbangkan semula keputusan untuk melarang Mohd Ali (bertanding) dan beliau memberikan respons yang positif," katanya.
Menurut Mohd Yusoff, pada pertemuan hampir 20 minit itu, Abdullah berjanji akan memikirkan perkara itu dan akan menemui Mohd Ali esok.
Semalam, Pengerusi Lembaga Disiplin Umno Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail mengumumkan bahawa Mohd Ali dilarang daripada bertanding pada pemilihan parti setelah beliau didapati melakukan kesalahan mengikut Perkara 10.1 tataetika ahli Umno, yang melibatkan politik wang.
Lembaga Disiplin itu juga mendapati Naib Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin, yang merupakan calon Ketua Pemuda, bersalah kerana melanggar perkara yang sama tetapi hanya diberi amaran.
Lembaga itu bagaimanapun mendapati bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, juga calon Ketua Pemuda Umno, tidak melanggar tataetika ahli parti.http://www1.mstar.com.my
Agen Perasuah Digantung Tiga Tahun Tapi Perasuah Dilepaskan
Eksklusif: Lembaga Displin UMNO Tersalah Atau Tersilap Pandang Agaknya, Bila Agen Perasuah Digantung Tiga Tahun Tapi Perasuah Dilepaskan
KUALA LUMPUR - Ramai pemerhati politik yang terkejut dan tertanya-tanya apakah motif sebenar calon Timbalan Presiden UMNO iaitu Ali Rustam (foto) dihukum hilang kelayakan untuk bertanding, sedangkan beliau didapati bersalah kerana terbabit dengan politik wang?. Maka itu, ramai yang berpendapat, sepatutnya Ali Rustam diberi hukuman yang lebih berat dan bukan setakat dilarang bertanding semata-mata. Ini kerana segala rasuah itu berlaku kerana "usaha" beliau untuk memancing undi supaya dicalonkan oleh bahagian-bahagian tahun lalu. Sedangkan agen-agen beliau hanyalah menjadi "broker" untuk melaksanakan urusan terbabit.Tetapi anehnya, Ali Rustam masih dipertahankan supaya kekal sebagai Ketua Menteri Melaka dan tidak dikenakan tindakan displin yang lebih "afdal" sebenarnya. Manakala itu dalam masa yang sama sungguh aneh apabila Pengerusi Lembaga Displin UMNO, Tengku Ahmad Rithauddeen berkata keahlian Ali Rustam bagaimanapun tidak digantung dan beliau masih menjadi anggota perwakilan ke Perhimpunan Agung UMNO, yang dijadual berlangsung dari 24 hingga 28 Mac ini. Kenyataan beliau bahawa keputusan itu dibuat oleh Lembaga Disiplin UMNO yang mendapati Mohd Ali, yang juga Naib Presiden UMNO, bersalah mengikut Perkara 10.1 Tataetika Ahli UMNO kerana kesalahan rasuah dan politik wang yang dilakukan oleh ejennya.
Masalahnya disini, mengapakah pula Lembaga itu bagaimanapun mendapati Setiausaha Politik beliau Saadun Basirun, bersalah melakukan rasuah atau sogokan politik. Kerana kesalahan itu, Saadun yang juga ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Bukit Katil turut dikenakan tindakan. Sementara itu Naib Ketua Puteri UMNO bahagian Bukit Katil Zalina Ismail dan Rosli Hassan Ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Bukit Katil telah digantung keahlian selama tiga tahun atau satu penggal pemilihan berkuatkuasa 12 Mac lepas kerana dipercayai menjadi agen Ali Rustam.
Keputusan yang dibuat ini adalah jelas tidak adil sebenarnya. Ini kerana "agen" beliau menyogok perwakilan UMNO bahagian dengan wang yang diberikan oleh Ali Rustam. Maka itu, sepatutnya Ali Rustam perlu diberi hukuman yang lebih berat daripada agen terbabit. Jika tiada wang untuk rasuah maka bagaimana agen terbabit mahu melaksanakan tugasnya. Rasuah melibatkan semua pihak dan bukannya hanya "ikan bilis" yang didakwa sebaliknya "ikan paus" dilepaskan malah boleh pula kekal sebagai Ketua Menteri Melaka.
Sepatutnya, demi maruah orang Melaka Ali Rustam perlua meletakkan jawatannya dan bukan terus mahu berkuasa. Sudah terbukti beliau bersalah dan dihukum oleh Lembaga Displin UMNO makanya beliau harus berundur dan melepaskan semua jawatan tingginya dalam UMNO termasuk Ketua Menteri Melaka. Jika tidak ini menunjukkan bahawa Lembaga Displin UMNO tidak telus dalam melaksanakan tanggungjawabnya untuk membenteras rasuah politik wang dalam parti itu.
[Apakah mungkin ada campurtangan pihak atasan bagi memberi laluan yang selesa kepada Muhyiddin Yassin untuk menjawat jawatan Timbalan Presiden UMNO sebenarnya. Seperti yang telah kami dedahkan sebelum ini, memang ada maklumat yang Najib memberi jaminan kepada Ali Rustam agar beliau tidak dikenakan tindakan oleh Lembaga Displin UMNO atas kesalahan tersebut. Ternyata apa yang dilaporkan oleh kami itu kini menjadi bukti cuma tindakannya sahaja yang agak berbeza. Apakah segala tindakan ini membuktikan yang UMNO memang sudah bebas dari amalan rasuah yang sememangnya sudah menjadi darah daging mereka.
http://pahangdaily.blogspot.com
Ali sudah diberi jaminan sekiranya menerima keputusan Jawatankuasa Disiplin
SUMBER yang rapat dengan Umno mengakui sudah ada jaminan kepada Dato' Seri Mohd Ali Rustam untuk tidak diambil tindakan selepas diisytihar untuk tidak layak bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno pada Perhimpunan Agung 24-28 Mac 2009 ini.
Pada 17 Mac Ali yang juga Naib Presiden Umno diisytihar tidak layak bertanding oleh Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Umno Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddin Ismail, kata bekasa Exco Pemuda Umno, Dato' Kamal Amir Hijaz. "Sumber yang rapat dengan pimpinan Umno mengakui, Ali Rustam sudah diberi jaminan tak akan diambil sebarang tindakan, sekiranya menerima keputusan Jawatankuasa Disiplin dan tak mempersoalkan apa-apa berikutan keputusan berkenaan.
"Mungkin sahaja Ali Rustam dianggap pro Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, seperti insiden Dato' Seri Azalina Osman Said yang diserbu pejabatnya oleh SPRM atau Khairy Jamaluddin yang diberi amaran oleh Jawatankuasa Disiplin," katanya.
Bagaimanapun desas desus sudah lama kedengaran berkaitan calon-calon yang akan bertanding pada pemilihan Umno mengagihkan 200 permit AP kepada anak pimpinan yang mempunyai kaitan dengan Jawatankuasa Disiplin, dakwa Kamal Amir.
Sehingga sekarang tidak didedahkan siapa pemberi permit AP dan anak pimpinan yang mempunyai kaitan dengan Jawatankuasa Disiplin itu, ujarnya.
Sekalipun Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak dalam kenyataan kepada media 17 Mac 2009 mahu melakukan pembersihan di dalam Umno, tetapi adalah dibimbangkan pembersihan sekadar 'membalas dendam'.
"Kalau pada 2004 Tan Sri Isa Samad (dikatakan pro Najib) dikenakan tindakan, justeru pada kali ini Ali Rustam (atau pro Pak Lah) pula menerima risikonya," tegas beliau.
Tengku Ahmad Rithauddin akan dipersoal kalau tindakan jawatankuasanya mempunyai unsur-unsur tak sihat, katanya.
Beliau berkata, isu 200 permit AP juga terus menghantui penyokong-penyokong Umno di peringkat akar umbi kerana kementerian tertentu sahaja yang boleh memberikan permit tersebut.
Umno akan kembali kepada gelora 1987 apabila wujud 'A Team' dan 'Team B', malah berakhir dengan tragedi diharamkan di mahkamah, katanya.
Kata Kamal, berikutan tragedi itu sistem kehakiman dipersoalkan, menyebabkan kerajaan menanggung beban pada 2008 dengan membayar pampasan kepada hakim-hakim yang diberhentikan ketika krisis 1987.
"Dalam tempoh 22 tahun pada 2009, Umno sedang menunggu hari-hari terakhir selembar sejarah, tegas beliau.
http://sanggahtoksago.blogspot.com
17 March 2009
kalau nak bersih, bersihkan semua sekali - Penyokong Ali
Penyokong Ali berkumpul di pejabat Umno
kemaskini 8.30pm Kira-kira 15 orang yang dipercayai ahli Umno yang menyokong Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkumpul di luar bangunan ibupejabat Umno sambil melaungkan 'Hidup Datuk Ali'.
Mereka juga turut melaungkan "Hanya Datuk Ali boleh merubahkan Umno".
Manakala sidang akhbar Lembaga Disiplin Umno berlangsung di tingkat 38 bangunan tersebut di mana Mohd Ali dilarang bertanding jawatan timbalan presiden Umno selepas ejennya didapati bersalah terbabit dalam rasuah dan sogokan politik.
Ketua kumpulan tersebut yang dikenali sebagai Amran Ahmad, ketika bercakap kepada pihak media berkata "kalau nak bersih, bersihkan semua sekali".
"Kalau nak telus, semuanya kena telus," katanya. Mereka berkumpul selama lima minit.
Sebelum itu, kira-kira 40 anggota polis - separuh daripadanya adalah anggota pencegah rusuhan - kini ditempat di pintu bangunan ibupejabat Umno di ibunegara.
Mereka datang bersama empat trak pacuan empat roda polis dan sebuah van.
Kiira-kira 15 anggota kelihatan berada di luar pintu masuk ke bangunan tersebut, manakala yang lainnya duduk di dalam trak.
Manakala kira-kira 30 orang wartawan dan jurugambar diminta oleh pihak ibupejabat Umno supaya berkumpul di lobi bangunan tersebut, sebelum dibenarkan naik menghadiri sidang akhbar tersebut.
Pagi tadi, tersebar pula desas-desus bahawa sekumpulan ahli Umno akan berhimpun di ibupejabat Umno kerana tidak puas hati dengan cara dan keputusan Lembaga Disiplin Umno menjalankan siasatan.Menurut sumber-sumber, mereka dijangka datang dari beberapa negeri dan akan berhimpun di PWTC setengah jam sebelum sidang akhbar tersebut diadakan.
Malaysiakini
Speaker Dewan Rakyat ikut jejak Speaker Dun Perak
Speaker Dewan Rakyat ikut jejak Speaker Dun Perak
MACHANG, 17 Mac (Hrkh) - Tindakan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menggantungkan anggota parlimen Puchong, Gobind Singh Deo secara jelas mengiyakan segala tindakan dilakukan Speaker Dun Perak, V Sivakumar sebelum ini.
Tidakkah ia menggambarkan speaker berkuasa penuh, biar pun dalam kes di parlimen dianggap melampau apabila segala elaun dan kemudahan dinikmati anggota parlimen berkenaan dibekukan.
Maka penggantungan terhadap Dato' Dr Zambry Abdul Kadir dan enam lagi Adun Barisan Nasional di Perak dianggap sah. Cuma mereka lebih bernasib baik kerana segala elaun tidak dibekukan.
Mengulas perkembangan itu, bekas pensyarah undang-undang UIAM, Dr Mohd Fadzli Hassan berkata, kuasa speaker untuk menggantungkan seseorang anggota dewan sama ada di parlimen atau Dun semakin jelas sekarang.
"Mengapa keputusan Speaker Dun Perak sebelum ini dipertikai pemimpin Umno dan sekarang pula menyokong Speaker Dewan Rakyat menggantungkan seorang ahli.
"Kita jangan bersikap double standard kerana kuasa yang ada pada speaker lebih kurang sama. Jelas apa yang dilakukan Speaker Perak sebelum ini mengikut bidang kuasa yang ada," katanya ketika ditemui pada majlis perasmian Dewan Utama Dun Temangan di sini hari ini.
Perasmian itu disempurnakan Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Semalam Yang Dipertua Dewan Rakyat mengumumkan penggantungan Gobind daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat selama setahun berkuatkuasa serta merta.
Berikutan penggantungan tersebut anggota parlimen terbabit dibeku sebarang elaun dan kemudahan.
Dr Mohd Fadzli yang juga anggota Exco kerajaan Kelantan berkata, kejadian yang menimpa ke atas anggota Parlimen Puchong menjadi permulaan kebebasan wakil rakyat untuk bersuara dipancung bagi kepentingan politik Umno
. Menurutnya, isu yang dibangkit Gobind seharusnya dijawab Dato' Seri Najib Razak secara telus memandangkan dakwaan hubungannya dengan Altantuya tersebar luas di Perancis.
"Timbalan Perdana Menteri sepatutnya mengambil tindakan sewajarnya terhadap media asing yang menyebarkan hubungannya dengan Altantuya.
"Negara luar akan memerhati negara kita seolah-olah mempunyai bakal Perdana Menteri yang diragui keperibadiannya," kata beliau.
Anggota parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail berkata, tindakan yang diambil terhadap Gobind tidak akan menyelesaikan masalah kerana isu kisah peribadi Timbalan Perdana Menteri sudah tersebar luas di luar negara.
Menurutnya, Gobind ketika menjadi peguam bela kes Raja Petra mendapat maklumat daripada pegawai di mana Najib dikatakan menjadi saksi penting berkaitan kes Altantuya.
"Oleh itu Gobind menggunakan peluang di parlimen minggu lepas mempertikaikan kaedah siasatan polis. Gobind mendesak Najib menjawabnya.
"Keberanian Gobind seharusnya dipuji rakyat yang inginkan ketelusan berkaitan kes pembunuhan rakyat Mongolia tersebut," ujar beliau.
Menurutnya juga penarikan segala imbuhan sebagai anggota parlimen terhadap Gobind jelas tidak adil dan ia merupakan satu episod hitam terhadap demokrasi di negara ini.
Kata beliau sistem perundangan di negara ini semakin jelas kembali ke zaman gelap.http://www.harakahdaily.net
Ali Rustam digantung keahlian tiga tahun,Khairy diberi amaran dan Khir tidak bersalah
Ali Rustam dilarang tanding timbalan presiden
Ketua Menteri Melaka, Datuk Mohd Ali Rustam dilarang bertanding jawatan timbalan presiden Umno hujung bulan ini selepas didapati melanggar peraturan pemilihan Umno.
Calon Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin juga didapati bersalah melanggar peraturan pemilihan parti, tetapi hanya diberi amaran.
Manakala seorang lagi calon Ketua Pemuda, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo pula didapati tidak bersalah.
Perkara itu diumumkan oleh Lembaga Disiplin Umno dalam sidang akhbar khas yang sedang berlangsung di ibupejabat Umno di ibunegara petang ini.
Mohd Ali dan Khairy didapati bersalah mengikut Perkara 10.1 Tataetika Ahli Umno yang membabitkan kesalahan pihak ketiga.
Perkara 10.1 itu berbunyi: Bilamana seseorang ejen, pelobi, pengurus kempen atau perayu undi itu didapati bersalah mana-mana melanggar peruntukan Tataetika Ahli Umno, maka Lembaga Disiplin bolehlah menganggap, setelah berpuashati daripada keterangan-keterangan dan/atau bukti-bukti yang dikemukakan kepadanya, bahawa prinsipal kepada ejen, pengurus kempen atau perayu undi itu turut sekali melakukan kesalahan-kesalahan di bawah Tataetika Ahli ini dan/atau mempunyai pengetahuan mengenai perihal kesalahan-kesalahan tersebut dan boleh mengambil tindakan menghukum prinsipal tersebut seolah-olah dia yang melakukan kesalahan tersebut bersama-sama dengan ejen, pelobi, pengurus kempen atau perayu undi tersebut.
Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tengku Ahmad Rithauddeen berkata siasatan telah dijalankan terhadap 29 orang.
Hasil siasatan tersebut, seorang - Mohd Ali Rustam - dilarang daripada bertanding, 10 orang lagi digantung keahlian selama tiga tahun, mulai 12 Mac, termasuk seorang ketua Pemuda Negeri.
Yang lainnya terdiri daripada ketua bahagian dan cawangan. Manakala empat orang diberi amaran termasuk Khairy.
Bagaimanapun, Khairy yang juga ahli Parlimen Rembau dibenarkan bertanding jawatan ketua Pemuda Umno hujung bulan ini.
Siasatan lembaga itu juga mendapati 14 orang lagi tidak bersalah, termasuk Dr Mohd Khir.
16 March 2009
Walaupun kedua-dua belah mata saya pedih, tapi saya rasa "enak dan puas" - A samad Said
Bahasa lebih penting daripada wang ringgit - A. Samad Said
TAIPING, 16 Mac (Hrkh) Wang bukan segala-galanya. Begitulah dinyatakan oleh Tokoh Sastrawaan Negara, Dato A. Samad Said ketika melancarkan Gerakan Kerja Badan-badan NGO Islam dan kaum India/Cina sempena menjelangnya Pilihan Raya Kecil Kerusi Parlimen P-59 Bukit Gantang di Markaz PASTI, Kampung Boyan dekat sini petang semalam.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengumumkan Pilihan Raya P-59 diadakan pada 7 April depan manakala Hari Penamaan Calonnya 29, Mac ini.
"Memang wang bukan segala-galanya bagi saya. Walaupun di dunia memerlukan wang, tapi saya tetap berkehendakkan maruah mertabatkan Bahasa Melayu dalam sains dan matematik itu dilaksanakan segera disekolah-sekolah sebagai keutamaan mutlak daripada wang,� katanya.
Beliau menegaskan, sejak awal Tun Dr Mahathir Mohammad memperkenalkan PPSMI itu, telah heboh diperkatakan oleh tokoh bahasa negara akan kesan dan akibatnya terhadap pembelajaran murid-murid Melayu dalam sains dan matematik berpenghantar Inggeris itu.
Kata A. Samad, setelah digunakan beberapa tahun kaedah tersebut, hasil kajian profesional membuktikan kemampuan pelajar-pelajar menggunakan bahasa Inggeris dalam peperiksaan itu bertambah lemah dari tahun ke setahun hingga kini.
Disebabkan tidak sanggup lagi menerima kesan buruk akibat pengunaan PPSMI terhadap generasi kita, maka saya sanggup berada bersama Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di hari protes PPSMI, 7, Mac lalu dan telah terkena gas pemedih mata serta tembakan pancutan mariam air terhadap kami petang itu, katanya.
"Walaupun kedua-dua belah mata saya pedih, tapi saya rasa "enak dan puas" kerana dapat bersama mempertahankan untuk memansukan segera PPSMI itu," jelasnya.
Bagi beliau, PPSMI itu adalah seumpama gas pemedih mata juga kerana kalau lambat diubati dengan memakan garam sedikit serta membasuhnya dengan air maka ianya akan bertambah parah, kucar-kacir murid-murid Melayu kesudahannya.
"Itulah sebabnya saya berada seimggu di sini menjelaskan betapa pentingnya PPSMI dimansuhkan segera dengan diajar dalam Bahasa Melayu," kata Samahttp://www.harakahdaily.net
Amaran Dari Pondan Berkeris
Pemuda Umno Akan Sekat Kemenangan Hatrik Pembangkang
KUALA LUMPUR, 15 Mac (Bernama) -- Pemuda Umno akan memastikan pembangkang tidak akan mencapai kemenangan hatrik di pilihan raya kecil Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai yang akan diadakan serentak 7 April ini."Dengan kebangkitan Pemuda Umno, segenap lapisan jentera akan digerakkan untuk menghadapi segala cabaran dengan penuh disiplin dan seterusnya memenangi pilihan raya kecil Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai," kata ketua pergerakannya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas majlis penutup latihan persiapan jentera pilihan raya Pemuda Umno di sini hari ini.
Pembangkang sebelum ini menang pada pilihan raya kecil Permatang Pauh dan Kuala Terengganu.
Beliau juga berkata Pemuda Umno akan menghalang usaha pembangkang yang ingin mengambil kesempatan untuk memecah-belah anggota parti, melaga-lagakan pemimpin dan melemahkan Umno terutama menjelang pemilihan agung parti 24 Mac ini.
"Pemuda Umno akan menyedarkan generasi dan pengundi muda mengenai taktik kotor pembangkang yang mencampur aduk maklumat benar dan separuh benar untuk mengelirukan serta memikat hati masyarakat," kata Hishammuddin.
http://www.bernama.com
Keputusan Rabu ini Kemungkinan ada yang hilang kelayakan bertanding... Awas Najib!!
PETALING JAYA: Lebih 20 calon yang bertanding pada pemilihan umno kali ini dijangka menemui Jawatankuasa Disiplin parti minggu ini, dipercayai berhubung kes salah laku kempen dan politik wang.
Mereka termasuklah beberapa calon jawatan utama yang berkemungkinan dikenakan hukuman hilang kelayakan bertanding.
Beberapa calon terbabit yang disebut-sebut tidak dapat dihubungi mStar Online yang berusaha menghubungi mereka.
"Difahamkan Lembaga Disiplin sudah mengeluarkan surat...dipercayai beberapa calon utama terlibat.
"Ada yang merayu dan ada kemungkinan hilang kelayakan bertanding," kata sumber kepada mStar Online hari ini.
Difahamkan Lembaga Disiplin akan mengumumkan keputusannya menjelang Rabu ini.
Antara hukuman yang bakal dikenakan termasuklah amaran, hilang kelayakan bertanding ataupun digantung keahlian selama tiga tahun.
Umno mahu kesemua kes politik wang diselesaikan sebelum pemilihan yang akan berlangsung 25 dan 26 Mac ini.
Pemilihan diadakan sempena Perhimpunan Agung Tahunan bulan ini.
Penghujung tahun lalu, Pengerusi Lembaga Disiplin, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail berkata beliau ada menerima laporan berhubung aduan politik wang bagi jawatan tertinggi, Timbalan dan Naib Presiden parti.
Jumaat lalu, calon Majlis Tertinggi (MT) Datuk Mohamad Norza Zakaria dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas dua tuduhan rasuah.
Beliau yang meminta untuk dibicarakan dibebaskan dengan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin.
Bagaimanapun Mohamad Norza berkata, beliau tidak akan melepaskan jawatan sebagai anggota MT hanya disebabkan oleh kes yang dihadapinya itu.
Sebaliknya, bekas Setiausaha Politik Menteri Kewangan itu berkata, beliau akan terus bertanding jawatan berkenaan pada pemilihan Umno yang akan diadakan hujung bulan ini dan menyerahkan kepada perwakilan untuk menentukan kedudukannya.
Minggu lepas, dua pegawai Menteri Pelancongan Datuk Azalina Othman Said ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) termasuk setiausaha politiknya yang bergelar Datuk sebelum dibebaskan selepas keterangan mereka diambil.
Ketika ditahan, SPRM menemui RM70,000 dalam kereta setiausaha politik itu, dipercayai untuk diagihkan kepada perwakilan Umno Wilayah Persekutuan pada Perhimpunan Agung Umno yang berlangsung dari 24 hingga 28 Mac ini.
Setiausaha politik itu dan menterinya turut layak untuk bertanding kerusi MT.
Ulasan Tukar Tiub
jeng jeng jeng…. SUSPEN GILA…. jeng jeng jeng…
kah kah kah…BELUM BERTANDING DAH KALAH…. kah kah kah…
woit…. APA KHABAR ORANG MELAKA…. ROTI JOHN ADA LAGI…. kah kah kah…
kah kah kah…BALACHI DAN GHURKA TAK DAPAT CARI MAKAN…. Kah kah kah…
woit…. SIAPA NAK COVER DUIT HOTEL?.... kah kah kah
woit…. KESIAN PROJEK MI SEGERA PUN DAH ABIS…. kah kah kah…
Siapakah Paling Layak Menjadi Timbalan Perdana Menteri ...
Satu di antara 3.....Siapa Timbalan Presiden UMNO?????
Di antara tiga calon Timbalan Presiden UMNO, TS Muhd Taib, TS Muhyiddin dan DS Ali Rustam, pemenang salah sesaorang akan menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Di antara mereka siapa agaknya yang berani bersuara jika berlaku sebarang kecelaruan di dalam Agama?
Siapa agaknya yang boleh memberi pendapat di saat-saat dunia mengalami kemelesetan ekonomi?
Siapa agaknya yang boleh memberi pendapat bagaimana mencari jalan penyelesaian tentang kejatuhan moral remaja?
Maksud saya berani mengemukakan satu hujah yang jitu berpandukan pengalaman dan pengetahuan yang mendalam di dalam Agama? Bukan berani mengeluarkan pendapat ala-ala Pak Pandir.Bukan berani mengeluarkan pendapat dengan menghamburkan kembali kepada pembangkang.
Saya tidak nampak semua itu berada di pihak TS Muhd Taib dan DS Ali Rustam. Saya lebih berkeyakinan dengan TS Muhyiddin. Saya jarang memberi pujian kepada orang UMNO, tetapi itulah yang terbaik di antara mereka bertiga.
Tentang ekonomi, tidak syak lagi TS Muhyiddin berpengelaman luas memegang beberapa Kementerian penting seperti Hal Ehwal Pengguna, Pertanian dan Asas Tani dan MITI. TS Muhd Taib bukan tak ada pengalaman tetapi dikhuatiri dipikulnya lagi duit macam hari itu berpuluh-puluh kilo ke luar negeri. Saya tidak menaruh harapan langsung dengan DS Ali Rustam kerana selalu mengeluarkan pendapat yang merapu.
Tentang penyelesaian masalah moral remaja, saya merasakan TS Muhyiddin berkemampuan menyuara pendapatnya dibantu dengan pengetahuan Agamanya. TS Muhd Taib dikhuatiri mengulang kembali keberaniannya melarikan anak Raja kecuali beliau telah bertaubat nasuha. DS Ali, saya cuak sedikit kerana dia bercita-cita besar mem'bollywood'kan Melaka, nanti ramai remaja Melaka asyik ter'gelek-gelek' di Bandar Hilir.
Tetapi perwakilan UMNO tidak mengambil kira semua itu. Amat malang bagi Malaysia jika salah memilih Timbalan Presiden UMNO. Apa hendak diharapkan dari UMNO? Timbalan Presiden/Timbalan Perdana Menteri setara DSAI pun boeh terpelanting.
15 March 2009
Jumaat lalu,Pecah... Hari Ini Roboh Dan Tiada Terus
MBI roboh plak pokok demokrasi
Jumaat lalu, tiga penjuru plak peringatan 'Pokok Demokrasi' di Ipoh di pecahkan. Dan hari ini plak itu dirobohkan.
Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) hari ini merobohkan plak peringatan 'tersebut yang dibina oleh Pakatan Rakyat untuk memperingati peristiwa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah pokok pada 3 Mac lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan negeri Dr Mah Hang Soon berkata tindakan meroboh plak itu adalah mengikut undang-undang kerana pembinaannya merupakan satu kesalahan mengikut Seksyen 46 (1) (a) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 iaitu menyebabkan halangan di tempat awam.
"Saya tidak anggap kes ini sebagai satu kes yang istimewa kerana sebarang pembinaan secara haram tanpa kebenaran MBI akan diambil tindakan sewajarnya mengikut undang-undang," katanya mengulas mengenai tindakan pekerja MBI membersihkan kawasan berkenaan pagi ini, lapor Bernama.
Semalam, MBI mengeluarkan notis mengarahkan pemilik plak 'pokok demokrasi' yang terletak di Medan Istana supaya merobohkan tugu berkenaan dalam tempoh 24 jam.
Notis itu ditampal pada pokok berkenaan yang terletak kira-kira 200 meter dari Bangunan Perak Darul Ridzuan dan menjadi tempat persidangan 27 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkang yang gagal memasuki Dewan. Persidangan itu meluluskan tiga usul termasuk pembubaran DUN.
Notis yang ditandatangani Pegawai Undang-undang MBI, Syahrul Azrin Ghazali bagi pihak Datuk Bandar Ipoh menyatakan pembinaan tugu itu menyalahi Seksyen 46(1) (a) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 kerana menyebabkan halangan di tempat awam.
Sejak dibina dan penanaman lima anak pokok hujan oleh bekas Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin minggu lepas, kawasan berkenan menjadi tumpuan ramai pelawat.
Dua hari berturut-turut sebelum ini, plak berkenaan telah dipecah dan disimbah cat oleh pihak yang tidak diketahui.
Tiga penjuru plak marmar itu - yang menceritakan mengenai sidang tergempar DUN Perak itu terpaksa diadakan di bawah pokok Angsana tersebut - telah dipecah.
Bagaimanapun bahagian utama plak tersebut yang menceritakan sidang DUN yang bersejarah tersebut tidak dirosakkan.
Manakala exco Pakatan, Ngeh Kor Ming berkata, Pakatan akan lancarkan kempen - seorang RM1 - untuk membina tugu baru yang mengandungi empat bahasa.
Katanya, ia kerana ramai pelancong, termasuk dari luar negara, datang untuk melawat pokok demokrasi tersebut, menjadikannya tempat tarikan pelancongan terbaru.
Posters of The Year
gambar terkini dari Bukit Gantang yang digantung di persimpangan jalan Batu 9 jalan ke Terong. Gambar-gambar ini dirakankan sekitar jam 11 pagi tadi.
http://idhamlim.blogspot.com
LYRIC
A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive
They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze
We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight
Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right
But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze
We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight