15 March 2009

Jumaat lalu,Pecah... Hari Ini Roboh Dan Tiada Terus

Mula-mula ada

Pecah
Lepas Tu Tiada Terus


MBI roboh plak pokok demokrasi

Jumaat lalu, tiga penjuru plak peringatan 'Pokok Demokrasi' di Ipoh di pecahkan. Dan hari ini plak itu dirobohkan.

Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) hari ini merobohkan plak peringatan 'tersebut yang dibina oleh Pakatan Rakyat untuk memperingati peristiwa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah pokok pada 3 Mac lalu.

pokok demokrasi democracy tree vandalised 130309Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan negeri Dr Mah Hang Soon berkata tindakan meroboh plak itu adalah mengikut undang-undang kerana pembinaannya merupakan satu kesalahan mengikut Seksyen 46 (1) (a) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 iaitu menyebabkan halangan di tempat awam.

"Saya tidak anggap kes ini sebagai satu kes yang istimewa kerana sebarang pembinaan secara haram tanpa kebenaran MBI akan diambil tindakan sewajarnya mengikut undang-undang," katanya mengulas mengenai tindakan pekerja MBI membersihkan kawasan berkenaan pagi ini, lapor Bernama.

Semalam, MBI mengeluarkan notis mengarahkan pemilik plak 'pokok demokrasi' yang terletak di Medan Istana supaya merobohkan tugu berkenaan dalam tempoh 24 jam.

Notis itu ditampal pada pokok berkenaan yang terletak kira-kira 200 meter dari Bangunan Perak Darul Ridzuan dan menjadi tempat persidangan 27 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkang yang gagal memasuki Dewan. Persidangan itu meluluskan tiga usul termasuk pembubaran DUN.

Notis yang ditandatangani Pegawai Undang-undang MBI, Syahrul Azrin Ghazali bagi pihak Datuk Bandar Ipoh menyatakan pembinaan tugu itu menyalahi Seksyen 46(1) (a) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 kerana menyebabkan halangan di tempat awam.

Sejak dibina dan penanaman lima anak pokok hujan oleh bekas Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin minggu lepas, kawasan berkenan menjadi tumpuan ramai pelawat.

Dua hari berturut-turut sebelum ini, plak berkenaan telah dipecah dan disimbah cat oleh pihak yang tidak diketahui.

Tiga penjuru plak marmar itu - yang menceritakan mengenai sidang tergempar DUN Perak itu terpaksa diadakan di bawah pokok Angsana tersebut - telah dipecah.

Bagaimanapun bahagian utama plak tersebut yang menceritakan sidang DUN yang bersejarah tersebut tidak dirosakkan.

Manakala exco Pakatan, Ngeh Kor Ming berkata, Pakatan akan lancarkan kempen - seorang RM1 - untuk membina tugu baru yang mengandungi empat bahasa.

Katanya, ia kerana ramai pelancong, termasuk dari luar negara, datang untuk melawat pokok demokrasi tersebut, menjadikannya tempat tarikan pelancongan terbaru.

Malaysiakini

2 comments:

Anonymous said...

MBI memang cekap dan efisen. Tetapi sayang, tak pulak dirobohkan sarang pelacur dibandaraya Ipoh? Sayang sekali rakyat Perak bermenteri besarkan mamak India yang gilakan harta Perak. Kalau dia kebas berjuta-juta harta Perak macam Khir Toyopun, tentu spesies penjilat umno tidak marah langsung. Hatta kalau perbendaharaan negeri Perak bangkrap sekalipun, penjilat umno akan kata bukan wang kamu pun!

Anonymous said...

Kita terlupa MBI mempunyai alasan kuat untuk menghapuskan bukti bahawa Kerajaan Persekutuan UMNO telah menghalang Kerajaan Pakatan Rakyat melaksanakan tugas mereka.



LYRIC

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight