18 March 2009

Kempen ‘Katakan Tidak Kepada Najib’ Ke seluruh Malaysia

'Say No To Najib'



Bukit Gantang – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia akan melancarkan kempen ‘Katakan Tidak Kepada Najib’ (Say No To Najib) ke seluruh negara bermula 21 dan 22 Mac depan.

Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata kempen itu perlu diadakan memandangkan Najib akan mendapat ‘political score’ dengan menerajui ke tiga-tiga kempen pilihanraya kecil Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.

“Kita merasakan, sebab dalam pilihanraya kecil di tiga tempat ini sudah pasti Najib akan mengetuai jentera pilihanraya, dan yang akan dapat ‘political score’ adalah Najib,

“beliau (Najib) akan menggunakan ‘political score’ itu untuk menekan, supaya dipercepatkan transisi itu (peralihan kuasa) dipercepatkan,”katanya kepada Buletinonline selepas menutup program latihan pilihanraya kepada petugas AMK disini kelmarin.

Beliau berpendapat peralihan kuasa kepada Najib belum tentu akan berlaku dan beliau tidak yakin ia aakan berlaku.

“Pendirian AMK tidak mahu Najib menjadi Perdana Menteri,”katanya yang menegaskan banyak perkara dakwaan berkaitan penyelwengan dan salah laku tidak dijawab oleh Najib.

Beliau berkata dalam soal rasuah pembelian Eurocopter, AMK telah memfailkan kes kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Malaysia sebelum ini.

Namun katanya, tidak ada apa-apa penafian atau pengakuan yang dibuat oleh Najib berkenaan dakwaan rasuah itu.

“Transaksi pembelian Eurocopter telah selesai, pelantikan kontraktor pembekalan telah selesai, pembelian Eurocopter hanya ditangguhkan, bukan dihentikan,”ujarnya.

Selain kes itu, Shamsul berkata, dakwaan terbaru akhbar Perancis ‘Liberation’ menambahkan lagi keyakinan AMK bahawa Najib terbabit dengan skandal pembelian kapal selam.

“Kita telah membuat pihak polis, dan polis berjanji mereka, akan membuat penyiasatan terhadap perkara itu, kerana ia adalah penemuan baru,”katanya.

Beliau berkata Najib juga tidak membuat penafian atau pengakuan terhadap kenyataan bersumpah Fauzi Muda yang membaitkan Najib dengan cubaan membeli (ADUN) dengan nilai RM50 juta.

“Sebab itu kita mengatakan, kita tidak boleh terima, pertama kali dalam sejarah, kita ada seorang bakal perdana menteri yang rosak akhlak dan moralnya,

“kalau orang yang didakwa bersih ‘Mr. Clean’ Abdullah Ahmad Badawi, tidak begitu (not very clean) dan ditolak oleh rakyat, apa jaminan terhadap Najib (yang dituduh melakukan penyelewengan),”tegasnya.

http://buletinonline.net

1 comment:

Anonymous said...

Najib Razak bakal PM - Penjenayah Mega. Model jelita, C4 dan rasuah tak dapat dipisahkan daripada kehidupan Najib.

Kalau Abdullah Badawi,penasihat utamanya ialah Khairy menantu kesayangan. Najib pula penasihat utamanya ialah Rosmah. Sungguh bertuah rakyat Malaysia mendapat wanita pertama yang juga pakar perancang peletup C4.

Tahniah Najib! KWSP hanya mengumumkan dividen 4.5% setelah Najib menggunakan RM5 billion wang KWSP untuk menyelamatkan syarikat value cap. Kesian nasib pekerja di negara ini, ada wang simpanan untuk hari tua, senang-senang disapu oleh Najib dan kroni. Kalaulah Bank Rakyat boleh beri dividen 15% setiap tahun, ASB beri lebih 7%, ini pulak KWSP hanya beri 4.5%. Sudah tentu Najib bertanggungjawab akan kemerosotan dividen ini.

2% daripada keuntungan KWSP, berbillion nilainya. Kenyang betul puak-puak umno ni. Rakyat sentiasa diperbodohkan dan wang rakyat juga disapu ikut suka hati mereka.

Bila Bik Mama dah jadi wanita pertama, tentu berlori-lori dia shoping di Harrods dan Paris nanti.



LYRIC

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight