21 March 2009

Pilih Pemimpin Yang Boleh Selamatkan Umno Macam Saya...

Tan Sri Muhyiddin Yassin bersalaman dengan Tan Sri Muhammad Taib pada satu majlis di Shah Alam minggu lalu. Seorang lagi calon Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam telah kehilangan hak untuk bertanding kerusi itu. Saingan kini membabitkan Muhyiddin dan Muhammad, akan ditentukan pada pada 26 Mac ini.

Muhammad: "Pilih pemimpin boleh selamatkan Umno"

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Tan Sri Muhammad Muhamad Taib, seorang daripada calon timbalan presiden Umno pada pemilihan Umno 26 Mac ini, telah ditemu bual oleh Bernama baru-baru ini untuk berkongsi pandangannya mengenai pelbagai perkara berkaitan politik Umno dan negara.

Berikut ialah pandangan-pandangan beliau.

SOALAN: Apa yang mendorong Tan Sri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno?

MUHAMAD: Saya nak berjuang untuk orang Melayu. Saya mewakili parti yang bernama Umno, Umno adalah parti yang memperjuangkan kepentingan orang Melayu di samping berjuang untuk seluruh rakyat Malaysia. Sebagai bekas Menteri Besar Selangor, memang kita memberi keutamaan kepada orang Melayu, tetapi ini tidak bermakna orang bukan Melayu kita tinggalkan.

Sebagai anak Melayu dan sebagai orang yang berkecimpung dalam parti, saya hendak meneruskan khidmat saya ke peringkat tertinggi untuk bantu orang Melayu terutama di kampung, nak meninggikan peluang orang Melayu.....

SOALAN: Apakah harapan Tan Sri kepada perwakilan menjelang pemilihan minggu depan?

MUHAMMAD: Perwakilan kena pilih pemimpin yang boleh selamatkan parti bukan pemimpin yang bawa keadaan menggoncangkan parti. Kena tengok "track record" dan bawa pembaharuan. (Pada) 1970 Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Presiden PAS) kata siapa bekerjasama kafir, tak payah Yahudi atau Nasrani dia adalah kafir.

Sekarang slogan "PAS for All". Kita tidak dengar lagi amanat Hadi dilaungkan. Maknanya PAS buat adjustment. UMNO tak boleh statik. Kena berubah atas dasar mengikut kehendak zaman, kalau tidak Umno akan ketinggalan.

http://www1.mstar.com.my

1 comment:

Anonymous said...

parti sekular umno adalah haram disisi Islam

http://lh3.ggpht.com/_NG2rpR7PL40/Sd7ECBLUWVI/AAAAAAAAAj4/cwlPA3Kc0GA/s720/bersemadi%20UMNO3.JPG


LYRIC

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight




http://lh4.ggpht.com/_NG2rpR7PL40/ScNA7ekrAAI/AAAAAAAAAe4/MnAONBmvtlE/pinkturtle%20video.JPG