Satu di antara 3.....Siapa Timbalan Presiden UMNO?????
Di antara tiga calon Timbalan Presiden UMNO, TS Muhd Taib, TS Muhyiddin dan DS Ali Rustam, pemenang salah sesaorang akan menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Di antara mereka siapa agaknya yang berani bersuara jika berlaku sebarang kecelaruan di dalam Agama?
Siapa agaknya yang boleh memberi pendapat di saat-saat dunia mengalami kemelesetan ekonomi?
Siapa agaknya yang boleh memberi pendapat bagaimana mencari jalan penyelesaian tentang kejatuhan moral remaja?
Maksud saya berani mengemukakan satu hujah yang jitu berpandukan pengalaman dan pengetahuan yang mendalam di dalam Agama? Bukan berani mengeluarkan pendapat ala-ala Pak Pandir.Bukan berani mengeluarkan pendapat dengan menghamburkan kembali kepada pembangkang.
Saya tidak nampak semua itu berada di pihak TS Muhd Taib dan DS Ali Rustam. Saya lebih berkeyakinan dengan TS Muhyiddin. Saya jarang memberi pujian kepada orang UMNO, tetapi itulah yang terbaik di antara mereka bertiga.
Tentang ekonomi, tidak syak lagi TS Muhyiddin berpengelaman luas memegang beberapa Kementerian penting seperti Hal Ehwal Pengguna, Pertanian dan Asas Tani dan MITI. TS Muhd Taib bukan tak ada pengalaman tetapi dikhuatiri dipikulnya lagi duit macam hari itu berpuluh-puluh kilo ke luar negeri. Saya tidak menaruh harapan langsung dengan DS Ali Rustam kerana selalu mengeluarkan pendapat yang merapu.
Tentang penyelesaian masalah moral remaja, saya merasakan TS Muhyiddin berkemampuan menyuara pendapatnya dibantu dengan pengetahuan Agamanya. TS Muhd Taib dikhuatiri mengulang kembali keberaniannya melarikan anak Raja kecuali beliau telah bertaubat nasuha. DS Ali, saya cuak sedikit kerana dia bercita-cita besar mem'bollywood'kan Melaka, nanti ramai remaja Melaka asyik ter'gelek-gelek' di Bandar Hilir.
Tetapi perwakilan UMNO tidak mengambil kira semua itu. Amat malang bagi Malaysia jika salah memilih Timbalan Presiden UMNO. Apa hendak diharapkan dari UMNO? Timbalan Presiden/Timbalan Perdana Menteri setara DSAI pun boeh terpelanting.
2 comments:
ko dah tentulah pilih yg paling teruk sbb ko bukan nyer sokong kerajaan. ali rustam selalu diberikan tanggungjawab untuk jaga kawasan hitam di setiap pilihanraya kecil. sbb dia ada pengalaman yang lebih jauh hebat dr yang lain dalam mempengaruhi pengundi mengundi kerajaan. dgn kehadiran beliau juga umno kawasan tersebut bersemangat nak berjuang. apa hang tau selain dr tido tgh jalan dan duduk bawah pokok?
Timbalan PM C4 tentulah yang berani mati. Maklumlah silap langkah nanti kena C4, berkecai badan. Ali tak boleh, dia asyik nak bawak artis Bollywood saja. Dia dan Tambi Chik kan sama taste. Mike Tyson pakar melarikan wang berguni keluar negara, pun tak boleh. Dia kena goda dengan anak raja...dah cair lalu bawa lari anak raja menikah di Siam. Malangnya JAIS tak saman pulak RM2000 sebab dia bernikah di Siam. Tapi daripada 3 orang tu, Mike Tyson lah yang paling kaya. Maklumlah seluruh bekalan air di lembah Kelang dan Selangor ini adalah miliknya, menurut sumber. Harga air di Lembah Kelang adalah antara yang termahal di negara ini.
Post a Comment