
Tun M Marah Pada Zaid Dan Anggap Pandangan Zahid Bodoh!!
Mengulas peralihan kuasa antara Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya Datuk Seri Najib Razak, Dr Mahathir menyatakan sokongannya terhadap kepimpinan timbalan presiden Umno itu, tetapi dengan syarat "tidak melantik pemimpin yang korup dalam kabinetnya".
Beliau turut membidas kenyataan bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang memohon Yang di-Pertuan Agong yang sedang bersidang supaya tidak melantik Najib sebagai perdana menteri.
"Kalau saya jadi (Yang di-Pertuan) Agong, saya tak mahu baca apa pun pasal ni. (Pandangan) bodoh sangat. Siapa dia (Zaid) yang gamak dia nak? Dia nak Pak Lah balik?" katanya.
Malaysiakini
1 comment:
Diantara Zaid dengan Mahathir, siapa sebenarnya bodoh...?
Dr. Mahathir yang telah keluar dari parti UMNO tak ubah seperti hidung tak mancung pipi tersorong-sorong bila menyatakan sokongannya terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Razak dengan bersyarat kononnya "tidak melantik pemimpin yang korup dalam kabinetnya".
Apa makna tidak melantik pemimpin yang korup dalam kabinetnya"..? Bukan Dr. Mahathir sendiri telah berkata bahawa orang yang tawar diri jadi calon mesti ada duit jika tidak, jangan harap dapat undi dari perwakilan...?
Dr. Mahathir beranggapan orang melayu mudah lupa apa yang pernah dia katakan, oleh kerana itu dia bercakap ikut suka hati nya saja...
Post a Comment