19 March 2009

Pemuda Kelantan desak SPRM siasat Mohd Ali KOTA BHARU, 19

Image

Pemuda Kelantan desak SPRM siasat Mohd Ali

KOTA BHARU, 19 Mac (Hrkh) - Selepas disahkan Dato' Seri Mohd Ali Rustam dan Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin terbabit rasuah politik, pelbagai pihak mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak segera.

Hari ini Dewan Pemuda PAS Negeri dan Dewan Pemuda PAS Pasir Mas membuat laporan rasmi kepada SPRM berhubung gejala tersebut.

Aduan mengenai perkara itu diserahkan Penolong Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri yang juga seorang peguam, Ahmad Najib Deris kepada SPRM pagi tadi.

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman berharap SPRM menyiasat secara telus dakwaan salah laku pemimpin terbabit.

Beliau berkata, Dewan Pemuda PAS Negeri amat tidak berpuas hati dengan keputusan Lembaga Disiplin Umno yang masih mengekal Mohd Ali sebagai Ketua Menteri Melaka walaupun disahkan terlibat dengan rasuah.

"Kita berharap SPRM membuat siasatan segera berhubung perkara itu, apa lagi dalam tempoh penjenamaan semula SPRM," katanya kepada pemberita selepas membuat aduan mengenai salahlaku kedua-dua pemimpin tersebut.

Sehubungan itu Dewan Pemuda PAS Kelantan mendesak Mohd Ali meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka kerana telah melakukan kesalahan sebagaimana yang diumum Lembaga Disiplin Umno.

Menurutnya badan disiplin terbabit tentunya mempunyai bukti kukuh berhubung dakwaan salahlaku kedua-dua pemimpin berkenaan.

"Biar pun apa yang berlaku itu masalah dalaman Umno, namun Mohd Ali merupakan ketua sebuah kerajaan negeri. Ini bermakna isu yang berlaku sekarang bukan berkaitan parti semata-mata.

"Pemuda PAS membuat laporan kepada SPRM bagi memperlihatkan Malaysia menjadi sebuah negara yang bersih dari masalah rasuah serta disegani dunia.

"Hadis Rasulullah saw ada menyebut setiap apa yang halal itu jelas, begitu juga yang haram juga jelas. Berpandukan kepada hadis tersebut ketetapan segera perlu diambil," ujarnya.

Beliau turut bersetuju supaya setiap ahli Umno yang bakal bertanding dalam parti itu disoal siasat terlebih dahulu bagi memastikan mereka bebas rasuah.

ImageMenurutnya setakat ini difahamkan hanya sebilangan kecil sahaja kes yang siasat, sedangkan terdapat lebih 900 kes dilaporkan ahli Umno terhadap amalan rasuah politik kepada Lembaga Disiplin Umno.

Sehubungan itu, beliau berharap SPRM membawa Mohd Ali dan Khairy serta pemimpin tertinggi lain yang didapati bersalah ke mahkamah untuk diadili.

Hadir sama ketika membuat aduan tersebut Bendahari Dewan Pemuda PAS Negeri, Wan Azimin Wan Adnan, anggota jawatankuasa, Dr Rosli Alaani Abdul Kader dan Ketua Dewan Pemuda PAS Pasir Mas, Rozi Mohammad.

Semalam Angkatan Muda KeADIlan Melaka membuat laporan kepada SPRM terhadap Mohd Ali di atas dakwaan terbabit politik wang.

http://www.harakahdaily.net

1 comment:

Anonymous said...

Berani kah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cop lembu menahan dan menyiasat Mohd Ali Rustam dan Khairy Jamaluddin yang terbabit rasuah politik...? Adalah lebih baik duduk dirumah tengok VCD...

Kalau yang tertuduh adalah dari PKR pasti (SPRM) cop lembu bergerak pantas... tak sampai dua puluh empat jam sudah ada bukti yang kukuh dan boleh didakwa di mahkamah.



LYRIC

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight