18 March 2009

Agen Perasuah Digantung Tiga Tahun Tapi Perasuah Dilepaskan

Eksklusif: Lembaga Displin UMNO Tersalah Atau Tersilap Pandang Agaknya, Bila Agen Perasuah Digantung Tiga Tahun Tapi Perasuah Dilepaskan

KUALA LUMPUR - Ramai pemerhati politik yang terkejut dan tertanya-tanya apakah motif sebenar calon Timbalan Presiden UMNO iaitu Ali Rustam (foto) dihukum hilang kelayakan untuk bertanding, sedangkan beliau didapati bersalah kerana terbabit dengan politik wang?. Maka itu, ramai yang berpendapat, sepatutnya Ali Rustam diberi hukuman yang lebih berat dan bukan setakat dilarang bertanding semata-mata. Ini kerana segala rasuah itu berlaku kerana "usaha" beliau untuk memancing undi supaya dicalonkan oleh bahagian-bahagian tahun lalu. Sedangkan agen-agen beliau hanyalah menjadi "broker" untuk melaksanakan urusan terbabit.

Tetapi anehnya, Ali Rustam masih dipertahankan supaya kekal sebagai Ketua Menteri Melaka dan tidak dikenakan tindakan displin yang lebih "afdal" sebenarnya. Manakala itu dalam masa yang sama sungguh aneh apabila Pengerusi Lembaga Displin UMNO, Tengku Ahmad Rithauddeen berkata keahlian Ali Rustam bagaimanapun tidak digantung dan beliau masih menjadi anggota perwakilan ke Perhimpunan Agung UMNO, yang dijadual berlangsung dari 24 hingga 28 Mac ini. Kenyataan beliau bahawa keputusan itu dibuat oleh Lembaga Disiplin UMNO yang mendapati Mohd Ali, yang juga Naib Presiden UMNO, bersalah mengikut Perkara 10.1 Tataetika Ahli UMNO kerana kesalahan rasuah dan politik wang yang dilakukan oleh ejennya.

Masalahnya disini, mengapakah pula Lembaga itu bagaimanapun mendapati Setiausaha Politik beliau Saadun Basirun, bersalah melakukan rasuah atau sogokan politik. Kerana kesalahan itu, Saadun yang juga ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Bukit Katil turut dikenakan tindakan. Sementara itu Naib Ketua Puteri UMNO bahagian Bukit Katil Zalina Ismail dan Rosli Hassan Ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Bukit Katil telah digantung keahlian selama tiga tahun atau satu penggal pemilihan berkuatkuasa 12 Mac lepas kerana dipercayai menjadi agen Ali Rustam.

Keputusan yang dibuat ini adalah jelas tidak adil sebenarnya. Ini kerana "agen" beliau menyogok perwakilan UMNO bahagian dengan wang yang diberikan oleh Ali Rustam. Maka itu, sepatutnya Ali Rustam perlu diberi hukuman yang lebih berat daripada agen terbabit. Jika tiada wang untuk rasuah maka bagaimana agen terbabit mahu melaksanakan tugasnya. Rasuah melibatkan semua pihak dan bukannya hanya "ikan bilis" yang didakwa sebaliknya "ikan paus" dilepaskan malah boleh pula kekal sebagai Ketua Menteri Melaka.

Sepatutnya, demi maruah orang Melaka Ali Rustam perlua meletakkan jawatannya dan bukan terus mahu berkuasa. Sudah terbukti beliau bersalah dan dihukum oleh Lembaga Displin UMNO makanya beliau harus berundur dan melepaskan semua jawatan tingginya dalam UMNO termasuk Ketua Menteri Melaka. Jika tidak ini menunjukkan bahawa Lembaga Displin UMNO tidak telus dalam melaksanakan tanggungjawabnya untuk membenteras rasuah politik wang dalam parti itu.

[Apakah mungkin ada campurtangan pihak atasan bagi memberi laluan yang selesa kepada Muhyiddin Yassin untuk menjawat jawatan Timbalan Presiden UMNO sebenarnya. Seperti yang telah kami dedahkan sebelum ini, memang ada maklumat yang Najib memberi jaminan kepada Ali Rustam agar beliau tidak dikenakan tindakan oleh Lembaga Displin UMNO atas kesalahan tersebut. Ternyata apa yang dilaporkan oleh kami itu kini menjadi bukti cuma tindakannya sahaja yang agak berbeza. Apakah segala tindakan ini membuktikan yang UMNO memang sudah bebas dari amalan rasuah yang sememangnya sudah menjadi darah daging mereka.

http://pahangdaily.blogspot.com

1 comment:

Anonymous said...

Malaysia Boleh!

http://lh3.ggpht.com/_NG2rpR7PL40/Sd7ECBLUWVI/AAAAAAAAAj4/cwlPA3Kc0GA/s720/bersemadi%20UMNO3.JPG


LYRIC

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight




http://lh4.ggpht.com/_NG2rpR7PL40/ScNA7ekrAAI/AAAAAAAAAe4/MnAONBmvtlE/pinkturtle%20video.JPG