25 March 2009

'Umno Gila' dan 'Umno Gila Kuasa'

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhHORvP-AMFfBbDNVx0EZOF41bnva_U51p1STFjJ-n6iwjkvzvK8a7pcUO2rLazVTkEH47qcgilMx3x_SH14ybhlqe7hFO66SHprGT2rFNTosWoslgEHma_RPgCzol95CsYNe0P-daCkXN_/s400/Lim+Kit+Siang.jpg

Kit Siang diarah keluar Dewan hingga tengah hari

KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen veteran Lim Kit Siang hari ini diarah keluar daripada persidangan Dewan Rakyat sehingga pukul 1 tengah hari ini setelah beliau membuat tohmahan terhadap Umno dengan mengeluarkan kata-kata 'Umno Gila' dan 'Umno Gila Kuasa'.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandie mengambil keputusan itu setelah Lim (DAP-Ipoh Timur) enggan menarik balik tuduhan itu walaupun berkali-kali diarahkan berbuat demikian.

Lim sebaliknya bertegas dan bahawa beliau tidak melanggar sebarang peraturan mesyuarat dan mendakwa beliau tidak menyakitkan hati sesiapa atau mana-mana kaum.

Bagaimanapun pandangan itu tidak diterima Ronald yang mengatakan bahawa terdapat ramai anggota Umno dalam dewan itu yang sakit hati dengan kenyataan itu.

"Saya tidak mahu ambil tindakan tetapi kalau Yang Berhormat (YB) berdegil seperti ini YB telah melanggar arahan saya. Saya tidak ada cara lain melainkan mengeluarkan YB daripada dewan ini sehingga jam 1 tengah hari ini," katanya.

Kali terakhir Lim diarah keluar dewan ialah sekitar 1990an apabila beliau digantung daripada menghadiri persidangan dewan selama lapan bulan.

Sebelum itu persidangan Dewan Rakyat kecoh hampir 30 minit apabila anggota Parlimen kerajaan dan pembangkang saling bertikam lidah ekoran kenyataan Dr Mohd Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat) yang menyifatkan Lim tidak tetap pendirian berhubung Rang Undang-Undang Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Pindaan) 2009, kerana menghalang pembentangannya hari ini walaupun sebelum ini mengakui kepentingan rang undang-undang itu.

Menafikan kenyataan Mohd Puad, Lim berkata beliau tidak menghalang rang undang-undang itu daripada dibahaskan, sebaliknya hanya mempertikaikan mengapa ia dibahaskan secara tergesa-gesa sehingga tidak memberi masa kepada anggota Parlimen untuk mengkaji pindaan yang akan dibuat.

Rang Undang-Undang itu dibentangkan untuk bacaan kali pertama oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mohamed Nazri Abdul Aziz semalam.

"Saya tahu semua ahli Umno sedang gila dengan perhimpunan Agung Umno sekarang... Umno gila kuasa," kata Lim yang menimbulkan kemarahan di kalangan anggota Parlimen kerajaan yang bangun menuntut supaya Lim menarik balik kenyataan itu.

Kekecohan yang berlaku juga menyebabkan ada beberapa anggota Parlimen lain mengeluarkan perkataan kesat, termasuk Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) yang menyifatkan pembangkang sebagai "biadap".

Keadaan menjadi lebih tegang apabila pembangkang yang tidak puas hati dengan tindakan yang dikenakan terhadap Lim bangun membantah dan terus mengulang-ulang perkataan 'Umno Gila Kuasa' sebelum sebahagian besar turut keluar dewan.

http://www.bernama.com

2 comments:

Hj.Mat said...

MEMANG UNMO DAH GILA MOYAN
YANG SYOK PADA UMNO ADALAH ORANG YANG BERKEPENTINGAN DIRI DAN KELUARGA.

Anonymous said...

Salam.

Sekadar hendak berpesan.

Salah guna title Hj kalau Hj itu bermaksud Haji.

Kalau Haji ini penyokong PR, maka PR sudah kalah sebelum berperang.

Sekadar hendak berpesan. Komenlah dengan baik.

Kerana Islam itu MURNI dan Melayu BERBUDI BAHASA.

http://lh3.ggpht.com/_NG2rpR7PL40/Sd7ECBLUWVI/AAAAAAAAAj4/cwlPA3Kc0GA/s720/bersemadi%20UMNO3.JPG


LYRIC

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight




http://lh4.ggpht.com/_NG2rpR7PL40/ScNA7ekrAAI/AAAAAAAAAe4/MnAONBmvtlE/pinkturtle%20video.JPG