Peralihan Kuasa PM, Utusan Di Belakang Tabir
Tindakan Utusan Malaysia yang cuba mengelirukan serta mengeruhkan lagi keadaan di lihat buken meruapakan langkah yang sesuai lebih lagi apabila kita di hangatkan lagi dengan ketiga tiga pilihan raya serentak. Risikan kami memberitahu tindakan utusan adalah untuk memberi tekanan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Badawi agar ianya segera melakukan dengan segera peralihan kuasa.
Jelas bahawa Najib Tun Razak sudah tidak sabar untuk menjadi Perdana Menteri sehingga sanggup memakan rakan sendiri demi kuasa yang di idamkan beliau. Utusan Malaysia sudah di gunakan demi memberi tekanan dan sudah pasti ia di kepalai oleh Najib.
Berikut adalah kenyataan yang di keluarkan oleh utusan online " Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah serta Menyimpan Rahsia sebagai Perdana Menteri yang baru dijadual berlangsung di Istana Negara pagi Jumaat ini.
Sumber Istana Negara memberitahu, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin secara rasmi Khamis ini bagi memaklumkan hasratnya melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri.
"Istiadat penyerahan watikah pelantikan Perdana Menteri yang baru akan dilangsungkan pada pagi Jumaat."
Apa yang menjadi tanda tanya kami lihat sahaja artikel ini seperti mahu memrangkap Abdullah Badawi seperti ada usaha sedang memainkan peranan berlaku, malah sumber yang di perolehi juga sedikit menimbulkan keraguan. Maka dengan itu pihak kami cuba mendapatkan penjelasan dari Pegawai Khas Perdana Menteri dan beliau memberitahu bahawa Perdana Menteri memang di jadualkan untuk mengadakan pertemuan bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong namun isu peralihan jawatan masih belum di putuskan.
Pertemuan itu sebelum ini yang akan di adakan pada 2 April sebelum ini pernah di terbitkan kami namun ia hanyalah sekadar pertemuan biasa untuk membincangkan pekara pekara perihal tugas serta memberitahu Tuanku berkenaan situasi di negara ini. Krew malayadaily juga agak pelik dengan kenyataan yang di keluarkan utusan hari ini seolah ada niat tersendiri apabila begitu mahukan peralihan ini berlaku dengan segera dengan kenyataan mereka yang berunsur ugutan " kesanggupan Abdullah melepaskan jawatan melambangkan proses peralihan kuasa berjalan dengan amat tersusun, tertib dan harmoni."
Seharusnya mereka tidak harus melibatkan diri dalam keputusan melibatkan negara dan biarkan ia di tentukan oleh Perdana Menteri itu sendiri seperti yang di nayatkan oleh Abdullah Badawi semalam yang di petik utusan " proses peralihan kuasa jawatan Perdana Menteri kepada Najib akan berlaku apabila tiba masanya."
Mana mungkin seorang Perdana Menterri sangup melakukan Peralihan Kuasa sedang beberapa tugas yang masih belum selesai di samping keadaan ekonomi dan politik yang tidak stabil jika benar tidandakan tersebut akan di lakukan maka ia hanyalah akan membuatan keadaan bertambah teruk.
2 comments:
ampok bebenor Najib nie gila kuasa....nak menyempat-nyempat....yg utusan nie kaki bodeklah tu....agaknye die tengah tenatlah tu....dah nak lingkup...lagi cepat Najib naik ...cepatlah bailoutkan die....ngampu pun jgnlah nampok sgt ...bodoh bebenor pun kamu nie....getik aku nebgoknye.....
Yang ghairah nak berkuasa tapi mengenepikan nilai-nilai tertib dan sopan adalah kerja-kerja dari bisikan syaitan.Maka Utusan pula tidak mempedulikan bisikan tersebut kerana disajikan dengan hidangan fulus yang cukup lazat untuk tempoloknya sendiri. Setidak-tidaknya biarlah diberi peluang buat Pak Lah menyusun perjalanan agar menjadi lebih bermakna dalam memori kehidupan ini.Apa yang lebih kita harapkan ialah bagaimana kesinambungan yang ideal dan bermanafaat buat rakyat keseluruhannya, bukan buat sebahagian yang mengharapkan sesuatu keuntungan untuk diri sendiri.Sampai bilakah dunia nak simpan mereka-mereka seperti ini?
Post a Comment