PUTRAYAJAYA: Datuk Shahrir Abdul Samad hari ini menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkuatkusa 8 April kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Beliau mengesahkan menyerahkan surat peletakan jawatan itu pada mesyuarat Kabinet hari ini.
Shahrir berkata demikian ketika ditemui pemberita di perkarangan Bangunan Perdana Putra di sini selepas menghadiri mesyuarat itu.
Mesyuarat Kabinet itu adalah yang terakhir dipengerusikan Abdullah, yang akan melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri bagi memberi laluan kepada timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak.
Shahrir pada Khamis lalu mengumumkan mahu meletak jawatan setelah beliau gagal mempertahankan jawatan anggota Majlis Tertinggi (MT) pada Perhimpunan Agung Umno yang berakhir Sabtu lepas.http://www.bernama.com
1 comment:
Kau berambus cepat lagi baiklah Shahrir! Umur dah senja, tapi masih yakin dengan perjuangan UMNO yang menghancurkan agama dan bangsa umat Melayu. Kesiaaaannn!!!
Post a Comment