Polis hanya benarkan perhimpunan di Masjid Negara, tidak dibenarkan di Sogo, Pasar Seni dan dilarang berarak ke Istana Negara!
POLIS masih takut, bimbang dan pelbagai kerisauan tentang kebangkitan rakyat hari ini, untuk berarak dari Masjid Negara menuju Istana Negara menyerahkan memorandum bagi membantah PPSMI.
Permit dibenarkan hanya untuk perhimpunan di Masjid Negara sahaja dan tidak di dua lokasi yang berbeza iaitu Pasar Seni dan pusat membeli-belah Sogo. Malah perarakan dari Masjid Negara menuju Istana Negara juga tidak dibenarkan.
Sungguhpun begitu, Timbalan Setiausaha Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) Suhaizan Kaiat, Istana Negara telah bersedia untuk menerima memo tersebut. "Jadi kita mahu berarak daripada masjid negara ke Istana Negara dan berharap polis akan benarkan."
http://sanggahtoksago.blogspot.com
No comments:
Post a Comment