CAMBRIDGE: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad percaya penyebaran gambar separuh bogel Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan, Elizabeth Wong bermotifkan politik.
“Di Malaysia sekarang, kita dapat lihat ramai yang mengamalkan taktik politik kotor,” katanya ketika diminta mengulas sama ada Wong merupakan mangsa parti politik tertentu.
Tambahnya, banyak perkara yang terjadi di Malaysia akhir-akhir ini ada kaitan dengan politik.
“Ini tidak bagus kerana amat mudah untuk mengambil gambar dan merosakkan reputasi seseorang individu,” katanya kepada The Star selepas memberi ceramah tentang Malaysia At The Crossroad di Unversiti Cambridge semalam.
Jelas Dr. Mahathir, keputusan sama ada Wong meletakkan jawatan atau tidak terletak kepada Parti Keadilan Rakyat walaupun ADUN berkenaan telah menawarkan diri untuk berbuat demikian.
1 comment:
salam.........
tak payah nk tunjuk baiklah Tun, semua adalah hasil tangan kau selama 22 tahun kau memerintah.
kau dulu dah buat kerja2 ni.ingatlah sikit apa yg kau dah buat pada org yg kau iniaya,kau ingat org dah lupa ke,ke kau dah nyanyok?
aku kalau di panjangkan umur oleh ALLAH,dan dpt tahu kau mati,aku akan sujud syukur atas kematian kau!!!...........
Post a Comment