KUALA LUMPUR - Maklumat terkini yang kami terima mengatakan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara begitu pantas dan cepat menyiasat kes "lembu" yang melibatkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim (foto). Khabarnya esok Tan Sri Khalid akan didakwa di mahkamah berhubung kes berkenaan penyalahgunaan kuasa. Nampaknya terserlahlah SPRM kini "tali barut" dan senjata bari UMNO dan BN bagi menjatuhkan Pakatan Rakyat. Bermula dengan isu Elizabeth Wong, kini seolah-olah perkara ini dirancang dengan rapi untuk menggegarkan Kerajaan Negeri Selangor. Semoga semua dapat bersedia dengan segala tindakan. Kami difahamkan usaha bagi menjatuhkan Kerajaan Selangor kini semakin memuncak selepas dimulakan dengan isu Elizabeth. Beliau kini diluar negara dan akan meletakkan jawatan seperti yang diarahkan jika tidak mahu "habuannya di tarik balik". Semua ini adalah satu drama dan sandiwara baru dalam politik Malaysia hari ini. SPRM pula begitu pantas untuk menyiasat dan Peguam Negara membawa kes itu ke mahkamah. Walhal baru seminggu ia dilaporkan !! Soalnya sekarang, mana pergi laporan kehilangan wang berjuta-juta dan rasuah yang dibuat oleh rakyat terhadap pemimpin UMNO dan Barisan Nasional sejak dulu kini dan selamanya !































No comments:
Post a Comment