17 February 2009

Elizabeth Wong digesa tarik balik keputusan letak jawatan

REAKSI wajah Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor, Elizabeth Wong Keat Ping, ketika menawarkan peletakan jawatannya sebagai Exco dan Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan pada sidang media di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat hari ini. Wong, 37, dipercayai berbuat demikian berikutan penyebaran gambar bogelnya baru-baru ini. - fotoBERNAMA

Elizabeth Wong digesa tarik balik keputusan letak jawatan

KUALA LUMPUR: Beberapa ahli Parlimen Pakatan Rakyat hari ini melahirkan rasa sedih atas keputusan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong mahu meletakkan jawatan berikutan penyebaran gambar bogelnya.

Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Chong Eng berkata, Wong perlu mempertimbangkan semula keputusan itu memandangkan beliau tidak melakukan kesalahan.

"Saya berasa sedih kerana seorang daripada kita terpaksa meletak jawatan kerana insiden seperti itu.

"Beliau tidak melakukan perkara yang salah kerana dalam hal ini, kehidupan peribadinya telah diceroboh.

"Saya rasa beliau tidak harus meletak jawatan walaupun saya faham bahawa perkara ini bukan sesuatu yang seronok kerana sebagai public figure, kita harus sentiasa turun padang tetapi gambar kita pula sedang tersebar," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Chong Eng yang juga Ketua Wanita DAP berkata, Wong perlu terus memegang jawatan ADUN bagi memberi kesaksamaan gender dalam politik.

"Beliau boleh teruskan kalau beliau boleh tahan. Tunjukkan yang beliau kuat dan mampu melawan segala taktik kotor.

"Tindakan meletak jawatan akan menunjukkan yang kita mengalah dengan taktik kotor dan pada masa depan, lebih banyak taktik kotor yang akan digunakan untuk menjatuhkan ADUN dan ahli Parlimen.

"Saya akan berada di pihaknya jika beliau tidak meletak jawatan," katanya.

Selepas dua hari didedahkan penyebaran gambar dan video separuh bogel, Wong hari ini mengumumkan keputusannya untuk meletakkan jawatan Exco Kerajaan Negeri Selangor an ADUN Bukit Lanjan.

Beliau mengumumkan perkara itU dalam satu sidang mediang yang diadAkan di ibu pEjabat PKR di Petaling Jaya.

Sementara itu, ahli Parlimen Batu, Tian Chua berkata, beliau tidak mahu memberi sebarang ulasan sama ada Wong patut membuat keputusan tersebut.

"Saya tidak mahu memberi tekanan atas keputusannya itu. Sekarang yang beliau perlukan adalah sokongan kerana beliau adalah mangsa," katanya.

Beliau tURUt melahirkan rasa sedih kerana pengunduran Wong terpaksa dilakukan berikutan taktik kotor yang digunakan pihak tertentu,

"Ia adalah satu ugutan dan budaya yang tidak sihat dan akan menghalang perkembangan demokrasi di negara kita dan taktik ini jUga akan meletakkan wanita terutamanya dalam politik dalam satu keadaan yang sentiasa terancam," katanya.

http://www1.mstar.com.my

ulasan pahangdaily

Sememangnya YB Elizabeth tidak perlu melatah untuk meletakkan jawatan kerana beliau bukannya bersalah dalam hal ini. Meletakkan jawatan menyebabkan Khir Toyo dan puak-puak UMNO Selangor akan bersorak kononnya mereka berjaya "menggodam" Pakatan Rakyat di negeri itu. Justeru itu kes ini harus dilawan dan dijadikan ikhtibar agar pemimpin lain perlu lebih berhati-hati dalam setiap aktiviti yang mereka lakukan baik secara terbuka atau pun peribadi. Ingatlah bahawa musuh ada dimana-mana dan sedang mengatur strategi jahat mereka sekarang

1 comment:

Anonymous said...

Bengong betui la puak2 PR ni. Elizabeth sendiri yang mengaku gambar tu bekas bopren dia yang ambil. Bopren dia tu org PKR. Camna boleh tuduh BN yg buat semua tu. payah betui la puak2 yg takleh terima hakikat ni.

http://lh3.ggpht.com/_NG2rpR7PL40/Sd7ECBLUWVI/AAAAAAAAAj4/cwlPA3Kc0GA/s720/bersemadi%20UMNO3.JPG


LYRIC

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight




http://lh4.ggpht.com/_NG2rpR7PL40/ScNA7ekrAAI/AAAAAAAAAe4/MnAONBmvtlE/pinkturtle%20video.JPG