15 February 2009

Tarikh Pilihanraya Kecil, Alasan SPR Terus Di Pertikaikan

http://buletinonline.net/images/stories/berita1/sprumnobn.jpg

Kuala Terengganu - Pelbagai pihak mempertikaikan ketelusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selepas mengumumkan 7 April sebagai tarikh mengundi dalam pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, Perak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Kedah.


Ketua Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub, berkata pihaknya mempertikaikan tarikh itu kerana tempoh bagi mengadakan pilihan raya itu dianggap terlalu lama setelah kedua-dua kerusi kosong pada 9 Februari lalu.http://buletinonline.net/images/stories/berita1/salahuddin_pas_new.jpg

Katanya ia seolah-olah memberi laluan kepada perhimpunan Agung UMNO yang dijadualkan berlangsung pada 24 hingga 28 Mac depan.

"Mengapa SPR dalam isu seperti ini mengikut arah dan telunjuk pimpinan UMNO?" katanya kepada pemberita selepas mesyuarat bulanan Pemuda Pas Pusat di sini, hari ini.

Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd Akin menegaskan alasan SPR tidak menyegerakan Kedua-dua Pilihanraya Kecil tersebut tidak dapat diterima sama sekali.

“Pastinya kita memandang sinis sikap Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) yang seolah-olah menjadi alat dan perkakas kepada UMNO dan Barisan Nasional,”katanya menyelar pendirian ‘berpihak’ SPR yang menetapkan tarikh PRK selepas Perhimpunan Agog UMNO.
http://buletinonline.net/images/stories/berita1/SAM.JPG
Beliau berkata SPR sepatutnya menjadi suatu badan bebas yang tidak berpihak ataupun kelihatan cenderung kepada mana-mana parti politik.

“Kenapa mereka boleh menyegerakan PRK Kuala Terengganu tetapi dalam PRK Bukit Gantang dan Bukit Selambau mereka melewat-lewatkan,

“alasan SPR tidak boleh diterima sama sekali,”jelas beliau dalam sidang media selepas program ‘Rapat Anak Muda’ yang diadakan di Pejabat Perhubungan PKR, di Gong Kapas, disini semalam.

http://buletinonline.net/images/stories/berita1/mumtaznawi.JPGManakala Ahli Dewan Negara, Senator Mumtaz Nawi berkata pengundi di Dewan Undangan Negeri (Dun) Bukit Selambau dan Parlimen Bukit Gantang tidak perlu menunggu selama 58 hari untuk memilih pemimpin yang berwibawa menjadi wakil rakyat mereka.

Beliau dipetik Harakahdaily, berkata demikian selepas Majlis Hi-Tea Dewan Muslimat PAS Pusat semalam.

Katanya tempoh tarikh pilihan raya yang mengambil masa begitu lama telah mengulangi sejarah kali kedua selepas pilihan raya di Parlimen Pendang dan Dun Lunas.

Sudah tentu katanya, Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) memberi peluang kepada Umno untuk bersiap sedia menyusun jentera parti selepas parti itu mengadakan Perhimpunan Agung UMNO

http://buletinonline.net

No comments:

http://lh3.ggpht.com/_NG2rpR7PL40/Sd7ECBLUWVI/AAAAAAAAAj4/cwlPA3Kc0GA/s720/bersemadi%20UMNO3.JPG


LYRIC

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight




http://lh4.ggpht.com/_NG2rpR7PL40/ScNA7ekrAAI/AAAAAAAAAe4/MnAONBmvtlE/pinkturtle%20video.JPG