KUALA LUMPUR [4.00 am] - Mungkin dek kerana tidak tahan dengan tohmahan dan kutukan yang bakal diterima akibat pengedaran gambar separuh bogelnya, maka akhirnya Exco Kerajaan Negeri Selangor dan ADUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong mengambil keputusan untuk meletakkan kedua-dua jawatan terbabit. Keputusan itu dicapai selepas beliau memikirkan tentang maruah dan harga dirinya kini tercalar akibat perbuatan terkutuk individu yang dipercayai "bekas teman lelaki"nya mengambil dan mengedarkan rakaman berkenaan kepada media dan orang ramai. Sebelum ini Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengarahkan supaya beliau berehat dan mengambil cuti sehingga kesnya itu selesai. Namun, atas perasaan "terhina" dengan perbuatan itu Elizabeth terpaksa membuat keputusan yang terlalu berat untuk diterima sebenarnya. Kini kita bakal menyaksikan satu lagi pilihanraya kecil untuk kawasan terbabit.
PENFITNAH TAKUT BERDEPAN DENGAN PMX
49 minutes ago
No comments:
Post a Comment