16 February 2009

Gambar "bogel" Exco Selangor disebar, mangsa bekas kekasih?


Gambar "bogel" Exco Selangor disebar, mangsa bekas kekasih?

MB: PKR dan Exco Negeri bincang Rabu ini

[DIKEMAS KINI, 2 PETANG] PETALING JAYA: Kerajaan negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat pula dilanda masalah dengan tersebarnya gambar berkeadaan "bogel" Elizabeth Wong, salah seorang exco negeri itu.

Malam tadi, Wong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kerusi Bukit Lanjan telah membuat laporan di Balai Polis Damansara berhubung gambar-gambar "bogelnya" yang kini disebarkan menerusi internet dan MMS.

Maklumat-maklumat awal menunjukkan gambar-gambar beliau berada dalam keadaan "berbogel" - ketika sedang tidur di atas sofa, diambil tanpa pengetahuannya.

Difahamkan gambar itu diambil menggunakan telefon bimbit sebelum pilihan raya umum ke-12, 8 Mac lalu.

KOMEN MB SELANGOR

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, pihaknya akan membincangkan isu itu di peringkat parti dan mesyuarat exco negeri, Rabu ini.

Khalid berkata, adalah penting untuk mendengar penjelasan daripada Wong berhubung isu tersebut dan membiarkan siasatan dijalankan terhadap laporan polis yang telah dibuat Wong semalam.

"Kita akan adakan perbincangan mengenainya dan saya rasa, adalah penting memberi mangsa (Wong) ruang untuk memberi penjelasan kepada kita.

"Adalah tidak adil untuk kita buat kenyataan sekarang tanpa penjelasan yang sesuai. Mana tahu jika ada orang yang mahu memerangkap beliau," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.

Khalid berkata, pihaknya terbuka untuk menghadapi sebarang kemungkinan berhubung insiden yang menimpa Wong.

"Bagaimanapun, perkara yang terbaik adalah memberi peluang kepada mangsa hak untuk didengar dan kita akan mendengar penjelasannya.

"Kita akan membincangkan perkara itu dalam mesyuarat Exco Kerajaan Negeri," katanya.

Khalid berkata, Wong telah berjumpa dengan beliau dan menerangkan mengenai insiden itu.

"Beliau dah mengaku dan telah buat laporan polis. Sebab itu saya bagi masa kepada beliau untuk mengambil tindakan apa yang perlu," katanya.

Wong merupakan salah seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR). Khalid pula ialah Pengerusi PKR Selangor.

PATEN SERANGAN - AZIZAH

Dalam pada itu, Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, pihaknya "sedih" dengan perkembangan terbaru ini.

Katanya, ia merupakan paten berterusan pihak-pihak yang mahu menyerang wakil rakyat PKR.

Blog Wong tidak memuatkan sebarang kenyataan mengenai isu itu setakat tengah hari ini.

Difahamkan beliau akan mengeluarkan kenyataan rasmi petang ini.

LETAK JAWATAN

Seorang lagi Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teresa Kok berkata, Wong tidak perlu meletak jawatan berhubung isu tersebut kerana beliau adalah mangsa mereka yang tidak bertanggungjawab.

"Beliau adalah seorang wanita yang menjadi mangsa percintaan. Beliau sendiri tidak tahu dan tidak menduga gambarnya dirakam oleh bekas kekasihnya," katanya.

Kok yang juga Ahli Parlimen Seputeh berkata, kes ini adalah berbeza dengan kes video lucah bekas Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Chua Soi Lek yang pernah tersebar sebelum ini.

"Beliau adalah mangsa jenayah dan kita kena beri sokongan kepadanya," katanya.

Sementara itu, Naib Presiden PKR, R. Sivarasa berkata, insiden yang menimpa Wong adalah pencerobohan privasi beliau.

"Isu yang kita dapat lihat di sini adalah pencerobohan kepada hak perbadi beliau dan gambar itu pula telah jatuh ke tangan mereka yang tidak bertanggungjawab," katanya.

Katanya, isu Wong juga berbeza dengan Chua kerana bagi kes Chua, adalah terlalu sukar untuk mempertahankan beliau secara umum memandangkan beliau telah berkahwin.

POLIS SIASAT

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed mengesahkan satu laporan mengenainya telah dibuat tetapi polis masih menyiasat isu tersebut.

Pagi tadi, kakitangan Wong telah menutup pintu ke pejabatnya yang terletak di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri, Shah Alam.

Pembantu khasnya, Chua Yee Ling berkata, wakil rakyat berkenaan sedang menghadiri mesyuarat dan akan mengeluarkan kenyataan petang ini.

Wong memperoleh 12,125 undi manakala pencabarnya, Yong Dai Ying dari BN dan Gerakan menerima 6,970 undi.

http://www1.mstar.com.my

7 comments:

Anonymous said...

apa pula nak suruh dia letak jawatan.toyol betul2 ambil kesempatan,,jangan2 ini angkara dia.

apa kesalahan dengan berbogel??? dia bukan menipu,bukan pula mencuri,bukan juga merampas kuasa,bukan membunuh orang.

adam dan hawa dulu pun berbogel. kita dilahirkan juga berbogel.

Tidak ada salahnya, dia kan berehat dirumah nya,tempat yang tertutup dan bukan nya berbogel ditempat awam.

kepada yb yang menjadi mangsa,usahlah hiraukan perkara itu.biarkan orang kuno ssperti toyol berbuih mulut.

Anonymous said...

Khir Toyol buat2 sibuk. Duit RM9.5 juta wang Balkis yang kau dan bini larikan tu apa hal? Bekas Ahli Parlimen BN Gombak dengan anak bekas speaker BN Dato Onn Ismail yang berbuat perbuatan tidak bermoral, tidak pulak Khir Toyol ulas. Khir Toyol budak Sekinchan, kes rasuah kau lebih sedozen! Tak payahlah sibuk pasal moral orang lain. Anak Jawa jadi MB pun dah dikira beruntung. Kalau perlu hantar saja balik ke Indon!

Anonymous said...

"Anonymous said...
apa kesalahan dengan berbogel??? dia bukan menipu,bukan pula mencuri,bukan juga merampas kuasa,bukan membunuh orang."

-Bijak Bijak memang tak salah bogel kalau kat dalam rumah sendiri kalau dalam bilik sendiri kalau sorang-sorang diri atau dengan isteri atau suami sendiri... itu hak masing masing tapi...
kalau gambar tu gambar bogel atas katil dalam bilik di ambil oleh orang lain apa maksudnya tu? sebelum gambar di ambil agak agak la dia keletihan sebab apa kalau dikatakan dia tidur bogel sampai tak sedor orang tangkap gambar? sedor tak korang semua minah eli ni bujang lagi? kalau dia ada laki mungkin laki dia silap ambik pastu terlepas tapi dia bujang? boyfriend dia? huish PKR ni promote seks bebas ni...seks sebelum nikah... tapi takpe kalau PR buat semua halal...

kalaulah gambar yang keluar ni gambar YB BN nescaya tak putus putus orang PR mengutuk... udah lah kome jgn double std... berdosa tau tak

yang sorang lagi anonymous pulak cuba alihkan isu duit balkis la isu anak jawa jadi mb la... naper dah takut ke?

Lu Pikir La Sendiri!!!

Perak BN dapat selamatkan nasib baik pasni mana lak?

insaflah...

Anonymous said...

tu pasal dia bukan muslim, sukati dia lah nak nak tido bogel. lagipun tu kat umah dia. Takde kaitan dengan PR.

Spekulasi: kemungkinan bekas boyfriend dia diupah untuk cari peluang agar dia dimalukan.

zack said...

apahal kecoh2 dengan perkara yg remeh
temeh...negara sedang mengalami kemelesetan ekonomi...nanti ramailah
jadi paparazi malaysia (jurugambar upahan) untuk ambil gambar YB2 demi kepentingan politik...so bersedialah
untuk anda semua menghadapi cara politik yg paling jijik ini...macam2 lagi akan berlaku...pihak berkuasa sibuk dgn siasatan dgn aduan2 politik
maka rompak, curi, ragut dan segala kegiatan jenayah akan bermaharajalela.

Anonymous said...

hahahahah tu dia muslimah PAS pon siap beri sokongan moral lagi, walaupon perbuatan dia melkukan hubungan seks sebelom kahwin tu memang tak bermoral....alahaiiii memang PKR ni kaki promote seks bebas ape? maklom la ketua dia pon kaki jubur inikan buat seks cara normal...ok la tu, hak dia la nak buat seks dengan sape pon kan ....alahaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

Anonymous said...

Ya..lah memang seronok buat seks. Tak caya tanya Chu Soi Lek bekas menteri kesihatan. Apa lagi buat dengan budak sekolah belasan tahun, tanyalah Rahim Tambi Chik bekas ketua menteri Melaka. Kalau dah puas, pergilah letupkan dengan C4. Tak caya tanyalah Najib Al-tantuya bakal PM yang dikasihi oleh penganut umno dan penjilat yang sewaktu dengannya. Itu belum lagi kisah seorang Ketua Wanita umno di Sabah yang mati selepas berasmara di sebuah hotel berberapa tahun lalu.Ada banyak lagi kisah seks, semuanya kisah pemimpin umno yang disanjungi dipujai oleh pegampu dan penjilat umno!Pada akhirnya kumpulan media TV3 suku dan sakatnya akan menutup cerita sensasi tu. Seronokkan jadi penjilat tong tahi umno/BN? Eemmmhh sedapnya!!!

http://lh3.ggpht.com/_NG2rpR7PL40/Sd7ECBLUWVI/AAAAAAAAAj4/cwlPA3Kc0GA/s720/bersemadi%20UMNO3.JPG


LYRIC

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they're dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who's wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight




http://lh4.ggpht.com/_NG2rpR7PL40/ScNA7ekrAAI/AAAAAAAAAe4/MnAONBmvtlE/pinkturtle%20video.JPG